Ajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan. Rita Rudaini kongsi kekuatannya
loading...

Baru baru ini, Rita Rudaini di IGnya berkongsi kekuatan kepada semua golongan ibu tunggal yang senasib dengan dirinya supaya terus kuat dan melihat apa yang belaku dari sudut positif. 

Ajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan. Rita Rudaini kongsi kekuatannya

 


Berdasarkan perkongsian Rita, dia mengajak golongan ibu tunggal supaya menikmati apa yang ALlah swt berikan.

ARTIKEL MENARIK:Hanya makan nasi sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan. Eina Azman kongsi cara untuk mengekalkan berat badan serta saiz pinggang idaman.
loading...


Foto: IG “Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat. Allah takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa Allah tarik suami dari hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih. “Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri kepada kita. Reda dan bersyukur kerana itulah hadiah dari Dia. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah,” tulisnya. Tambahnya, tidak semua orang diberi nikmat kehidupan sebagai ibu tunggal.

So utk singlemom yg ada DM sisturr mintak kekuatan,tgh bersedih,tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yg xternilai yg korang mmg xnmpk apa yg ada di dpn tp DIA lebih tau apa yg dia beri pd kita ☺…percaya pd perancangan ALLAH…*hat ada laki xyh la galak nk jd singlemom pulak 🤣 masing2 ada bahagian masing2..tp kena ingat,suami n anak2 tu hanya pinjaman sj..xyh dok sombong sgt ‘aku berlaki,kau ade??’ ‘Laki aku syg aku’ 🤣 mti nnti pon hang dlm kbuq sorg2 jugak bukan dok berketui dgn laki hang 😊✌🏻


“Kenapa saya masih sendiri hingga sekarang? Kerana saya tengah menikmati hadiah daripada-Nya. Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri kepada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa,” tulisnya.Dalam hantaran itu juga, pelakon filem Mami Jarm dan Mami Jarum Junior itu juga mengajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan.

“Jadi, kepada ibu tunggal yang menghantar mesej kepada saya minta berkongsi kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar bahawa ia adalah satu hadiah yang tidak ternilai, yang anda memang tak nampak apa yang ada di depan, tapi Dia lebih tahu apa yang Dia beri kepada kita. “Percaya kepada perancangan Allah,” tulisnya. 

Akhir sekali Rita berpesan kepada wanita yang bersuami supaya sentiasa beringat bahawa suami dan anak-anak itu hanya pinjaman di dunia. “Yang ada suami, tak payah ‘galak’ nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat, ‘Aku berlaki, kau ada?’, ‘Laki aku sayang aku’,”


Dikatakan Terhegeh Kan Bekas Suami. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Rita Rudaini Tampil Bersuara Lantang Beri Respon Padu Buat Warganet Terkedu.

KUALA LUMPUR: Aktres, Rita Rudaini menyngkal kata kata ‘gla talak’ dan ‘terhegeh-hegeh’ mahu kembali ke pangkuan bekas suami yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak selepas lapan tahun berpisah. Ini berikutan pertelghan antara Rita dan Aidil tidak pernah berpenghujung, sejak berpisah.

Malah, Rita kembali ‘berbunyi’ selepas tidak berpuas hati dengan hantaran dimuat naik bekas suami menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini. Sebelum ini, Rita juga dikatan tidak mengizinkan bekas suami bertemu anak-anak.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan ‘srngan’ diterima, Rita membongkar semula kisah bekas suami yang dikatakan tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu. Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat kritikan warganet.

Mereka menggelar Rita ‘gla meroyn’ dan ‘gla talak’ kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu. Katanya, dia langsung tidak mempunyai hati kepada Aidil, malah pintu hatinya juga tertutup untuk menerima cinta lelaki lain. Ini kerana, fokusnya terhadap dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10.

“Saya tak terhegeh-hegeh mahukan kembali Aidil. Ketika sebelah sana terhegeh-hegeh dengan suami saya, tidak pernah pula saya mnyrngnya. “Usahlah takut, umur saya pun sudah 45 tahun. Perasaan nak kembali bercinta sudah lama pergi menghadap illahi. Nasihat saya, jagalah penampilan supaya suami tidak pandang wanita lain.

“Jauh di sudut hati, saya terfikir apa lagi mereka tak puas hati. Macam-macam cakap saya, kononnya saya bawa lari Aidil dan sebagainya. Sampai bila mahu berdendm, sedangkan saya tidak kacau hidup orang. Saya seorang diri membesarkan anak tanpa suami, jadi janganlah rasa ‘insecure’ dengan saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gla dan Rahsia Hati itu berkata, dia bersyukur dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik, tanpa mengharapkan bekas suami. “Alhamdulillah, anak besar dalam keadaan elok. Soal saya menghantar anak ke sekolah mahal dan sebagainya, janganlah sibuk kerana ia duit hasil titik peluh saya.

“Hendak diikutkan nafkah RM3,000 diberikan tidaklah besar mana kerana RM1,500 untuk tempat perlindungan, selebihnya keperluan lain. “Jadi, fikirlah cukup atau tidak nafkah yang diberikan. Jangan persoalkan kehidupan saya dengan anak kerana saya tak pernah minta duit daripada sesiapa.

Untuk pengetahuan, duit nafkah adalah apa yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah,” kata Rita. Rita Rudaini dapat membesarkan dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna seorang diri tanpa bantuan bekas suami. Menjelaskan persoalan warganet terhadap tindakannya hanya membenarkan Aidil bertemu dengan anak dengan syarat dirinya ada bersama, Rita berkata, Aidil bersetuju dengan syarat yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah.

Ujar Rita, perintah mahkamah dikeluarkan ketika anaknya masih kecil. Justeru, dia perlu bersama anak kerana mereka belum pandai menguruskan diri, apatah lagi, tidak pernah keluar dengan orang tidak dikenali. Namun, kenyataan itu menyebabkannya dicrca.

“Anak masih kecil, takkan hendak keluar tanpa saya? Aidil pun sudah setuju depan hakim, syarat ini bukan saya yang tuntut. Lagipun, anak masih kecil, jadi mereka tidak dibenarkan bermalam. “Saya beritahu apabila anak sudah selesa bolehlah Aidil bawa mereka balik.

Saya perlu merapatkan anak dengan Aidil terlebih dahulu. Apabila sudah okay, mereka sendiri akan ikut Aidil tanpa paksaan,” katanya. Namun, sedihnya, kata Rita, hingga Rayyan berusia 12 tahun, hubungan antara anak dan bapa tidak berjaya dipupuk. Selepas berkahwin baru, bekas suami jarang bertanya khabar anak.

“Hanya sesekali Aidil menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza. Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali. “Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/02/788488/rita-tak-terhegeh-hegeh-gla-talak

Lepas Aidil Zafuan Rita Rudaini Dedahkan Kali Ni Ahli Keluarga Pulak Sampai Ada Yang Sanggup Dm Peminat Rita Hanya Untuk Twist Cerita. Rupa Rupanya Ini Punca.

”Ahli keluarga di sinun sampai sanggup DM peminat saya burukkan saya, twist cerita.. tak abis lagi ke dendm kesumat tu.. Itu perkongsian terbaru pelakon Rita Rudaini di Insta Story Instagram beliau yang jadi perhatian ramai.

Rita tidak menyatakan kepada siapa dia tujukan kata-kata tersebut, namun berdasarkan situasi semasa dan status yang ditulis Rita sebelum ini, rata-rata peminat faham maksud Rita tersebut. ” Ingatkan dah bertahun, umur meningkat, rambut beruban, anda semua dah insaf..

” Hmm betul laa, dah2 laa tuu, kesian yang kat dalam sana nuu kalau kita kat atas ni dok prangai sama memburukkan dan memecahbelahkan orang.. ”Anda sedar tak yang tuhan tu Maha Kaya? Sudah-sudah la kot DM orang sana sini hanya membrukkan saya.

” Orang cerdik boleh menilai jenis apakah manusia begini. Tuhan tu tak tidur ye sedara sedari sekalian..dsa yang dulu belum lagi terampun. ” Bawak-bawak la ingat Allah..” tulis Rita. Tambah Rita lagi, individu terbabit hanya akan berasa puas hati sekiranya melihat dia pergi menghadap illahi sahaja baru semua dndam kepadanya terlerai.

” Orang macam tu akan puas hati kalau saya dah pergi. Baru dndam kesumat terlerai.. legaa rasa puaihh.. ” Tak letih ka hati tu berdndam dengan saya?” tulis Rita. Sementara itu menerusi perkongsian berasingan, juga di Insta Story, Rita turut memuatnaik paparan skrin keratan artikel dari Harian Metro bertajuk “Tanggungjawab pada anak bukan setakat bagi duit”.


Artikel tersebut memaparkan gambar Rita dan juga bekas suaminya, Aidil Zafuan yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT). ” Baca dan hadam..ada orang ingat saya meminta-minta duit. Excuse me, cuba faham dan hadam baru nak komen.

” Jangan suka hati komen nanti jatuh ftnh, saya tidak pernah meminta naik jumlah, call whatsapp atau sewaktu dengannya. ”Saya takde masa, banyak lagi benda yang saya kena kejar buat untuk besarkan anak-anak.. ”Dan siapa yang bangkitkan isu nafkah ni kat IG? Sapa yang mula? Fikir sebelum komen..” akhiri Rita.

Terdahulu kisah antara Rita dan Aidil kembali hangat diperkatakan ramai selepas Aidil membuat penafian di atas tduhan yang mengatakan beliau tidak membayar nfkah. Dipercayai Aidil membuat kenyataan itu selepas beberapa artikel ditulis pihak tidak bertanggungjwb yang mengatakan beliau tidak membayar nafkah tetapi membuat ‘claim’ pada LHDN menggunakan nama anak-anak di bawah jagaan Rita.

Artikel yang ditulis bIogger tidak bertanggungjwb itu pula dipercayai hanya memetik kata-kata warganet yang tidak tahu hujung pangkal cerita, kemudian disebar ke seluruh alam. Untuk rekod, seperti yang diakui Rita sendiri, Aidil sentiasa membayar naf-kah kepada dua anaknya sebanyak RM3000 sebulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/27/rita-kata-ahli-keluarga-di-sinun/



loading...


Siap Dedahkan Jumlah Nafkah Ank Dari Bekas Suami. Lepas Aidil Zafuan Bersuara Kali Ni Giliran Rita Rudaini Pula Tampil Bersuara Sound Lagi Pedas Buat Warganet Terkedu.

NAMPAKNYA tuduhan demi tuduhhan antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak terus berpanjangan apabila aktres itu sekali lagi mendedahkan mengenai sikap bekas suaminya itu. Ia selepas Aidil mengatakan tidak pernah gagal memberi nafkah bulanan kepada dua anaknya yang kini dipelihara oleh Rita sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah.

Namun menurut Rita, dia tidak mempertikaikan nafkah bulanan diberi namun hanya terkejut apabila Aidil memasukkan nama dua anak bawah penjagaan Rita bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negrii (LHDN).

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia mempersoalkan tindakan Aidil itu memandangkan anak-anak mereka hanya diuruskan oleh dirinya tanpa bantuan orang lain. “Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak umur setahun dan tiga tahun.

Itulah duit pembelanjaan susu dan pampers. Sekarang dah 2021 tapi jumlah yang sama. “Aik hari ini (Ahad) berbunyi pula fasal kes LHDN ke… Kenapa pergi claim? Kesian saya sebab bela seorang, bukan saya nak claim tapi masa nak isi borang itu ada dinyatakan apa yang boleh.


Antara status terbaru yang dimuat naik Rita. “Rupa-rupanya dah ada orang claim. Saya tak bising pun masa dapat tahu empat tahun lalu. Nak beritahu warganet daripada takut Allah. Moga Allah beri kesedaran dan bersihkan hati,” kata Rita.

Pelakon drama siri Geng Mak Mak ini mendedahkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa status di laman Instastory miliknya sejak Ahad. ” Sedekah sana sini, tapi tanggunjawab pada yang utama iaitu ibu, bapa&anak kita abaikan, ZERO sedekah tu” – Rita


Bagaimanapun Aidil ketika dihubungi mStar pada Isnin memilih untuk mengunci mulut mengenai segala dakwaan yang dilontarkan terhadapnya. “Maaf ya… saya tak nak komen apa-apa,” kata Aidil secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Sebelum ini, Aidil menjelaskan dia menjalankan tanggungjawab terhadap dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, tanpa gagal pada setiap bulan seperti ditetapkan mahkamah. Aidil turut memberitahu dia menyimpan bukti pembayaran nafkah bulanan dan berhak menyatakan setiap tanggungannya kepada LHDN malah Rita selaku bekas isterinya juga mengetahui perkara tersebut.

Pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu juga terkilan, apabila pihak Rita tidak menjelaskan perkara sebenar sehingga menimbulkan salah faham dan spekulasi burk yang menjejaskan nama dan kerjayanya. Dalam pada itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar ini berkata dia tidak pernah meminta dan menaikkan wang pembelanjaan anak-anak sejak 2015.

Malah, pelakon telefilem Milik Kita ini memberitahu pemain bola berusia 34 tahun itu sepatutnya berasa bersyukur kerana mempunyai bekas isteri yang telah mendidik anak-anak mereka dengan baik. “Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak minta naikkan belanja pun dari 2015 hingga sekarang. Saya tak kac4u pun duit awak anak beranak. Kenapa sentap? Patutnya hang bersyukur la ada bekas bini yang bagus didik benih hang ini jadi manusia.

Rita membesarkan dan menguruskan dua orang anaknya tanpa bantuan orang lain. “Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak-anak aku. Pergi mana pun aku bawa, didik anak seorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang. Pengalaman dulu yang ajar aku jadi loud dan berani.

“Saya tak minta disokong mana-mana warganet sebab saya tak pernah takut jalan/ berjuang seorang diri sebab Allah sentiasa ada dengan kami. Alhamdulillah, kami elok-elok saja hingga sekarang sebab Allah jaga,” ujarnya.

Untuk rekod pada tahun 2017, Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015. Aidil berkahwin dengan Rita pada 2008 namun berpisah pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yangkini di bawah jagaan Rita. Aidil seterusnya berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Diharapakan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam kekeluargaan dari terus membuat sindiri di media sosial. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://trendingsangat.pw/rita-aidill-nafk-anak/

Baru Sahaja Aidil Zafuan Respon Tentang Kes Claim LHDN. Mengejutkan Sekali Rita Rudaini Bersuara Tentang Isu Nafkah

Selepas isu berkaitan nafkah mula menajdi perbualan warganet,Aidil Zafuan yang merupakan pemain bola kebangsaan akhirnya tampil bersuara jelaskan keadaan sebenar selepas dikatakan tidak memberi nafkah terhadap kedua anak yang kini di bawah jagaan bekas isterinya ,Rita Rudaini.

Bekas suami Rita,Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.Ia susulan beberapa pihak yang mendakwa Aidil membuat ‘claim’ terhadap LHDN walaupun tidak menjaga anak-anak di bawah tanggungan Rita.

” Assalamualaikum untuk makluman para warganet dan followers ynag dikasihi, di sini saya ingin membuat sedikit penjelasan.” Untuk pengetahuan semua, statement ini bukanlah untuk mengeruhkan keadaan mahupun mencari kesalahan sesiapa. Sudah cukup saya berdiam diri selama ini.

” Ingin saya nyatakan yang selama ini saya telah memberi nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan tanpa gagal seperti yang ditetapkan oleh pihak mhkamah.” Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum nafkah telah diterima pada setiap bulan.


” Sebagai seorang rakyat Malaysia saya tidak lari daripada tanggungjawab saya untuk membayar cukai pada setiap tahun.” Oleh itu, saya berhak untuk menyatakan setiap tanggungan saya kepada pihak LHDN. Ini termasuklah pembayaran nafkah saya kepada anak-anak.” Saya difahamkan daripada tudhan orang ramai yang mengatakan saya tidak pernah memberi nafkah, dan saya juga difahamkan pihak sebelah sana tidak menerangkan perkara yang sebenar.

” Ia sekaligus menimbulkan keraguan orang ramai terhadap saya yang mengatakan saya seorang bapa yang langsung tidak menjalankan tanggungjawab saya dalam membayar nafkah kepada anak-anak.” Selebihnya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang bapa, biarlah urusan ini antara saya dan pihak di sebelah sana yang tahu.

” Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai. Anda semua sedia maklum yang selama ini saya banyak berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan dan tudhan.” Bukan takut tapi saya tidak suka bercerita kerana saya tahu akan impak sosial media pada masa akan datang untuk anak-anak yang sedang membesar.

” Di sini saya juga ingin memberi amaran kepada pihak-pihak mengeluarkan ftnah, penghin4an dan kritikan tanpa asas dan bukti yang kukuh yang boleh menyebabkan imej, karier dan nama baik keluarga saya tercalar di mana saya tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tndakan.

” Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.” luah Aidil.Tambah Aidil, dia juga telah memaafkan kepada sesiapa yang memberi komen sebelum ini dan menganggap mereka tidak tahu perkara sebenar.Aidil minta doakan yang baik-baik saja.Selain dari itu, Aidil turut memberitahu dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ini dan akan menyerahkan semua kepada peguam saya untuk tndakan lanjut.

” Saya harap anda semua jelas dgn penjelasan saya.” Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yg anda sendiri tidak pasti yg boleh menjatuhkan ftnah.” Saya minta anda jangan comment benda yg boleh mendatangkan perbalahan saya dan mengeruhkan lagi keadaan saya dgn pihak disebelah sana. Cakap dan doa yg baik-baik sahaja.

” Banyak benda yg kita bole fikirkan di dalam situasi yg sedang melanda kita sekarang dari kita melemparkan kata-kata yg bole mendatangkan ftnah.” akhiri AidilRita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.

Patut Hang Bersyukur Laa Ada Bekas Bini Yang Bagus Didik Benih Hang Ni Jadi Manusia – Rita Rudaini

” Saya tak pernah cakap pun tak bayar nfkah, selama ni semua orang tahu keputusan nfkah untuk anak umur 1 tahun dan 3 tahun..itu lah duitnya, perbelanjaan susu dan pampers.”Itu respon balas pelakon Rita Rudaini kepada bekas suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Aidil sebentar tadi membuat penjelasan di Instagram beliau berkenaan pembayaran nfkah yang dibuatnya kepada anak-anak, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini dibawah jagaan Rita.Susulan dari penjelasan Aidil itu, Rita dilihat berkongsi di Insta Story yang mencuri perhatian ramai.

” Sekarang tahun berapa ya? Owh 2021, tapi amaun yang sama, dari dulu tiada duiy baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain2, tiada duit taska, tiada duit sekolah.. ke tak tahu anak dah sekolah mungkin.” Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot, tak bagi.. tapi saya diamkan saja lah sebab berapa sangat la pun untuk anak-anak yang dah besar ni.

” Amaun yang sama 2013 punya, saya tak bising dan tak pernah mintak duit sekolah, duit perayaan, baju raya, duit raya..anak-anak kena buli pun saya tak kacau dia pun dan dia pun tak berbunyi..” Aikk arini berbunyi plak pasal kes LHDN ke, nape pi claim.. kesian saya sebab bela sorang-sorang..

” Saya bukan nak claim tapi masa nak isi borang tu ada dinyatakan apa yang boleh, rupa-rupanya dah ada orang claim..saya tak bising pun masa dapat tahu 4 tahun lepas..” Alahaii nak bagitahu warganet sebab warganet kritik, takut? Lebih takut warganet dari takut Allah. Moga Allah bagi kesedaran dan bersihkan hati..

” Allah lebih mengetahui apa yang berlaku dan apa yang telah diperlakukan..” Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak mintak naikkan belanja pund ari 2015 hingga sekarang.. saya tak kacau pun duit awak anak beranak.. awat sentap? Kuat sentap ekk, sapa ajaq? Dulu tak pon..

” Patut hang bersyukur laa ada bekaih bini yang bagus didik benih hang ni jadi manusia…kurang-kurangnya aku tak lari tinggalkan anak-anak aku macam.. pi mana pun aku bawak, didik sorang-sorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang pun..

” Tak reti bersyukur langsung alahaii,” tulis Rita.Terdahulu Aidil menafikan dakwaan pihak tertentu yang menudvh beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.” Assalamualaikum untuk makluman para warganet dan followers ynag dikasihi, di sini saya ingin membuat sedikit penjelasan.

 

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post