SELEPAS sekian lama berteka-teki mengenai hari bahagia mereka, akhirnya pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat disatukan sebagai suami isteri.
Neelofa, 32, s4h bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.
ARTIKEL MENARIK:Teka teki tentang pernikahan Neelofa dan PU Riz terjawab jua akhirnya. Sumber ini dedahkan tentang majlis tersebut
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor
yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima
mas kahwin sebentuk cincin.
Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.
Neelofa anggun dengan persalinan putih.
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johar. Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan, Neelofa dan PU Riz.
Sejak awal minggu ini, satu demi satu petunjuk muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan pasangan berkenaan yang dikatakan berlangsung dalam masa terdekat.
Bermula Selasa, muncul d4kwaan seorang individu kononnya melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai.
PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Ia terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.
Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November tahun lalu.
Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.
Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.
Sumber: MSTAR
Post a Comment