”Anak Copy Paste” – Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Raja Azura Jadi Perhatian
loading...

Tidak ubah seperti anak dar@! Itulah yang boleh digambarkan pada penampilan serta sosok tubuh pelakon dan pengacara serba boleh, Raja Azura atau mesra disapa sebagai Kak Engku. Memang tidak dinafikan, Kak Engku sangat mengambil berat soal kesihatan d1ri walaupun sudah

”Anak Copy Paste” – Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Raja Azura Jadi Perhatian

 


memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura. Baru-baru ini, bekas pengacara program bual bicara santai Primadona itu telah memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya ketika meraikan kemeriahan Syawal bersama anak-anaknya.

ARTIKEL MENARIK:Puisi Ibu Undang Tanda Tanya, Perkahwinan Hannah Delisha Tak Direstui?
loading...



Gambar family tahun 2018!

Rata-rata pengikut Instagram Raja Azura tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan buatnya sekeluarga. Namun anak bongsu, Puteri Mia Maizura atau lebih mesra dengan panggilan Mia menarik perhatian orang ramai kerana memiliki rupa paras yang cantik dan m1rip ibunya.

Gambar adik-beradik pulak..

 

Sekali imbas macam Ayda Jebat?

Copy paste betul la..

loading...


Kahwin semula, Raja Azura letak syarat


BELUM terbuka hati mahu menerima orang baharu antara penegasan yang dibuat oleh Raja Azura saat ditanya tentang kisah peribadinya. Tempoh tujuh tahun menggalas gelaran ibu tunggal belum lagi membuka hatinya untuk menerima lelaki istimewa bagi mengisi kekosongan yang ada.

Sejak bercerai pada 28 September 2010, Raja Azura atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Engku mengakui tidak pernah membuka hatinya untuk berdampingan dengan mana-mana lelaki. “Entah sampai ke hari ini saya belum pernah berniat untuk berkahwin semula. Saya pula tak kisah untuk terus menggalas gelaran janda memandangkan itu memang sudah ‘bahagian’ saya. Kena terima sahaja kekurangan yang ada.

“Tapi kalau ada yang sanggup memberikan wang berjumlah RM100,000 sebulan dan membuat pelamin di atas awan, saya akan terima sebagai suami,” katanya berselor0h. Sepanjang tempoh berstatus solo, dia mengakui yang segala tumpuan diberikan kepada ibu dan ketiga-tiga orang permata hatinya.

Dia send1ri melakukan pelbagai kerja untuk memastikan masing-masing hidup selesa tanpa sebarang bebanan. Yakin mampu untuk terus bekerja bagi menyara dan membahagiakan orang tersayang juga menjadi antara punca mengapa dia tidak membenarkan mana-mana lelaki untuk mendekati d1rinya.

“Nak berkahwin semula bukannya satu kerja yang mudah. Saya send1ri wanita yang tidak sempurna yang ada kelemahan. Kalau nak bersuami, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. “Adakah suami baharu nanti boleh menerima anak-anak saya sepenuh hati? Nak mengurat bolehlah cakap sayang, nanti dah berumah tangga lain pula jadinya. Sebelum apa-apa yang bvruk terjadi baik saya berhati-hati,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Kak Engku mungkin akan memikirkan tentang d1rinya apabila kesemua anak-anak telah dewasa. Ketika ini Megat Muhammad Raziq, 16, Megat Luqman Hakim, 15 dan Puteri Mikia Maizurah, 13, masih lagi bersekolah dan memerlukan perhatian. Sekiranya kesemua anak-anak sudah dewasa dan boleh hidup send1rian, ketika itu barulah dia akan berfikir sama ada mahu mencari suami sebagai peneman masa hadapan.

“Ibu menjadi antara kekuatan sebenar saya untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal. Dia banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya untuk menjadi wanita yang tabah. “Itu juga menjadi antara punca mengapa saya mampu melakukan semua tugas menjaga selepas bercerai,” katanya berterus terang.

Sumber : Blogerindo



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post