Lagi sorang buka hijab ke?..” – Erin Malek pula didakwa tanggal tudung? Lama tidak mendengar khabar pelakon yang pernah popular dengan filem Tentang Bulan Erin Malek selepas dia mengambil keputusan berkahwin diusia muda. Erin juga telah dikurniakan dua orang cahaya mata dan diliihat bahagia bersama keluarga tercinta.
Erin Malek telah berkongsi gambar dirinya bersama rakan-rakannya semalam. Ia menimbulkan keraguan terhadap status pemakaian hijab Erin kerana pelakon berbakat itu telah berhijrah semenjak tahun 2016. Sebelum ini, pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini telah tampil bertudung litup dan tidak pernah mendedahkan rambutnya selepas berhijrah.
ARTIKEL MENARIK:Sanggup bungkus kasut masa nak redah hujan. Akhirnya terbongkar harga sebenar yang memang tak masuk akal kasut yang Mk pakai.
Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang temannya yang turut sama berada di dalam gambar. Erin Malek turut memuat naik kembali gambarnya itu menerusi ruangan IG story.
Perkongsian itu dibuat menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya. Dalam gambar tersebut, Erin hanya mengenakan topi untuk menutup kepala dan rambutnya jelas kelihatan. Ia menimbulkan keraguan terhadap status pemakaian hijab Erin kerana pelakon berbakat itu telah berhijrah semenjak tahun 2016.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini telah tampil bertudung litup dan tidak pernah mendedahkan rambutnya selepas berhijrah. Erin mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini. Buat masa ini belum ada sebarang penjelasan dari pihak Erin Malek berhubung penyebaran gambar tersebut. Semoga Erin dapat menjelaskan perkara ini dan membuat kenyataan kepada pihak media.
Sumber : Instagram Erin Malek /Apekes /Astro Gempak
Sumber :https://petuadanresepibonda.com/dari-berhijab-kini-bertopi-erin
Muat Naik Gambar Terbaru Jadi Perhatian Warganet. Terbaru Mia Ahmad Tampil Dengan Bertudung Labuh. Mengejutkan Sekali Ini Komen Dari Warganet.
Bagi yang menonton drama Hati Perempuan, pasti ingat dengan watak yang dibawa oleh Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi. Fenomena drama itu membuatkan Mia lebih dikenali ramai dan menerima pelbagai tawaran untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Baru-baru ini, pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi beberapa posting di laman Instagram yang menampakkan dirinya lebih menuju ke arah kebaikan yang diredai oleh Allah SWT. Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Mia manis bertudung litup sehingga menutupi paras dada selain mengenakan jubah labuh berwarna coklat lembut.
“Saya memilih untuk bersinar pada tahun 2021,” tulisnya ringkas di kapsyen. Di samping itu, terdapat juga beberapa posting lain juga menampakkan dirinya bertudung labuh dan dipadankan bersama dress yang cantik. Posting yang dikongsi itu mendapat pelbagai komen positif daripada warganet yang memuji kecantikan Mia yang disifatkan sejuk mata memandang.
Manisnya MasyaAllah
Untuk makluman, Mia berkahwin dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Instagram Mia Ahmad
Rindu sangat nak berlakon
SEKALI bergelar anak seni, tentunya jiwa seni itu akan sebati dengan diri. Bagi pelakon Mia Ahmad, jiwa lakonannya masih membara namun dia terpaksa berkorban buat sementara waktu demi membesarkan anaknya. Mia yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan berkata, dia ingin berikan sepenuh perhatian kepada anaknya tahun ini.
“Saya rindu sangat nak berlakon. Buat masa sekarang, saya tak menerima sebarang tawaran. Saya lebih banyak buat kemunculan di beberapa acara dan menjadi duta produk. “Tawaran ada, tetapi terpaksa tolak kerana masih menyusukan anak dan belum bersedia.
Saya kini menikmati detik bermakna sebagai ibu, malah seronok melihat anak membesar depan mata. Sayf Issa kini berusia tujuh bulan dan pastinya dalam usia sekecil itu dia memerlukan perhatian yang lebih daripada saya,” katanya.
Ditanya bila dia akan membuatkan kemunculan semula, Mia berkata, dia belum pasti. “Saya pun tak berani nak cakap bila saya kembali aktif berlakon. Apa yang pasti tempoh setahun ini saya mahu fokus membesarkan anak kerana banyak benda baru dia nak belajar.
“Insya-Allah apabila sudah bersedia dan Sayf Issa mula faham tuntutan kerja saya, maka akan bermula kembali rutin saya sebagai pelakon,” katanya. Kongsi Mia lagi, sebagai permulaan dia akan menjayakan telefilem terlebih dahulu, sesuai dengan permintaan suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.
“Saya akan buat kemunculan semula dengan telefilem seperti yang dicadangkan suami. Bukan apa, penggambaran telefilem tidak ambil masa terlalu lama berbanding drama bersiri. Jadi, saya boleh susun jadual kerja dan masa untuk keluarga. Lagipun, saya menetap di Johor Bahru, jadi agak sukar berulang-alik,” katanya.
Mia juga lebih selesa membesarkan sendiri anaknya berbanding menggunakan khidmat pengasuh. Menurutnya, kisah pendrn kanak-kanak oleh pengasuh yang tular di media sosial banyak mempengaruhi keputusannya dan memilih untuk menguruskan sendiri anaknya.
“Saya ada pembantu yang tolong tengok-tengokkan anak kalau saya perlu hadir ke mana-mana acara dan sebagainya. “Namun, kalau untuk tinggalkan anak terlalu lama rasanya tidak kerana susah untuk saya percayakan orang lain,” katanya.
Mia Ahmad ‘korban’kan lakonan demi Sayf
PELAKON Mia Ahmad sanggup ‘korban’kan dulu kerjaya lakonannya semata-mata mahu menjaga anaknya, Sayf Issa yang kini berusia tujuh bulan. Mia berkata, apabila dia sudah betul-betul bersedia untuk kembali berlakon, baru dia akan mulakan semula.
“Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk bersama anak. Saya memang rindu sangat untuk kembali berlakon, tapi demi anak dan keluarga saya korbankan dulu minat saya itu,” katanya. Mia berkata, dia juga lebih selesa untuk menjaga Sayf sendiri daripada berbanding mengambil pengasuh kerana bimbang menjadi sasaran pendrn.
Menurut Mia, kisah pendrn kanak-kanak oleh segelintir pengasuh yang tular di media sosial banyak mempengaruhinya sekali gus membuatkannya rasa takut. “Bagaimanapun, saya pembantu yang boleh tolong tengok-tengokkan anak jika saya perlu hadir ke mana-mana acara dan sebagainya.
“Namun, jika tinggalkan anak terlalu lama, saya tidak mahu kerana saya susah untuk percayakan orang yang saya tak kenal,” katanya. Disebabkan itu juga Mia memilih untuk berehat seketika dari bidang lakonan. “Dalam tempoh setahun pertama ini, banyak perkara yang anak saya nak belajar. Kadang-kadang, kalau nak keluar rumah dan tinggalkan dia sekejap pun saya sudah rasa serba salah,” katanya.
Mia Ahmad tak rela bermadu
“SAYA takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi, saya sangat hormat pada wanita yang dapat melakukannya (hidup bermadu),” kata pelakon Mia Ahmad. Kata Mia, 31, tidak semua wanita termasuk dirinya mampu menjalani kehidupan bermadu walaupun berkongsi kasih itu dibenarkan agama.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Mia menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi kisahnya di Instagram (IG) ketika masih dalam pantang pada hujung tahun lalu. Ditanya mengenai hubungan rumah tangga bersama penjaga gawang Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan yang dilaporkan bergolak sebelum ini, mereka kini dalam fasa berdamai.
“Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan. “Apabila memilih untuk kembali ke pangkuan suami, saya kini sedaya-upaya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Nur 2 di Kuala Lumpur hari ini.
Mia atau nama sebenar Samihah Ahmad Baderi berkata, dengan kemelut rumah tangga dilalui itu, dia akhirnya banyak bermuhasabah diri untuk mendapat kekuatan. “Tak dinafikan, selain sokongan daripada keluarga saya, kehadiran anak kami, Sayf Issa yang baru berusia enam bulan banyak membantu menjernihkan hubungan saya dan suami.
“Sekarang, kami banyak masa bersama membesarkan Sayf. Saya bersyukur masih dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina,” katanya. Menurut pelakon drama Hati Perempuan itu, apapun dia sedar apa yang dimiliki adalah pinjaman daripada Allah SWT termasuk suami.
Katanya, selagi mampu mempertahankan rumah tangga dibina, dia akan berusaha sebaik mungkin sekali gus cuba melupakan kelukaan di hati. Menyentuh sejauh mana kepercayaannya kini dengan suami, Mia berkata dia tidak mahu memberi komen. Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.
Mia Ahmad masih ‘tutup pintu’, tak izin sesiapa melawat cahaya mata kedua – “Kita pun takut nak ajak orang datang tengok”
PELAKON Mia Ahmad mengakui proses melahirkan cahaya mata kedua memberikan pengalaman dan cabaran yang berbeza memandangkan dunia kini berdepan dengan pandemik Covid-19. Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 32, antara cabaran yang dihadapi adalah apabila dia perlu melakukan ujian swab Covid-19 dalam keadaan sedang sarat mengandung.
Selain berasa bimbang untuk melakukan ujian tersebut, Mia juga memberitahu dia belum berani membenarkan sesiapa datang melawat bayi perempuannya yang masih dirahsiakan nama. “Antara cabaran melahirkan anak kedua ini… saya kena lakukan ujian swab Covid-19.
“Masa mula-mula nak kena lakukan ujian itu memang rasa takut tapi selepas dah selesai, rupa-rupanya sekejap sahaja dan tidak la seteruk yang saya bayangkan. “Selain itu, susah juga bersalin waktu keadaan macam ni. Orang takut nak datang melawat kita dan kita pun takut nak ajak orang datang tengok,” kata Mia kepada mStar.
Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, suami kepada Mia Ahmad iaitu Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira isterinya selamat melahirkan anak perempuan. Dalam pada itu, Mia turut berkongsi keadaan bayi perempuannya yang kerap bangun tengah malam menyebabkan dia tidak mendapatkan tidur yang secukupnya.
“Alhamdulillah… dia sihat sahaja. Tapi biasa la baby masih nak menyesuaikan diri dan kita pun sama. Apabila dia bangun tengah malam, saya pun kena bangun. “Ada ketikanya memang tak cukup tidur dan dalam masa yang sama nak kena jaga diri sendiri juga. Sekarang saya berpantang di Johor Bahru dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Pelakon yang pernah popular menerusi drama Hati Perempuan ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Sayf Issa pada 28 September 2018.
“Sebenarnya, Nama Abang Dia Dulu Nak Letak…” – Mia Ahmad Tak Buka IG Baru Untuk Anak Kedua
Pelakon Mia Ahmad memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk membuka akaun Instagram peribadi buat anak keduanya.Menurut Mia, atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, segala perkembangan mengenai anak perempuannya itu akan dikongsikan di akaun Instagram anak sulungnya sahaja, Sayf Issa.
“Memandangkan mommy jenis jarang nak kemas kini akaun Instagram abang awak, mommy buat keputusan untuk kongsi sahaja Instagram awak dengan abang @sayf.issa okay,” tulisnya dalam satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Mia turut berkongsi gambar terkini anak perempuannya yang diberi nama Iris yang lahir pada 18 Jun lalu. Pada masa sama, Mia turut memberitahu bahawa dia sengaja mahu menggunakan nama lebih ringkas pada anak perempuannya berbanding anak sulungnya sebelum ini.
Bahkan, dedah Mia, nama anak sulungya itu juga sebenarnya asalnya pendek sahaja, namun, diubah kerana mahukan elemen namanya digunakan pada anak pertama. “Empat huruf sahaja nama dia, manis dan ringkas.
Sebenarnya nama abang dia dulu pun nak letak Issa sahaja.”Tapi nak ada signature nama mommy jugalah sikit ada huruf S di depan..hehe,” kongsinya. Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Anak Lelaki Mia Ahmad Jatuh Sakit Masa Hari Jadi
Pelakon Mia Ahmad memaklumkan anak lelakinya, Sayf Issa terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan awal pagi semalam.Menurut Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, Issa menggeletar ketika sedang tidur namun punca penyakit tidak didedahkan.
“Pukul 2 pagi Issa menggeletar dalam tidurnya. Kesian baby boy,” tulisnya di Instagram Stories. Perkongsian itu disertakan dengan foto Issa sedang mendapatkan rawatan. Dalam pada itu, isteri kepada Mohd. Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) turut menitipkan ucapan sempena hari kelahiran Issa yang kedua pada 28 September lalu.
Dalam petikan itu, pelakon drama Hati Perempuan memohon untuk sama-sama mendoakan agar kesihatan Issa kembali seperti biasa. “Kepada anak pertama yang dilahirkan, Sayf Issa. Hari anda datang ke dunia adalah hari yang mengubah hidup saya selama-lamanya.
“Anda membuat saya jadi ibu. Saya mengambil masa untuk memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku. “Anakku, aku mencintaimu sebelum aku mengenalimu, aku mencintaimu sekarang, setiap hari di antara, dan setiap hari selepas ini.
“Tidak kira bagaimana dunia kita berubah, anda akan selalu menjadi yang pertama. Kami akan saling mencintai, dan akan membesar bersama, dan saya teruja melihat masa depan.”Issa kurang sihat hari ini, minta semua doakan Issa cepat sembuh ya,” tulisnya lagi.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa dan Iris.Gempak masih mencuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Mia, namun belum menerima sebarang respons.
Kredit -
Post a Comment