Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hawa sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Tahniah! Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana berpeluang untuk menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam tempoh masa 4 semester sahaja. Tambahan, saya belajar sambil bekerja. Terima kepada semua ahli keluarga, pensyarah dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan buat saya. Semoga kita berjumpa lagi.
ARTIKEL MENARIK:Bekas kekasih muat naik gambar macam baru lepas dilamar sekali tiba tiba posting terbaru Pu Riz tarik perhatian ramai. Rupa rupanya ini yang terjadi.
Menurut Hawa, dia bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang singkat walaupun dia terpaksa membahagikan masa di antara belajar dan kerjaya. Menerusi keputusan yang dikongsikan, Hawa dilihat meraih gred A bagi kesemua subjek yang diambil olehnya semasa semester terakhir. Bukan itu sahaja, Hawa juga menamatkan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang.
Tahniah Hawa! Dah la cantik, pandai pula tu. Hebat sungguh, semoga Hawa terus jadi inspirasi buat para pelajar. Di ruangan komen , rata-rata rakan artis dan warganet memberi ucapan tahniah buat Hawa. Menurut warganet, Hawa bukan sahaja seorang yang cantik malah, dia seorang yang pandai. Tambah netizen, mereka mendoakan yang terbaik buat Hawa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Seringkali Dikaitkan Hubungan Cinta Dengan Zizan Razak. Hawa Rizwana Tampil Jelaskan Detik Pertemuan Mereka Dan Ulas Lebih Lanjut Soal Pemakaian Dia Ketika Berbasikal Yang Meraih Perhatian Warganet
Pengacara yang sedang meningkat naik, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
menafikan dkwaan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon dan pelawak
Zizan Razak.Khabar angin mengenai Hawa dan Zizan kononnya sedang
bercinta apabila tular foto mereka ‘berbasikal bersama’.“Kami tidak
pernah berlaku. Sebenarnya saya bersama kumpulan saya, dia pula dengan
kawan-kawan dia.
“Kami terserempak dan bergambar bersama, itu
sahaja. Cerita kononnya kami selalu berbasikal bersama itu tidak benar
sama sekali,” katanya.Tambah pengacara berusia 25 tahun ini lagi, dia
juga tidak pernah memikirkan soal cinta buat masa sekarang kerana mahu
fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.“Jujur saya katakan yang saya tak
ada masa nak bercinta. Sekarang ini pun dah macam-macam komitmen saya
ada.
Pengulas mengenai kritikan dilmparkan terhadapnya pemakaian ketika
berbasikal, Hawa berkata dia mengambilnya sebagai teguran
membina.“Terima kasih kerana menegur saya. Saya positif sahaja dan
sekarang ini saya juga sedang memperbaiki cara berpakaian ketika
melakukan sukan itu, Insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu Hawa
turut memberikan komen apabila dikatakan menyertai sukan berbasikal
hanya sekadar mengikut trend.”Berbasikal sudah bermula sejak july 2019,
dan memang selalu berbasikal sewaktu kanak-kanak dan remaja.”Berhenti
seketika kerana ibu bapa risau akan keselamatan dan sebab itu saya lebih
cenderung dalam bidang tarian dan pernah mewakili Selangor dan Malaysia
ke Eropah. “Dan sekarang ini saya kembali berbasikal kerana jumpa
kawan-kawan yang mempunyai minat sama,” katanya.-gmpk
Kongsi Foto Tapi Warganet Dapat Kesan Sesuatu Yang Lain. Ternyata Perkongsian Hawa Rizwana Raih Perhatian Warganet Gara Gara Ini
Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana bukanlah nama yang asing lagi dalam dunia hiburan tanah air apatah lagi sejak wajahnya yang tular di media sosial kerana memiliki iras dengan selebriti popular, Neelofa.Walau bagaimanapun, personaliti TV3 ini yang turut aktif dalam aktiviti berbasikal juga semakin menjadi perhatian ramai malah menerusi laman Instagram dia juga diikuti ribuan followers dimana kini telah mencecah lebih 625 ribu
Baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai peminat dan pengikut di laman sosial tersebut juga apabila dia ada berkongsikan keputusannya yang cemerlang.Difahamkan, Hawa Rizwana yang bergelar seorang penyampai berita ini dalam pada masa yang sama turut melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Komunikasi Massa.
Ternyata, meskipun sibuk dengan kerja tetapi gadis berusia 25 tahun ini berhasil mendapatkan keputusan yang cemerlang lalu berkongsikan berita gembira itu kepada umum.Menerusi posting, Hawa turut meluahkan rasa syukurnya dan ternyata juga ia mencetuskan inspirasi buat para gadis diluar sana disamping ada juga yang meninggalkan komen memuji Hawa Rizwana.“Tahniah…”“Congrats Kak Hawa, it’s inspired me very well… hope I can make it too. Amin…”“Tengah buat Master rupanya. Dean list pula tu. Beauty with brain”
Terbaru Hawa Kongsi Foto Tarik Perhatian Ramai bila tangannya menampakkan kesan
HAWA Rizwana menzahirkan kekecewaan sebaik dikritk warganet di Twitter kononnya dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ iaitu bapanya. “MEREKA (warganet) tak tahu pun kesusahan kami, yang mereka tahu hanyalah mengkritik,” kata pelakon yang juga pembaca berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24.
Hawa menzahirkan kekecewaan sebaik dikritik warganet di Twitter semalam kononnya dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ iaitu bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.Menurut Hawa, dia mengakui bapanya bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia dan kini pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, namun tidak pernah menggunakan bapanya.
“Saya tegaskan kabel saya bukan bapa tetapi Allah. Kritikan dilemparkan warganet sangat melmpau dan melukakan hati,” katanya.Menurutnya, turut diftnh adalah rakan setugas, Zharif Zhafri yang juga anak kepada pengacara, Allahyrhm Aziz Desa.Hawa yang memiliki raut wajah persis Neelofa berkata, warganet tidak memahami kesusahan dirinya yang bertungkus lumus mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) di UiTM.
“Sewaktu menjalani latihan praktikal bersama Media Prima pada Mac 2017, resume saya dihantar oleh pensyarah bukan bapa. Tolong jangan kaitkan bapa dalam hal ini dan membuatkan kami bersedih,” katanya.Katanya, bapanya sentiasa berpesan supaya berusaha sendiri sekiranya mahu mendapatkan pekerjaan.
“Bakat saya dikesan pihak pengurusan Media Prima selepas tamat praktikal Jun 2017. Mereka menawarkan kerja sebagai wartawan dan pembaca berita di TV9.”Alhamdulillah, saya beralih sebagai pembaca berita Buletin Utama pada 1 Januari lalu dan ia disebabkan bakat bukannya kabel,” katanya.Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, dia bersedih sekiranya orang ramai memftnh bapanya.”Kepada graduan di luar sana yang masih tiada pekerjaan, saya doakan semoga dimurahkan rezeki oleh Allah. Saya percaya Allah Maha Adil dan sentiasa membuka peluang buat semua hamba-Nya,” katanya.-mtro
Fizo telefon ayah minta maaf – Hawa Rizwana
KUALA LUMPUR: Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui pelakon dan usahawan, Fizo Omar meminta maaf kepada ayahnya, susulan komen dibuatnya menerusi Instagram yang tular, baru-baru ini.Katanya, perkara itu dimaklumkan bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman apabila pelakon dan pengacara itu menghubungi menerusi panggilan telefon untuk meminta maaf.
“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu.“Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya.
“Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu,” katanya.Terdahulu, Fizo tinggalkan komen dalam satu muat naik di Instagram Hawa apabila memuji cara dia mengendalikan sebuah acara.
Susulan itu, warganet tinggalkan pelbagai komen nakal, malah turut mendkwa pelakon yang baru menjadi duda itu cuba menawan hati Hawa.Gadis berwajah iras Neelofa itu mengakui, mereka memang sudah mengenali antara satu sama lain, namun hanya sebagai abang dan adik, memandangkan Fizo ialah kenalan bapanya.Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada November 2013, tetapi berpisah pada 10 Julai lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.-bh
“Saya tak rasa dia nak ‘try’ sebab…” – Hawa Rizwana jawab mengenai hubungan dengan Fizo Omar
PEMBACA berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik.Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, berkata, dia sudah lama mengenali usahawan tersebut yang juga merupakan kenalan kepada bapanya.
“Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat.Komen Fizo di foto Hawa mengundang perhatian warganet.“Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar.
Hawa diminta mengulas spekulasi warganet bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu.Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya mengusik aktor itu.Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.
Hawa sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu.“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.”Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana.
“Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya.Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.-mstar
“Macam saya ni teruk sangat tak ada bakat langsung” – Hawa Rizwana mengaku guna kelebihan bapa untuk karier
PEMBACA berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan terkilan dengan tindakan segelintir warganet yang mendkwa dia mendapat pekerjaan di stesen televisyen tempat dia berkhidmat ketika ini dengan mudah kerana pengaruh bapanya.Malah gadis berusia 24 tahun itu turut menyangkal dkwaan tersebut.
“Bila ada orang kata dapat kerja sebab pakai kabel iaitu ayah, saya kurang setuju. Itu memang tak betullah.”Sedihlah sebab libatkan ayah… seolah-olah ayah yang cucuk-cucuk orang nak bagi Hawa kerja. Macam Hawa ni teruk sangat tak ada bakat langsung,” katanya ketika dihubungi mStar.Jelas Hawa Rizwana atau lebih mesra disapa Hawa, bapanya, Ahmad Redzuan bukanlah kakitangan di stesen televisyen tempat dia bekerja.
Hawa bergelar penyampai berita Buletin Utama sejak awal tahun ini.“Ayah pun kebetulan dulu hos Selamat Pagi Malaysia tapi dah lama dah… bukan dia kerja sebagai wartawan di Media Prima.”Ada orang ingat kami satu office tapi ayah tak ada kena-mengena dengan Media Prima dan dia sebenarnya pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.Menurut Hawa, dia juga menjalani latihan praktikal di syarikat tersebut atas cadangan pensyarahnya.
Macam hari pertabalan tempoh hari saya tanya ayah ayat promo yang sedap. Kita ni tak matang nak buat ayat puitis macam tu. Alhamdulillah saya gunakan kelebihan itu untuk karier saya.
“Hawa masuk internship di Media Prima sebab study journalism dan atas recommendation pensyarah. Bukan saya seorang je tapi ada kawan-kawan lain yang namanya turut dihantar pensyarah.”Lepas intern… dua bulan kemudian saya dipanggil untuk jalani audition baca berita. Saya pun excited dan beritahu ayah tentang perkara itu. Ayah pun cakap ok Alhamdulillah,” katanya.
Hawa bersama ibu dan bapanya.Namun Hawa bersyukur kerana dia ditawarkan sebagai pembaca berita kerana bakat dan kelayakan yang dia ada.”Selepas setahun lebih dekat TV9 beberapa hari sebelum 1 Januari tahun ini, Alhamdulillah Datuk Manja Ismail, bos Media Prima suruh baca Buletin TV3. Jadi ayah memang tak involve langsung dalam proses saya nak dapatkan kerja ni.
“Jika difikirkan sedalam-dalamnya secara rasional, kalau orang tu tak terkenal tapi bakat dia luar biasa, orang akan ambil bekerja. Tapi kalau orang tu ada kabel tapi tak ada kriteria atau bakat, buat apa orang nak ambil… betul tak,” katanya yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana.Pada masa sama, Hawa berkata dia juga sering meminta pandangan bapanya sebelum memulakan tugasannya.
“Banyak benda saya refer dengan ayah. Kalau nak interview menteri saya akan minta pandangan ayah mengenai isu semasa atau apa yang boleh ditanya.Tweet Hawa mendapat perhatian warganet.“Macam hari pertabalan tempoh hari saya tanya ayah ayat promo yang sedap. Kita ni tak matang nak buat ayat puitis macam tu. Alhamdulillah saya gunakan kelebihan itu untuk karier saya,” katanya.Tags/Kata Kunci:-mstar
Tiba Tiba Sahaja Rasa Sakit Semasa Melakonkan Watak. Zizan Dedahkan Punca Sakit Yang Dialaminya Dan Dia Beritahu Akan Bertemu Dengan Pakar Untuk Tahu Lebih Lanjut Dan Dia Harap Semua Doakan Dia Untuk Cepat Sembuh
Pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak mengalami luka pada bahagian kaki ketika melakukan babak aksi untuk filem terbaharunya, Baik Punya Ahlong. Ketika dihubungi Gempak, Zizan menyatakan rawatan telah diberikan namun rasa sakit itu masih ada.“Semalam masa tengah scene berbalah tiba tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca.
“Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap saja hilang rasa sakit. “Masa penggambaran rasa sakit tu datang balik. Insya-Allah takda apa-apa. Kalau sakit lagi saya terus jumpa pakar,” katanya.Sementara itu, Zizan juga mengaku terpaksa berjalan dalam keadaan terhincut-hincut dan meneruskan penggambaran seperti biasa.
“Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengrbanan pelakon filem aksi,” katanya mengakhiri perbualan. Semalam, Zizan ada berkongsi beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set penggambaran.“Jackie Chan atau Jacky Sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi filem yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak,” tulisnya di Instagram (IG).Dalam perkembangan lain, Zizan juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.
Zizan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK
Takut Bila Kes Covid 19 Makin Meningkat. Mengejutkan Bila Zizan Dedahkan Sesuatu Yang Terjadi Masa Pkp. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Zizan Razak.
Jumlah penularan Covid 19 di Malaysia yang dilihat kembali naik dengan mencecah tiga angka membuat banyak yang bimbang. Salah satu yang ikut meluahkan kebimbangannya setelah kes Covid 19 di negara merekodkan 150 kes baharu semalam dengan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota, adalah aktor Zizan Razak.“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. “Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan,” kata Zizan kepada Gempak.
Malah aktor itu mengatakan kebimbangannya terhadap musuh yang tidak kita nampak ini sempat membuat dia berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu. “PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan.“Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan. “Kita jaga kita, kita kawal balik keadaan. Jadikan Malaysia kembali kepada negara yang berzon hijau,” katanya.
Meski bimbang melihat angka kes Covid 19 yang kembali naik, Zizan kini tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelaku seni. Dia kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, yang disutradarai oleh Afdlin Shauki, Baik Punya Ahlong.Membawa watak sebagai Aloy, Zizan memberitahu penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramli dan sahabatnya, Johan ini masih dalam proses. “Setakat ini kami sudah melangsaikan sekitar 60 peratus penggambaran dan dijangka habis pada pertengahan bulan Oktober ini.
“Pengalaman bekerja di filem ini memang mengujakan, apa lagi saya memperoleh banyak ilmu dari aktor Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sendiri,” kata Zizan. Selain Baik Punya Ahlong, Zizan turut mempersiapkan diri untuk memasuki set penggambaran filem berjudul Juang.Instagram: @zizanrazak869
‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak
PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?
“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya. Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.
“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?
“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.-ctto
Tiga Artis Wanita Yang Pernah Digosipkan Sudah Bahagia Bersama Orang Lain. Warganet Luah Rasa Simpati Dengan Nasib Zizan Dan Ada Juga Warganet Yang Membahan
Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto pelakon dan pelawak Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.Apa yang menyedihkan, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu.
“If u want to get married, take a picture with zizan,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap pelawak kelahiran Terengganu itu.“Sian zizan. orang buat bahan of his past failed relationships. Nak buat macam mana dah takda jodoh. its not like he didnt try. urghh,” tulisnya.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama Juliana Evans dan Emma Maembong.Bukan itu sahaja, Mira Filzah juga pernah dikaitkan bersama pelawak berusia 36 tahun itu sebelum ini.-mh
Dapat Tahu Nenek Sakit Di Kampung. Zizan Tanpa Ragu Terus Bergegas Pulang Ke Kampung Dan Ini Perkongsian Zizan Untuk Mendoakan Yang Terbaik Buat Neneknya
Zizan mohon semua orang mendoakan keadaan neneknya.PELAKON dan pelawak terkenal Zizan Razak memberitahu neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan mengharapkan doa orang ramai.Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia dan keluarga bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.
“Assalammulaikum buat semua. Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesihatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Zizan berkongsi perkara itu di laman sosialnya.
“Kerana Zizan baru sahaja dapat berita keadaan nenek Zizan tidak berapa stabil. Dan sekarang Zizan terpaksa bergegas pulang ke Terengganu.”Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang. Bismillah. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata Zizan.Pelakon filem Abang Long Fadil itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.
Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang.
Bagaimanapun Zizan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya.Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan doa daripada warganet dan rakan selebriti antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Shiha Zikir, Johan dan Nabil Ahmad.”Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan… safe journey to Terengganu bro,” tulis Anuar Zain.
“Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek,” komen Johan.Pelakon Ramona Zamzam turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.”Kesiannya ya Allah dah la kita habis shoot lambar g1la semalam. Lepas itu you terus gerak Terengganu. Semoga nenek you cepat sembuh Zan! Be safe and see you on second episode,” katanya-mstar
Kredit -
إرسال تعليق