Denda RM10,000 Jika Langgar PKP Mulai 11 Mac 2021
loading...

Bermula 11 Mac 2021, orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

Denda RM10,000 Jika Langgar PKP Mulai 11 Mac 2021

 


Manakala bgi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

ARTIKEL MENARIK:Berjiran Dgn Perdana Menteri Ketika Solat Jumaat. Driver Grab B tak sabar utk bangun beri pɛngh0rmatan. Namun sebaliknya yg berlaku
loading...


Menerusi laporan Bernama, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Pada Januari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan bahawa draf cadangan kepada pejabat peguam negara (AGC) untuk menaikkan kompaun telah dibuat.



loading...


Perkara itu dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa Covid-19 terdapat keperluan untuk meminda Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ini kerana keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.


Kredit - YOY Network
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم