Gagal Temui Sajat Yang Bersembunyi, Polis Turun Untuk Membantu JAIS
loading...

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Polis Selangor mahu membantu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memburu usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat yang melanggar perintah mahkamah.

Gagal Temui Sajat Yang Bersembunyi, Polis Turun Untuk Membantu JAIS

 


Namun pemangku ketua polis Selangor memaklumkan belum menerima permohonan agensi agama itu untuk berbuat demikian, lapor Kosmo!.

ARTIKEL MENARIK:JAIS Kerah 122 Anggota Mencari Sajat
loading...


“Kita sedia bantu,” kata Datuk Arjunaidi Mohamed dipetik.

Nur Sajat, nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dipercayai melarikan diri apabila Jais membuat serbuan di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara di Selangor.

Pengasas produk Let’s Cantik itu tiada di rumah ketika serbuan malam tadi, lapor portal itu lagi.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada sebutan semula kes tanpa mengemukakan sebab.



loading...


Mahkamah kemudian menangguhkan kes kepada 1 Jun depan.

Nur Sajat dituduh berpakaian seperti wanita pada satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina, di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, jam 7.30 malam 23 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

kredit projekmm



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم