Kenduri Tahlil Antara Punca Kes Covid-19 Di Terengganu
loading...

KUALA TERENGGANU: Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sempurna menjadi antara punca kes baharu Covid-19 di Terengganu hari ini.

Kenduri Tahlil Antara Punca Kes Covid-19 Di Terengganu

 


Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes itu membabitkan beberapa keluarga dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang balik ke Terengganu untuk menziarahi datuk yang meninggal dunia.

ARTIKEL MENARIK:Ustazah Asma Seb4k, Posting Terakhir Wanita Kongsi 3 Video Kuliahnya Sebelum ‘Pergi’
loading...

“Apabila ada kematian, kebiasaannya akan ada majlis kenduri tahlil. Bilangan ahli keluarga yang terbabit sekitar 45 orang. Akhirnya, 15 daripada mereka disahkan positif Covid-19

“Dalam keluarga ini ada individu bergejala yang turut serta. Ini menyebabkan jangkitan sangat tinggi.

“Sepatutnya apabila sudah tahu diri bergejala, tangguhkan dulu perjalanan rentas negeri atau patuhi SOP sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan seperti ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Jabatan Kesihatan Terengganu merekodkan 22 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negeri itu 110 kes.

Dr Nor Azimi berkata, pertambahan kes Covid-19 akibat rentas negeri dan berkumpulnya ahli keluarga yang ramai bukanlah pertama kali terjadi kerana sebelum ini turut berlaku di Besut.

“Beberapa keluarga dari Kuantan, Pahang dan Johor balik menziarahi nenek mereka yang berumur 100 tahun dan sakit tua. Akhirnya, lima ahli keluarga dijangkiti Covid-19 termasuk nenek yang akhirnya meninggal dunia.



loading...


“Ada juga kisah jiran disahkan positif Covid-19 hanya kerana menziarahi keluarga arwah. Oleh itu, ambillah iktibar dari kisah ini.

“Elak berkumpul sekeluarga beramai-ramai kecuali kita boleh sahkan tiada pembawa Covid-19 dalam keluarga kita.

“Kita tidak pernah kata tidak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi baliklah dengan berhati-hati dan patuh SOP sepenuhnya. Jika tidak mampu hendak patuh, elak itu lebih baik,” katanya.

– Harian Metro via Suara TV



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post