Lepas tular gambar berpegangan dengan Saiful Apek kali ni ada lagi foto mesra Fiza Halim dan Saiful Apek buat warganet terkedu.
loading...

Foto pelakon Fiza Halim bersama pelawak Saiful Apek yang dilihat mesra telah mengundang pelbagai andaian warganet tentang status terkini bekas penyanyai kumpulan Elite itu. 

Lepas tular gambar berpegangan dengan Saiful Apek kali ni ada lagi foto mesra Fiza Halim dan Saiful Apek buat warganet terkedu.

 


Fiza yang memuat naik foto tersebut ke akaun Instagram (IG) memberitahu, Saiful Apek merupakan pasangan kegemarannya dalam salah satu program televisyen.

ARTIKEL MENARIK:Jarang muat naik foto bersama dengan suami sampai ada yang tak tahu Marsha dah kahwin. Sekali Marsha tampil bersuara lantang dedahkan sesuatu tentang suaminya buat warganet terkedu.
loading...


“Peliknya Rapat & Pegang Tangan Saiful Apek”- ‘Delete’ Foto Suami Di IG, Netizen Speku Fiza Halim Kembali Solo. “My forever couple seat… sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita,”katanya. Menerusi entri tersebut foto dilihat duduk rapat berlaga bahu dan bersentuhan tangan bersama Apek. Rata-rata mengkritik tindakan Fiza yang dilihat tidak sesuai dengan statusnya yang diketahui sudah berkahwin.

GAMBAR FIZA PELUK PINGGANG SAIFUL APEK


“Lain macam gambar ni, ada apa-apa ke?” tanya salah seorang pengikutnya. “Peliknya duduk rapat-rapat pegang tangan, suami fiza tak kisah ke? Jagalah batas isteri orang,” nasihat salah seorang warganet. “Allahuakbar, kalau dah suami isteri, tahniah ya Fiza, tak mungkin nak pegang-pegang tangan kalau bukan dengan yang dah halal..” kata salah seorang warga maya.

Bukan itu sahaja, warganet juga mula membuat spekulasi bahawa Fiza sudah kembali solo memandangkan foto bersama suaminya sudah pun dipadam dari laman sosial tersebut. “Rasa dah solo…tak kan lah dia ada suami dia berani pegang tangan macam tu,” teka salah seorang warga net.

“Macam dah single saja gambar suami pun dah tak ada, banyak dah padam,” speku salah seorang warganet. Pada tahun 2017, Fiza dilaporkan berkahwin kali ketiga dengan seorang juru terbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan dikurniakan seorang cahaya mata Aleena, 3 tahun.

Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan termasuk bersama penyanyi Adam AF. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 12, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,11.

Bahagianya Fiza Halim! Punya MENTUA & BEKAS MENTUA Yang Penyayang & Memahami

Tidak ramai isteri yang beruntung mempunyai ibu mentua yang baik dan penyayang umpama anak sendiri. Bertuah Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim kerana mempunyai ibu mentua yang melayannya dengan baik.

Malah ibu kepada suami pertamanya dahulu juga masih menyayangi dan melayan Fiza dengan penuh kasih sayang. Bermakna Fiza kini mempunyai 2 orang ibu mentua. Menyambut Syawal baru-baru ini Fiza telah berkunjung kedua-dua buah rumah mentuanya dan dikongsikan di laman media sosialnya.

Melalui perkahwinan ketiganya bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri, kini Fiza menjalani kehidupan bahagia bersama suami, anak dan keluarga mentuanya. Kongsi Fiza, “Hari ni raya rumah mertua, Puan Normala. She’s very nice lady, baik hati dan amat memahami.

Paling tegas dalam semua perkara. Dalam masa yang sama kadang-kadang tu kelakar jugak. Thank you mama for your understanding us. Yeayyy, dapat duit raya. Thank you ma,” kata Fiza. Malah, Fiza juga telah berkongsi tentang kunjungannya ke rumah ibu kepada bekas suami hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kongsi Fiza, “The best Mother in Law that I ever have.

Mama, thank you so much for everything that you have thought me. Memang dulu Fiza banyak salah, muda kan. Mama banyak bagi nasihat pada Fiza. Kalau ada masalah mama tempat Fiza mengadu. Forever you will be my favorite mama.

Thank you to daddy too. Terima kasih kerana menjaga, mendidik dan menjadi ibu kepada 2 orang anak-anak Fiza dan Farriq. Mama and daddy dah lakukan yang terbaik untuk diaorang berdua. Fiza really appreciate sangat-sangat. Tanpa mama and daddy, tak tahulah apa akan jadi pada diaorang. Kalaulah dapat putar balik masa. Apa-apa pun Fiza beruntung dan happy sangat-sangat sebab ada bekas mertua yang baik seperti mama.

Alhamdulillah Allah panjangkan pertalian kami dan masih lagi baik seperti dulu. Aku bersyukur punyai mama yang (walaupun selalu pok pek) tapi baik hati. Tiada yang lain yang dapat gantikan tempat mama. Love u so much mama,” kongsi Fiza jujur.

Fiza mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel melalui 2 perkahwinannya. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra adalah cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama dan seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan ketiga yang diberi panggilan manja, Baby Aleena. Hasil perkahwinan keduanya bersama penyanyi Adam AF tidak dikurniakan anak.

Kredit foto: Instagram @fizahalimofficial

Sumber : GEMPAK

Gembira Bergelar Isteri Selepas Memegang Status Ibu Tunggal Selama Tujuh Tahun. Sabrina Ali Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Foto Perkahwinan Bersama Saiful Apek

Pelakon Sabrina Ali rasmi menjadi isteri sahabat baiknya sendiri selepas selamat bernikah dengan Wanji Aswandi, 42, pada Sabtu.Sabrina, 38, melahirkan rasa syukur dan berasa sangat gembira bergelar isteri Wanji selepas memegang status ibu tunggal selama tujuh tahun.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya gembira berkahwin dengannya selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal,” kata Sabrina bahagia.
Sabrina kemudian menceritakan detik awal perkenalan dengan Wanji yang terjadi pada Ogos lalu, sebelum dilamar sebulan kemudian dan lamaran diterimanya buat kali kedua pada bulan November.

“Kami berkenalan pada bulan Ogos lalu, sebelum ini saya memang anggap dia sebagai kawan baik kerana kami memang rapat dan saya banyak meluah dan berkongsi perkara dengannya.“Pertama kali Wanji melamar saya adalah pada bulan September, tapi ketika itu saya memberitahu saya perlukan masa untuk berfikir



loading...


“Kemudian dia melamar lagi saya pada bulan November, dan saya telah menerima lamarannya yang kedua ini.“Sebelum itu saya memang perlukan masa untuk berfikir, jadual penggambaran sebelum ini pun agak sibuk,” katanya lagi.Pada masa yang sama, Sabrina mengakui kes4l dengan artikel laporan Gempak sebelum ini yang memaparkan foto dia dan pelakon Saiful Apek memakai baju pengantin yang mencetuskan spekvlasi mereka ‘berkahwin’.

Menurutnya, ia bukanlah satu kebenaran (dia dan Saiful Apek berkahwin), sebaliknya ia hanya babak dalam lakonan mereka ketika itu.“Saya kes4l dengan artikel tersebut, saya dan Saiful Apek bukan berkahwin betul-betul, itu hanya babak untuk drama lakonan kami,” katanya.Apapun, Gempak mengucapkan tahniah kepada Sabrina dan suami, semoga rumah tangga sentiasa dikurniakan kebahagiaan oleh Allah SWT.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Selamat Bergelar Isteri Bekas Vokalis Handy Black Wanji Aswandi. Wanji Dedah Detik Perkenalannya Bersama Sabrina Ali Yang Ramai Tak Tahu

Pasangan ini mula rapat sejak empat bulan lalu.PELAKON Sabrina Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas vokalis kumpulan Handy Black, Wanji Aswandi pagi Sabtu lalu.Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi.Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana di Seksyen 16, Petaling Jaya pada sebelah petang dengan kehadiran 70 ahli keluarga dan teman rapat.

Wanji, 42, yang juga pengarah aksi lagk ngri filem Bunohan itu memberitahu, dia dan Sabrina sudah lama berkenalan mulai rapat sejak empat bulan lalu.”Saya dah lama kenal dengan Sabrina sebab kami dalam industri yang sama.”Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin,” katanya kepada mStar.

Sabrina bersama tiga anaknya.Ini merupakan perkahwinan ketiga Sabrina atau nama sebenarnya, Sabrina Ali Dad Khan.Hasil perkahwinan terdahulu, Sabrina mempunyai tiga cahaya mata iaitu, Ariyana, 12, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan yang kini berusia tujuh tahun.

Mengejutkan Bila Saiful Apek Dan Sabrina Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Warganet Tertanya. Akhirnya Saiful Apek Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu.

Pelakon dan pelawak Saiful Apek mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik foto berbaju Melayu putih bersama Sabrina Ali Khan. Malah, Saiful turut menulis kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai seakan-akan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita itu.

“Syukur Alhamdulillah, selesai sudah,” tulisnya. Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi. “Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas. Sabrina yang pernah popular menerusi drama Gerak Khas itu turut berkongsi foto sama di Instagramnya. “Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Selesai sudah,” tulisnya.


Perkongsian foto-foto terbabit dihujani dengan ucapan tahniah selain ada yang turut berspekulasi pasangan itu hanya digandingkan untuk berlakon bersama. Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari Saiful dan Sabrina.Instagram: @saifulapek, @sabrina_ali_dad_khan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: GEMPAK

Saiful Apek mahu cipta empayar seni keluarga

PELAWAK Saiful Apek, 50, mendedahkan pernah melarang dua anaknya Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 21, menceburi bidang seni sekiranya belum mempunyai ilmu dan persediaan secukupnya. “Suatu ketika dulu saya bercakap dengan mereka, kalau kamu belum cukup kenal diri sendiri, jangan duduk di barisan hadapan.

“Walau minat macam mana pun, kamu masih boleh duduk di barisan belakang tapi menghasilkan karya yang ‘sampai’ dan beroleh manfaatnya untuk diri sendiri. “Contohnya Datuk Ahmad Nawab, dia hanya main saksofon dan bukan penyanyi tapi semua orang kenal. Maksudnya sampaikan kreativiti seni itu tapi bukan di barisan hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata, tanggungjawab berada di barisan hadapan sangat berat, namun dia tidak bertujuan menghalang anaknya meneruskan legasi seni apabila bersedia sepenuhnya. “Saya bukan menghalang tapi nak bagi mereka faham. Alhamdulillah, mereka dah bersedia dan akan masuk bidang seni selepas ini.

“Anak sulung sekarang belajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. “Manakala yang kedua, akan dimasukkan dalam akademi muzik kerana dia meminati muzik. Dalam elemen ini juga sebenarnya tiada unsur paksaan. Saya tak nak anak buat sesuatu yang mereka tak faham,” katanya.

Pelawak yang popular menerusi sitkom Senario dan pelbagai filem komedi itu berkata, dia mahukan anaknya mempunyai ilmu sebelum melangkah masuk dalam bidang seni. “Seorang dalam filem dan animasi manakala seorang lagi dalam bidang muzik. Apabila mereka bergabung dengan saya nanti, tak perlu panggil orang lain lagi.

“Mereka akan menggerakkan syarikat keluarga kami. Contohnya seperti kumpulan KRU yang dianggotai oleh tiga beradik. Mana ada adik-beradik lain yang berjaya seperti mereka. “Begitu juga keluarga Bell Ngasri, Opie Zami serta Aziz M Osman di mana berjaya menguruskan syarikat keluarga dengan baik,” katanya.

Apek berkata, dia mahu mencipta empayarnya sendiri dalam bidang seni bersama keluarga. “Anak sulung bakal tamat belajar tahun depan dan saya akan mencarikan tempat untuknya menjalani latihan praktikal selama enam bulan. Dia bertanya saya mana organisasi yang paling bagus.

“Yang kedua pula, amat mengejutkan kerana berjaya menyiapkan dua lagu tanpa pengetahuan saya. “Daripada A hingga Z semuanya dia buat sendiri merangkumi buat lirik, susunan lagu, rakaman dram, gitar serta vokal. Saya terkejut apabila mendengar hasilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Apek serta beberapa artis seperti Julia Farhana Marin dan Putra Amaris akan menjayakan Karnival Health Insurance Safety Conference & Expo 2019 (HISCE 2019) di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru pada 2 hingga 6 Oktober depan.

Program anjuran Klass Event Network itu menghimpunkan sektor keselamatan dan perlindungan di bawah satu bumbung untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post