Majlis nikah hanya dihadiri ahli keluarga. Dah selamat bernikah sekali Syamel dedahkan tarikh majlis resepsi akan diadakan.
loading...

Pasangan penyanyi, Syamel, 27, dan Ernie, 28, yang bakal disatukan hari ini, mengambil keberkatan penghulu segala hari itu sebagai tarikh bermakna buat mereka untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. 

Majlis nikah hanya dihadiri ahli keluarga. Dah selamat bernikah sekali Syamel dedahkan tarikh majlis resepsi akan diadakan.

 


Memetik BH Online, majlis akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid itu akan diadakan secara tertutup, kira-kira jam 10 pagi dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

ARTIKEL MENARIK:Saling mengenali lebih daripada 10 tahun. Fida Ibrahim dedah bakal nikah pada Mei dan kongsi cerita tentang bakal suami
loading...


“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat. “Jika berjumpa pun sebelum ini, semuanya disebabkan kerja. Sehubungan itu, kami sepakat tidak mengambil sebarang tawaran demi majlis pernikahan kami.

“Untuk majlis akad nikah, ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” kata Syamel seperti yang dipetik. Penyanyi lagu Hidup Dalam Mti itu berkata, dia juga akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isterinya pada majlis pernikahan itu.

“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya,” katanya lagi. Bagaimanapun, satu majlis resepsi bertemakan Black Tie akan diadakan pada 3 April depan khusus bagi rakan media dan artis yang banyak memberi sokongan buat mereka berdua.

Terdahulu pada Ogos tahun lalu, keduanya mengikat tali pertunangan selepas saling mengenali secara rapat lebih empat tahun lalu. Sementara itu, Ernie menerusi Instagram ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis malam berinai yang diadakan pada Khamis.


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Khabar Berita Bakal Diijab Kabulkan Mula Tersebar. Ernie Zakri Tampil Jawab Tentang Desas Desus Itu

Difahamkan dalam masa terdekat Syamel dan Ernie bakal diijab kabulkan. Macam yang kita semua tahu, ahad lepas berakhirnya debaran Anugerah Juara Lagu ke 35 maka selesailah satu urusan penting dan kini masuk episod baru bagi penyanyi Ernie Zakri dan SYamel yang sudah berkira kira hari untuk menjadi suami isteri dalam waktu yang terdekat. Tersebar khabar berita yang mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Namun begitu, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan penting.”Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah.”Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini,” jelasnya.

Satu portal ini difahamkan mereka berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini bagi mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021. BAgaimanapun ia hanya sebuah khabar angin dan hanya tuan badan sahaja yang tahu. Bagi mengesahkan berita tersebut,menerusi laporan artikel sebelum ini, Ernie yang juga pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan sebaik AJL35 berakhir.

“Apa yang saya boleh katakan dan kongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah… kami akan langsungkan perkahwinan.”Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak,” katanya.Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.

Menafikan Bakal Menangguhkan Majlis. Ernie Zakri Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Majlis Perkahwinannya

Penyanyi Ernie Zakri menegaskan dia dan pasangan, Syamel akan meneruskan majlis perkahwinan mereka selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Ernie bagaimanapun menafikan mereka bakal menangguhkan majlis tersebut cuma keputusan itu bergntung pada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa

.”Tak marah, kita okey. Terang-terangan semua orang tengah ada masalah masing-masing apabila PKP diumumkan. Dan banyak juga perkara yang harus kita selesaikan.”Cuma perkataan tangguh itu kalau boleh kami elakkan. Kami tak ada menangguh apa-apa setakat ini.”Insya-Allah semua berjalan seperti yang dirancang jika PKP tidak dilanjutkan lebih lama..”Semua ni kami mampu rancang, tapi Dia tentukan,” jelasnya.

Ernie tampil mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa pasangan itu bakal menangguhkan majlis perkahwinan mereka ekoran penangguhan Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini.Justeru, Ernie memohon doa orang ramai agar melancarkan urusannya dan tidak salah faham dengan situasi terkini mereka.

Persiapan Majlis Perkahwinan Sudah Selesai Dan Tinggal Menunggu Hari Berlangsung. Syamel Dan Ernie Bertindak Buka Cafe Dan Tak Sangka Sambutan Sangat Menggalakkan

KUALA LUMP[UR: “Persiapan majlis perkahwinan semuanya sudah selesai. Kini, hanya tinggal menunggu hari berlangsung sahaja,” itulah penjelasan penyanyi, Syamel mengulas persiapan majlis perkahwinannya dengan Ernie Zakri yang dijangka berlangsung, awal tahun depan.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, segala urusan berkaitan hari bahagia mereka sudah pun diserahkan kepada perancang perkahwinan yang dilantik.

“Kami sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk diserahkan kepada perancang perkahwinan yang menguruskan perjalanan majlis. Berdasarkan perancangan yang dipersetujui awal, hanya ada dua sahaja majlis resepsi iaitu satu untuk keluarga dan satu untuk rakan selebriti dan media.

“Dalam situasi sekarang, kami tak boleh undang ramai tetamu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Bagaimanapun, jika ada rezeki, mungkin kita akan mengadakan majlis khas untuk peminat. Tetapi, ia masih dalam perancangan.

“Apa yang boleh dikatakan, segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah selesai, cincin pun sudah dibeli,” katanya kepada BH Online.Ditanya apakah majlis pernikahan akan dilakukan secara tertutup, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu berkata, perkara itu masih belum dapat diputuskan dan ia bergantung kepada keadaan semasa.

“Apapun, kita kena tunggu penerangan daripada perancang majlis kerana mereka menguruskan lokasi. Jika keadaan sesuai untuk mengundang media dan ada kelonggaran dari segi SOP, pasti kami akan menjemput untuk sama-sama meraikannya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Setable yang terletak di Platinum Walk, Setapak, baru-baru ini.

Syamel menyifatkan pembukaan kafe sebagai satu risiko besar buat mereka memandangkan keadaan eknomi kurang memberangsangkan, ketika ini.”Kami sepatutnya berjimat cermat dalam situasi sekarang. Untuk bisnes ini sahaja, kami mengeluarka modal ratusan ribu ringgit. Selain untuk jaminan masa depan, kafe ini dibuka untuk membantu orang lain dengan memberi ruang kepada vendor untuk menyewa.

“Jika ikutkan perancangan awal, saya dan Ernie hanya akan membuka pada penghujung bulan ini. Tetapi, disebabkan COVID-19, mereka yang terjejas ini minta saya awalkan operasi kafe. Walaupun terpaksa beroperasi ketika proses ubahsuai dijalankan, kami tak kisah asalkan dapat membantu meringankan beban mereka.

“Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan selepas hampir sebulan beroperasi,” ujarnya.Mengulas pembabitan dalam bisnes makanan, Ernie berkata, hasrat itu sudah lama disuarakan tunangnya memandangkan mereka penggemar makanan.

“Syamel sudah lama berhasrat untuk membuka kedai makanan. Secara kebetulan, Syamel seorang yang suka makan dan mempunyai cita rasa tersendiri terhadap sesuatu menu.”Selain itu, ia juga jaminan untuk masa depan kami memandangkan keadaan sekarang agak sukar untuk seorang penyanyi mendapat tawaran mengadakan persembahan berikutan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujar penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu.

Dikatakan Bakal Menamatkan Zaman Solo Awal Tahun Depan. Ernie Zakri Tampil Dedah Cerita Di Sebalik Perkenalannya Dengan Syamel Sehingga Mengambil Keputusan Untuk Bertunang

Siapa yang menyangka detik perkenalan menerusi sebuah pentas hiburan akhirnya membawa benih cinta hati pasangan penyanyi popular,Syamel,27 dan ernie Zakri,28. Sebelum ini,pasangan penyanyi duet menerusi lagu Aku Cinta itu sedaya upaya mengelak menjawab spekulasi dan kesahihan hubungan cinta yang terjalin. Namun,dari riak wajah dan bahasa tubuh yang ditunjukkan menerusi laman sosial,jelas ada bunga dalam taman hati.

Nyata, telahan ramai mereka ‘berpacaran’ tidak tersasar apabila berita pertunangan mereka tersebar. Syamel dan Ernie akhirnya mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.Seperti dijanjikan, Syamel mahupun Ernie tidak menyembunyikan majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarga Ernie dan berkongsi berita gembira itu.

Berkongsi kisah percintaan, Ernie ketika ditemubual menerusi kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? mendedahkan, dia nekad memulakan langkah pertama selepas berasakan wujud keserasian antaranya dan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Hidup Dalam Mti itu.

“Cerita bermula apabila saya dan Syamel menyertai program Duo Star, empat tahun lalu. Mungkin sebab saya selesa dan enggan berterusan menyembunyikan perasaan dalam hati membuatkan saya nekad untuk berterus-terang dengannya. Saya beritahu Syamel, saya menyukainya.

“Niat saya meluahkan perasaan supaya boleh bekerja dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan balasan apabila meluahkan perasaan. Saya tak mahu tertekan.”Bagaimanapun, saya tak sangka pula tidak bertepuk sebelah tangan. Syamel menerima saya dan kami terus berkawan hingga memutuskan untuk bertunang, Ogos lalu,” kata penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu kepada BH Online.

Mengulas tindakan berani Ernie, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, pada awalnya, dia sangat terkejut dengan luahan hati tidak diduga. Bagaimanapun, bersikap terbuka dan percaya teman duetnya mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Walaupun selalunya lelaki ada sikap berani, namun saya terkejut apabila ada wanita yang mampu berterus-terang dengan dalam meluahkan perasaan. Pun begitu, saya faham tujuan Ernie berbuat demikian.”Kami bertemu setiap minggu ketika menyertai program Duo Star. Sejujurnya, saya dan Ernie memang menyimpan perasaan, cuma awalnya belum meluahkannya.



loading...


“Saya tak anggap tindakan Ernie meluahkan perasaan sebagai perbuatan gelojoh. Sebaliknya, saya sifatkan agak lembap dalam soal ini,” jelas pemenang trofi Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).Berdasarkan khabar yang disampaikan, pasangan yang pernah memenangi trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 32 itu bakal menamatkan zaman solo, awal tahun depan. Enggan terus berteka-teki, persoalan itu terus diajukan kepada si empunya diri.

“Jika mengikut perbincangan ahli keluarga kedua-dua pihak, kami mahu melangsungkan majlis pernikahan, awal tahun depan. Bagaimanapun, saya mahupun Ernie tidak berani berjanji memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih. Malah, ramai bakal pengantin yang sudah menetapkan tarikh terpaksa menunda majlis.

“Apapun, ia bergantung kepada bagaimanakah situasi pada tahun hadapan. Jika keadaan mengizinkan, mungkin kami teruskan pada tarikh yang ditetapkan. Jika tidak, kenalah tunggu hingga keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih,” jelas penyanyi yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 26 November ini.

Adat pasangan pada alam pertunangan, pasti tidak boleh mengelak berdepan dengan situasi yang boleh menjejaskan keharmonian. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, Syamel dan Ernie menjadikan komunikasi dan perbincangan sebagai kata.

“Tidak dinafikan, kita memang sentiasa terdedah dengan ftnah yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan dalam situasi teknologi media sosial. Jadi, kami memang amalkan perbincangan untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan sejak awal perkenalan lagi.

“Jika ada perkara yang tak puas hati, kami akan duduk berbincang. Tak perlu nak simpan, takut nanti makan dalam. Lebih baik luahkan supaya apa yang terbuku dalam hati dapat dilepaskan.”Sebagai penyanyi, kami memang agak sensitif. Perkara kecil pun boleh jadi serius. Daripada perkara kecil menjadi melarat-larat, lebih baik selesaikan dengan cara lebih berdiplomasi,” kongsi pasangan ini.

Rupanya Ini Faktor Ernie Zakri Terdorong Untuk Mula Bertudung. Terkedu Bila Ernie Zakri Bongkarkan Kisah Sebelum Mula Berhijab Dan Reaksi Warganet Dengan Perubahan Penyanyi Itu.

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan situasi semasa banyak menyuntik kesedaran untuk dia istiqamah bertudung sejak Mac lalu. Jelas Ernie, biarpun sudah memasang niat untuk terus kekal berhijab sejak tahun lalu, faktor kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya.

“Dari last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah. “Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. Pada tahun ini, dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari tu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut. ‘What if kalau tak sempat?’…

“Niat itu sudah ada dari tahun lepas, cuma saya sendiri tak terbuka hati atau betul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu. “Ketika PKP hari tu kita banyak habiskan masa seorang dan pada masa itu saya fokus… Alhamdulillah dapat dan sempat untuk buat keputusan untuk berhijab,” katanya.

Justeru, Ernie tidak memikirkan soal rezeki selepas berhijab memandangkan masyarakat kini lebih terbuka untuk menerima artis yang berhijab. “Masyarakat dan penganjur terbuka untuk menerima artis bertudung. “Ramai ikon wanita yang Ernie contohi seperti Neelofa dan Mira Filzah. Semua wanita-wanita yang aktif dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada Ernie untuk terus bertudung. 

“Rezeki semua Allah yang rancang. Insya-Allah, bila dah bertudung mana tahu terbuka lagi penganjur yang lain untuk mengambil Ernie bekerja,” ujarnya. Ernie akui cabaran selepas berhijab tidak mudah. Ada juga segelintir warganet yang skeptikal dan menganggap hijrah Ernie hanya sementara.

“Ada yang cakap sekejap sahaja tu, ada yang tegur masih tak sempurna. Ya, saya sedang melalui fasa itu dan saya pun nak jadi lebih baik. “Apabila membuat keputusan besar dalam hidup saya perlu masa dan alhamdulillah saya dipermudahkan. “Jadi, saya buat tak tahu walaupun sedikit sedih, buat apa melayan benda yang menyedihkan,” tambahnya.. Selepas berhijab, Ernie dan Syamel mengesahkan mereka bertunang pada Ogos lalu. -GEMPAK

Kecoh temuramah antara Ernie dan Syamel sehingga meraih perhatian warganet. Tak sangka ini yang dikongsikan mengenai hubungannya selepas bertunang.

Seperti yang diketahui, kisah percintaan antara penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tidak terlalu dikongsikan mereka namun selepas sekian lama berteka-teki dan pada Ogos lalu mereka selangkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka.

Siapa menyangka, penyanyi yang sering berduet diatas pentas ini sudah lama bercinta dan telahpun bertunang pada 16 Ogos lalu di kediamannya. Hubungan dan kisah mereka sangat mendapat perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan Syamel disukai ramai kerana keserasian mereka diatas pentas disamping kedua-duanya juga memiliki suara yang sangat merdu.

Biarpun begitu, menerusi perkongsian Mbuzz (2020) di Youtube pasangan ini menjadi perhatian warganet lagi apabila ditemuramah mengenai kehidupan mereka selepas bertunang. Ujar Ernie bahawa dia bersyukur dan tiada apa yang berubah selain daripada gelaran dan sempat berseloroh mengenai statusnya itu. Pasangan yang sering menunjukan sikap lucu dan sporting mereka turut menjawab mengenai kerjasama mereka yang sejak sebelum bertunang lagi sering berkerjasama.

Menganggap itu sebagai rezeki dan meskipun sudah berkahwin juga akan teruskan seperti itu dan di akhirnya pula, Syamel turut menjawab mengenai hal tersebut. Lagu berjudul Aku Cinta antara nyanyian duet mereka yang telah melonjakkan lagi nama pasangan selebriti ini sehingga lagu mereka itu turut melayakkan Syamel dan Ernie mendapat trofi Vokal Terbaik di AJL 32.

Sumber: HCL

Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.

Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.

“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.Video: Instagram Syamel, Era.je

Kejutkan orang ramai dengan majlis pertunangan yang berlangsung bulan lepas. Ernie buat satu lagi pengakuan yang ramai tak tahu dan tak jangka tentang hubungannya

Mengejutkan ramai pihak apabila selamat mengikat tali pertunangan bulan lalu, Ernie Zakri memberitahu dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.Malah, warganet turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.-rotikaya

Kecoh Temuramah Antara Ernie Dan Syamel Sehingga Meraih Perhatian Warganet. Tak Sangka Ini Yang Dikongsikan Mengenai Hubungannya Selepas Bertunang.

Seperti yang diketahui, kisah percintaan antara penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tidak terlalu dikongsikan mereka namun selepas sekian lama berteka-teki dan pada Ogos lalu mereka selangkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka.

Siapa menyangka, penyanyi yang sering berduet diatas pentas ini sudah lama bercinta dan telahpun bertunang pada 16 Ogos lalu di kediamannya. Hubungan dan kisah mereka sangat mendapat perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan Syamel disukai ramai kerana keserasian mereka diatas pentas disamping kedua-duanya juga memiliki suara yang sangat merdu.

Biarpun begitu, menerusi perkongsian Mbuzz (2020) di Youtube pasangan ini menjadi perhatian warganet lagi apabila ditemuramah mengenai kehidupan mereka selepas bertunang. Ujar Ernie bahawa dia bersyukur dan tiada apa yang berubah selain daripada gelaran dan sempat berseloroh mengenai statusnya itu. Pasangan yang sering menunjukan sikap lucu dan sporting mereka turut menjawab mengenai kerjasama mereka yang sejak sebelum bertunang lagi sering berkerjasama.

Menganggap itu sebagai rezeki dan meskipun sudah berkahwin juga akan teruskan seperti itu dan di akhirnya pula, Syamel turut menjawab mengenai hal tersebut. Lagu berjudul Aku Cinta antara nyanyian duet mereka yang telah melonjakkan lagi nama pasangan selebriti ini sehingga lagu mereka itu turut melayakkan Syamel dan Ernie mendapat trofi Vokal Terbaik di AJL 32.

Sumber: HCL

Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.

Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.

“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.

Video: Instagram Syamel, Era.je

Kejutkan orang ramai dengan majlis pertunangan yang berlangsung bulan lepas. Ernie buat satu lagi pengakuan yang ramai tak tahu dan tak jangka tentang hubungannya

Mengejutkan ramai pihak apabila selamat mengikat tali pertunangan bulan lalu, Ernie Zakri memberitahu dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.Malah, warganet turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.-rotikaya



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post