Najib Razak kantoi tak daftar masuk restoran menggunakan aplikasi mysejahtera. Tapi tindakan dia lepas tu buat ramai yang respek.
loading...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Lumpur. 

Najib Razak kantoi tak daftar masuk restoran menggunakan aplikasi mysejahtera. Tapi tindakan dia lepas tu buat ramai yang respek.

 


Menerusi catatan di Facebook pada Jumaat, Najib menyatakan kesediaan untuk membayar denda dan bertegas tidak mahu sebarang isu ‘double standard’ dalam kesnya.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang tak puas hati bila sorang lagi instafamous rentas negeri dengan alasan honeymoon diluluskan. Sekali selamba je ini jawapan dari individu ni bila ramai yang pertikaikan.
loading...


“Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng. Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga. “Seperkara lagi ialah mengenai ‘check-in’. Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana. “Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian,” ujarnya dalam posting itu.

Tambah Najib, dia lazimnya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan dalam setiap aktiviti atau pergerakan. “Tidak mengapa. Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini. “Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri. Saya bayar sebelum tempoh tujuh hari untuk dapat early bird diskaun 50 peratus iaitu denda RM750.

“Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada double standards dalam istilah saya,” katanya. Najib dalam pada itu juga berkata dia terbuka dengan pandangan dan kritikan yang dilontarkan.


Berikut penjelasan penuh Najib di Fcebook beliau. Salam sejahtera. Saya buat, saya mengaku. Saya menerima baik kritikan dan pandangan. Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng. Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga. Seperkara lagi ialah mengenai “check-in”. Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana.

Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian. Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya. Tidak mengapa.

Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini. Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri PN. Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu denda RM750.

Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada double standards dalam istilah saya. Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tak tahu lah. Mereka ada dua darjat itu hal mereka. Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya.

Saya juga ingin berkata bahawa saya masih mengulangi ujian Covid-19 kerap kali dan setakat ini semuanya negatif. Insya-Allah semoga kita semua terus diberkati Allah SWT. Oh ye. Seperkara lagi, saya ditanya mengenai pengawal pengiring saya. Ya. Pemberian semula ini adalah mengikut ketetapan sebagaimana yang disediakan untuk bekas Perdana Menteri dan diberi balik kerajaan PN beberapa bulan dahulu. Tidak lebih, tidak kurang, tiada layanan istimewa. Tanya PM7/PM7i. Dia pun dapat.


Najib juga menjelaskan restoran tersebut mendapat sijil halal. “Ramai orang Melayu yang kerja dan makan di sini. Ada sijil Jakim juga. Tak salah untuk try”. Ramai yang komen dan tanya tadi. Restoran nasi ayam hainan itu adalah halal.

Viral Tentang Penyampai Radio Gelakkan Cikgu Inggeris Sampai Jadi Perhatian Najib. Sekali Najib Pula Tampil Mula Beri Respon. Memang Win Betul Respon Najib.

Beberapa hari lalu tndakan seorang lelaki, Yusuf Shukri yang mentertawakan seorang guru di saluran DidikTV mendapat perhatian meluas media dan orang ramai. Menerusi video yang dimuatnaik di Tiktok, Yusuf yang merupakan penympai radiio lelaki Hitz.FM Sarawak dilihat ketawa terbahak-bahak sewaktu menonton aksi guru wanita yang sedang mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk saluran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelbagai pihak tampil menyuarakan pendapat dan rata-rata mengkritik tndakan Yusuf yang dianggap sangat kurang ajar. Terbaru, bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuatnaik status di Facebook beliau berhubung perkara itu.

”Saya turut tak senang melihat komen-komen warganet yang mengkritik seorang guru perempuan setelah satu klip video DidikTV segmen sains menjadi tular. ”Jika penggunaan Bahasa Inggeris dalam segmen tersebut kurang baik, ianya tugas tuan pengarah dan penerbit untuk perbetulkan.

”Tak ada siapa yang semak sebelum dibenar untuk disiarkan dalam kaca TV ke? ” Sebab itu, harap Rakyat akan henti mengkritik cikgu tersebut.” tulis Najib. Najib turut menyuarakan pendapat beliau bagi menyelesaikan kritikan rakyat dengan meminta kerajaan melihat semula waktu dan tarikh pembukaan sekolah.

Menurut Najib, tarikh sekolah dibuka seakan tidak kena dengan tarikh PKP berakhir. ”Penyelesaian bagi kritikan rakyat ke atas pembukaan sekolah pada 1 Mac sedangkan PKP hanya berakhir pada 4 Mac juga adalah amat mudah sekali:

”a) Sekolah buka semula pada 5 Mac (4 hari kemudian) iaitu selepas PKP berakhir pada 4 Mac; atau; ” b) Sekolah buka semula pada 1 Mac tapi PKP diumum berakhir pada 28 Feb. ”Kenapa kerajaan sengaja nak undang kemarhan dan kritikan Rakyat hanya atas perbezaan 4 hari sahaja?” akhiri Najib.



loading...



Sementara itu menerusi ruangan komen, terdapat segelintir yang memberitahu Najib bahawa rakyat tak kritik cikgu itu, tapi rakyat kritik lelaki yang ketawakan cikgu itu. Terdahulu Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin petang semalam telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah.

Mohd. Radzi berkata, murid sekolah rendah bagi Pra Sekolah, Tahun 1 dan 2 di seluruh negara akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021. Manakala murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 pula akan akan hadir ke sekolah bermula pada 8 Mac 2021.

”Tarikh pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah pada 4 April 2021 bagi kumpulan A iaitu Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. ” Manakala bagi Kumpulan B bermula 5 april 2021,” katanya pada sidang media yang diadakan secara langsung menerusi siaran televisyen.

Saya bangga jadi guru.

Dalam pada itu, guru wanita yang dijadikan bahan jenaka seorang penmpai radiio yang tular baru-baru ini menulis status di Facebook beliau. Guru tersebut, Rafidah Rahmat, melalui satu hantaran Facebook peribadinya berkata, dia bagaimanapun mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.

”Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook). ” Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya. Status guru tersebut telah jadi perhatian ramai dan rata-rata warganet memberi kata-kata semangat.

Tinjaun Kosmo! di ruang komen juga mendapati, warganet turut menasihati Rafidah supaya tidak menghiraukan kata-kata kritikan selain turut berterima kasih kepada guru berkenaan. Terdahulu, seorang penyampai radiio Hitz.FM Sarawak, Yus.uf Shukri, digantung tugas selepas video dia mentertawakan guru tersebut yang sedang mengajar melalui saluran televisyen DidikTV mendapat kritikan hebat.

Sumber: kosmo

Kecoh Pasal Penyampai Radio Perlekehkan Guru Mengajar Bahasa Inggeris. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Indakan Yang Dikenakan Pada Penyampai Radio Tersebut.

Gara-gara memuat naik viideo Tik Tok memp33rlekeh seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah saluran TV pendidikan, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak meneriima kritikan hebat daripada warganet hari ini. Susulan daripada itu, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur iaitu Hafiz Nizamuddin dalam satu kenyataan mem4klumkan penyampai radio tersebut telah dig4ntung tugas dan pihak pengurusan bakal melakukan si4satan dalaman tentang isv viiral tersebut.

Kami miinta maaf


HITZ berkomitmen untuk menghiiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan tulus meminta maaf atas isu viiral salah seorang penyampai radio kami terhadap sebuah video baru-baru ini. Kami memandang seriius perkara ini, dan akan melancarkan sisatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai tersebut akan digantung tugasnya.

Menurut kenyataan media yang dimuat naik di Facebook itu seluruh warga kerja Hitz Fm memohon maaf di atas kelakuan salah seorang penyampai radio mereka yang bertindak mentertawakan seorang guru bahasa Inggeris ketika sedang mengajar di saluran TV pendidikan itu. Oleh itu, mereka memandang isv ini sebagai isv yang serius dan bertindak untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatan penyampai tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:  HITZ Sarawak via OHBULAN

Safawi Rasid Disindir Gara Gara Bahasa Inggeris Terabur. Mengejutkan Sekali Bila Tahu Gaji Sebenar Safawi Rasid. Rupa Rupanya Gaji Dia Bukan Biasa Biasa.

” Temubual pertama Safawi di Portugal. Yang mana niat nak kutvk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview. ” Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je barai.”

Demikian ulasan dari laman Twitter, Sukan Star yang mempertahankan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid meskipun tidak fasih ‘speaking’ ketika sidang media. Mengambil contoh lagenda pelumba motor dari Itali, Valentino Rossi, yang lagi berterabur bila bercakap bahasa Inggeris.

Atau nak lagi senang, tengok sahaja Lionel Messi, pemain terbaik dunia 6 kali dari Barcelona dan Argentina, sampai ke sudah tak pernah cakap bahasa Inggeris bila ditemuramah. Terdahulu beberapa warganet mempersoalkan kemampuan Safawi yang tidak fasih berbahasa Inggeris ketika diwawancara oleh wartawan di Portugal.

Gaji gaji Safawi di kelab Portugal?

Sementara itu, Safawi kini pemegang status pemain paling mahal di Malaysia apabila dianggarkan menerima gaji sekitar AS$15,000 hingga AS$25,000 sebulan iaitu bersamaan RM62,000 hingga RM103,000 dengan kelab liga utama Portugal, Portimonense FC.

Nilai berkenaan diyakini antara tertinggi pernah diterima pemain tempatan sama ada ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia mahupun bersama kelab luar negara. Menurut ejen terkenal yang enggan namanya didedahkan, berdasarkan nilai pasaran semasa Safawi mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga pemain berusia 23 tahun itu ketika ini mencecah 300,000 pound atau RM1.5 juta.

Katanya, tanda harga itu biasa meletakkan pendapatan pemain tidak melebihi RM150,000 sebulan dan jika benar, tonggak sayap Harimau Malaya itu boleh dianggap sebagai pemain paling mahal di negara ini. Malah, tanda harga pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mampu meningkat dua kali ganda seandainya dia kekal untuk tempoh lebih lama atau dilamar kelab gergasi Portugal seperti Benfica, FC Porto dan Sporting CP atau dulu dikenali Sporting Lisbon.

Boleh cecah RM3 juta sebulan sekiranya..

” Kalau dia dapat kontrak dengan kelab lain yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah macam Porto, saya rasa nilai dia boleh cecah setengah juta. ” Jadi, Safawi boleh raih hampir RM2 juta hingga RM3 juta sebulan kalau dia dapat berpindah ke kelab yang bermain di peringkat tertinggi Eropah.

” Jika bukan kelab ternama Portugal sekalipun, kelab luar seperti di Itali atau Sepanyol mungkin destinasi terbaik buat Safawi meraih pendapatan besar seperti itu. ” Tapi kita kena ingat, pengiraan itu hanya secara kasar yang biasa diterima pemain di Eropah yang datang dari Asia. Nilai sebenar hanya diketahui kelabnya, Portimonense SC dan JDT (Johor Darul Ta’zim).

” Cuma apa yang boleh digambarkan, Safawi saat ini adalah pemain termahal negara dan itu kita harus akui,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink media

Sumber : http://limauais.pw/

Janji Akan Jaga Keluarga Safawi. Syifa Buktikan Rasa Cinta Dengan Janji Nak Jaga Keluarga Safawi. Mengejutkan Rupa Rupanya Sebelum Safawi Pergi Ini Yang Syifa Melvin Janjikan Pada Safawi.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan kosmetik, Syifa Melvin membuktikan rasa cintanya apabila berjanji akan menjaga keluarga Safawi Rasid selepas pemain bola sepak itu berlepas ke Portugal malam kelmarin. Janji itu ditulis Syifa atau nama sebe­nar­nya, Nur Syi­fa Athirah Ami­rol Mel­vin, 26, da­lam satu ciapan di aka­un Twitternya semalam

“Jangan ri­­sau, saya akan menja­ga keluarga awak se­perti yang sudah dijanjikan. “Semoga ber­jaya walau di mana awak berada. Harap awak tahu yang saya sentiasa mendoakan kejayaan awak,” tulisnya. Ujar pemilik bersama jenama kosmetik Kekasih itu, dia berharap pemain berusia 23 tahun tersebut akan terus berusaha untuk lebih berjaya pada masa depan.

“Saya sentiasa mahu melihat awak berada pada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. “Kekal fokus dan semoga Allah S.W.T melindungi awak,” kata Syifa. Dalam pada itu, Syifa dilihat turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada malam kelmarin bagi mengiringi ayam tambatan Harimau Selatan tersebut.

Safawi akan berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab utama Liga Premier, Portimo­nense SC secara pinjaman selama semusim. Terdahulu, pada Mac lalu, Syifa pernah dikritik warganet dan dilabel sebagai kaki kikis selepas menerima beberapa ha­diah mewah seperti telefon bimbit berjenama Iphone Pro Max dan beg tangan berjenama Louis Vuitton daripada Safawi.

Adik Sya­tilla Melvin itu pernah dikatakan menjadi punca p­restasi Safawi me­rudum selepas mengajak pemain Johor Daru Ta’zim berkahwin tahun ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Kosmo

Dah Menangis Dekat Rumah Dahulu. Syifa Melvin Sampai Menitiskan Air Mata Dengan Penghijrahan Safawi Rasid Ke Kelab Baru. Ini Kata Kata Syifa Buat Pemain Bola Itu.

Sepang: Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin. Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah. Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa. “Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya. Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyen ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa.

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan; “All the best permata negara Safawi Rasid,” tulisnya. Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak. Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Sumber: Hmetro

 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post