Dikhabarkan semalam seorang kanak kanak yang berusia 3 tahun telah ditemui tak sedarkan diri di dalam kereta milik pengetua tadika selepas ditinggalkan selama 4 jam.
Rupanya ketiadaan kanak kanak ini hanya disedari selepas pengetua ini mahu hantar kanak kanak ini ke rumah namun didapati kanak kanak ini tiada di dalam kelas sebelum pergi ke arah kereta yang diparkir di tepi jalan dan temui kanak kanak ini tak sedarkan diri.
ARTIKEL MENARIK:Terkini ketua polis umumkan kompaun akan dilaksanakan sebanyak Rm2 ribu berdepan pembeli jika beli jualan di kawasan lampu isyarat. Rupa rupanya ini punca buat rakyat terkedu.
Semasa ditemui media di Jabatan Forensik, ibu kepada kanak kanak itu iaitu Nor Azira mengatakan yang dia sedang bertugas di bangunan Komtar Pulau Pinang sebelum terima panggilan jam 12.25 tengahari memaklumkan tentang keadaan anaknya. Jelasnya, semasa kejadian itu, dia sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari.
“Mulanya saya ingat anak saya terlibat kejadian yang tidak diingini sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri.”Selepas mendapat panggilan tersebut, ibu ini terus bergegas pulang ke Sungai Petani tanpa mengetahui punca sebenar yang menyebabkan anaknya itu tak sedarkan diri dan sempat menghubungi suami yang bertugas di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan anaknya itu.
Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan.“Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami.”Tambahnya, dia redha dengan pemergian anaknya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi kerana mungkin pengetua tersebut tak sedar anaknya yang berada di tempat duduk belakang.
Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap.“Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan anak untuk kami buat seketika.“Cuma saya tak tau anak saya hembuskan nafas waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari.”
Nur Azira mengatakan, setiap hari dia sendiri yang akan menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia perlu bekerja di Pulau Pinang setiap hari Selasa dan Rabu, dia telah meminta pengetua tersebut untuk mengambil anaknya di rumah.Katanya lagi, Harraz Aryan merupakan anak yang aktif ketika di rumah namun banyak diam di sekolah kerana mungkin takut dengan cikgu. anaknya ini telah pun dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah ke rumahnya di Sungai Petani dengan van jnzh dan akan disemadikan hari ini.
Tak Sampai 24 Jam Bantu Keluarga Yang Tidur Dalam Kereta Sekali Team Ustaz Ebit Lew Terlibat Dalam Satu Kejadian Yang Tak Diingini. Mengejutkan Ini Keadaan Terkini Mereka.
Tak sampai 24 jam bantu keluarga yang tidur dalam kereta sekali team Ustaz Ebit Lew terlibat dalam satu kejadian yang tak diingini. Mengejutkan ini keadaan terkini mereka.GEORGE TOWN – Keperitan hidup S.Ganesh serta keluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selama lapan bulan di sekitar Padang Polo di sini mendapat perhatian daripada penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan hari ini.
Perkara itu dikongsikan Ebit menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya selain menyifatkan tidak mampu menahan sebak ketika bertemu S.Ganesh, 34, isteri, Parameswary, 32 dan tiga anak mereka berusia antara enam tahun hingga 8 bulan.Dalam statusnya, Ebit berkata, beliau sebak ketika membaca mengenai kisah Ganesh hari ini. “Cuti umum Krismas dari Johor Bharu terus saya ke Pulau Pinang. Menangis sebak hari ini masa di Johor Bharu terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil yang tidur lapan bulan di dalam kereta.
“Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta sahaja,” katanya di laman Facebook beliau hari ini. Kosmo! hari ini menyiarkan kisah Ganesh dan keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta jenis Proton Iswara sejak lapan bulan lalu selepas kediaman mereka msnh terbkr.Lima beranak berkenaan juga menggunakan bekalan air di tandas-tandas awam untuk membersihkan diri serta memasak untuk anak-anak mereka. Menurut Ebit beliau membantu keluarga berkenaan dengan menyewa sebuah rumah dengan tiga bilik untuk keluarga Ganesh.
“Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat (PPRT). “Mereka telah dua kali mohon semenjak rumah terbakar, tetapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” katanya.Tambah Ebit beliau turut menghadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, kipas, katil, barang keperluan serta wang untuk dibelanjakan keluarga berkenaan. “Baik sangat pasangan ini, tidak berhenti Ganesh dan isteri ucapkan terima kasih dan mereka menangis terharu.“Kata mereka kenapa banyak sangat dan mereka suka sangat tengok rumah, saya gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel,” katanya. Dalam perkembangan terkini, pasukan media Ebit Lew yang dalam perjalanan pulang telah terlibat dengan kejadian yang tidak diingini berhampiran tol jalan duta
Pasukan Media Ebit Lew terlibat dengan kejadian tak diingini.
“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami terlibat dengan satu kejadian baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew. “Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan smart tag lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Estima mereka cuba elak menyebabkan terkena divider tengah jalan.“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit – ebitlew
Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Sibuk. Selamba Je Dia Boleh Sound Ustaz Ebit Lew Macam Ni. Sekali Ini Respon Warganet Buat Dia Tergamam.
Memetik komen dari seorang pengguna fb yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter (@suhaimyharun) berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat pakcik tngan pts di pasir gudang johor. Zul hafiz yang dikatakann berasal dari Kota Bharu kelantan dilihat dikritik teruk akibat komen yang tak berasas dari beliau., sedangkan semua rakyat malaysia tahu bahawa Ustaz Ebit Lew bukanlah seperti yang diberiahu beliau
Berikut adalah reply dari pengguna twitter yang lain berkenaan isu ini.
inilah tanda manusia yg bvsuk hati, dia hanya tahu judge je. Sembang kepala anjing pun boleh terbang tapi habuk apa pun x dak. Hati dia sakit bila tgok kebaikan. Diri sendiri hnya mampu jd keyboqrd warrior.
TERDAHULU, Ustaz Ebit Lew melawat pakcik yang tak bernasib naik di Johor Bahru
JOHOR BAHRU: pakcik itu ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini semalam sehingga terpaksa dioperasi tngannya menerima kunjungan pendakwah popular, Ebit Lew. Lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini itu dimuat naik pendakwah tersebut di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.
Menurut beliau, kunjungan itu dibuat pihaknya sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar. “Sayu sebak, selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail ziarah pak cik kerja penyelenggara jalan yang di Lebuhraya Pasir Gudang.
“Tngan knannya dioperasi. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan,” tulisnya ringkas dalam kenyataan itu. Mohd. Sis Latif, 55, kini sedang diraqwat di HSI setelah mengalami kelukaa teruk akibat kejadian yang berlaku pada pukul 11.50 pagi, semalam.
Ketika kejadian, Pakcik tersebut bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan. Secara tiba-tiba, lori berkenaan sebuah kenderaan dari arah belakang menyebabkan pakcik ni tercmpak dan mengalami kelukaan teruk di tngan knannya.
Menurut kenyataan itu lagi, Mohd. Sis turut memberitahu dia berasa seperti masih mempunyai tangan dan mahu menggerakkan jarinya. “Pak cik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang selalu usap tangan tu, dan cakap tngan dah tiada. Allah ambil. Insya-Allah nanti akhirat semuanya sempurna,” menurut kenyataan itu.
Ebit turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd. Sis selain turut mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN ONLINE
Admin harap orang-orang seperti zul hafiz ini mendapat kesedaran dari apa yang terjadi. Kalau tiada apa-apa yang baik untuk disampaikan lebih baik berdiam. Kita semua tahu Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang ikhlas dalam membantu orang yang tengah susah.
Ebit Lew Akui Covid 19 Ujian Paling Berat. Tapi Bila Dengan Ister Rasa Tenang Je. Ustaz Ebit Muat Naik Foto Dengan Isteri Di Lagkawi. Tp Dia Punya Kapsyen Yang Jadi Perhatian Ramai.
Pendakwah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew berkongsi potongan video yang memaparkan momen-momen manis percutiannya bersama isteri di Langkawi.Video tersebut dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Ebit, meskipun tahun 2020 diuji dengan ujian berat untuk berhadapan pandemik COVID-19, namun dia berasa tenang dan bahagia apabila berada di sisi orang yang dicintai.”Dating dekat Langkawi dengan bidadari, rindunya.
Dah nak habis tahun 2020, ujian berat COVID-19.”Tapi bila di sisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang,” tulis Ebit sebagai kapsyen. Dalam pada itu, Ebit turut menulis kata-kata manis buat isteri kesayangannya itu.
“Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih, tengok muka orang kita cintai, pegang tangannya, semuanya jadi kebaikan.”Benarlah kata orang dulu, nikmat terindah di dunia ialah isteri solehah,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit tinggalkan respon positif dan gembira melihat kebahagiaan rumah tangganya. Sekadar info, Ebit dan isteri dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka. Sepanjang tahun ini beliau cukup dikenali dengan kerja kerja amalnya sehingga hampir tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.
Pernah Dikritik Warganet. Ebit Lew Dedahkan Cara Dia Atasi Untuk Tenangkan Hatinya Tatkala Usahanya Dikritik Warganet
DI sebalik rasa kagum masyarakat terhadap kesungguhan dan usaha murni Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di seluruh negara terselit kata-kata lukakan perasaan terhadap pendakwah terkenal itu.Kata-kata kurang enak seperti menunjuk-nunjuk serta merendah-rendahkan usaha dilakukannya antara komen biasa diterima Ebit setiap kali memuat naik gambar atau video bantuan diberikan di media sosial miliknya.
Bagaimanapun Ebit atau Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, berkata, meskipun adakalanya berasa sedih dengan pelbagai tudhan yang dia terima, dia sentiasa teringat akan pengrbanan Nabi Muhammad S.A.W. yang pernah diperlakukan lebih dahsyat berbanding apa dilaluinya dalam mengembangkan syiar Islam.
Ebit meluangkan masa bersama penduduk bagi mendengar keluhan mereka.“Orang buat macam-macam perkara kepada Rasulullah tetapi Baginda tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja-kerja dakwah. Jadi buat apa nak krbankan apa saya lakukan hanya kerana kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat.
“Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana,” katanya.Solat sunat, menangis kepada Allah antara amalan Ebit LewTambah Ebit, kebiasaannya, dia akan menyekat akaun pengguna yang tinggalkan komen negatif melampau kerana tidak mahu individu tersebut menjadi kritikan pengikutnya yang ingin mempertahankannya.
Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia sentiasa mengamalkan solat sunat dua rakaat seperti Tahajud, Dhuha bagi melapangkan hati serta berdoa agar semua urusannya dipermudahkan Allah.Selesai solat sunat, Ebit memberitahu dia biasanya akan menangis kepada Allah dan meluahkan semua isi hatinya sekiranya berada dalam keadaan sedih sehingga tertidur.
“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangis mengadu kepada-Nya. Insya-Allah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada.”Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu Insya-Allah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat,” ujarnya.
‘Jejak Ebit Lew’ mahu tarik lebih ramai buat kebaikan.Ebit memberitahu dia memuat naik kisah di sebalik kerja-kerja kebajikan dilakukan adalah semata-mata untuk mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan dan atas dasar itu juga dia bersetuju untuk terlibat dalam program Jejak Ebit Lew terbitan Astro.
Menerusi program itu juga kata Ebit, ia diharap dapat menarik lebih banyak pihak untuk membantu golongan memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar.Ebit berharap program Jejak Ebit Lew dapat memberi inspirasi kepada orang lain.“Saya berasa sangat bersyukur dan gembira dapat berkongsi pengalaman dalam program ini dan diharap ia dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk turut membuat kebaikan serta menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
“Orang mungkin nampak saya banyak bantu orang ramai tetapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini sangat kecil berbanding orang lain malah ada yang sudah habiskan seluruh hidup mereka untuk membantu orang lain… Sebab itu saya juga tidak mahu ketinggalan.”Begitu juga rakyat Malaysia yang lain… Apa saya lihat, masyarakat Malaysia ini semuanya baik hati dan ingin sama-sama buat kebaikan,” katanya.
Jejak Ebit Lew ialah sebuah program realiti berkonsepkan majalah memaparkan aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanan eksklusif Ustaz Ebit Lew yang turut berkongsi rasa dan cerita dalam menyantuni masyarakat memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama sesuai dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.
Ia juga sebenarnya adalah kesinambungan daripada program Door To Door Ebit Lew yang pernah ditayangkan di Astro Oasis sebelum ini.Ebit mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sejak berusia 12 tahun.Program itu juga tidak terikat dengan sebarang skrip mahupun babak-babak komersial kerana misi bantuan disampaikan bersifat spontan. Selain itu, terdapat juga di antara kes-kes yang diterima daripada permohonan secara bersurat serta menerusi emel yang turut disertakan dengan paparan aktif sahih di media sosial.
Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaharu, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”Ia adalah pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan ketika memberi makan kepada harimau… Ngauman harimau membuatkan saya teringat-ingat masa nak tidur,” jelasnya.
Buat kerja kebajikan sejak usia 12 tahun.Sebenarnya, usaha Ebit membantu golongan memerlukan bukan perkara baharu, sebaliknya dia mula melibatkan diri dalam kerja kebajikan sejak usianya 12 tahun.Ketika itu kata Ebit, dia tidak mempunyai sebarang harta namun menggunakan kudrat yang ada untuk membantu golongan memerlukan.
.“Ketika itu saya ‘sumbangkan’ tenaga untuk membantu membuat tandas di kampung-kampung selain saya akan ditugaskan untuk memasak. Saya selalu berdoa kepada Allah agar permudahkan urusan saya dan dapat membantu orang lain ke mana sahaja saya pergi.
“Apabila saya sudah ada beberapa perniagaan, daripada situlah saya peruntukkan wang untuk tujuan ini. Saya selalu fikir, jika ada wang banyak-banyak pun kalau beli rumah kita hanya boleh duduk situ sahaja.”Sebenarnya tak perlu tunggu kaya pun untuk membantu orang kerana kaya itu bukan pada harta tetapi hati. Wang ini banyak mana pun tidak akan pernah cukup,” ujarnya.
Atas dasar itu juga kata Ebit, dia menasihatkan mana-mana individu yang ingin mula melakukan kerja kebajikan sebaik-baiknya mulakan dengan membantu ibu bapa serta ahli keluarga terlebih dahulu.Ini kerana katanya, jasa ibu bapa dan keluarga tidak boleh terbalas dan sedekah kepada mereka adalah lebih afdal sebelum memperluaskannya kepada orang lain dan masyarakat.
Antara bantuan yang dihulurkan Ebit dan dipaparkan dalam program Jejak Ebit Lew.“Saya juga selalu pesan kepada golongan muda yang masih tidak bekerja, buatlah kerja kebajikan, InsyaAllah, rezeki akan datang mencurah-curah selepas itu.”Allah akan hantar rezeki ketika kita menolong orang. Kalau kita kejar buat kerja baik, Allah akan bagi rezeki yang tidak pernah kita sangka,” katanya.
Paling penting kata Ebit, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa bersangka baik terhadap semua musibah yang melanda kerana dalam setiap perkara yang berlaku itu ada rahmat di sebaliknya.Jejak Ebit Lew sebanyak 61 episod disiarkan setiap Isnin, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) selain boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.Klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul Jejak Xtra Ebit Lew pada setiap hari Isnin, jam 6.55 petang.
Tidak Lain Tidak Bukan Ustaz Ebit Lew Datang Lagi Untuk Membantu Beberapa Orang Ini Pula. Disebabkan Mereka Tiada Lesen Dan Tak Mampu Nak Beli Ini Sampai Sanggup Jalan Kaki.
Tidak kiralah anda mempunyai sosial media untuk mengikuti perkembangan Ustaz Ebit Lew dan apa yang dilakukannya, atau hanya mendengar cerita dari mulut orang lain, dia seorang hamba Allah yang tidak pernah penat untuk membantu. Sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan, sampai sahaja ke telinganya atau terbaca di mana-mana, dengan pantas dia berusaha untuk bertemu dan membantu. Begitulah apabila dia menghadiahkan lima buah basikal yang boleh dilipat kepada lima orang penghantar makanan yang hanya menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki untuk menghantar makanan.
“Best tadi saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik lrt datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” kongsi Ebit Lew di Instagram miliknya. Tambah Ebit Lew, mereka ini tidak mempunyai lesen dan tidak mempunyai kenderaan sama ada motosikal atau basikal kerana belum mampu untuk membelinya.
“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas spm tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini,” tulis Ebit lagi. Tambah Ebit, dia menghadiahkan mereka dengan basikal yang boleh dilipat untuk memudahkan mereka menaiki pengangkutan awam seperti LRT.
“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt.
Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri
sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada di situ tadi. Semoga
adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki,” tambah Ebit lagi.
Ustaz
Ebit Lew merupakan seorang pendakwah dan juga usahawan yang mempunyai
rangkaian pakaian dan pasarayanya sendiri. Selain daripada memberi
ceramah dan seminar motivasi, dia juga menulis buku dan mempunyai
rangkaian restorannya sendiri.
Dari Pembukaan Elewsmart Ebit Lew Bergegas Lawat Bob Lokman. Tiba Tiba Bob Lokman Berikan Pesanan Ini Membuatkan Warganet Dan Ebit Lew Turut Sayu Hati Mendengarnya.
Terdengar sahaja sesiapa yang di dalam kesusahan, dengan sepantas yang mampu dia akan muncul menghulurkan bantuan. Tidak kira jauh atau dekat, seikhlas hati dia akan hadir. Tidak pernah merungut mahupun mengungkit, tidak pernah lelah dan tidak pernah mengira agama atau keturunan, dia akan membantu semampunya. Itulah Ustaz Ebit Lew.
Terbaru Ustaz Ebit Lew bergegas terbang ke Kelantan dari pembukaan pasaraya Elewmart miliknya untuk melawat Bob Lokman, seorang bekas pelakon, pengacara, pelawak dan penulis lirik yang kini sedang sakit dan memerlukan rawatan dengan segera. Dalam satu muat naik di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa hati dengan pertemuannya bersama Bob Lokman di Pasir Mas, Kelantan.
“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah. Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.
Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya,” tulis Ebit Lew pada satu video pendek di Instagram. Tambah Ebit, dia dan Bob banyak berbual tentang akhirat dan anak-anak kecil yang masih belajar di madrasah.
“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.
“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama
ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah
abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew
lagi.
Ramai yang meninggalkan komen buat Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus membantu orang ramai.
Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal sebagai pendakwah yang sentiasa menyantuni mereka yang terpinggir seperti fakir miskin, remaja yang terbiar, golongan yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya. Ketika wabak Covid bermula, Ebit Lew memulakan bantuan kepada mereka yang memerlukan hinggalah ke hari ini, usahanya tidak pernah putus.
Kredit -
Post a Comment