Semua sudah maklum, salah satu usaha mencegah penularan w.abak C.OVID-19 adalah dengan memakai topeng pelitup muka.
Malah kebanyakan negara pun melaksanakan mandatori pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam dan jika tidak dipatuhi, k.ompaun akan dikenakan.
ARTIKEL MENARIK:Lambakan bugkusan barang syarikat kurier terkenal di tempat pembuagan s4mpah
Namun apa yang tular di media sosial baru-baru ini sangat menginsafkan.
Kecoh sekeping foto yang dimuat naik oleh seorang netizen di Indonesia, batu nisan di sebuah tanah perkuburan di satu lokasi tidak dikenal pasti.
Jika dilihat dari jauh memang seakan tiada apa-apa, tapi bila diperhatikan, rupa-rupanya batu nisan ‘unik’ itu dipakaikan pelitup muka padanya.
“Tadi selepas ziarah ke kubur saudara, tiba-tiba terlihat .kubur yang ada pelitup mukanya begini. Melihatnya membuatkan saya sedih sangat. Sentiasalah jaga orang yang kita sayang dan terus sihat ye teman-teman!” katanya netizen tersebut menerusi satu ciapan di Twitter.
Gambar: Twitter
Melihat keadaan tanah k.ubur yang masih ‘merah’ lagi, terbayang detik-detik sedih perpisahan yang diratapi waris si m.ati berkenaan.
Ramai warganet menzahirkan rasa sedih dan gerun apabila melihat kubur ini, barangkali terkenang semula kem.atian melibatkan C.OVID-19 yang mera.gut ahli keluarga dan saudara mereka sendiri.
Memetik laporan Liputan6, dikatakan mungkin niat sebenar si pelaku itu adalah bagi tujuan memperingati bahawa wabak C.OVID-19 bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan.
“Semoga batu nisan berpelitup muka ini menjadi peringatan buat sesiapa pun, bahawa pandemik ini adalah an.caman yang jelas bagi kehidupan.
“Dia tidak memandang siapa pun, jabatan apa pun, status sosial apa pun. Semuanya boleh menjadi seperti gambar (batu nisan, si m.ati) yang viral itu,” memetik kenyataan laporan tersebut.
Sumber: Twitter @corneliayurisa / Liputan6 via sk
Post a Comment