Tular berita majlis meraikan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung di St Regist Kuala Lumpur. Tak sangka ini reaksi warganet
loading...

Saban hari makin banyak berita tentang hari bahagia buat Neelofa dan PU Riz. Bahkan banyak juga klu klu jika dilihat posting mereka di IG. Terbaru ,ada satu makluman yang memaklumkan bahawa Neelofa dan PU Riz dipercayai akan mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini iaitu 26 Mac 2021 dan bersanding pada 27 Mac 2021.

Tular berita majlis meraikan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung di St Regist Kuala Lumpur. Tak sangka ini reaksi warganet

 


Bahkan menguatkan lagi dakwaan tersebut, seorang wartawan telah memuat naik status di Twitter memberi bayangan bahawa majlis meraikan pasangan ini akan berlangsung di St Regist Kuala Lumpur.Ini bermakna khabar angin yang bertebaran sejak beberapa hari kebelakangan ini hampir tepat dan masing-masing sedang menanti momen bahagia buat pasangan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Nisa Bakri Dedah Mengapa Ibu Engku Emran Sangat Suka Dengan Noor Nabila
loading...


Majoriti warganet telah tinggalkan komen di posting yang dibuat oleh wartawan sukan itu dengan berseloroh berkenaan tindakkannya yang dilihat seakan tersalah ‘department’.

Rasanya pelbagai hint telah didedahkan waragnet berkenaan perkahwinan pasangan ini walaupun masing-masing langsung tak membuka mulut berkenaan isu perkahwinan.Semoga urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan pastinya menghadirkan kegembiraan buat para peminat pasangan selebriti terkenal ini.


Muat Naik 3 Story Dan Disertakan Dengan Petika Doa. Perkongsian Terbaru Neelofa Dan PU Riz Ini Ternyata Buat Ramai Teruja

Baru baru ini, Neelofa telah memuat naik 3 story dan dalam posting yang sama dia meletakkan 3 petikan doa agar tuhan melapangkan hati dan mempermudahkan urusannya serta memohon peminat mendoakan untuk dirinya. Tambahan pula, heboh tetntang usahawan Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Yang menguatkan lagi hal itu apabila akaun ig pasangan tersebut iaitu @lofa.haris dan @neelofaharrisofficial memberi hint dengan kapsyen “Jom kita hitung hari. Rasa-rasa berapa hari lagi?”

Tak lupa juga tersebar sekeping gambar yang memaparkan Haris berada di sebuah kedai songket bersama seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga Neelofa. Difahamkan foto itu membuatkan warganet membuuat andaian yang Haris sedang membuat persiapan untuk hari bahagianya. Terbaru,Neelofa pula memuat naik tiga story dan posting yang sama dengan meletakkan tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya serta memohon peminat mendoakan untuk dirinya.

Rata rata permintaan Neelofa itu disambut baik rakan artis dan peminatnya yang turut mengaminkan doa yang dikongsikan.Malah, ada juga yang meluahkan rasa tidak sabar menanti hari pernikahannya yang mungkin akan berlangsung pada hujung minggu ini sama ada jumaat atau Sabtu.Apa pun di sebalik permintaan Neelofa, kami doakan supaya semua perkara dipermudahkan. Jangan risau, benda baik Allah pasti tolong.


Kongsi Video PU Riz Tapi Dipadam Tak Lama Kemudian. PU Riz Dan Neelofa Kembali Menjadi Perbualan Warganet.

Sebelum ini, Neelofa kembali menjadi bualan warganet setelah berkongsi satu gambar dia mengambil gambar secara wefie bersama kakak dan abang iparnya iaitu Noor Nabila dan Engku Emran. Tak lama kemudian, PU Riz dan Neelofa kembali raih perhatian selepas dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada minggu ini. Difahamkan antara tarikh yang sering deperkatakan antara 25 hingga 27 Mac ini. Namun begitu, tiada bukti kukuj berkaitan tarikh bahagia yang menjadi perbualan warganet itu

Yang menarik minat warganet lagi apabila Instagram @lofa.page, semalam ada memuat naik video Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di sebuah kedai sambil membelek samping songket, tetapi video itu dipadam beberapa jam selepas itu.Malah, tanda pagar #NLFH kini sudah mula aktif digunakan peminat mereka dengan memuat naik gambar dan video Neelofa dan Riz yang dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Majoriti yang memuat naik keterangan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.Namun begitu,, usaha sebuah portal menghubungi pasangan itu termasuk pihak pengurusan dan keluarga mereka tidak berjaya apabila masing-masing tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.Tambahan pula, satu majlis bersama Neelofa sempena Ramadan yang sepatutnya berlangsung pagi ini juga ditunda di saat akhir.


Tular Neelofa Bergambar Di Tengah Antara Kakak Dan Abang Ipar. Seorang Doktor Tampil Beri Nasihat

Terbaru, pengacara dan usahawan tersohor iaitu Neelofa telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet selepas membuat perkongsian sekeping foto bergambar dengan kakak dan abang ipar. Jika dilihat dari sisi lain, gambar tersebut kelihatan Neelofa sedang mengambil wefie sambil diapit oleh kedua dua mempelai. Bru baru ini, seorang penulis iaitu Dr Syahr Musafir telah bertindak untuk menegur Neelofa yang dianggap tidak bersesuaian lebih lebih lagi dia sudah berpurdah

Tambahnya lagi, sebagai adik ipar dia perlu memahami bahawa abang ipar adalah bukan mahram dan mereka perlu jaga batas aurat serta pergaulan. Katanya lagi, setelah melihat gambar itu dia berasa seseorang perlu menegur perbuatan itu adalah salah. Ulasnya, orang yang berada berdekatan juga perlu mainkan peranan yang penting. Dr Syahr juga berpendapat susunan yang betul adalah Neelofa sepatutnya berada di sebelah kiri Noor Nabila supaya dijauhkan oleh perkara ftnh.

Jelas Dr Syahr sebelum mengakhiri perkongsiannya, apa yang ditulisnya adalah sekadar untuk peringatan bersaam supaya kita semua saling mengingatkan ke arah kebaikan. Beliau juga menyatakan dia tidak mahu cara bergambar ini dijadikan sebagai trens atas alasan selebriti pernah melakukannya.


Baru Semalam Bekas Suami Kahwin Lain Sekali Tiba Tiba Peminat Bongkarkan Laudya Cynthia Bella Juga Sudah Ada Pengganti. Rupanya Ini Individu Tersebut.

DI saat hari bahagia pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila pada pagi Jumaat, nama bekas isteri Engku Emran, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella turut menjadi perhatian warganet.Menurut laporan Liputan6, rata-rata warganet mendoakan agar Laudya cepat dipertemukan jodoh dan memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi. Terbaharu, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan pelakon senegara, Dimas Beck.


Laudya dan Dimas sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB) yang turut disertai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia. BBB ditubuhkan oleh komposer terkenal, Melly Goeslaw pada tahun 2006. Maka tidak hairanlah, Laudya dilihat begitu akrab dengan Dimas seperti mana yang digosipkan warganet.

Namun begitu, selepas 15 tahun berkawan, kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik. Laudya berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berpisah pada Julai tahun lalu.


Hasil perkahwinan itu, Laudya tidak dikurniakan cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : tehtraikkaw.com

Gosip Cinta Dah Tersebar Sampai Ke Indonesia. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Laudya Cynthia Kongsikan Hadis Di Laman Ig. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran turut menjadi perbualan hangat warganet di negara seberang. Rata-rata media Indonesia memantau Instagram bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella bagi melihat reaksi pelakon popular itu berhubung khabar angin tersebut.

Menurut laporan DetikHot, sehingga kini Laudya masih lagi tidak memberi sebarang komen mengenai gosip membabitkan bekas suaminya itu. Hasil tinjauan di laman Instagram mendapati Laudya hanya berkongsi hadis mengenai takwa dan mempromosikan jualan telekung di laman sosialnya itu.

“Teman-temanku… selamat berjuang agar kita selalu bertakwa. Semoga Allah bersihkan hati kita kerana letak takwa di dalam hati. Foto terbaharu dikongsi Engku Emran di Instagram jadi perbualan warganet Indonesia. “Selamat beribadah di hari Jumaat teman-temanku yang baca ini,” tulisnya pada hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman tersebut.



loading...


Bagaimanapun, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak menghadkan komen-komen yang diterima daripada pengikut. Laudya berkongsi mengenai ilmu agama di laman Instagram. Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga.


Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia. Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah berpisah dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.

Reaksi Sharnaaz

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran. Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya secara ringkas.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan mendakwa kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella. Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Ramai Yang Terkejut Bila Engku Emran Muat Naik Foto Dalam Kereta Dan Nampak Noor Nabila Ada Sekali. Warganet Nak Komen Tapi Ini Yang Enku Emran Buat.

Khabar angin tentang hubungan cinta antara kakak selebriti terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran bertiup semakin kencang. Ia berikutan akhbar Harian Metro pada 11 Mac 2021 melaporkan bahawa Nabila belum bersedia membuka mulut tentang kisah itu, namun tidak pula menafikannya.

Malah pada 12 Mac 2021, Engku Emran melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran. Foto yang dikongsikan itu menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan. Namun menariknya, pantulan daripadan skrin tersebut menunjukkan kelibat Nabila berada di dalam kereta berkenaan.

Engku Emran sekadar menulis ringkas di ruangan caption:- “Choppy until you came along” Bagaimanapun ruangan komen untuk perkongsian tersebut telah ditutup. Hmm, nampaknya memang ada ‘sesuatu’ antara mereka. Kami di Hot FM mendoakan semoga berita baik akan disampaikan oleh kedua-dua mereka ini.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun perkahwinan itu berakhir pada Julai 2020. Engku Emran pula pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama selebriti terkenal Erra Fazira, dan juga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Bagaimanapun, kedua-dua ikatan perkahwinan berkenaan berakhir dengan perpisahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : hotfm

Hangat Diperkatakan Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Bertunang. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Noor Nabila Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu.

Hangat diperkatakan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran, kakak kepada selebriti iaitu Noor Nabila akhirnya tampil membuka mulut meminta agar diberikan ruang. Nabila berkata dia akan berkongsikan lebih lanjut apabila tiba masanya nanti dan berharap permintaannya itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.

“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Kata Nabila lagi, dia belum bersedia bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya kepada umum kerana ketika ini anak tunggalnya, Jebat Jayden adalah fokus utamanya. “Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.

Kredit: Harian Metro

Gosip Tentang Cinta Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Tersebar Hingga Ke Indonesia. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Kata Kata Noor Nabila Kepada Semua Yang Tertanya Tanya.

Belum cukup sehari, kisah cinta antara Noor Nabila, 37, dan Engku Emran, 46, mula mendapat perhatian warganet di negara seberang, Indonesia. Sejak semalam, spekulasi hubungan Noor Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami Laudya Cynthia Bella itu tular dalam pelbagai platform media sosial terutama aplikasi TikTok.

Malah, ada juga pengguna TikTok yang membuat kenyataan mendkwa Noor Nabila dan Engku Emran sudah bertunang. Tangkap layar salah satu akaun TikTok yang memuat naik gosip Noor Nabila dam Engku Emran. “Engku Emran iaiatu mantan(bekas) suami Laudya dikhabarkan sudah bertunang,” tulis salah seorang pengguna TikTok @adnan_ri.


Tuan badan masih mengunci mulut

“Buat masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen,” demikian kata Noor Nabila mengenai dakwaan dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan mengesahkan berita itu yang tulr di media sosial sejak hari ini.

Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir. Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan warganet apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.

Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram. Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun berpisah Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemlut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Terdahulu, hasil perkahwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

Meskipun khabar angin tentang hubungan mereka sudah tersebar luas, kedua-duanya masih belum membuka mulut untuk mengesahkan mahupun menafikan spekvlasi tersebut. Kosmo! semalam melaporkan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu mengundang teka-teki apabila did4kwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Khabar angin tersebut tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila baru-baru ini. Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun disahkan berpisah pada pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Kemudian pada 8 September 2017 dia mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian berpisah sekitar bulan Jun 2020. Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Tular Tentang Sharnaz Baru Selesai Operasi Semalam Tiba Tiba Noor Nabila Tampil Bersuara Bagi Komen Macam Ni. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Komen Noor Nabila.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani operasi sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani operasi itu.

“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat operasi. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah cairan merah sikit. “Saya tak boleh cakap lama, cairan merah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakt,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir. “@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.

“@acheykintangkintung: Selamattt matttt. “@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan cairan merah tu, nanti cepat cairan merah tu berhenti.  “@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada cairan merah hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu. “@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin,” antara komen-komen yang ditulis.

Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar. “Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin,” kongsinya di Instagram Stories. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : -CARI

Baru Je Mahkamah Putuskan Tentang Tuntutan Nafkah. Terkejut Ini Pula Respon Dari Sharnaaz Ahmad Bila Nabila Dah Setuju Dengan Benda Ni.

”Insya-Allah, ini hari terakhir datang mhkamah. Selepas ini tak datang lagi sini. ”Benda pun dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni. Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.” Demikain kata-kata bekas isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa Mohd Noor, 36, mengenai tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nuusyuz yang berjaya diselesaikan dengan baik di Mhkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sharnaaz selaku defendan juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan nuusyuz yang difailkan terhadap NabiIa. Selain itu, defendan juga bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan. Ini termasuk nafkah sebanyak RM1,200 sebulan dan diberi akses berjumpa anak mereka sehingga usianya mencapai empat tahun.

Sharnaaz turut bersetuju mengeluarkan namanya sebagai pemilik bersama untuk sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. NabiIa yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa berkata, dia lega kerana tidak perlu lagi hadir ke mhkamah untuk perbicaraan kes mereka.

”Proses perpisahan, hak anak dan datang ke mhkamah adalah benda-benda yang memenatkan. Ia mengambil energi serta emosi saya terganggu.”Setiap kali nak datang saya berat hati. Jangan ada dendm dan marah kerana ia akan bawa kita ke belakang. ”Paling tak bagus kerana apabila bangun tidur anda akan masam, m4rah dan berdndam. ”Anda akan cari perkara yang boleh untuk kenakan bekas suami. Ia tak baik lagi-lagi untuk anak kita,” katanya.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Sharnaaz, 37, berkata, dia bersyukur kerana peguam kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan menyelesaikan kes dengan baik. ”Buat NabiIa saya ucapkan terima kasih kerana kita dapat kata sepakat. Ada benda yang selama ini tak jelas, diperjelaskan dan diletakkan dalam kertas supaya semuanya takkan jadi masalah suatu hari nanti.

”Hari ini saya sangat bersyukur kerana bagi kami keutamaan kami ialah pada Jebat. ”Walaupun saya dengan NabiIa tak dapat teruskan sebagai suami isteri, tapi saya tetap kawan dia,” katanya. Menurutnya NabiIa seorang kawan yang baik dan dia ingin meneruskan hubungan ini.

” Saya kenal dengan dia dulu pun sebagai seorang kawan. Tak guna nak brbalah kerana yang rugi ialah Jebat. Saya tak nak perkara ini berlaku. Tumpuan kami 100 peratus pada Jebat,” katanya.

Sharnaaz dan NabiIa berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mhkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com

Kes Perpisahan Sharnaaz Dan Nabila Selesai. Ini Komen Mengejutkan Noor Nabila Di Luar Mahkamah. Sampai Macam Tu Sekali Yang Dia Cakap.

Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, usahawan Noor Nabila berakhir apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian. Persetujuan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Antara persetujuan tersebut termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah. Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila sebagai plaintif berkata, persetujuan itu dibuat menerusi satu proses mediasi (bagi membincangkan penyelesaian saman) yang dilakukan secara awal tahun ini.

Dalam prosiding di mahkamah itu, Zainul telah membaca tuntutan-tuntutan tersebut dan antaranya adalah nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan). Selain itu, Sharnaaz juga bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.

Sharnaaz juga bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak. Selain itu Sharnaaz juga diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.

Pada masa sama, peguam mewakili Sharnaaz, Ummi Kartini Abdul Latif mengesahkan bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan pihak plantif. Sementara itu, Sharnaaz dan Nabila ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka apabila kemelut rumah tangga dapat diselesaikan secara aman.

Menurut Nabila, dia lega apabila kes dapat diselesaikan secara baik. “Saya lega sebab proses perpisahan, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga. “Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati.

“Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini,” katanya. Pada masa sama, Sharnaaz turut berterima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat. “Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 19 September lalu. Untuk makluman, nusyuz membawa maksud seorang isteri yang ingkar terhadap perintah suami.

BACA : “Sebab Utama Adalah Untuk…”- Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Nabila

Sekadar info, Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : GEMPAK



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post