BARU-BARU ini tular satu rakaman video melihat orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat di kawasan luar masjid gara-gara kapasiti masjid terpaksa dihadkan disebabkan perlu menjaga jarak sosial dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19.
Rakaman video berdurasi 26 saat menunjukkan orang ramai mengikuti solat Jumaat dari luar kawasan masjid termasuk di seberang jalan dan hentian bas. Melihat kepada situasi tersebut pelbagai persoalan dan kemyuskilan timbul dalam kalangan orang ramai. Apakah sah solat tersebut dan adakah kita perlu mengikuti jarak-jarak yang tertentu untuk melakukan solat Jemaah.
ARTIKEL MENARIK:Soalan tentang daging yang haram dan isu sekejap pakai tudung dan ada masa tidak. Maryam tampil jawab persoalan
Memetik laporan media tempatan, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, orang ramai diminta memastikan mereka berada dalam posisi sah solat Jumaat jika mahu menunaikan solat itu di luar kawasan masjid. Menurut Mohamad Shukri, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh orang ramai jika ingin berjemaah di luar masjid. Antaranya adalah seperti :
Jemaah mesti solat tidak lebih 300 hasta dari tempat makmum paling belakang dalam masjid. Walaupun solat dari seberang jalan masjid, tetapi jarak masih dalam jarak 300 hasta maka dibolehkan lagi. Pagar masjid mesti tidak berkunci. Jika tidak nampak imam, jemaah perlu nampak jelas makmum terakhir dan mampu untuk ikut dan tahu pergerakan solat mengikut imam.
Berdasarkan kiraan, satu hasta bersamaan 45 sentimeter maka 300 hasta mendekati jarak. Mohamad Shukri menambah, beliau berpandangan tidak perlu satu fatwa dikeluarkan berhubung perkara itu kerana arahan pemerintah mengenai solat Jumaat adalah jelas.
Kata beliau, pemerintah telah mengeluarkan arahan kapasiti jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid pada waktu pandemik Covid-19. Jelasnya, walaupun niat mahu menunaikan solat Jumaat baik, tetapi umat Islam perlu patuh kepada maslahat bagi memutuskan rantaian wabak itu dan tidak memudaratkan orang lain.
Tambahan pula kita kini dalam situasi darurat maka amalan kebiasaan kita seperti sebelum ini tidak akan sama dalam waktu aman. Sifirnya juga cukup mudah, jika masjid sudah lebih kapasiti, maka tunaikan solat Zuhur. Islam itu mudah dan tidak perlu dirumitkan.
“Solat Jumaat wajib, tetapi apabila bertembung dengan isu kemudaratan, maka maslahat menjaga nywa perlu diutamakan,” ujarnya lagi. Bagaimanapun jemaah perlu saling bertolak ansur kerana hanya jumlah tertentu dibenarkan selain SOP yang ketat termasuk pemantuan pihak berkuasa masjid dengan bantuan pihak polis. Jika tidak mahu bersesak atau terlepas solat Jumaat berjemaah, datanglah awal ke masjid yer!
Bilangan jemaah solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan diperluaskan
KUALA LUMPUR: Mulai esok, jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperluas kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata bagi jemaah solat fardu lima waktu, jumlahnya diperluas kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau, juga dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat.
“Semua ketetapan yang berkuat kuasa 5 Februari 2021 ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohd Ajib turut meminta rakyat untuk terus berdoa dan bermunajat supaya penularan wabak COVID-19 di negara ini segera berakhir.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu, solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan sebelum ini dibenarkan dengan maksimum 30 jemaah. Selain itu, pelaksanaan solat fardu dibenarkan dengan maksimum hanya lima jemaah terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai masjid. Semua aktiviti pengimarahan masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan turut ditangguhkan sepanjang tempoh berkenaan.
sumber: sinar harian
Post a Comment