Untuk pengetahuan anda pada pertengahan bulan Februari,neggara jiran kita iaitu Indonesia heboh tentang pengakuan seorang wanita bernama Siti Zainah yang mndkwa dihamilkan oleh angin.
Siti akui dia hamil selepas satu jam dan kemudian melahirkan anak anak setelah angin bertiup ke dalam organ sul1tnya
ARTIKEL MENARIK:Isteri buat panggilan banyak kali bila rumah mereka dijilat api. Suami biarkan je tapi tak sangka doa isteri dia termakbul
Selepas sahaja pihak berkuasa menjalankan siasatan,Siti sebenarnya bukan dihamilkan oleh angin yang selama ini menjadi mgsa ftnh. Namun begitu, yang menghamilkan Siti adalah bekas suaminya sendiri iaitu Muhammad Sofiuloh. Dan difahamkan Siti dan Sofiuloh telah berpisah secara sah mengikut agama sejak empat bulan lalu. Ketika disoal siasat oleh polis Sofiuloh akhirnya mengaku bahawa bayi yang dikandung Siti itu adalah anaknya.
Selepas itu, pihak p0lis mahu melakukan ujian DN4 untuk memastikan bapa kepada b4yi perempuan yang dilahirkan oleh Siti. Dengan pengakuan Sofiuloh, ujian DN4 itu terpksa dibtalkan.P0lis tidak men0lak kemungkinan yang proses kehamilan itu sudah berlaku sebelum pasangan itu berpisah dan mungkin Siti sempat melakukan hubungan intlm bersama beks semuanya sebelum berpisah.
Bagi mengesahkan perkara itu dan memastikan tidak ada polemlk di kalangan masyarakat, p0lis akan segera mengambil sampel DNA dari Sofiuloh untuk dipadankan dengan DNA b4yi perempuan Siti. Langkah itu diambil bagi menngani isv tersebut yang dikhuatiri boleh menyestkan masyarakat lebih-lebih lagi berita kelhiran bayi perempuan berkenaan tanpa proses hubungan bdan sudah terseb4ar di merata tempat. – Ag3nsi
Dapat Suami Penoreh Getah Je Isteri Pula Pegawai Gred 41. Isteri Luah Suami Tak Mampu Nak Bagi Nafkah Lebih Sampai Make Up Pun Beli Kedai 2 Ringgit Je. Tapi Bila Suami Nak Buat Benda Ni Isteri Pula Tak Bagi.
Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Warga pembaca sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini.
Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja. Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan. Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde skandal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan.
Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska. Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak aku.
Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja. Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji. Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.
Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KFC dan MCD jauh sekali. Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik.
Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli. Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.
Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19. Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drugstore.
Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah. Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.
Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan.
Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik. Aku stress. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya.
Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini? Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur? Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.
Reaksi warganet
Zaffran Mikhael –Woi zainab… Haderrrrr…aku sedang bersabar daripada taip yang bukan2 ni… Bersyukurlah zainab…. Bersyukurlah. Puan Zuera –Bersyukurlah.. Suami bukan biawak hidup, cuma dia tak mampu nak bagi lebih.. Apa yang dia dapat, dia beli barang dapur dan bayar bil… Kalau dia mampu, mungkin dia nak tanggung semua…
Suami pun jaga anak dan buat keje rumah… Kalau tengok orang lain, dah dapat suami biawak hidup, kki pukul lagi.. Jadi bersyukurlah… Suami nak buat part time, puan tak bagi.. Jadi nak macam mana lagi? Saya rasa, kalau suami puan baca ni, mesti dia menangis sebab dia tak mampu nak bagi lebih pada puan..
Syazana Kadir –“Dia pernah mintak izin buat kerja sampingan, cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yg nak uruskan anak anak”. Ok to be honest confessor, aku rasa nak lmpang kau lepas baca statement tu. Dah dia offer diri untuk cari duit lebih, kira dia tu suami yang bertanggungjawab lah. Pastu kau nak bising dia tak kasi baju baru lah baju raya lah baju dalam lah. Eh emo pulak aku!
Sumaiyah Mohd Rusdi –Ya Allah, nikmat mana lagi awak nak dustakan..suami urus rumhtangga dengan baik, segala banyak kebaikan yang awak sebut tentang suami awk tapi hanya kerana gajinya kecil tapi bukan smpai dia abaikan tanggungjwb dia cuma bezanya gaji awak besar.
Jangan ikut bisikan syaitan sangat, awak kena lah pndai2 manage kewangan tu betul2 dan kalau tak boleh pun, awk bersyukur saja sebab bila awk dah plih suami awak tu bermakna awak sedia untuk terima sedikit kekurangan dia (bukan jenis kkurangan yang teruk macam kaki pkul dan seumpamanya). Perkhwinan itu melengkapi, memahami dan tolak ansur.
Din Ganu –Laki hang nak keja part time nak tambah pendapatan hang tak bagi, laki hang mintak izin dengan hang, amboi terbalik dah cek oii. Nak kata laki hang tak bertanggungjawab dia dah ada inisiatif cuma hang tak setuju. Aku tak paham hang nak apa pun tak tau.
Hang kira ok la ada laki yang bertanggungjawab sebagai mana hang cerita la, at least dia kerja, dia uruskan anak, dia ada la bagi sikit2.. Hang tengok orang lain tu, ada laki macam galas biawak hidup malas keja. Hang slow talk la ngan laki hang, biaq pi la dia nak keja. Pagi noreh, malam jadi jaga pun ok. Jaga pun gaji dekat rm2k jugak. Ringan la beban hang.
Sumber IIUM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : www.two.e-kesah.com
Hantaran Sampai RM15 Ribu Tapi Satu Kerja Rumah Langsung Tak Tahu Nak Buat. Suami Dia Langsung Tak Marah Tapi Dia Ambil Satu Inisiatif Ini Yang Membuatkan Ramai Orang Terpegun
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca serta thanks buat admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). Lately zarul perasan hantaran jadi hot topic. Let me share my experience. Zarul dah kahwin almost 5 years. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempat sama dan sama-sama suka.
Jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. Wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.
Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.
Malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.
Hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia, hanya orang yang dah kawin je faham. So kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. Almaklumlah baru-baru kawin ni kan.
Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. Semua bibik sediakan. Aduh! Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki.
Masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat. Zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul ambik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. Zarul dulu sekolah asrama penuh. So siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni. Haha.
First step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah.Ajak taw bukan suruh. So kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.
Bab masak? Setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. So kat sini zarul ajak wife zarul masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.
Mula-mula masak memang lah, hangs lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! Kalah master chef. So kat sini, bukan alasan tak pandai masak. Tapi rajin or tak Semua ada kat internet tu. Google jer la. Kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. Dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.
Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello..! Ni dah tahun apa dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.
Hargai lah isteri korang. Mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan. Next time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!
Mak Mertua Belagak Sampai Letak Hantaran Ank 15 Ribu. Tapi Masa Malam Lepas Nikah Tu Suami Pelik. Terkedu Tengok Esok Pagi Isteri Muntah Muntah. Rupa Rupanya Ini Punca.
Gambar sekadar hiasan. Asalamualaikum , aku seorang lelaki dan juga seorang suami, aku berkahwin dengan wanita yang aku cintai. Wanita itu dulunya satu sekolah aku kami bercinta di zaman sekolah, banyak rintangan dan halangan dalam hubungan kami,
mak ayah isteri aku tidak berkenan dengan aku, sebab latar belakang kekuarga aku yang tidak elok.. Mak aku kuat bergaul, berkhyal, dan bebas kemana mana saja.. bapa aku pula jenis ambil barang, aku menjadi anak terbiar, namun aku sedikit pun tidak mewarisi kelakuan mak ayah..
Dari umur 15 tahun, aku bercinta dengan isteri aku, mertua menentang sekeras keras nya.. aku berjanji pada isteri aku, walau apa pun halangan aku tetap akan memperisterikan dia.. habis saja spm, kami sama sama melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan sebelum kawin,
Alhamdulillah aku sudah mendapat kerja yang cukup baik, aku sudah mampu berumah tangga. Akhirnya aku melamar kekasih aku untuk bertunang.. mak ayah dia tidak setuju, aku merayu rayu dan melutut, walaupun aku dihina kerana status ibu ayah,
aku berjanji tidak akan seperti ibu dan ayah. Aku akan jaga tunang atau bakal isteri aku sampai bila bila.. Mertua aku setuju kami bertunang, namun dia tetap kan hantaran 15k untuk kami berkahwin, dan dalam tempoh masa bertunang, aku mesti berikan tunang aku rm 500 sebulan.
Dan masa yang diberi hanya 3 tahun.. Berat hati nak terima, namun demi cinta, aku sangup, walau pun aku kerja gov, gaji aku hanya rm 1500 kerana aku masih baru bekerja, aku juga masih tak mampu beli kereta dan rumah.. namun rezeki ada di mana mana.
selepas habis waktu bekerja, aku berniaga, aku buka gerai makan, share dengan kawan kawan, Alhamdulillah, boleh lah aku dapat dalam 2k sebulan.. Namun bagi aku semuanya tidak cukup, sebab aku kena kumpul 15k dalam masa 3 tahun dah dalam masa tu juga aku mesti beli rumah dan kereta,
Akhirnya aku terjebak dengan kerja tak elok, aku mengedar benda terlarng, dalam masa setahun saja, aku mampu beli rumah, kereta, dan aku mampu kumpul wang yang banyak, nasib berpihak pada aku, walaupun aku buat kerja tak elok, namun tiada yang tahu,
cuma tunang aku hairan kenapa aku mampu kumpul wang yang banyak? Aku cakap pasal tu dia jangan fikir, yang penting kami akan kawin secepatnya.. selepas 2 tahun aku buat kerja tak elok, aku berhenti, aku hanya bisnes gerai dan gaji aku pun dan cukup sebab simpanan aku dah banyak..
Pernah sekali aku terpaksa outstion selama 3 minggu, aku bagi tahu tunang aku, bila aku balik, aku akan memperisterikan dia, dia setuju dan kami sudah berbincang pada ibu dan ayahnya. Ibunya sempat menyindir aku, dah ada duit ke nak kawin?
Yakin ke awak tak mewarisi perangai teruk mak ayah awak? Aku cuma tertunduk saja.. Tiba lah masa yang di tunggu tunggu.. aku pun berkahwin dengan isteri aku, kami kawin simple sahaja, bajet dalam 5k. 10k lagi mertua aku ambil.
Aku tak tahu mereka buat apa dengan wang itu, yang paling menyedihkan, isteri aku sudah tiada dara, masa malam pertama, isteri aku sudah bagaikan ditebuk tupai, ini kah balasan yang aku dapat, bila aku tanya isteri, kenapa bila bersama terasa lain macam?
Isteri aku cakap mungkin faktor dia aktif bersukan. Aku iakan saja. Sebab aku sayng kat dia.. Lama kelamaan isteri aku semakin pelik, isteri pernah kantoi muntah muntah. Ada kah isteri aku hamil? Macam mana boleh hamil sedangkan kami baru bernikah?
Dipendek kan cerita, aku ada kawan bernama man, man adalah kawan kami dari sekolah dan kami bertiga bff dengan isteri aku, masa aku ot aku minta man jaga tunang aku masa tu, kebetulan kereta aku pancit tayar, aku tumpang kereta man.
Kebetulan aku dok belakang sebab ada kawan lain dok depan, aku pelik dengan kereta man, sebab kat belakang kereta man ada kerongsang isteri aku. Aku kenal sangat dengan kerongsang tu, tapi aku diam, aku ambil kerongsang tu senyap senyap..
Sampai dirumah, aku tanya isteri mana dah kerongsang yang selalu dia pakai. Bini aku mengelabah sambil menjawab ada sama mak dia, ok aku percaya isteri aku.. tapi makin hari isteri aku makin pelik, bila dia selalu muntah muntah aku ajak ke klinik dia tak nak..
aku cari kasut aku nak pakai untuk perjumpaan dengan kawan kawan. Kasut tu simpan atas almari, tak sangka aku terjumpa test preagnant kat atas almari, aku tak pasti tu siapa punya, kalau isteri aku punya kenapa dia senyap? Dan tak mungkin isteri punya sebab kami baru berberapa hari kawin..
Semuanya janji tanda tanya, namun aku menyembunyikan rasa curiga.. pertama aku nak cek adalah hp isteriku. Tapi tak boleh, sebab ada password. Bila isteri main hp aku pura pura tidur, dan aku senyap senyap tengok isteriku tekan apa.
Alhamdulillah akhirnya aku tau.. bila isteriku mandi, aku buka hp isteri aku, namun aku tak jumpa apa apa. Semua chat dah clear. Aku tak tau nak buat macam mana? Aku tak pasti isteri aku buat sesuatu yang tak elok berlakang aku atau tidak. Aku buntu..
Kredit -
Post a Comment