Baru ni Jdt kalah di laman sendiri. Terkejut selamba je TMJ boleh masuk dalam bilik persalinan pemain Terengganu Fc. Rupanya ini yang TMJ buat.
loading...

Kuala Lumpur: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat bersikap profesional apabila secara terbuka mengucapkan tahniah kepada Terengganu FC (TFC) yang menewaskan pasukannya 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Baru ni Jdt kalah di laman sendiri. Terkejut selamba je TMJ boleh masuk dalam bilik persalinan pemain Terengganu Fc. Rupanya ini yang TMJ buat.

 


Ia dapat dilihat menerusi satu video yang tersebar di media sosial apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu memasuki bilik persalinan pasukan TFC selepas perlwnan dan berjumpa dengan anak buah Nafuzi Zain sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

ARTIKEL MENARIK:Tak lama lagi nak raya dah. Ismail Sabri tampil dedahkan sesuatu untuk sambutan hari raya nanti buat ramai yang tak senang duduk.
loading...


“Saya datang untuk ucap tahniah sahaja. Semoga berjaya untuk tahun ini,” kata TMJ ketika bertemu dengan barisan pemain TFC di dalam bilik persalinan. TMJ juga dilihat sempat bergurau dengan beberapa tonggak import TFC. Pada aksi semalam, jaringan Mohamad Hakimi Abdullah

minit ke-57 sudah cukup untuk TFC membawa pulang tiga mata berharga dari gelanggang keramat JDT. Kemenangan itu menyaksikan TFC kini hanya dua mata di belakang JDT sekali gus menyaksikan perebutan untuk kejuaraan Liga Super masih terbuka luas.

Terengganu calar rekod tanpa kalah JDT

JUARA Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam Sabtu. Pemain tengah berusia 21 tahun, Mohamad Hakimi Abdullah muncul wira skuad Penyu apabila berjaya menghukum kesilapan pemain pertahanan JDT pada minit ke-57 untuk gol kemenangan itu.

Kali terakhir TFC mencatatkan kemenangan ke atas JDT adalah ketika kempen Piala Malaysia pada Oktober 2018, manakala pertemuan selepas itu menyaksikan keputusan terikat sebanyak tiga kali dan JDT menang sebanyak tiga kali. Keputusan itu juga mencalar rekod tanpa kalah JDT, yang belum tewas dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini, selepas kali terakhir tewas dalam aksi liga pada Julai 2019 di tangan Petaling Jaya (PJ) City FC dengan keputusan 0-1.

JDT bagaimanapun kekal di persada Liga Super dengan 23 mata daripada 10 perlawanan, diikuti TFC (21 mata) dan Kedah Darul Aman FC (20 mata). Sementara itu, Penang FC terus menambah derita buat Sri Pahang FC apabila membenam skuad Tok Gajah 3-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Skuad Harimau Kumbang mempamerkan kekuasaan apabila menjaringkan gol menerusi pemain import dari Brazil Endrick Dos Santos pada minit ke-11 dan Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-26. Skuad kendalian Tomas Trucha yang terus melakukan srngan bertali arus menambah jaringan menerusi tandukan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada masa kecederaan (90+1) untuk kekal di tempat keempat dengan 19 mata.

Jaringan tunggal M Tamilmaran pada minit ke-81 membantu PJ City FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot liga, UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam. Saingan Liga Premier pula menyaksikan Negeri Sembilan FC kekal di tangga teratas selepas berjaya mengikat pencabar terdekat, Sarawak United 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Skuad kendalian E. Elavarasan membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra, namun Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan Menerusi Alain Thierry Akono pada minit ke-61. Kelantan United berjaya

mengatasi Kuching City FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, manakala TFC II mengikat Selangor FC 2 dengan keputusan 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Negeri Sembilan berada di puncak dengan 18 mata selepas sembilan perlawanan setakat ini, diikuti Sarawak United yang mempunyai satu perlawanan di tangan dengan 17 mata dan Kelantan United dengan 16 mata.- Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikhabarkan Bakal Menjadi Pemilik Kelab Pasukan Valencia. Tunku Mahkota Johor Tampil Jelaskan Menerusi Perkongsiannya

Dikhabarkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat satu kejutan selepas dikaitkan dengan bakal menjadi pemilik kelab Laliga di Sepanyol iaitu pasukan Valencia. Yang menjadi persoalannya adakah benar TMJ akan membeli pasukan Valencia muncul apabila TMJ berkongsi beberapa bayangan di Instagram story yang kini hanya memiliki masa 2 hari untuk berfikir dan membuat kuputusan.

Tambahan pula TMJ turut berkongsi pelbagai info termasuk ranking semasa pasukan Valencia yang kini di kedudukan ke-60 terbaik dunia dan kini dimiliki seorang ahli perniagaan Singapura, Peter Lim.Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang Putera Raja. Wang tidak mendorong saya, hanya kegemilangan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. Bukan rahsia bahawa saya meminati bola sepak, saya sangat bersemangat.

Katanya, saya bukan baru dalam bola sepak, saya berjaya membina sebuah kelab (JDT FC) dari setiap tahun bertanding di zon penyingkiran tetapi kini menjadi mendominasi kejuaraan setiap musim.Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan musim. Kami adalah kelab terbesar di Asia Tenggara dan salah satu terbesar di Asia. – Tulisnya.


Jika dilihat perkongsian TMJ lagi, nilai pasukan Valencia sekarang pada harga 408 juta euro bersamaan dengan RM1.9 billion.Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mencari cabaran baru. Saya bukan orang yang akan menukar logo atau tradisi kelab anda. Seperti saya katakan tadi, saya seorang kerabat Raja dan bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk capai kejayaan dan melakar sejarah.

Apa yang diperlukan Valencia? Mereka perlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, bersemangat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab. Langkah pertama, kita memerlukan orang bola sepak di kelab, noktah. – Tulis TMJ lagi.Jadi, sama-samalah kita nantikan keputusan yang bakal diambil TMJ dalam masa 2 hari ini.

Sanggup Kongsi Video Seram Selepas Pulang Dari Main Buaian. Perkongsian TMJ Di IG Meraih Perhatian Ramai Selepas Satu Buaian Ini Bergerak Dengan Sendiri

Tiada orang di taman permainan, malah tak nampak pula angin, kalau adapun kenapa buaian yang masih kaku? Demikianlah apa yang penulis dapat lihat dari video yang dimuatnaik oleh Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih mesra dipanggil TMJ di laman Instagramnya.

Dalam video pendek yang dikongsi TMJ, kelihatan satu buaian di taman permainan  bergerak seperti dihayun oleh seseorang. Dan difahamkan TMJ ada orang terakhir yang menggunakan buaian itu.Dalam nada berjenaka, TMJ berkata dia terlupa untuk bawa pulang bodyguard-nya ketika beredar dari taman permainan itu.

“7.05 pm, selepas saya balik, Pakcik ini rakam video kejadian ini di buai yang saya naik. Maaf Pakcik. Saya terlupa nak bawa bodyguard saya balik”- tulisnya di Instastories.Difahamkam sebelum itu Baginda dan keluarganya berkunjung ke taman permainan tersebut pada jam 6.30 petang. Walaubagaimanapun selepas mereka pulang, agak aneh jika buaian tersebut mampu bergerak sendiri apatah pada ketika itu tiada orang di taman permainan tersebut.

Ank Tiri Tokti Bercita Cita Nak Jadi Kaya Macam TMJ. Sekali Ini Yang TMJ Balas Buat Warganet Terkedu.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra dikenali dengan nama TMJ (Tunku Mahkota Johor) sentiasa menjadi tumpuan warganet kerana sering berkongsi posting inspirasi di laman Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga rajin berkongsi mengenai

aktiviti harian kegemaran baginda iaitu bersukan dan beriadah bersama ahli keluarga. Setiap gambar yang dimuat naik oleh TMJ telah memberi inspirasi kepada ramai pengikut baginda yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah dalam menjadi seorang yang berjaya.

TMJ jadi inspirasi kepada Asyraf Khalid

Malah, gaya hidup mewah TMJ turut menarik perhatian anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid yang telah tinggalkan sebuah komen di salah satu posting. “Stail… anda adalah inspirasi bagi saya.

Suatu hari nanti, saya ingin menjadi kaya dan berjaya seperti anda, inshaallah,” komen Asyraf kepada TMJ. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian adalah balasan TMJ terhadap komen tersebut. “Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Tiada yang akan dibawa ke dalam kbur apabila tiba masanya kelak.


“Saya lihat kekayaan saya sebagai ujian daripada Allah. “Sama ada saya mengingati Allah atau tidak, adakah saya masih bersedekah dan membantu golongan susah dan sebagainya. “Apa yang penting ialah sentiasa bersyukur dan jangan lupa untuk berbuat kebaikan. Pada akhirnya, duit hanyalah kertas. Ketenangan jiwa adalah kunci hidup yang bahagia,” balas TMJ.

Betapa rendah hatinya TMJ, walaupun hidup dalam serba kemewahan, baginda masih mengingatkan orang lain bahawa kekayaan yang dimiliki itu semua adalah kurnian Allah SWT. Selain itu, baginda juga menegaskan tentang kepentingan untuk sentiasa bersyukur dan berbuat kebaikan kepada semua orang.

Tidak dinafikan lagi, contoh baik TMJ sebeginilah yang membuatkan rakyat cukup menyenangi dan menyayangi Putera Mahkota Johor berkenaan. Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan pasangan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sumber: Instagram TMJ

Asyraf Khalid kesl tanggapan tumpang pengaruh Datuk K dan Siti Nurhaliza – “Tak guna kabel atau minta bantuan ayah!”

SIAPA tak marah segala usaha titik peluh bertahun-tahun dalam perniagaan jamu Mutyara Beauty bersama isteri ditduh hanya bergantung kepada pengaruh bapa dan ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Suami kepada pelakon Indonesia Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid mengakui terkilan dan brang dengan pandangan orang luar yang menganggap kejayaan yang dikecapinya kini diperolehi dengan jalan pintas.

Anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) ini berasa tidak adil jika tanggapan itu berterusan. “Hati siapa yang tak terguris kalau asyik terima pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Kadang-kadang rasa macam lser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

“Jujur saya tak boleh menafikan perasaan bengang, jelak dan marah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu. “Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lwn segala rasa,” katanya.

Asyraf berkongsi perkara itu sempena ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan bersama isterinya pada 20 April. Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih kala ini. Selain Mutyara, Asyraf juga mengeluarkan beberapa produk makanan kesihatan lain.

Dalam pada itu, Asyraf gembira kerana diberi ruang merasai kemanisan dalam dunia perniagaan. Tegasnya dia menceburi dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya. “Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagi yang saya cuba. Saya serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

Asyraf bersyukur ada isteri yang sentiasa memberi sokongan. “Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk dapatkan apa yang diraih ketika ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu. “Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan pen4mat segala galanya,” ujarnya. Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa Asyraf, 3 dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia satu tahun.



loading...


Tak Puas Hati Boleh Jumpa. Mengejutkan TMJ Tampil Sound Seseorang. Warganet Tergamam Bila Tahu Siapa Seseorang Yang TMJ Sound Itu.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) did@kwa telah menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak RM70, 482 sebulan tidak termasuk bonus kepada pemain naturalisasi Harimau Malaya iaitu Sumareh. Terdahulu, Sumareh mencetvskan kontr0versi apabila tinggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan dan tidak menjalani latihan pada awal Ogos lalu.

Terbaru, pemilik pasukan bola sepak JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi IG Story akaun rasmi miliknya mended@hkan kontr0versi dan menegvr mengenai 1su tawaran serta perpindahan Sumareh ke skuad Gergasi Merah.TMJ membidas sikap pengurusan FAS yang dilihat lebih gemar melakukan provokasi terhadap pasukan JDT dan mempergunakan pasukan sendiri untuk kepentingan peribadi. Menurut TMJ, salah satu contoh prov0kasi yang dilakukan oleh pengurusan Selangor ialah melalui slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam sedangkan skuad Selangor belum memenangi apa-apa kejuaraan liga.

TMJ turut mengkritik mengenai pengurusan jurulatih pasukan bola sepak itu. Baginda mended@hkan ruang persalinan pakaian pemain bola sepak itu juga hancvr disebabkan terlalu ramai pemain. Perbezaan layanan serta kebajikan pemain tempatan dan luar negara adalah dilihat pilih kasih.

Tambah baginda lagi, dia akan tetap berjuang dan menentang sesiapa sahaja yang hanya menggunakan bola sepak sebagai tujuan peribadi. I’m not your enemy. Your enemy is your own corrupted football management.

Sementara itu, Pengarah Teknikal FAS dari Jerman iaitu Micheal Feictenbeiner seolah berminat untuk membawa Sumareh ke Shah Alam dan dia yakin pemain kelahiran Gambia itu sesuai dengan corak permainan skuad Gergasi Merah. Bagaimanapun, Sumareh mengakui falsafah dan strategi permainan bola sepak pasukan Selangor adalah cukup baik.

Difahamkan, Sumareh masih mempunyai kontrak dengan skuad Tok Gajah sehingga 2022 dan dia mengambil tindakan untuk keluar daripada pasukan Pahang kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan. Bagaimanapun, hasrat FAS tidak kesampaian apabila Sumareh memilih menyertai kelab Thailand iaitu Police Tero pada musim depan.

Sumber: hrhcrownprinceofjohor, Harian Metro

Sumber: OhBulan

JDT Terpaksa Lepaskan Safawi Rasid. Ini Kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim Susulan Berita Terkini Tentang Pemain Bola Tersebut

Terkini, impian bakal menjadi kenyataan apabila penyer4ng prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya yang juga pemilik kelab terbabit Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi di pentas eropah.

Menerusi kenyataan di Instagram officialjohor, Tunku Ismail bersedia melepaskan ayam tambatan itu sebaik saingan liga berakhir.Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

” Kelab akan lepaskan Safawi selepas habis league (liga), All the best Safawi,” katanya, yang memuat naik komen di Instagram officaljohor sebentar tadi.” Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia,” katanya.

Terdahulu, kehebatan Safawi terus mendapat perhatian kelab luar negara apabila dikhabarkan menerima tawaran dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Hal ini bermakna jika hasil perbincangan pemain berasal dari Dungun, Terengganu bersama kelab berkenaan berjaya, dia akan menjadi pemain kedua tahun ini melebarkan sayap ke pentas antarabangsa beraksi bersama kelab di eropah selepas tonggak Bawah 19 Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.” Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

” Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.” Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” tulis kenyataan tersebut.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Ketika ini, Portimonense SC beraksi di liga utama Portugal dengan berada di kedudukan 17 liga pada musim lalu menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah António Folha.Sekiranya Portimonense SC dapat bertahan dalam Primeira Liga, bermakna mereka akan bersaing dengan kelab handalan seperti FC Porto dan Benfica.Jika ia menjadi kenyataan, kita berpeluang untuk melihat Safawi bersaing dengan pemain terkemuka seperti Pepe (bekas bintang Real Madrid) dan Ruben Dias (Benfica).

Terdahulu Syifa Melvin ‘Sound’ Warganet Bila Safawi Digelar ‘Playboy’

Pelakon dan usahawan Syifa Melvin, 26, mengingatkan kepada segelintir pengikut agar tidak menggelarkan bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 23, sebagai seorang playboy.Menurut Syifa, dia kenal sifat keperibadian Safawi yang sebenar memandangkan dia antara individu paling rapat.

“Kenapa dengan Safawi saja kena fikir masak-masak? Dengan sesiapa pun kena fikir.“Tak payah la cakap dia playb0y. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain.“Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana,” katanya menerusi secara langsung (live) di Instagram (IG). 

Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin mengingatkan agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip teruk yang pernah tersebar sebelum ini.“Disebabkan gosip-gosip bburuk dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang.“Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri – GEMPAK. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Satu Komen Warganet Ini Terus Meraih Perhatian Warganet. Tapi Selamba Sahaja Jawapan Daripada Syifa Melvin

Pelakon Syifa Melvin merupakan salah seorang selebriti yang semakin mendapat perhatian ramai, adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin ini juga merupakan usahawan dan mereka iaitu empat beradik kini menceburi bidang perniagaan. Semakin berjaya dalam bidang diceburi, Syifa Melvin yang sudah lama aktif menerusi laman sosial Instagram turut membuatkan peminat dan pengikut bangga melihat pencapaiannya.

Selain Syifa dan Syatilla, adik-beradiknya ini yang turut dikenali dalam dunia hiburan tanah air iaitu Syida Melvin dan kakak sulung mereka, Syafiqa Melvin bersama-sama berkerjasama mengeluarkan produk kecantikan yang diberi nama, Kekasih By The Melvins. Walau bagaimanapun, Syifa Melvin juga tidak terkecuali daripada menerima komen kritikan dari sesetengah pihak kepada dirinya. Terbaru, gara-gara berkongsikan sekeping foto ini kepada umum, Syifa Melvin sekali lagi dikritik melibatkan makeup.

Syifa menerusi ruangan kapsyen dilihat berkongsikan jenis solekan wajahnya dan berkongsi beberapa produk yang digunakan ini membuatkan perkongsiannya meraih perhatian ramai. “Love the look? Finishing makeup look yang soft mate sebab pakai…” Biarpun begitu, komen kritikan seorang pengguna Instagram ini dib1das balik oleh warganet dan menganggap komennya di perkongsian foto Syifa Melvin itu sebagai tidak baik. “Cuba xpakai makeup… mesti macam hantu kak limah kan…”“Atleast dia wanita yang ada kerjaya, ada kereta sendiri…”Tapi selamba sahaja Syifa respon “Haaaa betul tu,macam mana tahu?Amazing sangattt”

Pawi disisihkan gara gara isu kemaruk nak kahwin. Tak sangka ini yang berlaku pada kariernya selepas kes Syifa desak nak kahwin dgn pawi

BENARKAH bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengalami dengan masalah kelukaan atau dia disis1hkan ekoran isu kontr0versi bersama kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin baru-baru ini? Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas kelibat Safawi langsung tidak kelihatan dalam dua aksi terakhir Liga Super termasuk di bangku simpanan JDT.

Ketiadaan pemain sayap itu jelas menjejaskan permainan skuad Harimau Selatan yang dilihat gaggal meraih kemenangan selesa ke atas dua pasukan bertaraf ‘semi pro’ iaitu UiTM FC 2-1 dan PDRM FC 1-0 yang majoritinya dibarisi pelajar dan anggota polis.Kehilangan pemain Harimau Malaya itu nyata menimbulkan tanda tanya sedangkan dia beraksi baik ketika bertemu Suwon Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 3 Mac lalu. Malah, dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membenam wakil Korea Selatan itu dengan 2-1 untuk menghadiahkan tiga mata pertama kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, sehari selepas kemenangan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik Safawi yang dikatakan mengalami kemeros0tan prestasi ekoran tekanan daripada buah hatinya yang mend3sak untuk berkahwin dengan pemain itu.Adakah ia kebetulan atau sekadar alasan, Safawi dikatakan mengalami kelukaan seperti mana yang ditegaskan pengendali JDT, Benjamin Mora hingga memaksa beliau mengenepikan kelibat pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu.

“Safawi tak tahu lagi keadaannya, mungkin lagi dua minggu atau seminggu lebih lagi dan kita memantau tahap kelukaannya. “Tapi dia adalah pemain yang sangat dahagakan kejayaan dan mahu segera kembali membantu pasukan. Dia perlu mendapatkan rawatn dengan baik dan apabila dia kembali, kita mahu dia fokus untuk pasukan,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi JDT menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, beliau akui JDT perlu meningkatkan prestasi menjelang aksi berikutnya. “Banyak situasi yang dihadapi JDT. Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT. Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan. “Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditewskan,” katanya yang menyaksikan skuad kendaliannya terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk meraih gol kemenangan hasil ledakn Diogo. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:HM

Akhirnya Terbongkar Harga Sebenar Kereta Baru Safawi Rasid. Tiba Tiba Bintang Dunia Masuk Komen. Apa Yang Dikomen Sangat Mengejutkan Warganet.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid menarik tumpuan ramai apabila memuat naik gambar rayanya bersama kereta baru jenama Porsche. Gambar berkenaan dimuat naik di Instagramnya semalam. Lukas Podolski turut komen.Menerusi gambar tersebut Safawi kelihatan segak berbaju kurta sambil bersandar di kereta baru berwarna merah. 

“Selamat hari raya maaf zahir batin, #kitajagakita #semogaistiqomah,” katanya ringkas sebagai kapsyen. Gambar berkenaan kemudian menarik tumpuan pengikut Instagramnya yang teruja melihat kereta baru bintang bola sepak itu.Malah, ada juga yang membuat tekaan mengenai harga kereta tersebut. Menerusi Berita Harian, meskipun tidak begitu jelas mengenai model kereta terbabit, dipercayai kereta raya Safawi itu adalah Porsche Cayman 987.

Malah, menerusi semakan di Internet, harga baharu model tersebut sekitar RM515,000 sehingga RM612,000 ketika mula memasuki pasaran Malaysia pada 2009. Bagaimanapun, disebabkan sudah dianggap ‘lama’, nilai jentera terbabit ketika ini hanyalah sekitar RM103,000 sehingga RM320,000.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Gempak / applehijau.bbn.my

Muat Naik Foto Di Ig Dengan Porche Merah Baru. Sekali Tiba Tiba TMJ Komen Buat Warganet Terkedu. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali TMJ Komen.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah. Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih jadi tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara. “SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Berdasarkan semakan, kereta berwarna merah itu adalah jentera mewah dari Jerman iaitu Porsche. Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi. Turut jadi tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : HM online via Kisahbena



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم