Dapat suami yang berkira tentang duit sampaikan baju raya pun suami tak ambil kisah. Masa pkp selamba je suami boleh balik kampung tinggalkan ank dan bini kat rumah.
loading...

Assalamualaikum semua. Bila berhari raya ni, aku tak tau apa perasaan aku. Aku dah kahwin 14 tahun dah. Ada 2 pasang anak. Aku selalu comparekan keadaan aku dengan orang lain. 

Dapat suami yang berkira tentang duit sampaikan baju raya pun suami tak ambil kisah. Masa pkp selamba je suami boleh balik kampung tinggalkan ank dan bini kat rumah.

 


Bukan mengeluh, cuma tertanya2 kenapa itu, kenapa ini dan akhirnya aku bungkam sendiri. Laki aku amat berkira tentang duit yang nak dikeluarkan untuk keluarga. Nafkah? lagi lah.

ARTIKEL MENARIK:3 tahun duduk serumah dengan kawan tapi tak pernah tengok tempat tidur dia. Terkejut bila hari tu ada banyak sampah depan bilik dia. Akhirnya terbongkar kisah sebenar.
loading...


Dan bukan aku ni jenis meminta itu ini. Kalau dia tak sediakan, maka aku kena sediakan. Contoh paling dekat, bila nak raya dia tak pernah kisah untuk usaha belikan kami baju raya, kasut dan persiapan lain. Nak naik sekolah, dia tak ade usaha untuk sediakan duit untuk beli keperluan anak. Sama juga dengan keperluan rumah. Semua atas bahu aku. Ada yang kata aku muakan laki aku. Sebenarnya, tidak. Kalau dia tak sediakan beras, sedangkan kami anak beranak ada lagi, macam mana nak bagi anak makan?

Dia dengan dunia dia. Nak tak nak, aku yang kena cari beras dan lauk untuk masak. Dan dia hanya tau makanan ada. Kadangkala, komplen patutnya kena beli beras itu, kena beli daging yang macam ni. agak sakit telinga aku. Sudahnya aku bentak. aku menjawab “bukan guna duit dia, banyak komplen”. Kalau orang lain dapat gelang emas dari laki tapi aku pula pernah bawak gelang emas hasil duit aku sendiri ke pajak gadai sebab perlukan duit.

Kalau orang lain dapat duit raya dari laki, aku hanya sekali je dapat. iaitu rm20. sedih, kan tapi aku buat bta, buat pekak. pedih hati aku. Tahun ni, dengan PKPB, dia lebih sayangkan mak dan adik bradiknya berbanding anak2nya jadi dia balik kampung dia tinggallah kami anak beranak kat sini. dah 4 hari kat kampung baru sekali call anak. Pagi raya pun tak ade call. bukan sekali ni dia buat perangai macam ni. lebihkan mak dan adik bradiknya

Aku pun ada juga mak ayah dan adik bradik. Termenung aku sndrian kenangkan nasib aku dan anak2. Nak dimarah, kau ni jantan yang bergelar suami. Tak ditegur, lagi laaa tak sedar diri. Aku tak pernah mintak barang atau kehendak aku pada dia. Aku nak, aku sediakan sendiri. Keluarga aku tak pernah tau masalah aku sebab inilah pilihan orang tua aku. Sedangkan pilihan aku sendiri mak ayah aku tak suka.

Restu org tua penting, walaupun anak sendiri merana. Sedihh. Aku tak boleh membantah cakap org tua. Akan dicop drhka. Tapi mak ayah aku tak tau menantunya perhambakan anak perempuannya. Dan mak mertua aku tanpa segan silu mengatakan aku menantu hantu. Aku berkerjaya, aku ada aset sndr. dan sedikit pun aku tak mintak duit anaknya utk aset aku. Cuma aku cukup derita dgn apa yang berlaku. Aku tak kuat. tapi buat2 kuat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dapat Suami Yang Kerja Kebun Je Bini Pulak Kerja Pangkat Tinggi. Wanita Luah Suami Tak Mampu Nak Bagi Duit Belanja Sampai Alat Solek Pun Beli Kedai Murah. Tapi Bila Laki Dia Nak Buat Benda Ni Isteri Tak Bagi.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Warga pembaca sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini.

Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja. Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan. Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde skandal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan.

Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska. Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak aku.

Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja. Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji. Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.

Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KFC dan MCD jauh sekali. Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik.

Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli. Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.

Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19. Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drugstore.

Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah. Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.

Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan.

Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik. Aku stress. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya.



loading...


Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini? Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur? Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.

Reaksi warganet

Zaffran Mikhael –Woi zainab… Haderrrrr…aku sedang bersabar daripada taip yang bukan2 ni… Bersyukurlah zainab…. Bersyukurlah. Puan Zuera –Bersyukurlah.. Suami bukan biawak hidup, cuma dia tak mampu nak bagi lebih.. Apa yang dia dapat, dia beli barang dapur dan bayar bil… Kalau dia mampu, mungkin dia nak tanggung semua…

Suami pun jaga anak dan buat keje rumah… Kalau tengok orang lain, dah dapat suami biawak hidup, kki pukul lagi.. Jadi bersyukurlah… Suami nak buat part time, puan tak bagi.. Jadi nak macam mana lagi? Saya rasa, kalau suami puan baca ni, mesti dia menangis sebab dia tak mampu nak bagi lebih pada puan..

Syazana Kadir –“Dia pernah mintak izin buat kerja sampingan, cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yg nak uruskan anak anak”. Ok to be honest confessor, aku rasa nak lmpang kau lepas baca statement tu. Dah dia offer diri untuk cari duit lebih, kira dia tu suami yang bertanggungjawab lah. Pastu kau nak bising dia tak kasi baju baru lah baju raya lah baju dalam lah. Eh emo pulak aku!

Sumaiyah Mohd Rusdi –Ya Allah, nikmat mana lagi awak nak dustakan..suami urus rumhtangga dengan baik, segala banyak kebaikan yang awak sebut tentang suami awk tapi hanya kerana gajinya kecil tapi bukan smpai dia abaikan tanggungjwb dia cuma bezanya gaji awak besar.

Jangan ikut bisikan syaitan sangat, awak kena lah pndai2 manage kewangan tu betul2 dan kalau tak boleh pun, awk bersyukur saja sebab bila awk dah plih suami awak tu bermakna awak sedia untuk terima sedikit kekurangan dia (bukan jenis kkurangan yang teruk macam kaki pkul dan seumpamanya). Perkhwinan itu melengkapi, memahami dan tolak ansur.

Din Ganu –Laki hang nak keja part time nak tambah pendapatan hang tak bagi, laki hang mintak izin dengan hang, amboi terbalik dah cek oii. Nak kata laki hang tak bertanggungjawab dia dah ada inisiatif cuma hang tak setuju. Aku tak paham hang nak apa pun tak tau.

Hang kira ok la ada laki yang bertanggungjawab sebagai mana hang cerita la, at least dia kerja, dia uruskan anak, dia ada la bagi sikit2.. Hang tengok orang lain tu, ada laki macam galas biawak hidup malas keja. Hang slow talk la ngan laki hang, biaq pi la dia nak keja. Pagi noreh, malam jadi jaga pun ok. Jaga pun gaji dekat rm2k jugak. Ringan la beban hang.

Sumber IIUM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : www.two.e-kesah.com

Hantaran Sampai RM15 Ribu Tapi Satu Kerja Rumah Langsung Tak Tahu Nak Buat. Suami Dia Langsung Tak Marah Tapi Dia Ambil Satu Inisiatif Ini Yang Membuatkan Ramai Orang Terpegun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca serta thanks buat admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). Lately zarul perasan hantaran jadi hot topic. Let me share my experience. Zarul dah kahwin almost 5 years. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempat sama dan sama-sama suka.

Jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. Wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.

Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.

Malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

Hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia, hanya orang yang dah kawin je faham. So kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. Almaklumlah baru-baru kawin ni kan.

Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. Semua bibik sediakan. Aduh! Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki.

Masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat. Zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul ambik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. Zarul dulu sekolah asrama penuh. So siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni. Haha.

First step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah.Ajak taw bukan suruh. So kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

Bab masak? Setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. So kat sini zarul ajak wife zarul masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.

Mula-mula masak memang lah, hangs lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! Kalah master chef. So kat sini, bukan alasan tak pandai masak. Tapi rajin or tak Semua ada kat internet tu. Google jer la. Kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. Dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.

Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello..! Ni dah tahun apa dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.

Hargai lah isteri korang. Mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan. Next time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!



Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post