Setelah lebih 3 minggu berlalu, hasil siasatan terhadap kes langgar SOP pasangan selebriti Neelofa dan suami, Haris Ismail akhirnya terjawab juga, semalam.
ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara Isu Neelofa, Fazura & Fattah Trending Nombor 1 Di Twitter
Difahamkan lagi, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengenakan kompaun berjumlah RM60,000 tanpa diskaun kepada pasangan terbabit serta 20 orang ahli keluarga lain.
Neelofa dikompaun RM20,000 bagi dua kesalahan, suaminya PU Riz pula dikompaun RM10,000 dan 20 ahli keluarga pengacara itu dikompaun masing-masing RM1,500 berjumlah RM30,000.
Bagaimanapun, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan kadar denda yang dikenakan dan mendakwanya sebagai tidak adil.
Tambahan lagi apabila mereka membandingkan jumlah kompaun tersebut dengan kompaun yang dikenakan terhadap peniaga kecil-kecilan, iaitu sebanyak RM50,000 seorang.
Eh, dalam gambar ramai tapi mana yang lain?
Justeru itu, seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mempersoalkan bilangan ‘ahli keluarga’ yang dikenakan kompaun sedangkan dalam gambar tular sewaktu majlis nikah selebriti itu, jelas kelihatan ‘penampakan’ lebih dari 20 orang hadir.
Kenapa 20 orang je kena kompaun? Yang lain tu tipu nama ke masa tulis? Hmm? Ke menyamar jadi alas meja? https://t.co/65EBZgL9Qy
— Oden Fujiyama (@FujiyamaOden) April 27, 2021
Kenapa 20 orang je kena kompaun? Yang lain tu tipu nama ke masa tulis? Ke menyamar jadi alas meja?” tulisnya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah individu berkenaan sempat berseloroh mungkin ada yang menyamar menjadi alas meja sewaktu majlis itu berlangsung.
Mungkin nak tutup kes je
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lain turut terhibur membaca ciapan individu tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pendapat masing-masing berkenaan kes tersebut.
Betul juga tu. Takkan nak kompaun alas meja kan?
Sumber: Twitter @FujiyamaOden.
Via https://ohmymedia.cc/gambar-ramai2-kompaun-20-orang-je-lain-menyamar-alas-meja-ke-netizen/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.
Article sebelumnya,
Fuhhh duit melayang-layang..Neelofa -Rm20,000, PU Riz -RM10,000 ahli keluarga -Rm30,000.
Selepas sebulan berlalu, selebriti popular Noor Neelofa dikenakan komp4un sebanyak RM20,000 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang c0vid-19.
Memetik perkongsian wartawan Astro Awani, untuk kes4lahan pertama, usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan Sosial ketika majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.
Kesalahan kedua, Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Perkara.
Sementara itu, suami Neelofa iaitu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pula dikompaun RM10,000 atas kesal4han mel4nggar kebenaran rentas negeri.
Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana g4gal memastikan penjarakan fizikal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Rotikaya
إرسال تعليق