Hanya ditawar RM50 sehari sahaja untuk berlakon. Salih Yaakob dedah realiti sebagai artis lama dan tentang isterinya
loading...

Siapa sahaja yang mengenali Salih Yaakob yang merupakan pelawak, pelakon dan penyanyi dalam industri Malaysia. Ulasnya,” Ya, memang ada produksi menawarkan saya RM50 sehari sahaja untuk berlakon.

Hanya ditawar RM50 sehari sahaja untuk berlakon. Salih Yaakob dedah realiti sebagai artis lama dan tentang isterinya

 


.” Itulah pengakuan yang dibuat oleh Salih dan dia merasakan seolah olah dipijak pemain industri bila ditawarkan watak dan bayaran yang tak setimpal dengan lelah dan kudrat.

ARTIKEL MENARIK:Perubahan Nabil Ahmad yang berhijrah semakin diterima ramai. Nabil jelaskan tentang isu tinggalkan industri hiburan
loading...


Beliau yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni tapi hanya dibayar RM50 sehari untuk menjayakan satu watak dalam drama. Dia akui terkejut, Salih,60 menjelaskan ini adalah realiti industri seni yang semakin tidak menghargai bakat dan pengalaman artis-artis lama.Malah tambah Salih, dia sudah ‘tidak larat’ hendak me­layan birokrasi pemain industri seni yang sering kali menggunakan alasan tidak cukup bajet untuk memberikan harga rendah kepada pelakon lama.” Ditawarkan RM50 sehari, itu termasuk kos perjalanan dan lain-lain yang ditanggung sendiri. Kami macam tiada nilai di mata mereka.

Tuturnya” Kita ada m4ruah dan harga diri. 40 tahun saya dalam industri seni, itu harga yang mereka nilai. Tak apa, lebih baik saya usaha mencari pendapatan lain. Allah itu ada,” Dalam pada itu, Salih yang juga bekas penyampai radio berkata, buat masa ini, dia ha­nya mencari rezeki seperti berniaga kecil-kecilan dan mengharapkan tawaran daripada produksi yang tahu menghargai bakat orang lama.


Tambahnya lagi, isteri isterinya bijak mencari pendapatan sekali gus dapat membantunya uruskan perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Salih masih mampu sara keluarga. Memetik kata-kata Salih dalam artikel pada 4 Mei tahun lalu, beliau bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya dan keluarga ketika negara melaksanakan PKP.Menurut Salih, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.

” Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan. Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja dan sekarang PKP pula, rezeki diperoleh itu mencukupi.” kata Salih.Salih yang bersara pada Mei 2019 berkata, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.” Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.

” Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini. Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanyaBerkongsi pandangannya terhadap penularan pand3mik COV1D-19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

Dia yang sudah tinggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah berpisah seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

Kahwin Dengan Suami Yang Alim. Bila Dah Kahwin Langsung Tak Macam Suami Isteri. Suatu Hari Suami Sanggup Bawa Gadis Idaman Jumpa Mak Dan Ini Respon Padu Dari Mak Si Suami

Hello semua, aku nak share kisah abg aku dan kakak ipar aku. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje. Abg(Paih, 26) dan kakak ipar(yaya, 22). Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta, kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu, yaya ni student degree dekat usm, paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu, parents dia dah tak ada.

Paih ni alim2 sikit, kire geng2 masjid, muka boleh tahan hensem, yaya pulak tak se”alim” paih, hanya budak perempuan biase je, pakai tudung biase je, tak labuh pon, tapi yaya ni manja, putih, gebu, muka manis. Dalam famili aku, paih seorang je yang dah kawin, kakak2 aku masih bujang. Paih satu satunya anak lelaki, ayah kami dah pergi buat selamanya 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan.

Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak, mak suruh kahwin, dia kahwin, aku mula2 ingt paih betul2 terima yaya. Tapi paih tak ambil tahu langsung pasal yaya, lepas nikah dia keluar jumpa member, kenduri pon kawan2 paih tak datang, mungkin tak di jemput. Seingt aku, paih tak pernah tidur dalam bilik kalau yaya ada dekat rumah, selalunya paih akan tgk tv smpai terlena dpn tv.

Baru2 ni, minggu kedua bulan puasa, yaya kan sekarang tengah cuti sem, yaya kalau cuti akan balik rumah kami, malam tu dalam pkul 10 mcm tu, paih balik rumah dia nampak yaya, as his wife, yaya hulur tgn nk salam kan, tapi paih tak sambut pon salam yaya, dia buat tak tahu je. Dia terus blah pegi dapur. Masa kami dok tgh layan cerita dekat tv, paih dtg depan pastu dye sound yaya sbb tak jaga aurat, gara2 yaya pakai baju putih, jarang & tak cukup kain katanya, pastu tak pakai tudung.

Kami time tu bengang je rase, kakak aku(kak mila, 29) sound terus paih, back up yaya, bongok ape paih ni, tu kan isteri dia, aurat tang mana, kejadah apa nak pakai tdg dlm rumah, lagipon rumah tu tak ada lelaki lain, hanya paih satu satunya, kakak no 2(kak fatin, 27) lagi hot kalau diikutkan. Mungkin paih sengaja kot nak cari pasai ngn yaya, tapi yaya diam je, tak ade pulak nak melawan ke nak marah2 ke, dia bt tak tahu je smbl makan kudap2, yaya pon tahu paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

Esoknya, yaya siap2, pakai lawa2, pakai baju mcm nak keluar, siap tudung belit2 lagi. Mak tanya yaya nk pergi mana2 ke, yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah, padahal kami blh agak yang yaya sentap dgn paih pasal malam tadi. Sejak dari tu, yaya memang pakai baju tutup aurat, xpakai tshirt lengan pendek dah, siap pakai tudung dlm rumah. Kami rasa rimas pulak, kak mila selalu cakap, bukak je lah tudung tu, bkn ade siape pon, tapi yaya selalu cakap takpe, takpe, takpe.

Paih memang selalu cari pasal dgn yaya, selalu sgt lah sakitkn hati yaya, aku tak pasti sama ada yaya ni jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau paih kondem dia, rilek je aku tgk, takde pulak nak melenting, ke dah tawar hati ke ape aku tak tahu.

Ada satu hari, awal pagi lagi, paih ada inform mak, yang malam ni ada kawan paih nak berbuka dekat rumah, mak pon cakap okay ja, mak on ja. Hari tu kami pon masak laa lebih sikit. Yelah, ada org nak dtg kan, semua berjalan lancar, dekat pkul 6.30 mcm tu, paih balik rumah, dengan “kawan” dia.

Kami ingtkan lelaki, rupanya kawan perempuan, tudung labuh, berpurdah, satu uni dengan paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah. Kak mila dengan kak fatin pergi dapur, tengok2 kan yaya, muka yaya cool jee, rilek mcm biasa, tapi hati siapa tahu kan, mak pulak dah bt muka tak berapa nak mesra, tapi kami sembang ja dengan kawan abg tu, atikah namanya, 24 tahun, sebaya dengan aku.

Kira dalm famili aku, yaya paling muda, yaya ni kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik, yaya ni jenis yg tunjukkan kasih syg, yaya tak segan nak peluk mak, cakap iloveyou kat mak, cium pipi, kami adik beradik pon tak manja mcm yaya, mungkin sbb yaya anak tunggal kot, kami ni segan sikit, hehe, tapi kami syg mak, syg sangat2.

Lepas berbuka, kami solat siap2, paih jadi imam, lepas tu kami pon sembang2 lah kan, sambil2 duduk depan tv, yaya pon sembang je dgn atikah, kak fatin memang dah bagi hint mcm nak suruh atikah ni balik, dok tanya pkul bapa paih nak hntr balik apa semua.



loading...


Lepas hntr atikah balik, paih duduk sekali ngn kami, tanya pendapat mak pasal atikah tu, mak cakap oke je, tpi cara mak macam malas nak layan, sebab kalau boleh tak nak cakap hal mcm ni depan yaya, tapi paih ni bongok, pentingkan diri, dia terus ckp, lepas raya kita hantar rombongan meminang ye mak.

Mak terus terdiam, kak fatin terus cakap, kau ni memang tak pandai jaga hati org lain ke, kak fatin sound direct paih sampai paih cakap, nada rilek, kalau tak nak pinangkan tak ape, tak payah melenting, paih terus keluar rumah. Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik. Kak fatin dan aku masuk bilik kak mila, kami cerita dekat kak mila, kak mila cakap dia dah agak dah atikah tu ada apa2 dengan paih.

Kak mila cakap, geram dgn paih ni, alim tapi takkan tak tahu adab2 rumah tangga. Kami sembang2 smpai pukul 3 macam tu, dengar kereta paih masuk parking, dalam 10 minit mcm tu dengar paih panggil mak, mak pon bangun.

Kami pon pergi dekat mak, mak masuk bilik paih, tengok yaya tgh mengigau ke apa aku tak pasti, tapi dalam tidur dia menangis, mulut panggil mama dye, mama mana mama, nak mama, nak mama, mak kejut yaya, tapi yaya tak bangun2, paih masih ego, paih cakap yaya pura2 tagih simpati, entah lah.

Paih ni bengong pon ada, mak cakap yaya demam, mak marah paih dekat depan, apa yang kami dengar, paih cakap elok2 dengan mak, paih tak pernah sentuh yaya, paih siap cakap yaya tu dara lagi, yaya tak rugi apa pon. Paih rasa paih x sesuai dengan yaya, mak mengucap panjang.

Mak tanya kenapa tak bagi tahu awal2 tak suka yaya, paih cakap, dulu tak nak bangkang cakap mak, paih tak ada pon tinggi suara dengan mak, tapi paih cakap, antara sbb paih tak suka yaya, sbb yaya tak mcm atikah, nk sembang bab ilmu agama pon yaya tak pandai, nak sembang bab hadis pon yaya tak reti, masak pon tak pandai, kemas rumah tak pandai.

Tapi bagi aku paih tak boleh salah kan yaya sebab benda2 mcm tu, benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh, pendapat aku yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih, paih pon bkn sempurna. Aku kesian dekat yaya, paih mcm jahat sgt, yang paling aku sedih, yaya ada tweet, “first time jadi makmum awk”, “nak salam, tapi takut”, lepas tu ada tweet2 lain, “cantiknye pilihan hati awak”, “sy sudi berkongsi, tpi awk jgn tinggl sy ye, sy dh tak ada siapa”, “tiba2 rindu mama” dan sebagainya.

Lepas yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan, berbuke di luar, masa dalam kereta mak tanya yaya, takde nak berbuka dengan kawan2 ke, yaya cakap, ada, tapi paih pesan jangan pergi mana2 selain dgn keluarga.

Remuk hati mak, mak cakap, pergi je, nanti mak cakap dengan paih, tapi yaya cakap, takpe, takpe, takpe. Paih pulak berbuka sorang2 dekat rumah, mak pernah bukak purse yaya, mak tanya ade RM2 je ke yaya?, yaya cakap, alaaa malu lah mak bukak purse kite, duit kite dah habis byr yuran, malu lah kite, mak tanya paih tak bagi duit ke, yaya gelak2, lambat2 baru cakap bagi.

Walaupon mak dan ayah yaya tinggal duit dekat yaya, tapi dia bkn jnis membazir, masa kami pergi cari baju raya pon yaya mcm tak minat, yaya cakap baju dia dah banyak, ada satu hari, mak belikan yaya gelang, tapi mak suruh paih bagi dekat yaya, konon mcm paih yg belikan gelang tu, tapi paih ckp, xpyh bagi lah mak, bazir je, abg simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti je lah.

Aku tak tahu lah paih ni perangai mcm ape je lagi, org luar dok nmpk dye baik sgt, padahal dgn isteri sndri, layanan mcm apa je lagi. Aku mls nk masuk campur, tapi sepanjang yg aku nmpk dgn mata aku ni, paih ni jahat, kesian yaya.

Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku (“Alim” Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.

Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni. Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni.

Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.

Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.

Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)

Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, “ni lah kawan yg kakak cerita tu” lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.

Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya.

Cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.

Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik. Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal pemergian mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya.

Mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, pergi knp, dh lama ke mama ayah dah tak ada, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.

Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye.

Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.

Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.

Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn)

Selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.



Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post