Macam yang kita semua sedia tahu, setiap manusia tak dapat lari daripada ujian kehidupan kerana yang datang tanpa diduga. Setiap orang, ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalh
kewangan dan ada yang diuji dengan kesakitan. Bahkan ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu dihadapi setiap orang.
ARTIKEL MENARIK:Untung dapat jadi Pa Neelofa. Jadi manusia yang Neelofa paling percaya. Rupa rupanya dalam diam bukan calang calang orang Pa Neelofa ni.
Demikianlah yang dilalui oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang telah diduga dengan bapanya yang sakit terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian di Kelantan. Secara umum, seluruh negeri itu telah diuatkuasakan PKP susulan peningkatan kes Covid19 yang ketara di kebanyakan tempat.”Dah empat hari di HUSM Kubang Kerian. Belajar banyak saat bersama ayah tercinta. Ayah yang sepanjang hidup takkan mengerang kesakitan. Sakit macam mana pun diam je.
Jelas UEL di FB”Tapi bila tengok air matanya menahan sakit, terasa sedih. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Saya ni kalau sakit memang tak tahan. Demam je dah teruk,” Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan sakit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot sejak tiga bulan kebelakangan ini. dia yang menyedari dirinya sentiasa sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab termasuk usahanya dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik
Namun, Ebit mengakui ujian berat apabila berjauhan dan jarang meluangkan masa bersama ibu bapa masing-masing terutama dengan kekangan dan sekatan ketika pandemik ini.”Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta.”Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak dan segala halangan.”
Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je,” .Beliau mendoakan agar ibu bapa masing-masing diberikan kekuatan dalam menempuh ujian selain menyeru masyarakat berbuat baik kepada keluarga dan insan yang memerlukan.
“Kuatkan seorang ayah, kuat seorang ibu. Tidur di sofa ini buat terfikir banyak perkara. Terasa benarlah dunia ini tiada harganya jika dibandingkan kesihatan orang kita sayang.”Kerana itu gunakanlah wang ringgit harta untuk buat baik pada keluarga dan orang yang memerlukan,” katanya.Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar bapanya yang kini dirawat di HUSM diberikan kesembuhan segera seperti sediakala.”Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja saya lakukan saya hadiahkan buat ayah dan mak saya. Berilah kesembuhan buat ayah saya. Kuatkannya kembali,” katanya.
Menakjubkan Sekali Ustaz Ebit Lew Dapat Dekati Dengan Insan Yang Dikatakan Tak Mahu Didekati Penduduk Tempatan. Ini Kisah Di Sebalik Dengan Apa Yang Terjadi
Tak dinafikan nama Ustaz Ebit Lew yang merupakan pendakwah bebas sudah dikenalai dan tak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula, kerja kerasnya dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sangat memberi kesan buat semua. Dan sementelah pusing satu Malaysia untuk hulurkan bantuan, terbaru Ebit Lew juga telah terbang ke Afrika Selatan untuk berbakti di sana pula.
Selepas beberapa hari di sana, dia sempat membuat perkongsian tentang kerja kerja misi kemanusiaan yang dilakukan dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk di negara itu. Tetapi apa yang meraih tumpuan atas tindakan beliay yang menyantuni seorang gelndgn yang difahamkan tak mahu didekati oleh penduduk tempatan. Menark sekali apabila Ustaz Ebit Lew berjaya mendekatinya sehinggakan dia mampu bercerita tentang masa silamnya kepada UEL.
Berdasarkan penulisan Ebit Lew, lelaki berusia 60 tahun itu telah hidup secara bergelndangan sejak berpisah dengan isterinya yang sudah pun berkahwin lain dengan seorang bos besar di suatu tempat. Dia juga sudah lama tidak bertemu dengan tiga orang anaknya.Atas rasa kecewa yang tak terhingga, dia telah membawa diri dan hidup di tepi-tepi kaki lima sehingga disangka orang gila oleh penduduk di Bandar Durban itu.
Sesungguhnya perkongsian pendakwah berusia 37 tahun itu amat menyentuh hati warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh beliau kerana bukan sahaja berbakti kepada Tanah Air, tetapi di luar negara juga beliau masih menyantuni golongan susah.Hal ini membuatkan warganet begitu kagum dengan peribadi Ebit Lew dan mendoakan agar dirinya terus sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
Difahamkan Habis Rumah Mereka Dijilat Api. Tanpa Ragu Ustaz Ebit Lew Buat Sesuatu Ini Membuatkan Penduduk Di Sana Tak Percaya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali penceramah bebas yang sering menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan. Tak lain dan tak bukan Ustaz Ebit Lew yang selalu sahaja membantu orang ramai tak kira agama mahupun bangsa. Baru baru ini, Ustaz Ebit Lew sedang manjalankan misi kemanusiaan di Afrika Selatan bersama pasukannya.
Jika dilihat perkongsian terbaru UEL di FBnya, beliau dan pasukannya telah membantu membina 16 buah rumah untuk keluarga orang Zulu di sana. Difahamkan pondok dan rumah kecil penduduk di situ telah dijilat api dan mereka terpaksa tidur di atas tanah. Bahkan ada yang menumpang di rumah jiran dan sebahagian dari mereka terlalu susah. Tanpa menunggu masa yang lama, terus beli semua keperluan binaan seperti pintu, tingkap, sink dan lain lain lagi.
Kata Ustaz Ebit Lew, mereka kelihatan terkejut bila saya kata saya akan tolong mereka bina 16 rumah ini semula. Mereka kelihatan terlalu gembira. Tak sangka di kala kita tidur lena ada orang bawa anak tidur tepi jalan atas tanah. Mereka ramai ramai tepuk tangan dan ucap terima kasih. Semoga menjadi asbab kebaikan. Harap harap urusan Ustaz Ebit Lew dan team dipermudahkan
Sampaikan Bantuan Sehingga Ke Afrika. Wanita Ini Tak Sangka Dapat Bertemu Dengan Ustaz Ebit Lew
Almaklum siapa je yang tak kenal Ustaz Ebit Lew, yang merupakan penceramah bebas yang selalu membantu masyarakat tak kiralah remaja yang bermasalah mahupun gelandangan dan lain lain. Tambahan pula pedekatan dakwah secara lembut dan baik menjadikan cara beliau dikagumi ramai dan patut dicontohi. Terbaru, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan pengalamannya menyampaikan bantuan sehingga ke Afrika.
Untuk perkembangan terkini, Ustaz Ebit dalam misi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan ke Afrika. Terangnya, “Doakan ya. Saya bersama team nak ke Afrika atas misi kemanusiaan dan kasih sayang. Semoga menjadi asbab kebaikan”Ustaz Ebit juga melahirkan rasa syukur kerana urusan ketika di lapangan terbang di permudahkan dan berjalan dengan lancar
“Syukur lancar perjalanan semua ke South Afrika. Baik amoi semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih @emirates” tulis Ebit Lew. DIfahamkan ketika berada di lapangan terbang, Ustaz Ebit terserempak dengan seorang pramugari wanita dari syarikat penerbangan terkenal antarabangsa Emirates. Dia yang teruja kerana dapat berjumpaa sendiri dengan hero rakyat Malaysia ini, wanita tersebut dengan perasaan penuh gembira menawarkan pertolongan untuk memudahkan urusan Ustaz Ebit Lew
Bahkan dia juga memberitahu hati tersentuh sampai menangis apbila melihat video-video ketika Ustaz Ebit menyampaikan bantuan“Of course you are the hero man, thank you so mucah for all the good job. Come lets me assistt you.. saya tengok video Ustaz sampai nangis-nangis” kongsi pramugari tersebut kepada Ebit Lew.Sama-sama kita doakan semoga urusan Ustaz Ebit membantu lebih ramai merka yang dalam kesushanan dipermudahkan oleh Allah SWT
Beliau figura tumpuan ramai. Bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab sesama insan, beliau mengerahkan tenaga dan wang ringgit ke arah usaha meringankan beban mereka yang memerlukan.Beliau Ebit Liew. Tiada sebarang gelaran melingkari, baik Datuk mahupun Tan Sri. Bantuan dihulur tanpa mengira sesiapa, menjadikan beliau bak adiwira di mata masyarakat.
Ustaz Ebit Lew Muat Naik Ucapan Dengan Kapsyen Yang Romantik Untuk Isteri Di Laman Ig. Tapi Video Tiktok Yang Jadi Perhatian Warganet. Rupanya Ustaz Ebit Belajar Main Tiktok Dr Aeril Zafrel.
Sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada setiap 8 Mac, ramai yang menzahirkan ucapan buat wanita tersayang di dalam kehidupan mereka. Turut tidak terlepas adalah pendakwah kesayangan ramai, iaitu Ustaz Ebit Lew yang memuat naik ucapan dengan kapsyen romantis buat isterinya di laman Instagram.
“Hai bidadariku. Tak terungkap dengan kata. I love you bidadariku. Terima kasih ya Allah beri bidadari ini dalam hidupku. Wanita ini berkorban segalanya dalam menemani hidupku. Berilah kebaikan, kesihatan, kecantikan, kekuatan dalam menemani hidupku didunia ini sampai syurga Firdaus.
Bila saya tengok seseorang hargai bidadarinya dan hargai ibunya hati saya kata, orang ini akan berjaya kerana dia ada doa yang sangat kuat. Doa sangat ajaib. Boleh mengubah apa sahaja-ebitlew. Baru mula buat tik tok. Belajar dengan@aeril_zafrel buat tik tok. Allah sayang @aeril_zafrel dan @w4w4_zainal. Tq bunga @surprise_yourlove”
Ustaz Ebit menerusi kapsyen yang ditulis menzahirkan ucapan terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh isterinya. Malah Ustaz sempat memberitahu bahawa beliau baru belajar menyelami aplikasi TikTok yang dipelajari dengan King Of TikTok iaitu Aeril Zafrel!
Fuh patutlah tengok Ustaz Ebit kebelakangan ni rajin buat TikTok ya!Alahai comel je, lepas ni boleh la tengok video-video TikTok Ustaz pula. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Instagram Ebit Lew
Sumber : https://www.hotfm.com.my/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ini Yang Berlaku Pada Kereta Ustaz Ebit Lew. UEL Tanpa Ragu Kongsi Kisah Hebat Kuasa Doa Yang Meraih Perhatian Ramai
Baru baru ini,Ustaz Ebit Lew berkongsi cerita bahawa kereta miliknya telah pancit secara tiba tiba pada Khamis petang melalui IGnya. Jelas UEL, dugaan yang menimpa dirinya turut membawa rezeki kepada seorang petugas towing yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.
“Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pncit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz.”Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu je ambil gambar dengan kereta,” tulis Ebit di media sosial miliknya.
Ebit juga turut mengimbas kembali kejadian melibatkan seorang pemilik rumah tumpangan yang menangis bertemunya baru-baru ini. Jelas Ebit, dia terpaksa tinggal dia inapan milik wanita terbabit memandangkan misi yang dilakukannya tidak sempat disempurnakan pada hari sama.
“Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena check in.“Dah lewat masuk rumah. Sampai ,owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh.”Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz yang sewa hari ini,” imbas Ebit akan kata-kata wanita itu.
Seterusnya, wanita itu turut memulangkan duit tempahan yang sudah dibayar Ebit secara dalam talian atas niat mahu bersedekah.”Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih. Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.
“Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah,” ujar Ebit.Tambahnya, kuasa doa sememangnya tidak patut dipandang rendah.
Malah, dia sendiri sudah menyaksikan dan mendengar banyak kisah-kisah lain sebelum ini yang menunjukkan besarnya kuasa doa seseorang.”Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat aduan tentang orang tinggal di tempat bangunan dijilat api dan ditinggalkan. Sekali sampai akak tiada kaki. Anak orang kelainan upaya (OKU).
“Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baharu. Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi sudah hembuskan nnafas terakhir.”Anak yang OKU kata, mak dah solat dan bersyukur. Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.
“Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan,” ujarnya.Dalam posting sama, Ebit turut membuat peringatan agar jangan sesekali kita memandang rendah kuasa doa dan dilrang juga meng4niayai orang susah dan anak yatim.
“Jangan pandang rendah doa mereka. Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain.”Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.”Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua,” ujarnya lagi.
Tak Sangka Keluarga Ini Diduga Sampai Begini Sekali. Ebit Lew Sebak Dengan Keadaan 3 Beranak Ini Dan Terus Tampil Beri Hadiah Ini.
Siapa lagi yang tidak mengenali Ustaz Ebit Lew. Hampir seluruh negara, Ebit Lew datang tampil untuk memberi bantuan pada orang yang dalam kesusahan. Apabila lambat sahaja datang memberi bantuan pasti beliau akan meminta maaf. Usahawan dan pendakwah bebas yang sangat terkenal dengan sifat pemurahnya tanpa kira agama mahupun kaum. Pasti tidak mudah untuk kita mencontohi sifat itu.
Hari ini, beliau tampil lagi untuk meneruskan misi bantuannya dan berkongsi detik itu di laman media sosial instagram miliknya. Pada kali ini, dia telah meneruskan ke Rantau panjang, Kelantan untuk memberi bantuan kepada salah sebuah keluarga ini yang amat memerlukan.
Difahamkan lagi, keluarga itu hanya tinggal bertiga di rumah di mana si anak merupakan seorang Orang Kelainan Upaya , bapa pula mempunyai masalah penglihatan manakala ibu pula warga emas yang sudah uzur.
“Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni OKU dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga di rumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah,” tulis Ustaz Ebit Lew di ruangan kapsyen. Menurut Ebit Lew, setiap manusia diberi ujian yang berbeza. Dia meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan mereka yang tidur beralaskan sekeping tikar di atas lantai dan hanya mempunyai sebuah kipas kecil.
Ibu tua tak henti ucap terima kasih
Bagaimanapun, sepanjang kehadirannya di teratak mereka, mulut si ibu sentiasa dihiasi dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew, meluahkan rasa syukur berulang kali.
“Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah ya. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum je makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz. Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Ebit Lew berkenaan, dapat dilihat dia tidak kekok memakaikan seluar serta mendukung anak OKU tersebut ke atas katil. Allahu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan tindakan Ebit Lew dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.Dalam pada itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu menjayakan misi bantuannya terbabit. Hebatnya, syabas Ustaz Ebit Lew! Semoga segala usaha ustaz berbuah ganjaran pahala di akhirat kelak. Sumber: Ustaz Ebit Lew
Pemuda Ini Gembira Setelah Tular Berita Krew Ustaz Ebit Lew Terlibat Dalam Satu Kejadian Ini. Sekali Rupanya Ini Yang Dia Katakan Sehingga Dia Tak Suka Pada Penceramah Tersebut.
Kini diketahui tiga orang pasukan media penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kejadian yang tak diingini di Tol Jalan Duta malam Disember lalu. Berita ini disahkan oleh Ebit sendiri menerusi hantaran yang dimuatnaik di laman Facebook kira-kira tujuh jam lalu. Ebit berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta yang dinaiki pasukan media yang merakamkan program Jejak Ebit Lew Astro terkena bahu jalan untuk mengeIak daripada terkena sebuah kenderaan yang membuat pusingan U di ruang yang tidak dibenarkan.
“Tadi kami empat kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke KL. Betul-betul lorong kanan Touch N Go lepas Tol Jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri u-turn ke kanan. Ada sign (petunjuk) tidak boleh u-turn. Estima mereka cuba elakk kereta u-turn menyebabkan mereka terkena divider tengah jalan,” katanya.
Ebit berkata, tiga orang pasukan medianya itu sehingga kini masih dirawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. “Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat lmbasan Tomografi Berkomputer (C.T Scan). Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” tambah beliau.
LeIaki bernama Zul Hafiz Paday masih tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew. Baru baru ini kecoh di media sosial di mana dia dengan lantang dan berani mengkritik Ebit Lew kerana dikatakan tidak ikhlas dan menunjuk-nunjuk ketika membantu orang susah
Sudah semestinya semua tidak menyokong apa lelaki ini cakap, beribu komen leIaki ini terima di laman Facebook sendiri tetapi dia tetap dengan pendirian bahawa Ebit Lew bukan seorang yang ikhlas. Selepas berita kejadian yang berlaku pada krew Ebit Lew semalam, dia memuat naik satu status yang agak biadab.
Menteri Wilayah Persekutuan Akui Rasa Malu Pada Ustaz Ebit Lew Kerana Sesuatu Ini. Sekali Ini Penjelasannya Buat Soal Isu Ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa malu dengan sikap pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang disifatkan bak ‘hero’ dalam membantu golongan memerlukan.
“Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat,” katanya ketika mengulas tentang pendakwah tersebut yang lebih pantas melakukan segala kerja amal dan sumbangan.
Menerusi laporan Bernama, Annuar mengakui beliau mahu bertemu dengan Ebit untuk berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.
“Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu yang positif. Ini sebab orang yang tiada kuasa macam beliau sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Annuar juga berkata tanggungjawab kerajaan tidaklah seperti peranan NGO. Hal ini kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.
“Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu. Jadi kalau tidak nampak turun padang bukan bermakna kerajaan tidak berfumgsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik …sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prtihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat,” ujarnya.
Sumber: Bernama
Ebit Lew Antara Nama Yang Dikenali Ramai. Sekali Wanita Ini Dedahkan Perangai Sebenar Ebit Lew Yang Tidak Diketahui Ramai.
Ebit Lew bukan lah suatu nama asing buat rakyat di Malaysia. Boleh dikatakan setiap orang di setiap negeri sudah pun menerima bantuan darinya. Di pelusuk mana pun sekiranya terdapat orang susah, pasti akan dibantu oleh dirinya sendiri. Dengan sumbangan yang diberikan olehnya pasti setiap orang akan terharu dan rasa seperti mustahil orang seperti kita akan dapat memberinya.
Siapa sangka ketika penduduk mempunyai masalah air, Ebit Lew jugalah yang tampil menghantar lori air. Dan ketika ibu bapa sedang runsing dengan gajet yang ingin diberikan oleh anak untuk pembelajaran online di sekolah, Ebit lew jugalah yang datang dan menghadiahkan tablet dan macam-macam lagi bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew sendiri.
Tapi tahukah anda siapa sebenarnya Ebit Lew ? Pasti ramai belum tahu siapakah yang sebenarnya Ebit Lew sebelum beliau menjadi sesuatu nama yang dibanggaka di satu Malaysia. Cerita ini diambil dari laman Facebook salah seorang yang dikatakan sahabat Ebit Lew, Noor laila Aniza Binti Zakaria. Dia juga turut menceritakan siapa sebenarnya Ebit Lew sebelum dikenali ramai.
“Saya antara sahabat yg menyaksikan Ebit Lew, org yg betul2 susah miskin, dikritik, dikenakan, diketawakan.. Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit. Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing2 belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yg selalu dtg kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat. Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sgt. Saya beli barang2 hiasan, dan hias dengan bunga2 warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja”. Katanya.
“Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dgr Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah2 sahabat. Bila dia ada masalah, dia dtg cari sy dan terus cerita pung pang pung pang apa org kritik dia. Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call sy kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya. Saya pilih dan minta kedai gubahkan dgn sgt cantik. Tak lama sy terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dgn senyum manis. Ya tuhan, hati sy sgt2 berbunga. Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup2. Kata dia, “cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.
“Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia.. “Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” ( soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit. Ebit jawab.. “Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti” Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia.. Kawan2 kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku”
” Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2.. Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yg dia nak buka 10 cwgn tahun lepas.Akhirnya Allah makbulkan dlm 2bulan. Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam2 perancangan dia yg dia bagitahu saya, Allah bg semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah! Sampai kes org sakit hati,kritik ke.. Tu perkara biasa Sampai dia kata, kdg Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah. Tp saya tahu, tu kata2 saja. Kata2 org yg letih sgt berjuang dgn karenah pelbagai pihak tp cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua org peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu x pernah padam dalam dirinya.
“Amalan dia yg sy takkan lupa yg sy tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal. Rajin sgt2 usaha, Qailulah, Cara tidur ikut sunnah Nabi, Selalu belanja kami, Senyum setiap hari, Nangis bila berdoa, Dhuha 6 rakaat dan lebih, Solat jemaah & bersiap awal ke Masjid tanpa gagal, Berbuat baik dgn isteri tanpa gagal, Amalan memberi hadiah buat isteri, Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik, Keluar dakwah, Amalan doa khusus. Inilah antara yang Ebit lew amalkan. Nampak macam biasa2… Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan org dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.. ” Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Kredit -
Post a Comment