Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, lebih 18 tahun lalu. Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, lebih 18 tahun lalu. Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.
ARTIKEL MENARIK:Uqasha Senrose muat naik foto dengan Kamal Adli. Tapi ramai yang tak puas hati bila tengok penampilan Kamal Adli dalam gambar tu.
AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era, baru-baru ini. Dedahnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara operasi kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.
“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus… tak tidur malam. “Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur operasi. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.
“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan operasi, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul. “Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.
“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bersalin. Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.
“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang Dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya lagi.
Sumber: MH
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
AC Mizal nak kongsi cerita
PELAKON, pengacara dan penyanyi, Datuk AC Mizal kini sedang menghitung hari untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di Bangladesh membantu pelarian Rohingya buat pertama kali dalam hidupnya. “Selama tempoh 46 tahun kehidupan saya, ini adalah misi kemanusiaan pertama saya terbabit. Terima kasih kepada Yayasan Afdlin Shauki dan rakan baik saya, Datuk Afdlin yang mengajak saya dan memberi peluang ini.
“Insya-Allah, kami akan terbang ke Bangladesh dan memberi bantuan di kem pelarian Rohingya yang terletak di sana,” katanya kepada Harian Metro. Menurut AC atau nama sebenar Mizal Zaini, keputusannya untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengenali diri sendiri.
“Kita selalu melihat artis dan selebriti seringkali berkongsi apa mereka ada tetapi tak ramai yang berkongsi mengenai Rohingya. “Saya kenali Afdlin sebagai selebriti daripada golongan elit, tetapi selepas dia menyertai program-program kemanusiaan, saya dapat lihat perubahan dalam dirinya.
“Jadi, saya buat keputusan untuk menyertainya dan saya nak mengenali diri saya sendiri,” katanya. AC akan disertai beberapa rakan artis lain antaranya Datuk Zainal Abidin dan Mizz Nina. Kini, Yayasan Afdlin Shauki yang bekerjasama dengan Yayasan Kubra dan Into Taqwa kini sedang mengumpul dana berjumlah RM300,000.
Kredit -
Post a Comment