Nabil luah nak isteri terus istiqamah bertudung. Nabil dedah perubahan isterinya dan keadaan rumah tangganya yang ramai tak tahu
loading...

Terbaru, perkembangan psoitif yang dipamerkan oleh Nabil yang merupakan pelawak dan pengacara bersama isterinya, Zira Ayub telah mendapat perhatian peminat industri hiburan tanah air. 

Nabil luah nak isteri terus istiqamah bertudung. Nabil dedah perubahan isterinya dan keadaan rumah tangganya yang ramai tak tahu

 


Malahan perubahan yang dibawa hos program hiburan, MeleTOP dapat reaksi positif dari para peminat. Bahkan ketika ditanya tentang perubahan isterinya yang dilihat sudah mengenakan hijab sepenuhnya, Nabil mengharapkan yang terbaik dan berdoa agar Zira akan terus istiqamah.

ARTIKEL MENARIK:Neelofa bergambar dengan Rekateemor dan tinggalkan satu komen. Warganet mula buat spekulasi ini
loading...


Tutur Nabil, “Zira berubah sebelum saya sertai tabligh lagi. Saya sebenarnya malas nak komen pasal isu ini sebab sebelum ini dia dah ‘on-off’ pakai tudung dah dua tiga kali.“Tapi saya perasan, dia ‘on-off’ pakai tudung bila saya kena temubual, dia buka tudung. Saya memang nak dia bertudung, nak dia istiqamah sama-sama dengan saya,”

Seterusnya, Nabil juga memaklumkan kehidupan rumah tangganya kini lebih tenang dan harmoni selepas masing masing mencuba ke arah yang lebih baik. Kalau dulu saya lebih suka marah marah bila ada benda tak kena. Asyik nak marah je. Suami isteri biasa berbalah, normal untuk orang yang dah kahwin..”Perubahan dia dalam keluarga saya tu, saya susah nak gambarkan. Perwatakan dia dan orang-orang yang ada dalam rumah saya sekarang ni berbeza disebabkan agama.


Katanya lagi, “Betul, bila kita dah ada agama ini dan bila Dia sudah bagi hidayah… alhamdulillah saya bersyukur. Harap sangat saya boleh kekal istiqamah juga” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur.Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Perubahan Nabil Ahmad Yang Berhijrah Semakin Diterima Ramai. Nabil Jelaskan Tentang Isu Tinggalkan Industri Hiburan

Ternyata perubahan ketara pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang sudah berhijrah dengan mendekatkan diri kepada jalan Allah makin diterima ramai. Namun begitu, ada yang juga menganggap perubahan Nabil hanya bermusim memandangkan dia ditugaskan mengacara program keagamaan iaitu N to N bersama Neelofa. Jelas Nabil dia tak dapat menutup mulut orang daripada berkata kata namun meminta semua pihak mendoakan dia sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu.

“Saya hanya minta (warganet) terus doakan saya istiqamah sebab agama ini tidak bermusim. Kalau nak tahu, tawaran mengacarakan program agama ini datang selepas saya berhijrah.”Kalau dia datang sebelum saya berhijrah, mungkin saya sendiri tak bersedia nak ambil job tersebut sebab bukan mudah nak kendalikan rancangan agama kalau kita tidak ada kefahaman tentang agama itu sendiri.

Jelasnya lagi, “Salah satu sebab saya setuju buat program ini kerana nak jumpa ustaz-ustaz hebat agar mereka dapat terus doakan saya istiqamah dalam penghijrahan. Penghijrahan saya bukan bermusim sebab setiap masa sebenarnya kita kena dekat dengan agama,”Nabil ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.Tidak seperti kebiasaan selebriti yang sudah berhijrah pasti mereka mengambil keputusan untuk tinggalkan bidang seni, namun hal ini berlainan pula buat Nabil.


Difahamkan Nabil menganggap ia satu tanggungjawab buatnya untuk berdakwah kecil dalam kalangan rakan-rakan selebriti agar perkara itu dapat dikongsikan bersama mereka.”Saya tiada persediaan untuk tinggalkan industri hiburan sebab saya ada sedikit rasa nak kawan-kawan artis tahu apa yang saya rasa (bila dah berhijrah).”Saya minta Allah beri saya kekuatan untuk buat dakwah kecil di kalangan rakan-rakan selebriti. Mereka semua ini baik tapi tiada kejayaan kalau kita tidak ikut sunnah yang dianjurkan oleh Nabi.

“Saya bagi contoh Cristiano Ronaldo baik (suka berbuat amal) tapi selagi dia tak mengucap dua kalimah syahadah, tempat dia bukan di syurga,” katanya.Sementara itu berkongsikan tentang aktiviti Ramadannya pada kali ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata dia memperlahankan kerjaya seni bagi memberikan fokus dalam beribadah sepanjang bulan mulia ini.”Untuk bulan puasa, saya fokus mengaji, baca Al-Quran dan hadiri majlis-majlis agama serta meraikan anak-anak yatim sepanjang bulan ini.

Rasa Sebak Ketika Mendengar Khutbah Jumaat Sehingga Mengalir Air Mata. Nabil Ahmad Dan Isteri Dedah Detik Terima Hidayah

Macam yang kita semua tahu sesungguhnya hidayah itu milik Allah. DIA berhak memberikan kepada sesiapa pun yang dikehendakinya tanpa mengira latar belakang,pangkat,usia dan harta. JUsteru,itulah apa yang didambakan oleh semua hamba nya supaya ia nanti akan membawa kepada pengakhiran terbaik dalam hidup

Ibarat tersedar daripada mimpi, itulah apa yang digambarkan oleh selebriti terkenal tanah air, Nabil Ahmad dan isterinya tatkala mereka diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk lebih mendalami ilmu agama.Kisah penghijrahan mereka selama ini tidak dihebohkan di media dan disimpan rapi dalam kalangan mereka sahaja. Namun, mereka memilih untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah penghijrahan mereka menerusi IGTV Prof Muhaya.

Nabil berkongsikan perasaannya dengan umum dan mengibaratkan dirinya seperti baru terjaga dari mimpi serta mulai sedar bahawa hidup di dunia ini sementara sahaja. Selain itu, beliau turut bersetuju dengan Prof Muhaya dimana kita perlu menganggap hidup kita di dunia ini cuma dua minit setengah sahaja.


Mengikut apa yang dapat kita lihat pada beliau, ia tidak mustahil telah sedikit sebanyak turut memberikan kesan terhadap hidup keluarganya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas bahawa isterinya juga telah perlahan-lahan berubah dan tampil berhijab.

Pada perkongsian itu juga, Nabil Ahmad turut mengaku bahawa beliau turut tidak terlepas daripada mengalami masalah rumah tangga. Antaranya ialah salah faham, ada sahaja benda yang tidak kena dan macam-macam lagi yang akan berlanjutan berlaku.

Apa yang boleh dilakukan oleh beliau pada ketika itu hanyalah berdoa. Doa supaya diberikan jalan keluar oleh Allah S.W.T. Kemudian, beliau membuat keputusan untuk keluar selama 3 hari. Memetik apa yang dikongsikan oleh isteri beliau,

“Mula-mula saya rasa marah bila dia beritahu nak keluar rumah sebab masalah tak settel lagi, tapi selama 3 hari tu saya rasa macam rindu dan selepas 3 hari tu dia balik rumah saya nampak macam ada sesuatu yang lain pada diri dia.”

Pelakon, pengacara dan pelawak popular yang berusia 38 tahun ini turut berkongsi satu momen indah bagi dirinya. Dia tanpa malu sanggup untuk berkongsi bagaimana dirinya suatu ketika dahulu dan dibandingkan dengan sekarang. Antara yang paling ketara beliau rasakan adalah, beliau berasa sebak ketika mendengar khutbah Jumaat sehingga mengalir air mata.

Nabil Ahmad sedikitpun tidak merasakan bahawa status sebagai seorang selebriti terpaksa untuk dilupakan jika ingin berhijrah. Malah beliau merasakan dengan status ini, beliau boleh menarik lebih ramai lagi orang untuk sama-sama berhijrah dan menjadi contoh terutamanya kepada peminat-peminat beliau.

“Kalau inilah asbab yang Allah nak tunjukkan kenapa aku dalam dunia hiburan ni supaya orang boleh kenal nabi, sayang nabi, kenal Allah melalui aku, aku memang nak jadi da’i mu ya Allah”Semoga kekal istiqamah Nabil Ahmad dan keluarga dan semoga kita semua juga dipilih oleh Allah S.W.T untuk menerima hidayah-Nya.

Ada Yang Merasa Pelik Bila Nabil Masuk Tandas Khas Untuk Orang Kurang Upaya. Nabil Ahmad Akhirnya Buka Mulut Hal Tersebut

Rupanya masih ramai yang tidak tahu akan nasib malang yang telah dilalui oleh pelakon dan pelawak terkenal Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu. Imbas kembali kejadian yang tidak diingini yang belaku di saat dia berusia 19 tahun. Jelas Nabil,gara gara kejadian tersebut itu juga,dia terpaksa berpaut pada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

Tanpa ragu dia membuka akan rahsia hidupnya, Nabil mengakui bahawa pada usia yang begitu muda iaitu 15 tahun dia sudah mula bekerja di warung. “Saya masih bersekolah pada masa itu, tetapi semuanya saya tanggung sendiri. Yuran sekolah pun saya yang bayar sendiri. Kemudian pada umur 16 ke 17 tahun, saya bekerja di sebuah kedai yang menjual nasi lemak. Selepas itulah baru saya menjadi seorang dispatch.”

“Pada umur 19 tahun, saya hanya terlantar selama setahun kerana telah mengalami kejadian tersebut. Paha saya ptah dan inilah yang menyebabkan saya sebenarnya cact. Ramai orang yang merasa pelik apabila melihat saya masuk ke tandas OKU. Memang mengejutkan kerana jika dilihat dengan mata kasar, saya di kaca televisyen nampak begitu sempurna. Tapi sebenarnya semua orang tidak tahu bahawa saya tidak boleh bangun dengan cepat sehinggalah ke hari ini.” Kenyataan eksklusif ini telah didedahkan sendiri oleh Nabil menerusi rancangan ‘Rumah No 107’.


“Sebenarnya, orang tak tahu bahawa saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.  Selepas saya duduk di dalam tandas untuk satu tempoh yang agak lama, saya akan susah untuk bangun dan terpaksa berpaut pada sesuatu.”“Badan saya ada besi yang bermula dari tulang pinggul hingga ke bahagian tulang paha. Gigi depan saya juga adalah gigi palsu sebab gusi saya patah susulan kejadian itu sewaktu saya bekerja sebagai dispatch,” kongsi Nabil.

Pernah Tular Lepas Ikuti Jemaah Tabligh. Nabil Dan Isterinya Sekali Lagi Raih Tumpuan Ramai Lepas Mereka Buat Satu Perkongsian Ini

Khabar berita tentang pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sebelum ini yang mengikuti jemaah tabligh telah mendapat respon positif daripada warganet apabila video luahan tersebut mengaitkan tentang pengalam sepanjang mengikuti jemaah.

Tambahan pula,penampilan terbaru isteri kepada Nabil iaitu Zira Ayuh menjadi tumpuan warganet apabila mengenakan hijab dalam gambar gambar yang dikongsi di IG. Melalui akaun IG kendalian dia dan suami,Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub memuat naik beberapa gambar dan video terkini dengan mengenakan tudung secara sopan.



loading...


Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti menyokong usaha wanita berusia 32 tahun itu dan memuji kecantikan serta penampilannya sewaktu berhijab. Ada juga seorang bekas pelakon iaitu Azuan Mazlan yang meluahkan rasa hormat kepada pasangan terbabit kerana mereka dikatakan semakin mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.


Tambah Azuan lagi,dia memuji sikap Nabil sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri untuk mendalami ilmu agama.Menerusi akaun Instagram miliknya, Azuan memuji sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama. Difahamkan lagi gambar yang dikongsi oleh Azuan diambil ketika pasangan itu menyertai jemaah masturat

“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengrbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.

Rata-rata peminat Nabil gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan agar kedua pasangan itu terus istiqamah untuk melakukan kebaikan kerana Allah SWT.Buat pengetahuan, pasangan tersebut berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan bernama Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Alhamdulillah semoga terus istiqamah di jalan Allah SWT!

Penampilan Terkini Isteri Nabil Ahmad Jadi Perbualan Hangat Warganet. Sekali Ini Respon Dari Nabil Buat Orang Ramai Terkedu.

Saban tahun, antara yang dinantikan buat peminat rancangan Meletp merupakan Anugerah Meletop Era (AME) dan tahun ini juga majlis yang dinantikan itu dilakukan penghujung 2020 dengan pelbagai perkara yang menarik perhatian.

Pastinya ramai juga mengetahui bahawa, Anugerah Melet0p Era (AME 2020) ini dihoskan oleh Nabil Ahmad iaitu selaku hos tetap rancangan hiburan itu bersama gandingan hebat, Jihan Muse dan juga bersama Zizan Razak.

Walau bagaimanapun, tentu sahaja antara momen paling menarik yang dinantikan peminat juga apabila dapat menyaksikan pelbagai fesyen menarik yang digayakan selebriti Malaysia. Manakala seperti tahun lalu juga, fesyen selebriti lelaki dan wanita menarik perhatian ramai dengan keunlkan tersendiri namun bagaimana pula pada tahun ini.

KOMEN WARGANET:


Lihat beberapa foto yang dikongsikan para selebriti dan beberapa laman Instagram yang memuat naik foto-foto fesyen yang digayakan mereka pada malam Anugerah Melet0p Era 2020.

PELAKON dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, menganggap tindakan isterinya kembali tidak berhijab selepas dilihat mengenakan hijab penghujung Ogos lalu sebagai pilihannya sebagai individu. Menurutnya, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami memberikan nasihat.

“Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, dia sebagai suami sentiasa mendoakan isterinya, Zira Ayub supaya diberikan keikhlasan untuk berhijab. “Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

“Sampai satu tahap, bila kita dah cukup menasihatinya, itu terpulang kepada dia pula untuk menjalankan tanggungjawabnya,” katanya. Selain menasihatinya, Nabil kerap berkongsi informasi mengenai kewajipan berhijab dan sebagainya.

“Ada juga beberapa kali saya buka ceramah mengenai kewajipan menutup aurat dan menghantar kiriman WhatsApp kepadanya,” katanya. Dia tidak mahu terlalu memksa kerana inginkan isterinya kekal sekiranya berhijab. “Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/haji-nabil/

Pernah Berdepan Kerugian Hampir Setengah Juta Ringgit Ketika Cuba Ceburkan Diri Dalam Dunia Perniagaan. Nabil Ahmad Dedahkan Sapai Ada Yang Dm Minta Bantuan RM100 Dan RM200

Pelakon dan pelawak Nabil Ahmad mendedahkan bahawa dirinya pernah berdepan kerugian hampir setengah juta ringgit ketika cuba menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Menurut Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 37, dia mengakui keg4galan dalam bisnes yang dialaminya itu berpunca daripada diri sendiri yang tidak mempunyai ilmu dalam perniagaan.

“Sebelum ini pelbagai perniagaan yang saya lakukan. Antaranya termasuklah bisnes studio Muay Thai dan zumba.“Semuanya tak boleh ‘pergi’ (tak beri keuntungan). Memang banyak habis duit. Semuanya disebabkan saya tak ada ilmu nak berniaga. Tak tahu nak uruskan hal berkaitan pemasaran dengan betul, main buat sahaja.

“Kita ingat bila ada duit, kita boleh buat (berniaga), tapi itu sebenarnya satu kesilapan. Nak berniaga kena ada ilmu. Kalau ingat balik (kerugian) memang rasa ral4t,” katanya kepada Gempak.Nabil ditemui pada sidang media pelancaran produk makanan ringan, DoryLicious di Gombak, Selangor hari ini.

Jelas Nabil lagi, biarpun berdepan kegagalan, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menjadi seorang usahawan.Bahkan, katanya, perniagaan makanan yang diusahakan sejak tahun lalu  ini juga merupakan salah satu cara dirinya menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik.

“Sebenarnya, ramai yang mesej di DM (mesej peribadi di Instagram), minta bantuan RM100, RM200.“Jadi, apa yang saya boleh bantu, saya ajak mereka berniaga,” katanya yang turut memperkenalkan dua rakan niaga lain iaitu pelawak Achey dan Zizan Razak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Pakaian Yang Diperagakan Oleh Nabil Sering Disamakan Dengan Pelbagai Objek. Ini Kata Dari Nabil Sendiri Selepas Pakaian Yang Diperagakan Menjadi Bualan Warganet

Hos Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad tidak terasa dengan kata-kata warganet terhadap pakaiannya setiap minggu.Malah, Nabil selesa sekiranya pakaian yang dipakai menjadi buah mulut di media sosial sekali gus ia merancakkan lagi rancangan yang dikendalikannya bersama Jihan Muse itu.

“Alhamdulillah kita dapat perhatian di media sosial. Orang bercakap macam-macam, ada kata saya macam lobaklah, the mask-lah.”Saya tak kisah, saya suka. Boleh teruskan lagi.”Sebenarnya saya nak buat yang terbaik supaya apa yang saya pakai orang akan bercakap-cakap,” katanya kepada Gempak.

Beberapa minggu sejak GV7 bersiaran, pakaian yang diperagakan oleh Nabil sering disamakan dengan pelbagai objek oleh warganet di media sosial.Jika Ahad lalu sut Nabil disamakan dengan highlighter oren dan lobak, terdahulu sut hijau neon pengacara itu pernah disamakan dengan Ratu Britain, Elizabeth II.

Bagaimanapun, Nabil secara berseloroh akui sedikit tersinggung apabila saiz perutnya menjadi bualan warganet minggu lalu.”Saya harap minggu depan lagi jahat sebenarnya. Saya pun nak berkepak, ada buah-buahan atas kepala.”Sepanjang GV7, saya tak ambil hati dengan kata-kata warganet cuma minggu lepas saya terasa sikit sebab orang kata saya buncit,” katanya sambil tertawa.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangannya pukul 11.00 malam.Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.

Selepas Menjalani Ujian Saringan Covid 19. Nabil Ahmad Kongsikan Reaksinya Menerusi Satu Video Ketika Menjalani Ujian Itu Sehingga Meraih Perhatian Orang Ramai.

Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut. Menerusi laman sosial Instagram, Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatapan umum. 

“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Nabil dilihat menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat dimasukkan ke dalam hidungnya untuk mengambil sampel. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan kesihatan Nabil dan keputusan ujian yang diperolehinya kelak negatif.  Malah, tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi menahan sakit Nabil dengan wajah hampir tebersin. “Haaa, sakit kan? Bayangkan kalau anak-anak kita buat swab test. Kesian anak-anak. Jadi, kita jaga kita ya,” komen seorang wargamaya.

“Sakit dia tu tak kelakar ye. Semoga semua urusan Nabil dipermudahkan,” kata seorang wargamaya. “Hahaha sorry Nabil tapi ni memang lawak,” usik seorang wargamaya. “Awat kami yang berair mata tengok,” tulis seorang wargamaya. “Muka macam kena bersin singgah tu bang, jaga-jaga kang kejang,” pesan seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Sumber: Gempak

Zizan Akui Dia Dan Nabil Akan Jadi Pengapit Masa Neelofa Kahwin Nanti. Tapi Ini Yang Warganet Takut Kalau Mereka Jadi Pengapit.

Apa agaknya akan terjadi di atas pelamin sekiranya pengapit yang dipilih oleh pasangan pengantin itu ialah seorang pelawak? Pelawak dan pelakon hebat, Zizan Razak memuat naik fotonya dan Nabil Ahmad bersama pasangan drh manis iaitu Noor Neelofa dan PU Riz.


Menurut Zizan, dia dan Nabil bakal menjadi ‘pengapit’ pasangan itu di atas pelamin tidak lama lagi dan perkara itu sama sekali telah mengejutkan warganet. Apa yang menjadi kerisauan mereka ialah sekiranya pelamin Neelofa dan PU Riz akan runtuh disebabkan Zizan dan Nabil yang gemar membuat lawak spontan.


Namun perkara itu belum disahkan oleh Neelofa atau PU Riz lagi, mungkin Zizan dan Nabil akan menjadi pengacara majlis mereka nanti dan bukannya hadir sebagai pengapit. Dalam masa yang sama, Zizan turut memberi hint bahawa dia sudah mengetahui tarikh perkahwinan pasangan itu tetapi masih dirahsiakan buat masa ini.

Pengacara Shalma Ainaa juga sempat tinggalkan  hint di ruangan komen, ada kemungkinan Shalma sudah mengetahui tarikh itu kerana sebelum ini beliau ada berjumpa dengan Neelofa sendiri. Apa pun kita doakan semoga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan, mana tahu nanti jadi Wedding Of The Year kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post