Pelajar terkedu dikompaun RM1,500 selepas ‘polis naik ramai-ramai periksa bas ekspres’, dedah kisah sebenar – “Tak dengar penjelasan, tiada budi bicara”
loading...

Pelajar terkedu dikompaun RM1,500 selepas ‘polis naik ramai-ramai periksa bas ekspres’, dedah kisah sebenar – “Tak dengar penjelasan, tiada budi bicara”

Pelajar terkedu dikompaun RM1,500 selepas ‘polis naik ramai-ramai periksa bas ekspres’, dedah kisah sebenar – “Tak dengar penjelasan, tiada budi bicara”

 




ARTIKEL MENARIK:Kena kompaun sampai Rm50 ribu sebab berniaga depan tangga rumah. Tak boleh berdiam akhirnya isteri tampil bongkarkan cerita sebenar masa polis datang bagi kompaun tu.
loading...


 


KES beberapa individu yang dikenakan kompaun kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) sememangnya hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini.

 

Bermula dengan kisah pelajar matrikulasi yang dikompaun di dalam kolej, kemudian tular pula kisah peniaga burger dan peniaga colek di Kelantan yang dikompaun RM50,000 benar-benar membuatkan netizen ‘panas hati’.

Terbaharu tular pula kisah seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak merekodkan maklumat ketika menaiki bas ekspres.

Kisah pelajar wanita tersebut tular selepas dimuat naik oleh seorang pelayar di Twitter.

 

Sehingga kini ia meraih hampir 24,000 retweet selain dibanjiri dengan komen netizen yang bersimpati dengan nasib pelajar berkenaan.


Berkongsi cerita dengan mStar, pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Tya Nadia itu berkata dalam kejadian pada Isnin lalu, dia menaiki bas ekspres berseorangan di Terminal Bas Shah Alam untuk pulang ke kampungnya di utara.

 

“Ketika di terminal, saya dah rekodkan nama, suhu dan pengawal keselamatan bagi masuk. Sebaik sahaja beli tiket, saya masuk ke boarding gate dan letakkan beg di bawah bas.



loading...


“Ketika nak naik bas, ada dua pemandu sedang berdiri dan mereka tak cakap apa-apa pun. Bas bergerak dan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ambil penumpang.


“Ketika bas berhenti itulah, polis naik ramai-ramai dalam bas untuk periksa sama ada berlaku pelanggaran SOP di kalangan penumpang. Kemudian saya diminta turun untuk dikompaun kerana tak tulis dalam buku sebelum naik bas.

 

“Saya beritahu polis tu yang saya tak dimaklumkan oleh pemandu bas pun. Pemandu hanya diam dan polis tu kata dia hanya jalankan tugas. Dia minta kad pengenalan dan terus keluarkan kompaun,” ujar pelajar berusia 22 tahun ini.

 

Menurut pelajar tersebut, dia kesal kerana terus dikenakan kompaun tanpa mengambil kira penjelasannya, tambahan pula nilai yang dikenakan agak besar bagi seorang pelajar sepertinya.


“Saya dah rekodkan nama masa sampai di terminal… saya tak tahu menahu kena rekodkan nama lagi sekali ketika naik bas sebab tak diberitahu. Kalau saya tahu dan nampak ada penumpang lain rekod, semestinya saya buat. Saya bukannya naik bas ekspres setiap hari.

 

“Saya merayu kepada polis tu untuk saya segera rekodkan nama seperti yang diminta memandangkan ketika itu baru dekat TBS dan belum lagi sampai destinasi, tapi tak diendahkan,” ujarnya sambil menambah dia mempunyai surat kebenaran merentas negeri.


Tidak menyangka perkongsian yang dimuat naik di Twitter menjadi tular, pelajar ini berkata dia sekadar bersuara mengenai situasi yang dialaminya selain tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada individu lain.

“Selepas jadi tular, ramai yang DM dan kongsi pengalaman sama. Saya hanya meluahkan rasa kerana kesal tiada budi bicara dalam kes saya. Saya hormati tugas mereka, tapi kalau boleh, dengar dahulu penjelasan dan sekurang-kurangnya ada budi bicara.

 

“Nilai RM1,500 sangat besar bagi seorang pelajar dan kebanyakan orang yang berpendapatan rendah,” katanya lagi sambil menambah, dia akan membuat rayuan pengurangan kompaun dalam masa terdekat.

Sumber :https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/04/28/pelajar-terkedu-dikompaun-rm1500-selepas-polis-naik-ramai-ramai-periksa-bas-ekspres-dedah-kisah-sebenar—tak-dengar-penjelasan-tiada-budi-bicara?fbclid=IwAR12vHLW2FycWQb6XiRgRHdeoLFIa53iSqHCnggjH7Ffa3SeHDqUiZA20Yc.


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم