Risteena dikatakan punca permohonan rentas negeri diperketatkan. Tak boleh berdiam sekali selamba je dia boleh respon macam ni.
loading...

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan berikutan ada selebriti yang tidak bertanggungjawab selepas mendapat kebenaran. 

Risteena dikatakan punca permohonan rentas negeri diperketatkan. Tak boleh berdiam sekali selamba je dia boleh respon macam ni.

 


Mengulas mengenai isu itu, pelakon Risteena Munim berkata jika permohonan rentas negeri atas urusan kerja diperketatkan bukan mereka menjadi penyebabnya.

ARTIKEL MENARIK:Muat naik foto dah berhijab. Terkejut sekali ini yang jadi pada ruangan komen laman ig Ameera Khan.
loading...


“Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain,” katanya. Kata Risteena lagi, pihak berkuasa sudah mengesahkan dia bersama suami yang juga pelakon, Isa Khan berada di Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu adalah atas urusan kerja.

“Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja.

“Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum air. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi,” katanya. Sementara itu, Isa Khan berkata banyak lagi sebab munasabah mengapa pihak berkuasa mengetatkan perkara itu daripada menduh dia dan isteri sebagai punca.

“Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekali gus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menduh kami sebagai punca,” katanya.



loading...


Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Isa dan Risteena didkwa merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah. Menafikan dakw4an tersebut, Risteena menjelaskan dia ke Sabah atas urusan kerja serta mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post