Selamba je mertua suruh menantu minum ubat putih sebab takut cucu dia nanti kulit gelap. Sampai satu hari tiba tiba kantoi rupanya ini perangai suami yang sebenar.
loading...

Foto sekadar hiasan. aku sebenarnya baru sahaja menjanda anak 1. aku kahwin masa berumur 27 tahun, dikurniakan anak umur 28 tahun, hidup di bawah bumbung berlainan sejak 29 tahun dan berpisah waktu ku 31 tahun. 

Selamba je mertua suruh menantu minum ubat putih sebab takut cucu dia nanti kulit gelap. Sampai satu hari tiba tiba kantoi rupanya ini perangai suami yang sebenar.

 


aku tak tahu nak mulakan cerita aku dari mana, tapi diringkaskan aku berpisah disebabkan keluarga mertua aku. masa aku baru berkahwin, bekas suami aku terbeban dengan hutan piutang personal loan sebanyak 270k.

ARTIKEL MENARIK:Beza umur dengan suami 12 tahun. Niat nak kongsi gambar dan video bersama suami tapi lain pula yang jadi
loading...


jujur aku cerita, masa aku kahwin, mak dan ayah aku letakkan duit hantaran dan mas kahwin tak sampai 8k sebab tak nak bebankan bekas suami aku. tup tup lepas berkahwin suami aku buat personal loan untuk buat rumah mak ayah. awal-awal aku tak kisah sebab aku tahu tanggungjawab anak lelaki memang untuk jaga mak ayah, aku jadi kisah bila aku mula perasan mak mertua aku mula minta macam-macam.

aku andaikan masa dalam proses bina rumah, 270k cukuplah sampai rumah siap sebab rumah pun bina atas tanah sendiri dan di bahagian kampung pula tu. tup tup duit habis, tapi rumah tak siap. tapi bukan salah kami sebab bekas suami aku beri semua duit tu pada ayah mertua aku untuk uruskan hal rumah tu. bermulalah episod drama keluarga mertua aku. aku ingat lagi, masa tu rumah tu patut dibina siap berkabinet, tapi kalau dah anjung rumah pun tak siap, apatah lagi kabinet.

tiap minggu bila balik mulalah mak mertua aku bising dapur tak siap, anjung rumah tak ada. awal-awal aku dengan bekas suami dah bincang, nak tambah sikit-sikit slow-slow sebab aku pun ada buat loan rumah lain. masa tu aku tengah sarat mengandung, preparation untuk anak pun kena buat lagi. tapi mak mertua aku tak pernah nak faham. memanglah kami berdua bekerja, tapi boleh bayangkan tak kalau loan 270k, agak-agak sebulan dah hampir 2k suami aku kena keluarkan,

pastilah masa tu ekonomi kami sangat sempit masa tu. aku ingat lagi, ipar-ipar aku pun bising sebab buat rumah tak siap. tak tolong kami, tapi pandai bising. dan bukan salah kami rumah tak siap, macam aku cakap awal tadi, kami dah beri wang, patut pengurusan wang di buat sebaik mungkin. aku ingat lagi, suami aku nak beli kereta tak mampu, jadi aku yang beli kereta. suami aku mampu bayar motor untuk ke tempat kerja seharian.

pernah mak mertua aku mengmuk sebab nak tukar langsir baru dekat rumah, tapi kami masa tu memang tak ada duit nak beli kain langsir pun. anak-anak lain bukan tak ada, seorang kerja pensyarah, seorang guru sekolah menengah, seorang lagi tentera, tapi tak ada seorang pun yang nak tolong kami atau tolong puaskan keinginan mak mertua aku. aku ni tak lah cantik mana, kulit aku gelap, muka aku jerawat, aku ada seorang biras muka cantik.

aku ingat lagi, awal masa aku pregnant, seboleh bolehnya mak mertua aku tak nak bagitahu orang lain aku pregnant. aku pelik, aku ingat sebab masih awal kandungan, lama baru aku tahu sebab mak mertua aku nak jaga hati biras aku yang cantik tu. bukan tu aje, masa aku pregnant, aku pernah kecil hati sebab mak mertua aku suruh minum macam-macam nak bagi kulit putih.

kulit aku memang asal gelap, macam mana nak putih lagi. last aku dapat tahu masa aku dah nak hampir stress masa aku dah bersalin, bekas suami aku rupa-rupanya ada perempuan lain. perempuan lain tu bukan orang jauh, sepupu dia sendiri. aku dapat tahu, bekas suami aku pernah pun pregnant kan sepupu dia dan pernah ggrkan anak tu. padanlah masa kami kahwin, keluarga sepupu dia tak pernah datang. pakcik dan makcik bekas suami aku tu pun tak datang.

masa aku dapat tahu dari facebook, ( sebab aku jumpa fb perempuan tu), aku memang dah macam orang tak betul. masa aku confront mak dan ayah mertua aku, mak dan ayah mertua aku siap cakap aku buat cerita. bila aku tunjuk bukti, semua terdiam. tak ada satu perkataan maaf pun dari mulut mertua aku. last-last mak mertua aku boleh cakap bekas suami aku buat hal sebab per4ngai aku macam ni.

aku senyum je masa tu, aku cuma cakap dekat mak mertua aku, “tak apalah mak, mak pun ada seorang anak perempuan, memang lah yang lain-lain lelaki. kita tengok nanti. mak mungkin tak rasa apa sebab yang kena bukan anak mak. mak pun ada banyak cucu lain, kita tengok nanti”.

sekarang aku hidup jaga anak aku. dulu aku memang stress, sampai mak ayah aku bawa aku jumpa ustaz darussyifa untuk berubat. aku pun ada cerita lain lagi, perihal aku terkena buatan orang. tapi tak apalah, aku anggap yang membuat aku tu pun insaf lah kemudian hari. cuma aku pelik, tak lama lepas aku berpisah, kawan baik aku pun kena benda yang sama. mak mertua dia control duit suami dia, sampaikan kereta suami dia, kawan aku yang kena bayar.

bukan tu aje, ruang suami dia mak mertua dia duduk, sekarang suami dia goyang kaki duduk rumah dia. sampaikan mak mertua nak shopping pun minta duit kawan aku. aku tak nak komen hal rumahtangga kawan aku, aku tak nak aku jadi penyebab dia berpisah.



loading...


cuma aku nak cakap dekat sini, kita perempuan kena bijak urus duit kita. jangan sampai kita jadi sole breadwinner dekat rumah. kalau suami kita kurang upaya ke, dah tua tak larat bekerja tu tak apalah. tapi kalau umur pun 20-30 an, tapi makan pakai pun kita bayar, baiklah fikir macam mana nak selesaikan.

kalau suami memang awal kahwin tak mampu tak apa, ni kita tahu gaji sama dengan kita, tapi sebab keluarga mertua, suami jadi tak berduit…hurm… sekarang aku happy dengan anak aku. nak kahwin lain tu aku kena fikir banyak kali. aku dah serik dengan mak mertua. bekas suami aku pun, sekarang ni je lah pun nak bagi nafkah dekat anak. sepanjang tempoh dua tahun aku duduk rumah mak ayah sebelum pisah, aku rasa adalah sekali dua dia bagi aku duit nak beli pempers dengan susu, itu pun tak cukup. aku tak faham dengan dunia zaman sekarang. entah lah…pening

KISAH KE 2. Salam KRT .Tolong hide profile sy .Saya nak luah sikit sebab saya tak tahu nak luah dekat siapa .Suami sy dia kerja kerajaan ,kalau mohon cuti tu akan dapat seminggu tapi setiap kali cuti tu mesti balik kampung dia . Sebenarnya badan saya terlampau penat ,saya suri rumah 24jam uruskan rumah dn anak .Bila suami cuti sy kdang nak ajak bcuti dlm dlm negara tp susah sangat .

Duit ada je ,skrng sy tau musim covid .Tp dri sblum covid lagi .Bila suami mohon cuti dia terus kata nak balik kampung Sy sbgai isteri tak boleh kata ap ,mak dia pulak slalu call tanya bila cuti .Sy bukan apa bila balik kampung dia bdan sy lagi penat sbb faham sndri la kita menantu kena buat kerja, bangun kena awal pagi ,mlm klau masuk bilik awal sangat kna mngata pulak .Adik beradik dia ramai ,ipar duai pun ramai bila basuh bju tu tak henti2 n bila angkat btimbun tak ad siapa lipat .

Sy rasa balik kg lagi penat .Sy ada anak kecik yg fully mnyusu bdn .Pnh sy sidai kain kak ipar tgur kata laa ingat adik dia yg sidai lepas tu mak mentua sy kata tak kira la siapa ,nampk sikit buat kerja . Terasa sngat sy .Suami cuti sy nak la rehat sikit tp lagi btambah penat .Sbnarny sy ni skit ,sy mmg tak boleh penat sngat ,sy sidai kain tngh pnas,banyak kain sy sidai ,msuk tu skit sangat kepala sy smpai muntah terus.

Mereka smua tau sy skit tp buat tak kesah .Nak kita buat kerja mcm orng sihat .Raya pun asyik balik kg suami jugak ,sy ada je mak ayah lagi . Tp alasan mak mentua tak apa dekat slalu balik .Padahal dia tak tahu klau balik pun sehari brulang balik ,kdang 2 bulan blom tentu balik .nak balik pun kna tempuh 3 jam dlu bru smpai . Ini antara respon win warganet.

Firdaus shakirin.Memang letih klu BF anak…wife selalu tertdo gitu ja masa BF anak…faham sgt dh kita sbb anak dh 3 org… apa yg awk nyatakan ni waras dan wajar utk suami bagi pertimbangan…dia xde kat tempat awk… Awk pun baik sgt kot sis sbb selalu buat keje byk…tp klu xbuat, mertua plak pandang awk tu pemalas, menantu hntu dan sebagainya…cer skali ckp kat husband, “saya xikut balik kali ni, sya xlarat…”Tgok suami nk kata apa..

Haajar. Sis. Baju org len xyah duk baik sgt nk basuh sidai lipatkn. Klau xnk kna perli basuh bju kt rmh mil. P dobi basuh keringkn then lipat terus. Toksah jd hamba naaaa. Klau suami bising suh dia yg basuh sidai lipat bju yg len tu. Klau xnk penat, hati kena kental telinga kena pekak. Lantakla nk perli ke ap ker. Da xsihat xyah paksa badan. N cuba la next time klau cuti awak ckp awk nk blik rmah mak awak. Suami nk blik rmh mak dia p la balik.

Sofia.Bincang dan luah dengan suami dulu,bagi dia faham keadaan awak yang sebenar. Kalau dia tamau faham juga,suruh je dia balik sendiri,suruh bawa anak anak yang dah tak breastfeed sekali. Kita tak buleh nak halang dia balik jumpa mak ayah dia,tak baik.So biar je dia balik dah kalau dia tamau faham keadaan kita. Lagi pun mertua tu lebih lagi rindu nak jumpa anak cucu dia,menantu bukan dia rindu sangat rasa nya kalau gitu gaya

Nora.Jadi isteri dan menantu hntu kjap…tgoklah macam mana…kadang2 kita wanita ni kena jugak pertahankan hak kita..jgn sesuka dia je…paling penting jgn baik sgt..kna ada jahat sikit.. Dari aku isteri dan menantu hntu

Alia. Jd isteri/menantu taat pun kena berpada, jgn sampai memenatkan diri sendiri, terutama jika anda skit. Slow talk dgn suami, dia kena mainkan peranan nasihat adik beradik dia utk membantu. Taat isteri ni bkn maksud kita kena bow & jd yesman sampai bdn lemah, mntal koyak, tapi solat 5 waktu, jaga maruah, puasa di bulan ramadhan & tidak melakukan perkara yg dibenci suami, itulah isteri yg taat. Maaf ckp, taat membabi buta ni hny kepercayaan karut..

Peah. baca pun dh penat.gini la kan.bukan nk ajar yg tak baik.tp awk kene syg diri sendiri.sebagai isteri dn menantu awk dikira bagus.cuma awk tk pamdai jagadiri sendiri…bincang dn luah kan pada suami..klau dia masih tk faham jugak.bertindak la…suh je dia balik sendiri dn bw ank sekali bia dia jaga ank dia …awk duk umah rehat..

dh la skit….klau balik kg suami pun tkyah la buat keje teruk sgt…ipar duai tau nk pakai baju tau la basuh…lantakkan….bukan nya dorng tu skit….kaki tangan sihat kan bukan patah..jgn la nk tlg keje dorng tu… klau mak mertua bersuara awk pun bukannya tkde mulut boleh ckp tp jgn la kasar…bia mak mertua paham…klau tk paham gak bia je buat dono je…klau suami marah…awk ada hak bersuara…nt dh skit teruk lg susah…awk ada ank yg masih kecil kesian pd mereka jika ada berlaku sesuatu yg tk diingini…suami yg sygkan isterinya tkkan jadikan isteri dia mcm bibik..igt tu….

Nor. X pyh .menurut sangat, menjawab lah sikit sis..paling x, suami tau apa yg kita luah kan tu..nnti waktu2 tertentu dia akn fikir balik apa yg sis cakap.. kalau sis diam mungkin dia x perasan.. balik rmh mertua, ignore jer kain baju yg berlambak tu..kalau balik sehari 2, kumpul bwk balik basuh kat rumah jer.kain baju family sis.

kalau depa sindir, balas jer dgn gurauan pedas, kalau tegur..cakap jer apa yg x kena..jgn diam, sng org ambik ksempatan habaq kat suami tu yg awak pun ada mak.. sama2 ada mak..kena fhm lah..kalau x..awak blk rmh mk awak, sy blk rmh mak sy…kalau mertua tanya..jawab jer..laa

Asmidar.Sepatutnya suami yang beria ajak balik kampung tu, biar dia je lah beria buat semua kerja rumah tu. Bukan isteri yang buat. Isteri fully menyusu memang penat. Sis, buat kerja setakat sis larat je. Biarlah depa nak kata pun. Kalo buat pun depa kata, tak buat pun depa kata jugak. Jaga kesihatan sama. Sis bincang dengan suami. Sebelum tu baca surah Toha ayat 1-5. Mudah mudahan suami lembut hati dan faham dengan situasi sis. Semoga dimudahkan segala urusan sis dan dikurniakan kesihatan yang baik. In Shaa Allah. Aamiiin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : www.two.e-kesah.com



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post