Sering ditanya soalan tentang poligami. Akhirnya ini respon dari Edika Yusof buat ramai yang terkedu. Setia betul dia dengan isteri.
loading...

Kisah tentang kesetiaan pelakon Edika Yusof menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri sudah lama diketahui umum dan dijadikan sebagai inspirasi kebanyakan pasangan.

Sering ditanya soalan tentang poligami. Akhirnya ini respon dari Edika Yusof buat ramai yang terkedu. Setia betul dia dengan isteri.

 


Malah, sehingga hari ini ramai tak pernah jemu mendengar perkongsian daripada kedua pasangan itu kerana setiap bicara boleh dijadikan pedoman dalam hidup berumah tangga.

ARTIKEL MENARIK:Isu Serina makin hangat diperkatakan. Terkejut ini keadaan terkini Chef Wan bila fikirkan isu Serina sampai kena jumpa doktor. Rupanya ini yang terjadi.
loading...


Baru-baru ini, lelaki berusia 54 tahun itu dijemput dalam satu program khas Astro Ria bergelar ‘Borak Kelmin’ bagi bercerita tentang topik ‘Cinta Luar Biasa’. Dalam rancangan tersebut, Edika ada ditanya oleh pengacara Elly Mazlein dan Awal Ashaari jika dia memasang niat untuk berkahwin lagi.

Memetik penulisan Gempak, menurut bintang drama Pengantin Satu Malam itu, dia mengakui sering ditanya soalan terbabit. Bukan sahaja dari orang luar malah ibunya sendiri pernah bertanyakan soalan tersebut. “Soal mahu kahwin lagi ni, bukan hanya orang luar yang tanya. Malah, ibu saya sendiri pernah mengutarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya begitu,” balasnya.

Membesar dalam keluarga ‘poligami’

Dalam pada itu, Edika sempat bercerita tentang kisah hidupnya membesar dalam keluarga bapanya berpoligami. “Saya lihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Jadi, saya lihat kenapa saya ingin melukakan hati isteri saya sebegitu..” katanya.

Melihat kesusahan ibunya membesarkan dirinya dan adik-beradik lain, Edika menjadikan coretan episod dalam hidupnya itu sebagai pengajaran agar dirinya tidak melakukan perkara sebegitu terhadap isteri. Tambahnya lagi, daripada memikirkan hal kahwin lain adalah lebih baik agar dirinya membantu isteri untuk pulih semula.

Berkat kesabarannya dalam menjaga isteri, kini keadaan isterinya semakin pulih, malah bertambah cantik, ingatan semakin baik dan boleh melakukan kerja di rumah. “Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya semakin baik. Mukanya bertambah cantik, memori semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja di rumah seperti berniaga ‘online’,” luah Edika mengundang sebak pengacara Elly Mazlein.

Kongsi ‘rahsia’ suami kekal setia

Selain itu, apabila ditanya bagaimana seorang suami kekal setia dengan isteri dalam keadaan sebegitu, dia hanya menjawab dengan bersahaja: “Kita hangan hanya berserah kepada Allah tanpa lakukan sesuatu. Berusahalah untuk bantu isteri jadi lebih baik. Jangan pernah putus asa dan lari dari masalah kerana ia tak membantu.

“Jagalah isteri dengan baik, Insya Allah rezeki kita pun akan dimurahkan. Ini yang saya nampak dalam hidup saya sendiri. Alhamdulillah, anak-anak pun baik, isteri makin berdikari. Syukur..” pesannya. Imbas kembali, isteri Edika didiagnosis menghidap penyakit kerdngn otak di mana dia hanya diberikan 50/50 harapan untuk sembuh dan sehingga hari ini masih lumpuh.

Namun, Edika tidak berputus asa dan telah menjaganya dengan sepenuh hati sehinggalah isterinya itu beransur pulih. Biarpun masih belum boleh berdiri atau berjalan, kini isterinya dilihat cergas dan tersenyum ceria setiap hari.

Sumber: Gempak (Afiza Kamarulzaman)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selalu Terima Panggilan Dari Wanita. Kali Ni Giliran Isteri Pula Mula Dedahkan Sikap Sebenar Edika Yusof Buat Ramai Yang Terkedu.

”Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.” Itu kata-kata dan sumpah setia aktor kacak, Edika Yusof, 53, terhadap isterinya yang tidak pernah dipersia-siakan, biarpun beliau sering kali digda wanita lain.

Hatinya tidak sedikitpun tergugat. Seperti diketahui, siapa mampu menolak kehebatan Edika, suatu ketika dahulu. Bukan sahaja memiliki wajah tampan yang menjadi kegilaan ramai wanita, malah menyusuri populariti menerusi filem Maria Mariana.

Bagi Edika, sebaik ijab kabul dilafazkan dengan pasangannya, Nor Hidayah Yusri, 43, dirinya bertanggungjawab sebagai suami. Namun, hidupnya diuji ketika Nor Hidayah melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap pnyakit meningtis hingga menyebabkannya kma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti tidak boleh bergerak separuh badan.

Edika tidak sesekali tinggalkan isterinya, malah terus setia di sisinya hingga mampu mempertahankan bahtera rumah tangga yang dibina selama 18 tahun. Kesetiaan Edika terhadap isterinya membuatkan ramai mengagumi sifatnya itu. Wajah tampan dimiliki menyebabkan aktor kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu kerap dibandingkan dengan selebriti yang suka bersikap tidak setia terhadap pasangannya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga cahaya mata itu mengakui, kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan. ” Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi sasaran perbandingan. Soal setia mahupun tidak setia bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.

”Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri. ”Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.

” Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” katanya kepada BH Online. Diperkenalkan menerusi filem Pelumba Malam pada 1989, Edika berkata, apa yang penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga adalah kejujuran.

Sejak hidup sebumbung dengan isteri tercinta, Edika mendedahkan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya. Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.

”Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya. ”Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya.

”Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya yang sanggup membotakkan kepala selama bertahun-tahun kerana enggan diganggu.

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar dan Pengantin Satu Malam itu berkata, dia melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.

” Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama. ”Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan.

Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” kata Edika. Hasil perkongsian hidup bersama Nor Hidayah, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.

Bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya. ”Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.

” Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.

”Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya. Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.

”Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakt. Mujurlah, saya tidak mengalami kemrungan. ” Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.

”Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:bharian

Sumber: https://www.asiakini.com/2021/02/06/isteri-edika-yusof-ceritakan



loading...


Sambut Ulangtahun Yang Ke 18. Ramai Yang Kagum Dengan Edika Yusof Kerana Dia Terus Setia Jaga Isteri Walaupun Isteri Tiada Keupayaan Untuk Bergerak.

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18, pelakon Edika Yusof dan isteri meraikannya secara sederhana cukup dengan sebiji kek. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

Dalam video dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang. Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkrban untuk menjaga isterinya yang tak boleh bergerak selama 16 tahun.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga tak boleh bergerak ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Sumber: ROTIKAYA

Edika Yusuf Dan Azhar Tak Setuju Dengan Cara Komen Dari Mas Idayu. Tiba Tiba Mas Idayu Balas Semula Komennya Tersebut.

Perkongsian penyanyi Mas Idayu mengenai sikap garang yang ditunjukkan setiap kali menjadi juri program realiti mendapat perhatian pelakon senior Azhar Sulaiman dan Edika Yusuf. Menerusi ruang komen di Instagram rasmi mStar, Azhar dan Edika masing-masing tidak setuju dengan cara itu dan menyifatkan boleh memberi kesan negatif pada semangat peserta.

Menurut Edika, 53, komen yang terlalu ‘panas’ hanya akan memalukan peserta program realiti tersebut. “Mengikut pendapat saya memang tak patut komen panas-panas. Ini akan mematahkan semangat dan memalukan mereka sebab satu Malaysia sedang tonton. Azhar dan Edika memberi pandangan mereka menerusi ruang komen di Instagram rasmi mStar.

“Kita yang berpengalaman patut bagi komen yang menaikkan semangat bukan memalukan mereka,” tulis Edika. Manakala, Azhar pula menganggap apa yang ditonjolkan seseorang selebriti itu di kaca TV memberi gambaran kepada warganet mengenai diri mereka sebenar. Malah pelakon berusia 49 tahun ini memberitahu kesilapan dalam tutur kata dan gaya juga boleh menghilangkan rasa hormat kepada selebriti itu.

“Ini program realiti dan program bersiaran langsung. Bagi saya, apa yang anda tunjukkan akan menjadi asas bagi warganet untuk mengetahui siapa anda sebenarnya. Komen pandai la belakang-belakang, meh sini depan muka mummy. “Yang rugi atau untung adalah anda sendiri. Silap cakap dan gaya… boleh makan diri,” kata Azhar.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Mas Idayu memberitahu caranya memberi komen sebegitu untuk mengajar seseorang penyanyi baharu. Juri tetap Lagu Cinta Kita 2 ini berkata, dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dibenci dan menerima kritikan penonton program berkenaan.

Mas Idayu Balas Komen Edika

Dalam pada itu, Mas Idayu turut membalas komen Edika dengan mengatakan aktor tersebut hanya memberi pendapat tanpa mengenali dirinya dan mengetahui perkara sebenar.

“Ikut pendapat awak? Pendapat awak saja? Awak kenal ke Mas Idayu itu sangat-sangat? Kau tahu ke budak yang dia tegur, marah itu… setiap hari WhatsApp, datang makan minum, sayang aku sampai sekarang?” soal Mas Idayu. Penyanyi Mas Idayu yang kini menjadi juri program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) mengakui dia tegas dalam berkongsi ilmu kepada bakat muda dalam bidang nyanyian. Meluahkan isi hati di laman Instagram miliknya, wanita yang mesra dengan sapaan Mommy ini turut mengakui dia mempunyai sebab tersendiri untuk bersikap garang.

“Inilah saya. Bekerja dengan kawan-kawan, saya pasti akan jadi diri saya sendiri, benci? kritikan, hak manusia, tanggungjawab saya bukan untuk orang benci, bukan itu yang saya hebahkan. Yang saya hebahkan perkongsian illmu saya, pengalaman saya selama saya dlm industri, untuk bakal anak seni yang bakal tumbuh… Dari awal saya ni memang tegas, garang, sensitif dan penyayang , sebab tu saya marah! Berlakon atau drama? Itu bukan saya! Saya ikhlas! Kejujuran dan keikhlasan mungkin orang kita ni tak suka.. Tapi saya nak jadi siapa? Untuk memuji talents demi merosakkan mereka?” tulis Mommy

Mas Idayu menjadi juri Lagu Cinta Kita 2 bersama Ajai dan Hael Husaini. Selain komen Edika, penyanyi dangdut itu juga memberi respon kepada warganet yang mempertahankan dan memberi sokongan kepadanya.

Akui penyanyi lagu Cinta 100% itu, dia berasakan keikhlasannya dipandang remeh apabila diminta untuk menjadi orang lain. “Ya dik, kadang-kadang keikhlasan kita dipandang enteng. Nak kita jadi orang lain, nak kita jadi macam dia! Sivik dia sempurna ke tidak, kita tak komen pun.

“Sebab kita tak kenal dia. Komen pandai la belakang-belakang, meh sini depan muka mummy… geram mummy,” katanya. Sebelum ini, tindakan Mommy memberi kritikan kepada peserta LCK2 menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet. Selain Mommy, penyanyi Hael Husaini dan komposer Ajai turut duduk di kerusi juri program terbabit.

Dikatakan Pulau Anak Sendiri Walaupun Sudah Berkahwin Lain. Aman Graseka Munculkan Diri Terangkan Segala Galanya Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

“Sejujurnya saya malas nak komen isu ini, bukan apa, nanti ia akan jadi meleret dan berpanjangan serta membuatkan orang salah faham,” itu ulas pelakon Aman Graseka yang dikatakan mengabaikan anak hasil perkahwinannya dengan Mas Idayu iaitu Nur Dayini, 22 tahun.

Menurut Aman, 52, sejak isu anaknya meluahkan perasaan di Instagram, dia lebih selesa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkn keadaan. Bahkan dia tidak mahu dikatakan membela isterinya kini iaitu Nurul Amrina Zamri atau lebih dikenali sebagai Reena Areena sekiranya memberi kenyataan.

“Apa yang boleh saya katakan, kalau mereka rasa betul apa yang diperkatakan itu terpulanglah. “Saya diam bukan bererti saya salah atau saya takut,” ujarnya kepada SinarPlus.Ditanya dkwaan menyekat anaknya di aplikasi WhatsApp, Aman berkata, dia tidak pernah berbuat demikian.

Hakikatnya telefonnya mengalami kerosakan dan semua urusan atau panggilan adalah menerusi telefon isterinya.“Akibat daripada kerosakan itu, saya tidak boleh membaca mesej atau menerima panggilan. Jadi jika sesiapa nak mencari atau menghubungi saya, memang melalui Reena.

“Bagaimanapun dia (Dayini) tidak pernah cuba menghubungi Reena.“Tapi saya tahu, bila saya bagi jawapan macam ini pun akan ada yang pertikaikan nanti. Namun ALLAH SWT lebih Maha Mengetahui,” katanya.Tambah Aman, dia berasa kasihan dengan isterinya yang menjadi sasaran dan kritikan warganet apabila isu seperti ini berbangkit.

“Saya kesiankan Reena sebab semua bantai dia. Orang di luar saya juga perlu ingat, saya telah bergelar duda sejak 13 tahun lalu dan Reena tak pernah rmpas saya daripada sesiapa pun “Atas sebab itu saya lebih selesa ambil pendekatan tutup mulut kerana saya tak mahu mengeruhkan keadaan,” ujarnya.

Semalam, menerusi laporan mStar Online, penyanyi Mas Idayu dan Dayini meluahkan kekesalan mereka apabila tidak dapat mengubungi Aman sejak Februari lalu. Malah mereka juga mengatakan, Aman telah menyekat nombor Dayini di WhatsApp sebaik mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.

Tegas Mas Idayu, anaknya itu bukan mahu berjumpa kerana wang tetapi hanya mahu bertemu dengan bapa kandungnya itu. Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada thun 1997, namun berpisah pada tahun 2006. Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Aishymir Mateen Shah, setahun.-sinarplus



Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post