Terkni pihak polis dedahkan bukan hanya kereta tapi selipar pun polis akan tengok raya tahun ni. Kalau banyak selipar di rumah ini tindakan yang boleh dikenakan.
loading...

Seperti tahun lepas, tahun ini juga nampaknya kita masih tak berpeluang untuk pulang beraya di kampung halaman selepas kes Covid-19 dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, 

Terkni pihak polis dedahkan bukan hanya kereta tapi selipar pun polis akan tengok raya tahun ni. Kalau banyak selipar di rumah ini tindakan yang boleh dikenakan.

 


Datuk Seri Abd Rahim Jaafar telah memberitahu yang pemeriksaan ketika sambutan hari raya nanti bakal dibuat dan rumah yang mempunyai banyak kereta akan diperiksa bagi memastikan tiada individu yang merentas negeri tanpa kebenaran.

ARTIKEL MENARIK:Risau ada kluster baru je. Tinggal dua minggu lagi nak raya ramai yang dah sibuk nak cari baju raya. Terkejut bila tengok keadaan dekat jalan Tar.
loading...


Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu. “Jadi, saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi.”

Malah, pemeriksaan yang lebih ketat bakal dijalankan di Kedah sepanjang sambutan perayaan di sana. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, polis Kedah telah pun mendapat arahan untuk melakukan rondaan, lapor Utusan.

Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak. “Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa.” Bukan tu je, pemeriksaan di sekatan jalan raya juga akan dibuat dengan lebih ketat bagi mengesan orang yang cuba meloloskan diri untuk rentas negeri dan yang gunakan permit palsu. Jadi kalau tak nak kena denda banyak tu, janganlah gatal-gatal cuba rentas negeri ok? Takpelah kita raya je lah dekat rumah sendiri nak buat macam mana…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Pdrm Siap Sedia Nak Laksanakan Sop Periksa Dari Rumah Ke Rumah Pada Hari Raya Aidilfitri Tahun Ni. Terkejut Sekali Ini Tindakan Yang Boleh Diambil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman,

Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran. Menurut beliau, tindakan itu juga sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik serta mengurangkan risiko jangkitan wabak pada musim perayaan.

Katanya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan. “Kadang-kadang bukannya disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) oleh kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka,

jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan). “Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepas pemeriksaan,” katanya. Abd Rahim sebelum itu melancarkan buku 69 Komando Lahad Datu Mac 2013 sempena lawatan kerja beliau di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh.

Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid. Berikutan itu, Abd Rahim berkata, PDRM akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah.“Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim meminta agar rakyat tidak keliru dengan arahan berkenaan pergerakan rentas negeri yang dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, baru-baru ini. Katanya, walaupun pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja, namun ia terkecuali sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun urusan kerja yang mendesak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tertunggu Tunggu Tentang Rentas Negeri Untuk Hari Raya Aidlifitri. Sekali Ini Cadngan Dari Kkm Untuk Rakyat Buat Ramai Yang Dah Tak Senang Duduk.

Walaupun masih ada yang dgil ingin merentas negeri tanpa sebab yang kukuh maka, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini akan memperhalusi cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar penerima dua dos suntikan vaksin diberikan kebenaran merentas negeri.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, pihaknya perlu memperhalusi data dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum sebarang keputusan dimaklumkan pada Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walau bagaimanapun keputusan dari pihak CDC masih lagi diperhalusi dan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kebenaran merentas negeri ini, KKM juga turut mengumumkan masih belum menerima concrete evidence kebenaran untuk membenarkan penerima dua dos suntikan vaksin untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jnyah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim hari ini menegaskan mana-mana individu yang didapati cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut Ramadan akan dikenakan ti.ndakan s.aman.

Terkini, Cadangan Dari KKM

PASTI ramai dalam kalangan kita berharap agar perjalanan rentas negeri dibenarkan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditang.guh. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis.


Beri kebenaran rentas negeri untuk pulang beraya

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk memberi kebenaran merentas negeri semasa perayaan Aidilfitri yang akan disambut pada bulan depan. Penolong Setiausaha Parti Putra Malaysia, Norli Zaizul Ismail berkata, memang larangan menghadiri keramaian, larangan merentas negeri dan pematuhan penjarakan fizikal merupakan peraturan yang berasaskan sains kesihatan dalam bidang kawalan penyakit.

Namun katanya, pakar-pakar penyakit berjangkit juga perlu melihat aspek tekanan perasaan dan masalah mental kerana ia juga berasaskan sains kesihatan mental. “Maka, selain pertimbangan dari aspek kawalan penyakit berjangkit berasaskan matrik kebolehjangkitan, status kes Covid-19, kita juga perlu mengambilkira matrik dari segi sains kesihatan mental.

Dua penduduk, Mohamad Farid Mohd Rashid (kanan) bersama Fauzi Tukimon menghidupkan pelita sebagai dekorasi blok kediaman mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

“Sedang kita bimbang akan jangkitan virus Covid-19 ketika bertemu keluarga (pulang ke kampung), kita juga perlu mempertimbangkan tekanan perasaan dan mntal mereka kerana tidak dapat beraya bersama dengan keluarga pada tahun ini.

“Ramai juga yang mengalami tekanan perasaan dan mental kerana bimbang dijangkiti virus berbahaya ini, demikian juga mereka yang tertekan kerana terlalu lama terpaksa mematuhi SOP, normal baharu dan terpisah daripada orang tersayang di perantuan dan di kampung halaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norli Zaizul berkata, pandemik Covid-19 telah memberi banyak kesan kepada kehidupan sejagat dan demikian juga kepada masyarakat Malaysia, tanpa mengira keturunan, agama dan lapisan umur. Katanya, ada yang kehilangan ahli keluarga, sahabat tersayang dan ada yang trauma kerana jangkitan virus itu.

Tambah beliau, tekanan mntal dan perasaan bukan sahaja dialami oleh mereka yang dijangkiti virus tersebut atau kehilangan ahli keluarga, malah masyarakat yang terjejas dan hilang punca pendapatan juga sangat tertekan. Justeru katanya, kerajaan, pakar-pakar kesihatan disaran agar memberi kebenaran untuk merentas negeri dan pulang beraya di kampung pada Aidilfitri tahun ini. “Bagaimanapun, semua pihak mestilah mematuhi SOP dan normal baharu supaya tiada kluster Aidilfitri berlaku melibatkan keluarga masing-masing di kampung kelak,” ujarnya.

Masih Ada Anggota PDRM Yang Enggan Terima Vaksin Covid19. Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19. Beliau juga menjelaskan kira kira 3 peratus tak dapat terima vaksin atas faktor kesihatan. Bagi yang tak mahu ambil vaksin ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Beliau menjelaskan beliau berusaha untuk terangkan kepada baki 2 peratus ini tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bom0h, pendeta, guru ajaran sest. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran ssat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus lesen juruterbang peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.Abdul Hamid berkata, demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.



loading...


Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19, Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu diambil demi keselamatan orang ramai.“Kelmarin tular satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahtera. Peraturan itu dibuat dan dilaksanakan demi keselamatan orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lain-lain pengunjung di premis terbabit.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikasi. Boleh merayu.“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti Covid-19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Tidak mematuhi SOP PKP: 330 individu dikompaun RM10,000 sehingga kini

Dilaporkan terdapat 330 notis kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi.Semalam, Abdul Hamid berkata nilai kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Abdul Hamid berkata keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan kesalahan tidak mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaan mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Kompaun itu dikeluarkan ketika pasukan pematuhan SOP PKP membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada 6.55 petang.“Ingin ditegaskan (dakwaan) kononnya individu dikompaun itu telah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dikenakan kompaun susulan tidak mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).

Ramai Persoal Khairy Jamaluddin Tak Ambil Sutikan Vaksin Pfizer. Alasan KJ Buat Ramai Orang Terkejut

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi menjelaskan bahawa dirinya tidak mengambil suntikn vaksin Covid19 keluaran Pfizer Biontech seperti mana menteri menteri yang lain. Beliau menjelaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk mengambil suntikn yang sama seperti yang akan diterima oleh rakyat biasa.Katanya, Insya Allah, saya akan ambil mana-mana vaksin diluluskan seterusnya, kalau Sinovac, saya sedia, begitu juga Sputnik V keluaran Rusia atau Oxford-AstraZeneca dari Britain. Jelas Khairy tidak kiralah vaks1n itu Sinovac atau Sputnik V diluluskan terlebih dahulu, itulah yang akan diambil oleh beliau.

Tambahnya lagi, Saya lihat perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaks1n (Pfizer-BioNTech).Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang. (Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu menerima suntikan jenis Pfizer-Biontech.Saya tahu ada warganet persoal kenapa Perdana Menteri, menteri-menteri, Menteri Besar, petugas barisan hadapan dapat vaksin Pifizer-Biontech tetapi rakyat pula disuntk vaksin lain.Konon dos syarikat lain itu kurang berkesan dan tidak mahal, justeru setelah meneliti balik beberapa hari lalu, saya memutuskan untuk disuntik bukan vaksin Pfizer-Biontech.

Kes Covid 19 Makin Meningkat. Terkini Malaysia Airlines Dengan Jalur Gemilang Terbangkan Vaksin Covid 19.

PUTRAJAYA:Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini (21 Feb).Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb. Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo),

Mohd Zulkefly Ujang berkata, pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia. “Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya,jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ,” katanya kepada Bernama. MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin

di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.Menurutnya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan. “Ketika pandemik penumpang tiada.

Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya. [Ikuti laporan perkembangan vaksin COVID-19 di sini] Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin,Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar. “Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan, vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada 21 Feb, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb ini.Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan,diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya. Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei hingga Februari tahun depan. – BERNAMA

Bakal Terima Suntikan Vaksin Covid19 Pada Hari Pertama. Perdana Menteri Malaysia Dedahkan Akan Terima Pada 26 Februari

Dikhabarkan pada hari Ahad depan,vaksin Covid19 jenis Pzifer BioNTech akan tiba di negara kita manakala pelaksanaan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan perdana menteri kita akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama dengan petugas barisan hadapan.

Semasa melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, perdana menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Manakala fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik COVID-19.

“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.

Kata Perdana Menteri berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.Beliau juga menyatakan begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.

“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.Sementara itu, Muhyddin berkata Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.

“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan hari ini.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم