Dah 3 hari berturut kes positif covid 19 6k. Harini Malaysia catatkan 6493 kes baru positif covid 19 buat ramai yang tak senang duduk.
loading...

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,493 kes baharu pada Jumaat. Ia menjadikan keseluruhan 498,795 kes setakat ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter rasmi beliau, petang Jumaat.

Dah 3 hari berturut kes positif covid 19 6k. Harini Malaysia catatkan 6493 kes baru positif covid 19 buat ramai yang tak senang duduk.

 


Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,163 kes, diikuti Kuala Lumpur (641) dan Sarawak (612), Kelantan (467) dan Kedah (434). Pada Khamis, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 6,806 kes sejak negara dilanda pandemik itu, awal tahun lalu. Terdahulu, sebanyak 6,075 kes harian Covid-19 dicatatkan pada Rabu.

ARTIKEL MENARIK:(Video) Jangan Lupa Claim, Ini Cara ‘Belia’ Nak Tebus eWallet RM150 Bermula Ini 1 Jun 2021
loading...


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes Harian Positif Covid 19 Naik Mendadak. Ramai Yang Gesa Untuk Buat Pkp Penuh. Tapi Ini Penjelasan Dari Ismail Sabri Buat Ramai Yang Marah.

KEBIMBANGAN orang ramai terhadap peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini, menyebabkan terdapat gesaan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan. Bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau ‘total lockdown’ ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP sepenuhnya atau ‘total lockdown’. Ini selepas Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 6,075 kes baharu positif C.ovid-19 pada Rabu sekaligus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.

Beberapa pihak menggesa agar kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya bagi mengurangkan kes pemergian yang berpunca daripada virus Covid-19. Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Bekas Pesakit Covid 19 Alami Simptom Susulan Melebihi Hampir Empat Minggu. Terkejut Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Ada Simptom Lama Macam Tu.

KUALA LUMPUR: Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh. Simptom susulan selepas sembuh COVID-19 atau dikenali sebagai ‘Long COVID’ ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu penelitian kerana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya.

Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ia simptom yang sama seperti jangkitan COVID-19 ini boleh berpanjangan sehingga empat minggu selepas pulih. “Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

“Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan,” kata Dr Nurul Azmawati dalam temubual program AWANI Pagi pada Rabu. Jelas Dr Nurul, simtpom yang kerap dilaporkan adalah kelesuan dan keletihan termasuk batuk. “Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.”

Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah,” katanya. Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka. Pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting bagi setiap bekas pesakit COVID-19 supaya antibodi mereka bertahan lebih lama menentang wabak itu.

“Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” jelasnya. Pendedahan mengenai ‘Long COVID-19’ ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Kena Tahap 2 Tapi Dah Teruk Macam Ni. Wanita Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Dijangkiti Covid 19. Terkejut Sampai Sakit Macam Ni Sekali Dia Kena.

“Covid-19 ni sakit weh. sakit paling teruk yang saya pernah alami seumur hidup. Setiap saat rasa macam saya akan pergi menghadap illahi, dan saya hanya stage 2. Jangan la buat main dengan virus ni”. Demikian tulis seorang pesakit covid-19 menerusi satu ciapannya di Twitter yang sehingga kini meraih 15,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Meera berkata, episod ngeri tersebut bermula selepas dia mengalami beberapa gejala penyakit covid-19 hampir dua minggu lalu. “Saya mula demam dan selsema yang teruk, sakit kepala teruk dan sakit-sakit badan.

Hilang deria bau dan rasa. Saya juga alami sesak nafas. Semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja! “Memandangkan seorang anak buah saya diuji positif virus covid-19, jadi keluarga kami semua buat swab test dan saya seorang saja yang positif.

“Saya memang macam dah boleh agak yang saya mungkin positif covid-19. Jadi bila keputusan keluar, saya hanya bertenang… cuma risaukan anak sebab dia baru empat tahun, dan suami sebab tidur sekali,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Meera, dia masih lagi dirawat dan dikuarantin di sebuah hospital di Johor sejak 14 hari yang lalu dan masih dikategorikan sebagai pesakit covid-19 tahap 2. Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang dua minggu dirawat, Meera berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kesakitan setiap kali prosedur pengambilan cairan merah.

Sungguhpun berada pada tahap 2, namun Meera berkata kesakitan yang dialami terlalu perit. Gambar hiasan

“Setiap hari kena ambil arterial bld. Memang sakit sungguh sebab hari-hari kena ambil cairan merah, kena cuck macam-macam. Peringkat awal, keadaan saya teruk juga. Sesak nafas… setiap kali nak ambil nafas tu dada macam kena remuk.

“Saya juga muntah-muntah yang teruk… ada tahap sampai keluar ketulan cairan merah,” ujarnya. Menyaksikan keadaan pesakit lain yang lebih teruk di hadapan mata sendiri juga merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh ibu kepada seorang anak ini.

“Ada satu kes wanita mengandung. Oksigen dah tak cukup sampai baby dalam perut dia tak bergerak dah. pesakit tersebut terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi dan dia ditidurkan untuk intubated.“Setakat ini tak ada lagi nampak pesakit pergi menghadap illahi di depan mata…

tapi ada masanya akan dengar jururawat kelam kabut bila ada kes pergi menghadap illahi. Saya risau dan terfikir, bimbang keadaan saya juga bila-bila masa boleh teruk,” ujarnya yang juga seorang pekerja di sektor swasta. Memaklumkan keadaan kesihatannya semakin pulih, Meera berkata dia bagaimanapun masih perlu dipantau dan sehingga kini masih tidak pasti bilakah dirinya akan dibenarkan keluar hospital.

“Memang akan rasa down dan rindu dengan keluarga. Tapi suami selalu video call, hantar gambar anak. Kurang la sikit rasa down bila tengok muka anak. Lebih bersemangat untuk lekas sembuh jadi boleh balik cepat. “Kepada mereka di luar sana, tolonglah jaga porsedur operasi standard (SOP). Pakai mask, kerap cuci tangan dan jagalah jarak. Jangan sesekali ambil mudah.

“covid-19 bukan demam biasa atau selesema biasa. sakit sangat-sangat dan ia memang real, bukan hoax (khabar angin) atau tipu. Saya sendiri dah melihat keadaan pesakit yang begitu teruk, sampai ditidurkan untuk masuk tiub. “Saya baru stage 2 dah sksa, apa lagi stage 3,4, 5? Minta jauh… jagalah diri dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar



loading...


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Ketua Pengarah Operasi Pfizer Cadangkan Suntikan Vaksin Pfizer Mungkin Perlukan Dos Ketiga Untuk Menentang Covid 19.

Washinton: Suntikan dos ketiga vaksin C0VID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk menentang coronavirus juga mungkin diperlukan.

“Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. “Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.

Malah, vaksinasi bagi C0VID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang tentang virus itu, katanya dalam temubual bersama CNBC. Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin C0VID-19 memberi ketahanan menetang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus. Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi kompikasi teruk akibat C0VID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Sumber : cari.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/19/svntikan-vksin-pfizer-mungkin-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Hampir 40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Lepas Lengkapkan Dua Dos Vaksin. Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVlD-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kees yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksln COVlD-19. 

Manakala sembilan kes selebihnya dijangklti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti C0VID-19 selepas menerima dos pertama vaksin. 

Namun kesemua mereka yang dijangklti tidak mempunyai simptom yang teruk. Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVlD-19. Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti. Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVlD-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/40-petugas-

Masih Ada Anggota PDRM Yang Enggan Terima Vaksin Covid19. Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19. Beliau juga menjelaskan kira kira 3 peratus tak dapat terima vaksin atas faktor kesihatan. Bagi yang tak mahu ambil vaksin ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Beliau menjelaskan beliau berusaha untuk terangkan kepada baki 2 peratus ini tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bom0h, pendeta, guru ajaran sest. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran ssat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus lesen juruterbang peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.Abdul Hamid berkata, demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19, Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu diambil demi keselamatan orang ramai.“Kelmarin tular satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahtera. Peraturan itu dibuat dan dilaksanakan demi keselamatan orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lain-lain pengunjung di premis terbabit.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikasi. Boleh merayu.“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti Covid-19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Tidak mematuhi SOP PKP: 330 individu dikompaun RM10,000 sehingga kini

Dilaporkan terdapat 330 notis kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi.Semalam, Abdul Hamid berkata nilai kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Abdul Hamid berkata keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan kesalahan tidak mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaan mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Kompaun itu dikeluarkan ketika pasukan pematuhan SOP PKP membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada 6.55 petang.“Ingin ditegaskan (dakwaan) kononnya individu dikompaun itu telah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dikenakan kompaun susulan tidak mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post