Kali ni Nabila Huda muat naik video ank buat ujian swab test. Sekali ramai yang tak senang duduk bila tengok pegawai kesihatan tu buat macam ni.
loading...

Apabila bercakap mengenai ujian swab yang dilakukan dengan memasukkan putik kapas yang panjang ke dalam hidung, bermacam-macam reaksi akan didapati. Ada yang berkata ianya adalah pengalaman yang begitu menyakitkan.

Kali ni Nabila Huda muat naik video ank buat ujian swab test. Sekali ramai yang tak senang duduk bila tengok pegawai kesihatan tu buat macam ni.

 


Ada juga yang tenang dan langsung tidak rasa sakit apabila mengambil ujian berkenaan. Apapun, ianya dipersetujui ramai bahawa ujian swab tersebut menyebabkan seseorang berasa tidak selesa.

ARTIKEL MENARIK:Ramai tak senang duduk bila tengok keluarga Abby Abadi dan Norman beraya. Sekali ini tindakan polis buat ramai yang tak sangka.
loading...


Terbaru, Nabila Huda ada berkongsikan video anaknya Keisha sedang melakukan ujian berkenaan susulan Nabila disahkan positif Covid-19. Keisha dilihat nampak dalam kesakitan dan sangat tidak selesa. Dia kerap bergerak dan menggenggam tangannya dengan erat. Malah dari reaksi muka Keisha juga dapat dilihat dia sedang kesakitan.

Nabila melalui postingnya itu meminta maaf kepada anaknya kerana terpaksa melalui semua ini. Nabila turut menambah bahawa jantungya ibarat nak ggur apabila dia melihat video tersebut kerana nampak agak kasar jururawat di dalam video berkenaan membuat ujian swab terhadap Keisha.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memberikan komen bahawa masa yang diambil untuk membuat ujian swab terhadap Keisha agak lama sedangkan selalunya tidak lama begitu. Malah, dapat dilihat jururawat tersebut memusing-musingkan putik kapas panjang tersebut dan membiarkannya di dalam hidung seketika sebelum ditarik keluar.

Ada yang seakan marah melihat video itu kerana kasihan melihat Keisha. Wargamaya mula membhaskan jika itu adalah cara yang betul. Ada juga yang mula membuka cerita masing-masing di mana mereka pernah melakukan ujian swab sehingga berdrh hidung mereka.



Namun, ramai yang memberikan sokongan buat Keisha. Rata-rata mengatakan bahawa Keisah adalah budak perempuan yang berani sama seperti ibunya. Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza terhadap sesuatu dan keadaan hidung seseorang ketika dia mengambil ujian swab juga harus diambil kira. Ada orang mempunyai alahan yang teruk dan hidung mereka kering mungkin itu juga boleh menjadi punca mengapa kesakitan dan pendrhn berlaku.

Apa pun, kita doakan agar keputusan ujian swab Keisha kekal negatif dan semoga wbk ini segera berlalu agar kita tidak perlu melalui fasa ini lagi.

Sumber : Koolfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Nora Danish Dan Tiz Zaqyah Kali Ni Nabila Huda Pula Disahkan Positif Covid 19. Ramai Yang Sebak Bila Amy Search Pesan Ni Pada Nabila.

Seorang lagi aktres kesayangan negara, Nabila Huda telah dijangkiti virus C0VlD 19. Berita kurang baik itu disahkan oleh bapanya, Amy Search selepas video Nabila menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Keisha dari dalam bilik berseorangan dengan Keisha dan suaminya, Bert di ruang tamu manakala Amy sekeluarga ikut meraikan dari rumah dimuat naik di akaun Instagramnya, pagi tadi.

“Ya, Abil positif COVID 19,” ujar Amy sewaktu dihubungi Gempak. Menurut Amy, biarpun Nabila kini menjadi salah satu sasaran virus yang semakin meruncing di Malaysia dengan gelombang ketiga ini, namun anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik. “Abil ada beritahu sekarang dia sudah hilang deria bau, batuk dan selesema. Namun buat masa ini keadaannya stabil.

“Alhamdulillah, Keisha dan suami serta kami sekeluarga tidak dijangkiti COVID 19,” kata Amy. Amy turut menitipkan pesanan bermakna buat anak kesayangannya yang perlu melalui kuarantin kendiri menjelang Aidilfitri besok. “Saya sedih bila Abil kena (COVID 19) lagi lagi dah nak raya. Buat Abil saya doakan semoga dia tabah, cekal dan tolong doakan kesembuhan dia. Papa love you, we love you Abil. Stay strong.

“Paling penting, make sure antibody kuat, jangan lupa ambil Vitamin C. Saya tahu Abil kuat!” katanya lagi. Lantaran pemenang pelakon wanita terbaik itu dijangkiti COVlD 19, perancangan mereka untuk merayakan ulang tahun Keisha yang ke 11 tahun, semalam selain pertemuan keluarga sempena merayakan sambutan Hari Ibu juga dibatalkan. Mereka hanya merayakannya secara virtual demi menjaga keselamatan masing masing.

Sementara itu, hantaran WhatsApp Gempak kepada Nabila masih belum dibalas aktres tersebut. Terdahulu, awal minggu ini pelakon Tiz Zaqyah, Nora Danish dan penyanyi Datuk Nora Ariffin juga mengumumkan mereka telah dijangkiti COVID 19.

Sumber : https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Beberapa Hari Lagi Nak Raya Terkejut Bila Nora Danish Dan Tiz Zaqyah Positif Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca Dia Boleh Dijangkiti.

KUALA LUMPUR: Empat hari menjelang Syawal, pelakon Tiz Zaqyah dan Nora Danish reda disahkan positif C0VlD-l9. Dua pelakon jelita itu berkongsi berita dijangkiti wabak berkenaan melalui hantaran di Instagram (IG) masing-masing. Tiz mengesahkan sedang menjalani tempoh kuarantin 10 hari di rumah, bermula hari ini.

“Pagi tadi, kira-kira jam 8.30 pagi, saya mendapat panggilan daripada sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya, memaklumkan saya positif C0VlD-l9. “Saya diminta menjalani kuarantin di rumah. Doakan saya dan keluarga selamat serta baik-baik sahaja.

“Hendak raya, dapat berita begini. Saya tidak mampu melwn kehendak takdir. Nampaknya, kena beraya dalam keadaan yang tidak menyeronokkan,” katanya. Tiz yang merangkul trofi Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-23 mengaku tidak sedap badan sejak beberapa hari lalu.

“Ada sedikit batuk dan saya menggigil kesejukan untuk tempoh sekejap. Saya mula fikir badan tidak bertindak balas seperti biasa dan terus membuat pemeriksaan. “Kepada yang lain, kalau ada simptom seperti sel.esema, batuk, bersin dan pening kepala lekas buat pemeriksaan. Mungkin kita rasa normal, tapi boleh jadi sebaliknya.

“Jadilah rakyat bertanggungjawab dengan pergi membuat pemeriksaan. Jangan ambil mudah dan tanpa sedar memberi risiko kepada orang lain,” katanya. Sementara itu, Nora berkata, dia membuat ujian calitan kerana difahamkan mempunyai kontrak rapat individu dalam kategori C. “Keputusan pagi tadi mendapati saya positif walaupun tiada sebarang simptom.

“Sekarang Nora kuarantiin sendiri dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat.

“Mereka juga sudah melakukan ujian calitan melalui kaedah ‘Real-Time Reverse Transcription-Polymerese Chain Reaction’ (RT-PCR) atau kit ujian pantas antigen pada jam 12 tengah hari tadi. “Doakan untuk kami semua iya,” luahnya dalam entri di IG. Nora berkata, dia sepatutnya menghadiri temujanji untuk mendapatkan suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, pagi tadi.

“Namun, saya dinasihatkan kuarantin duhulu. Insya-Allah, pasti ada hikmah atas apa yang terjadi. “Bagi sesiapa yang berjumpa saya antara 4 hingga 8 Mei lalu, saya mohon lakukan ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga. “Jaga diri dan akur prosedur operasi standard (SOP)… Maafkan saya,” katanya.


Kredit:BHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Kena Tahap 2 Tapi Dah Teruk Macam Ni. Wanita Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Dijangkiti Covid 19. Terkejut Sampai Sakit Macam Ni Sekali Dia Kena.

“Covid-19 ni sakit weh. sakit paling teruk yang saya pernah alami seumur hidup. Setiap saat rasa macam saya akan pergi menghadap illahi, dan saya hanya stage 2. Jangan la buat main dengan virus ni”. Demikian tulis seorang pesakit covid-19 menerusi satu ciapannya di Twitter yang sehingga kini meraih 15,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Meera berkata, episod ngeri tersebut bermula selepas dia mengalami beberapa gejala penyakit covid-19 hampir dua minggu lalu. “Saya mula demam dan selsema yang teruk, sakit kepala teruk dan sakit-sakit badan.

Hilang deria bau dan rasa. Saya juga alami sesak nafas. Semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja! “Memandangkan seorang anak buah saya diuji positif virus covid-19, jadi keluarga kami semua buat swab test dan saya seorang saja yang positif.

“Saya memang macam dah boleh agak yang saya mungkin positif covid-19. Jadi bila keputusan keluar, saya hanya bertenang… cuma risaukan anak sebab dia baru empat tahun, dan suami sebab tidur sekali,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.



loading...


Menurut Meera, dia masih lagi dirawat dan dikuarantin di sebuah hospital di Johor sejak 14 hari yang lalu dan masih dikategorikan sebagai pesakit covid-19 tahap 2. Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang dua minggu dirawat, Meera berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kesakitan setiap kali prosedur pengambilan cairan merah.

Sungguhpun berada pada tahap 2, namun Meera berkata kesakitan yang dialami terlalu perit. Gambar hiasan

“Setiap hari kena ambil arterial bld. Memang sakit sungguh sebab hari-hari kena ambil cairan merah, kena cuck macam-macam. Peringkat awal, keadaan saya teruk juga. Sesak nafas… setiap kali nak ambil nafas tu dada macam kena remuk.

“Saya juga muntah-muntah yang teruk… ada tahap sampai keluar ketulan cairan merah,” ujarnya. Menyaksikan keadaan pesakit lain yang lebih teruk di hadapan mata sendiri juga merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh ibu kepada seorang anak ini.

“Ada satu kes wanita mengandung. Oksigen dah tak cukup sampai baby dalam perut dia tak bergerak dah. pesakit tersebut terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi dan dia ditidurkan untuk intubated.“Setakat ini tak ada lagi nampak pesakit pergi menghadap illahi di depan mata…

tapi ada masanya akan dengar jururawat kelam kabut bila ada kes pergi menghadap illahi. Saya risau dan terfikir, bimbang keadaan saya juga bila-bila masa boleh teruk,” ujarnya yang juga seorang pekerja di sektor swasta. Memaklumkan keadaan kesihatannya semakin pulih, Meera berkata dia bagaimanapun masih perlu dipantau dan sehingga kini masih tidak pasti bilakah dirinya akan dibenarkan keluar hospital.

“Memang akan rasa down dan rindu dengan keluarga. Tapi suami selalu video call, hantar gambar anak. Kurang la sikit rasa down bila tengok muka anak. Lebih bersemangat untuk lekas sembuh jadi boleh balik cepat. “Kepada mereka di luar sana, tolonglah jaga porsedur operasi standard (SOP). Pakai mask, kerap cuci tangan dan jagalah jarak. Jangan sesekali ambil mudah.

“covid-19 bukan demam biasa atau selesema biasa. sakit sangat-sangat dan ia memang real, bukan hoax (khabar angin) atau tipu. Saya sendiri dah melihat keadaan pesakit yang begitu teruk, sampai ditidurkan untuk masuk tiub. “Saya baru stage 2 dah sksa, apa lagi stage 3,4, 5? Minta jauh… jagalah diri dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Ketua Pengarah Operasi Pfizer Cadangkan Suntikan Vaksin Pfizer Mungkin Perlukan Dos Ketiga Untuk Menentang Covid 19.

Washinton: Suntikan dos ketiga vaksin C0VID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk menentang coronavirus juga mungkin diperlukan.

“Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. “Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.

Malah, vaksinasi bagi C0VID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang tentang virus itu, katanya dalam temubual bersama CNBC. Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin C0VID-19 memberi ketahanan menetang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus. Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi kompikasi teruk akibat C0VID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Sumber : cari.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/19/svntikan-vksin-pfizer-mungkin-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Hampir 40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Lepas Lengkapkan Dua Dos Vaksin. Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVlD-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kees yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksln COVlD-19. 

Manakala sembilan kes selebihnya dijangklti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti C0VID-19 selepas menerima dos pertama vaksin. 

Namun kesemua mereka yang dijangklti tidak mempunyai simptom yang teruk. Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVlD-19. Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti. Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVlD-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/40-petugas-

Masih Ada Anggota PDRM Yang Enggan Terima Vaksin Covid19. Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19. Beliau juga menjelaskan kira kira 3 peratus tak dapat terima vaksin atas faktor kesihatan. Bagi yang tak mahu ambil vaksin ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Beliau menjelaskan beliau berusaha untuk terangkan kepada baki 2 peratus ini tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bom0h, pendeta, guru ajaran sest. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran ssat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus lesen juruterbang peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.Abdul Hamid berkata, demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19, Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu diambil demi keselamatan orang ramai.“Kelmarin tular satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahtera. Peraturan itu dibuat dan dilaksanakan demi keselamatan orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lain-lain pengunjung di premis terbabit.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikasi. Boleh merayu.“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti Covid-19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Tidak mematuhi SOP PKP: 330 individu dikompaun RM10,000 sehingga kini

Dilaporkan terdapat 330 notis kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi.Semalam, Abdul Hamid berkata nilai kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Abdul Hamid berkata keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan kesalahan tidak mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaan mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Kompaun itu dikeluarkan ketika pasukan pematuhan SOP PKP membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada 6.55 petang.“Ingin ditegaskan (dakwaan) kononnya individu dikompaun itu telah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dikenakan kompaun susulan tidak mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).

Ramai Persoal Khairy Jamaluddin Tak Ambil Sutikan Vaksin Pfizer. Alasan KJ Buat Ramai Orang Terkejut

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi menjelaskan bahawa dirinya tidak mengambil suntikn vaksin Covid19 keluaran Pfizer Biontech seperti mana menteri menteri yang lain. Beliau menjelaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk mengambil suntikn yang sama seperti yang akan diterima oleh rakyat biasa.Katanya, Insya Allah, saya akan ambil mana-mana vaksin diluluskan seterusnya, kalau Sinovac, saya sedia, begitu juga Sputnik V keluaran Rusia atau Oxford-AstraZeneca dari Britain. Jelas Khairy tidak kiralah vaks1n itu Sinovac atau Sputnik V diluluskan terlebih dahulu, itulah yang akan diambil oleh beliau.

Tambahnya lagi, Saya lihat perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaks1n (Pfizer-BioNTech).Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang. (Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu menerima suntikan jenis Pfizer-Biontech.Saya tahu ada warganet persoal kenapa Perdana Menteri, menteri-menteri, Menteri Besar, petugas barisan hadapan dapat vaksin Pifizer-Biontech tetapi rakyat pula disuntk vaksin lain.Konon dos syarikat lain itu kurang berkesan dan tidak mahal, justeru setelah meneliti balik beberapa hari lalu, saya memutuskan untuk disuntik bukan vaksin Pfizer-Biontech.

Kes Covid 19 Makin Meningkat. Terkini Malaysia Airlines Dengan Jalur Gemilang Terbangkan Vaksin Covid 19.

PUTRAJAYA:Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini (21 Feb).Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb. Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo),

Mohd Zulkefly Ujang berkata, pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia. “Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya,jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ,” katanya kepada Bernama. MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin

di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.Menurutnya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan. “Ketika pandemik penumpang tiada.

Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya. [Ikuti laporan perkembangan vaksin COVID-19 di sini] Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin,Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar. “Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan, vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada 21 Feb, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb ini.Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan,diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya. Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei hingga Februari tahun depan. – BERNAMA



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post