Kecoh video Fauziah Nawi dan Tya Ariffin taknak berlakon gara gara isu bayaran. Tak boleh berdiam akhirnya Tya Ariffin bongkarkan cerita sebenar.
loading...

TULAR sebuah video memperlihatkan pelakon Fauziah Nawi enggan meneruskan penggambaran disebabkan salah faham dengan menantu penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin di laman Twitter sejak Rabu lalu.

Kecoh video Fauziah Nawi dan Tya Ariffin taknak berlakon gara gara isu bayaran. Tak boleh berdiam akhirnya Tya Ariffin bongkarkan cerita sebenar.

 


Enggan membiarkan isu tersebut menjadi semakin besar, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dia dan aktres berusia 67 tahun itu. Menurut Tya, salah faham itu timbul selepas Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu memikirkan tawaran yang diterimanya itu merupakan projek dari pelajar Universiti.

ARTIKEL MENARIK:Lepas hampir 2 bulan rujuk dengan bekas suami. Terkejut bila kali ni Zarina Anjoulie umumkan dah berpisah lagi buat kali kedua.
loading...



Tya tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Sejak akhir-akhir ini Tya ada terima beberapa DM dan komen yang tak sesuai. Sebelum itu, Tya nak minta maaf atas apa yang berlaku. Tya patut jelaskan juga, supaya tak jadi salah faham yang besar dan disalah erti. “Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu. Tya nak jelaskan persoalan ini sebab kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja.

“Staff Tya, menghubungi pihak ibu untuk memberi tawaran berlakon. Pihak ibu menerima tawaran dan bersetuju dengan harga yang team tawarkan pada awalnya. “Tapi bila sampai di lokasi shooting, Tya diberitahu staff, ibu ingatkan drama pendek itu merupakan projek dari pelajar Universiti,” ujarnya.

Sebelum ini, tular rakaman video memperlihatkan Fauziah yang sedang berbicara dengan Tya mengatakan dia enggan melakonkan babaknya di set penggambaran sebuah rumah kampung di laman Twitter. Bagaimanapun, Tya yang berpakaian sekolah kemudiannya dilihat cuba memujuk dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Fauziah.

Dalam pada itu, Tya memberitahu kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk meneruskan penggambaran dengan nilai bayaran yang dipersetujui mereka selepas perbincangan bersama. “Namun lepas diberitahu mengenai shooting untuk kempen Mutyara, dan tahu tentang Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran. Dan pendekkan cerita, diakhir perbincangan, pihak Tya dan team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta.

“Supaya kami boleh meneruskan shooting pada hari tersebut. Sebab jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula. Tya sangat berbesar hati dapat berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik, dan boleh beri kerjasama baik dengan Tya. “Akhirnya, Alhamdulillah walaupun ada salah faham waktu itu, kita berjaya juga menyelesaikan shooting pada hari itu juga,” tambahnya.

Sementara itu, Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid itu juga memohon maaf dan berharap isu terbabit menjadi pengajaran kepada semua pihak. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar via MR

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tokti Pun Tak Tunjuk Wajah Penuh Bayi. Asyraf Khalid Dikatakan Jual Wajah Adik Sendiri. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ini Penjelasan Dari Asyraf.

KETIKA penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kritikan warganet. Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dikakan sengaja jadi perhatian dan ‘mempergunakan’ kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata waranet di Twitter meluahkan kekesalan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Seorang warganet di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.

“Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot. “Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah,” kata netizen tersebut.


Asyraf menjawab pertanyaan daripada netizen.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya. “Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikrtik apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018. Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Selamat Lahirkan Anak Lelaki Seberat 3.84kg. Pengurus DS Siti Nurhaliza Tampil Beritahu Perkembangan Tokti

Dilaporkan Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata kedua sekitar jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor. Terbaru, pengurus Siti berkata dalam satu kenyataan media, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Ini antara kenyataan yang dibuat oleh pengurus Dato Seri Siti Nurhaliza sendiri untuk makluman.

Pihak pengurusan di IG menjelaskan”Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.”Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”Dalam kesempatan itu, Siti dan suaminya turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Manis Sangat Layanan Datuk K Semasa DS Siti Nurhaliza Hamil Anak Pertama. Kali Ni Perkongsian Pasangan Ini Raih Perhatian Orang Ramai

DIkhabarkan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi nombor satu negara sedang hamil anak keduanya selepas menimang cahaya mata pertama iaitu Siti Aafiyah. Dan terkini Siti Aafiyah sudah berumur dua tahun akan menerima kehadiaran adiknya tak lama lagi.

Namun begitu, mungkin ada yang masih ingat dengan gelagat manis di saat Tokti hamil anak pertamanya ditolak Datuk Seri Khalid atau Datuk K dengan menggunakan kerusi roda.

Berdasarkan video yang dimuat naik ini kelihatan Datuk K menolak Tokti menggunakan kerusi roda dan kedua-dua momen anak pertama dan anak keduanya itu meraih tumpuan peminat dan pengikut diruangan Instagram terbabit.“So sweet Dk & Dssn. 1st video, Tokti pregnant Aaisyah. 2nd video, Tokti pregn4nt second baby…”

Gelagat sweet yang diterima penyanyi popular itu bagaimanapun dikatakan peminat bahawa dia memang layak disamping peminat juga tidak ketinggalan untuk mendoakan yang terbaik terhadap keluarga bahagia itu.“Selayak…”“Semoga dipermudahkan”“…nampak Datuk K dah mahir menolak wheelchair”

Ada Orang Buat Live Seolah Olah DS Siti Nurhaliza Benar Benar Sedang Membuat Sesi Siaran Langsung. Ini Satu Permintaan Dari DS Siti Nurhaliza

Satu sahaja pesanan dari Datuk Seri Siti Nurhaliza “Tolong jangan percaya!”. Menerusi hantaran di IG, DS Siti Nurhaliza minta para peminat dan oranga ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan pembohongan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan kepada mereka yang menonton.

tegas Siti bahawa semua itu adalah scmmer yang berniat tidak elok bagi kepentingan peribadi dan berbohong kepada masyarakat. Makin rancak aktiviti dengan agenda mereka. Mohon tolong jangan percaya,mereka siarkan video siaran langsung seolah olah saya benar benar sedang membuat sesi siaran langsung ketika itu dan menganjurkan peraduan serta pelbagai ganjaran.

“Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda telah terkena! Ini scmmer!” katanya.Siti berkata, individu tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan itu pada waktu yang tidak masuk akal.“Mereka buat sesi siaran langsung masa orang tidur, logik ke saya tengah ‘live’ waktu berkenaan? Boleh tengok di Instagram atau Facebook saya, @ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.


“Walaupun mereka tulis siaran langsung di page Facebook saya tapi jika kita peka mengenai kes ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terkena,” katanya.Siti juga meminta individu tidak bertanggungjawab itu supaya insaf dan berhenti melakukan tindakan terbabit.

“Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta berbohong kepada orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini.“Hari ini kita seronok bohong kat orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.

“Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan penipuan seperti ini. Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan jangan terpdaya!” katanya.Siti turut berkongsi beberapa tangkap layar gambar akaun Facebook palsu yang menggunakan video dan imejnya.

Nama Dato Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Muslim Terpengaruh Kat Dunia. Sekali Ramai Terkedu Dapat Tahu Siapa Menduduki Tempat Pertama

Buat makluman semua, Dato Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi tersohor negara tersenarai buat kali keenam berturut turut sebagai salah seorang muslim yang paling berpengaruh di dunia. Buat julung kalinya, Siri pernah dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut dan kali ini terus mengungguli kategori terbabit pada tahun 2021.

Untuk tahun 2021,penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pun tersenari dalam kategori yang sama. Manakala usahawan popular iaitu Datin Vivy Yusof menjadi satu staunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan. Menerusi IG, Siti mengucapkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai rezeki dari Allah SWT.

Manakala di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential MusIims 2021.Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.



loading...


Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Siapa nombor 1 paling berpengaruh di dunia?Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama dan disusuli oleh Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di kedudukan ke-2.

Seterusnya di kedudukan ke-3 adalah Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan pemimpin tertinggi Republik Islam Iran manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 musIim teratas yang diungguli oleh Recep Tayyip Erdogan.

Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.

Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh musIim berpengaruh.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal.

Ada Individu Tak Bertanggungjawab Buat Akaun Palsu DS Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Dedahkan Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Individu Terbabit

Sebelum ini,banyak artis Malaysia tampil dedahkan akaun palsu yang sanggup menggunakan identiti mereka untuk lariskan sesuatu mahupun kegiatan yang tidak berfaedah. Terbaru,penyanyi tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila mengetahui wujud akaun palsu menggunakan namanya untuk memprdaya orang ramai. Siti menerusi kemaskini terbaru di IG pagi tadi turut memberi amaran kepada individu tersebut untuk memadamkan akaun tersebut. Kata Siti,belaiu difahamkan akaun tersebut cuba memprdaya orang ramai dengan menawarkan wang tunai.

Penyanyi yang sedang hamil anak kedua itu turut menyeru orang ramai melakukan ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan.“Akaun ini cuba scm orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.“Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terkena dengan scmmer seperti ini.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpdaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain.“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, berbohong dan memprdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai,” katanya.


Dalam pada itu Siti meluahkan rasa kecewa kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut merupakan ftnah dan menjejaskan reputasi beliau.“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni?“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan ftnah tetapi reputasi saya juga,” tegas Siti.Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Siti bersetuju tindakan tegas diambil terhadap scmmer terbabit.

Dijangka Bersalin Anak Kedua Pada April Tahun Hadapan. DS Siti Nurhaliza Dedah Sesuatu Berkenaan Persiapan Selepas Dikatakan Bakal Menerima Bayi Lelaki

Siti Nurhaliza dijangka bersalin anak kedua pada April tahun hadapan.BAKAL melahirkan cahaya mata lelaki pada April tahun hadapan, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum membuat sebarang persiapan dari segi barang-barang bayi keduanya.

Menurut Siti, dia akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu memandangkan kelahiran pertamanya iaitu Siti Aafiyah dipenuhi dengan warna merah jambu yang tidak sesuai untuk bayi lelaki.Kata penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, dia hanya akan membuat kesemua persiapan tersebut apabila kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.

Siti buat persiapan selepas cecah tujuh bulan.“Persiapan kalau soal barang-barang baby… masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy sebab Aafiyah punya barang semua warna pink.“Jadi, rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu, saya akan persiapkan semuanya,” kata Siti Nurhaliza kepada mStar.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata lelaki ketika ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee baru-baru ini.Menerusi laporan mStar pada 12 Disember lalu, suaminya yang dikenali sebagai Datuk K turut mendedahkan nama anak kedua mereka akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya huruf A.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mengakui dia berasa gementar untuk melahirkan bayi kedua biarpun pernah melalui pengalaman tersebut yang dianggap berbeza.Bagaimanapun, Siti berharap semua orang termasuk peminatnya dapat mendoakan agar dirinya sentiasa sihat dan kuat supaya dapat melalui proses bersalin dalam keadaan baik.

“Dari segi mental dan fizikal… saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempuan tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.Siti bersama suaminya, Datuk K dan Aafiyah.“Saya harapkan, semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik… Insya-Allah,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami kehilangan kandungan pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aayah yang kini berusia dua tahun.

Ramai Yang Berteka Teki Akhirnya Siti Nurhaliza Dedahkan Jantina Ank Kedua Dia. Rupanya Dalam Diam Ini Jantina Ank TokTi

IMPIAN Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila penyanyi tersohor negara itu berkongsi berita gembira tersebut pada Ahad. Siti, 41, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti. Manakala suaminya yang dikenali sebagai Datuk K mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya. Penyanyi lagu 7 Nasihat ini turut berkongsi mengenai kerjasama

dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu. Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Menerusi laporan mStar pada 2 Disember, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang teruk. Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamil dalam keadaan pandemik Covid-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamilannya. “Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma, yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.

“Sedangkan sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya. Siti sebelum ini pernah mengalami kegguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Empat Bulan Lebih Simpan Rahsia. Akhirnya Datuk Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Umumkan Tengah Hamil Ank Kedua. Rupa Rupanya Dalam Diam Dah Empat Bulan Datuk Siti Sorokkan.

SPEKULASI penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang hamil anak kedua terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan dia kini hamil empat bulan. Menurut Siti, 41, setelah lama menyimpan rahsia dan membiarkan peminat berteka-teki akhirnya dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tampil mengumumkan berita gembira itu semasa pelancaran produk Beausiti X Wonderlab pada Selasa.

“Alhamdulillah… syukur hari ini sangat bersejarah kerana saya dapat umum banyak perkara istimewa. Selain pelancaran Beautessence dan Beaunest, pelantikan Nabila Razali sebagai duta kempen… semestinya satu lagi pengumuman istimewa untuk semua.

“Dah lama menjadi teka-teki, ramai buat andaian dan hari ini cukup sesuai untuk saya kongsi dengan semua peminat, Alhamdulillah saya dan suami nak kongsi berita baik saya sudah hamil empat bulan. “Ramai mendokan dan rasanya ada yang dah boleh agak…

ada juga yang berteka-teki kerana saya diamkan diri. Dalam keadaan sekarang saya hanya duduk rumah. Doakan saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran,” katanya. Siti dan Khalid atau lebih dikenali Datuk K membuat pengumumam istimewa itu semasa pelancaran produk tersebut yang diadakan secara virtual pada Selasa.

Sementara itu penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak kedua. “Lelaki atau perempuan kami terima dengan hati terbuka… tapi seronok tu kalau dapat sepasang,” ujarnya. Pada 25 September lalu, aksi Siti Aafiyah mencium perut ibunya ketika sedang bersiaran langsung di Instagram mencetuskan spekulasi penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil anak kedua.

Menerusi video berkenaan juga menunjukkan Aafiyah beberapa kali mencium perut ibunya dalam keadaan gembira dan teruja. Perkara itu menguatkan spekulasi isteri kepada ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, itu kini berbadan dua selepas mengumumkan berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Malah, peminat-peminat meluahkan rasa teruja dan menganggap kanak-kanak yang kini berusia dua tahun itu memberi hint bakal mendapat adik. Warganet turut mengucapkan tahniah kepada Siti dan mendoakan semuanya berjalan lancar

Siti sebelum ini pernah mengalami kegguran pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Kecoh Tentang Siti Nurhaliza Hamil. Kali Ni Video Tokti Seakan Bagi Hint Macam Tengah Hamil. Ini Yang Warganet Nampak Dalam Video Tu Sampai Ada Yang Teruja.

Sejak September lalu, spekulasi kehamilan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi kecoh di media sosial sehingga menjadi tanda tanya orang ramai terutama peminatnya. Terbaru, perkara tersebut kembali meraih perhatian apabila terdapat seorang pengguna laman Twitter memuat naik semula dua video Instastory milik penyanyi berusia 41 tahun itu.

Tokti bagi ‘teaser’ ke tu?


Satu video tersebut memaparkan penyanyi yang mesra dipanggil Tokti itu sedang merakam nasi ayam dimana kelihatan sedikit pada bahagian perutnya sekali gus menimbulkan spekulasi berkenaan. Satu lagi video pula turut

kelihatan bayang-bayang bentuk badan penyanyi nombor satu itu ketika melalui peti pasar raya seolah-olah sedang hamil. Posting itu dihujani pelbagai komen yang rata-rata mengakui ternampak seperti ‘baby bump’ selain meluahkan rasa teruja walaupun belum ada pengesahan daripada Tokti mengenai perkara tersebut.

“Aafiyah jadi kakak nanti..”


Terdahulu, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu menjalani operasi kecil sebagai persediaan untuk cahaya mata kedua selepas dikurniakan Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Twitter

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Segala Teka Teki. Datuk Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Buat Satu Pengakuan Bila Ditanya Tentang Hamil Ank Kedua.

Siapa tidak kenal dengan figura hebat ini yang sememangnya cukup sederhana orangnya. Tidak pernah sekali dirinya melatah apatah lagi memberi jawapan slnis tatkala ditanya soalan pnas. Dia seolah kebrl namun tidak lok3k manis senyuman.

Pastinya di tangga usia lebih dua dekad bergelar nakhoda bahtera seninya, bergentayangan pengalaman menjadi peta panduan. Pelbagai kontr0versl, pahlt difitnh dan bermacam lagi ujian sudah ditempvh memat4ngkannya. Diaju soal rezeki anak, mungkin bagi figura seni lain, itu cukup pahit untuk diteln hidup. Namun, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap membalas dengan lirik mata mengvkir senyumannya. Sementelah, ramai yang mula berspekvlasi tentang keh4milannya. Ada yang sudah seperti duduk serumah menglyakan desas desus itu.

Siti Aafiyah civm perut jer, kec0h satu Malaysia dikatakan h4miI

Ada juga mula menjadi Detektif Conan, mervngkai satu persatu bayangan yang ada. Mana tidaknya, hanya kerana puteri sulungnya, Siti Aafiyah mencivm pervtnya berulang kali tatakala bersama dalam sesi live penyanyi bersuara emas ini, kec0h terus media soslal.

Rata-rata seperti meraikan berita kemenangan yang ditunggu lama. Namun suri hati Malaysia ini mahu peminat terus mendoakan usahanya untuk mendapatkan cahaya mata keduanya.nMalah dia sendiri tidak pernah berselindung berhubung s0al rezeki anak.

” Mengenai prosedur lVF juga saya kongsikan sebelum berehat dahulu. ” Sesiapa yang mengetahui bagaimana proses dan perjalanannya, mereka akan memahami kenapa saya pinta untuk berehat. ” Semuanya ada prosedur dan saya menjalaninya dan berusaha apa yang terbaik. Saya kira diri perlu diberikan masa.

” Saya sendiri sudah memberitahu media dan peminat bahawa perlu berehat sebelum ini,” kata penyanyi yang sudah memiliki 19 album ini. Tidak terslnggung apatah lagi berkecil hati tatkala soalan tentang kehamilan diulang tanya, jelas penyanyi lagu berh4ntu Cindai ini, apa yang dia dambakan kini adalah doa ikhlas daripada peminat tersayang.

” Saya tidak pernah berselindung tentang saya mahu berehat dan berusaha untuk mendapatkan zurlat. ” Tentunya saya meminta masa untuk semua ini. Justeru, saya hanya mohon para peminat mendoakan apa yang terbaik,” kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.

Bukan mudah bergelar seorang Siti Nurhaliza. Setiap gerak geri, tindak tanduk diperhatikan segenap manusia. Bvruk baik sentiasa diperkatakan. Itu bayaran setimpal seorang anak seni. Populariti itu bukan hadir bersama suka. Disulami duka, itu pastinya ada dalam setiap diari hidup anak seni berjaya. Begitu juga Siti Nurhaliza. Ada sahaja yang tidak suka, tidak berpuas hati.

Sering kali dikrltlk soal penampilannya, menerusi muzik video lagu baharu, Siapa Tak Mahu, Siti Nurhaliza seperti ‘membalas dndam’. Menutup mulut-mulut nakal yang sering kali melabelnya sebagai sasaran fesyen.

Mana tidaknya, gaya penampilannya dipuji ramai. Malah, peminat sangat suka dengan kesegaran dan fesyen yang ditampilkan dalam muzik video tersebut. Tidak hairan, hanya dalam seminggu, video itu sudah mendapat lebih 2.1 juta tontonan!

Sumber:utusan



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم