SELEPAS Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan sudah bebas daripada jangkitan covid-19, kini pelakon Puteri Sarah Liyana pula memberitahu dirinya dijangkiti virus itu pada Rabu.
Tidak berdepan sebarang simptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positif covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga.
ARTIKEL MENARIK:Bengang bila kecoh tentang sijil nikah Nora Ariffin. Tak boleh berdiam akhirnya ank sulung Nora Ariffin tampil bersuara pertahankan Nora Ariffin.
“Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standar (SOP) dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. “Saya individu dalam kategori C sebelum ini, disebabkan penggambaran dan dua kali buat swab test (keputusan) Sarah negatif.
“Menyedihkan semalam buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pergi buat ujian dapati saya positif covid-19. “Sebelum ni kuarantin tiada simptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga, ” katanya. Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkongsi mengenai berita itu menerusi laman Instagram.
Perkongsian Puteri Sarah di Instagram.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini. “Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test. “Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak… doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua, ” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Puteri Sarah Muncul Dengan Muat Naik Foto Berpurdah. Terkejut Sekali Sampai Macam Ni Respon Warganet.
Dunia hiburan masa ini memperlihatkan semakin ramai barisan artis mula mendekati agama dengan mengubah penampilan. Antaranya, Neelofa, Nabil, Hannah Delisha, Rosyam Nor dan banyak lagi. Kini, pelakon Puteri Sarah Liyana pula tampil dengan gaya baru. Baru-baru ini dia menggayakan purdah dan berkongsi dengan peminatnya menerusi laman akaun Instagram miliknya.
Menjengah ruangan komen, ramai rakan artis memberi respon positif pada posting tersebut. Malah ada yang mendoakan agar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof terus istlqamah dengan penampilan barunya ini. Apa pun langkah yang diambil, semoga Sarah menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah.
Sumber : hotfm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Puteri Sarah Muat Naik Foto Dengan Amyra Rosli. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Benda Ni Yang Warganet Perasan.
Siapa tak kenal dengan figura pelakon yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai apabila mereka beraksi di layar kaca televisyen, Aamyra Rosli dan Puteri Sarah Liyana. Kedua-dua pelakon ini kita sudah mengetahui mereka sememangnya cantik tapi apa yang menarik perhatian warganet apabila mereka bergambar berdua, seperti kembar!
Lihatlah posting yang dimuat naik oleh isteri kepada pengarah hebat tanah air, Syamsul Yusof, Sarah menerusi akaun Instagram miliknya semalam. Mungkin pada awalnya, mereka tidak perasan dengan muka iras mereka kerana kapsyen yang Sarah tulis tentang persamanaan tanggungjawab mereka menjadi seorang ibu sebelum sampai ke set penggambaran.
Apabila menjengah ruangan komen posting tersebut, rata-rata warga net menegur muka mereka seakan sama seperti adik-beradik kembar. Sama cantik, sama-sama berbakat! Tak sabar nak tengok dua wanita cantik beraksi dalam drama. Mesti meletup!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: KOOLFM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sedih Tengok Makanan Buat Macam Tu. Kecoh Pasal Foto Anak Amyra Rosli Sambut Hari Jadi. Sekali Ini Respon Dari Warganet Buat Ramai Terkedu.
Sudah menjadi lumrah dalam dunia seni, apabila suami dan isteri merupakan selebriti atau pelakon, maka secara tidak langsung anak-anak mereka pasti turut mengecapi populariti tersebut. Begitu juga dengan pasangan cukup romantis Amyra Rosli dan Amar Bahrin yang kini sudah memiliki dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arissa. Telatah dan gelagat anak pasangan ini telah menjadi perhatian ramai.
Terbaru, nama pelakon cantik ini telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia berkongsi beberapa foto sempena sambutan hari jadi anak tercinta, Ayra Arissa. Kekocahan itu tercetus selepas pelakon cantik, Amyra Rosli memuatnaik beberapa foto di Instagram yang memperlihatkan mereka sekeluarga sedang mengadakan ‘penggambaran’ sempena sambutan hari jadi anak perempuannya, Arissa.
Tetapi apa yang menarik perhatian warganet adalah foto kedua-dua anak pasangan ini sedang ‘bermain’ dengan kek hari jadi tersebut. Perkara ini telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana kek merupakan satu jenis makanan yang sepatutnya dimakan dan bukannya dibuat main.
Malah, mereka juga mengatakan tindakan itu adalah satu pembaziran lebih-lebih lagi ketika tempoh PKP ini. Dalam pada itu, mereka turut menasihati Amyra dan Amar mendidik anak supaya mensyukuri rezeki dan menghargai makanan.
Sementara itu, Amyra ada memuatnaik satu status di IG Story menjelaskan bahawa kek yang ‘dimain’ oleh anak-anaknya itu adalah krim sahaja dan bukannya kek seperti yang difikirkan. Malah, dia juga sempat meminta warganet supaya tenang sebaliknya fokus dengan perkara yang lebih penting dan bermanfaat sepanjang tempoh PKP ini.
‘Jangan stress pasal kek’
Respon warganet
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Amyra Rosli nak bertudung terus
Amyra berkata, mungkin ramai yang keliru dengan penampilan terbarunya itu memandangkan dia masih memuat naik gambar tidak bertudung di media sosial. Menurutnya, penampilan itu kerana dia masih terikat dengan kontrak dan komitmen kerja.
“Saya tak nak menghebahkan apa-apa dan tak nak secara rasmi cakap saya sudah bertudung. Tapi orang keliru juga sebab watak yang saya bawa sekarang dalam tv pun bertudung. “Saya masih lagi ada komitmen yang memerlukan saya untuk muat naik di media sosial yang tak bertudung. Namun bukanlah bermaksud saya kena ambil gambar tak bertudung, ia gambar lama yang pelanggan sudah luluskan dan wajib saya muat naik.
“Saya harap semua pihak jangan memaksa atau desak saya untuk cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Saya sendiri mahu mendiamkan diri. Doakan yang baik-baik,” katanya. Berkongsi lanjut tindakannya terus mengenakan tudung ketika, Amyra berkata, keputusan itu datang secara semula jadi dan tidak menolak mungkin sudah sampai serunya untuk dia bertudung sepenuhnya.
“Itulah yang ajaibnya, saya tiada niat langsung, tak dapat mimpi apa-apa dan keputusan itu datang secara semula jadi. Apabila balik daripada umrah, ada tetamu datang rumah, saya terus mengenakan tudung. “Ramai orang suka saya bertudung sebenarnya dan saya ambil itu sebagai kekuatan. Namun apa yang saya dapat di Makkah, biar saya saja tahu,” katanya.
Isteri kepada pelakon Amar Baharin itu juga lebih memilih untuk merahsiakan niat sebenarnya bertudung sekarang dan bersyukur mendapat sokongan daripada seluruh keluarga. “Orang jadi keliru itu saya tak dapat nak elak sebab mereka mungkin tak faham kerja saya. Biarlah ambil masa, apa orang nak kata, terpulanglah asalkan saya, suami, dan keluarga tahu, cukup. “Tiada paksaan daripada mana-mana pihak, tidak dirancang pun, dan hidayah itu datang secara tiba-tiba,” katanya.
‘Malu kongsi berita hamil’ – Amyra Rosli
“KALAU boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini,” kata pelakon Amyra Rosli yang kini hamil dua bulan. Amyra berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi berita itu terlalu awal namun menerima permintaan suaminya, Amar Baharin yang ingin mengumumkan perkhabaran gembira itu hari ini.
“Usia kandungan saya baru masuk dua bulan. Sebenarnya saya tidak mahu umumkan lagi tetapi mungkin sempena hari lahirnya hari ini, dia mahu memberikan sesuatu yang istimewa. “Kalau ikutkan saya, nanti dulu sebab masih di peringkat awal kemahilan,” katanya. Menurut Amyra, dia dijangka bersalin pada Februari tahun depan.
“Entah kenapa kehamilan kedua ini saya berasa malu untuk berkongsi dengan orang ramai berbanding kehamilan sebelum ini. “Doakan semoga kehamilan kedua ini dipermudahkan. Saya dan Amar tidak merancang tetapi rasanya sudah masa yang sesuai sebab anak sulung berusia dua tahun,” katanya.
Terdahulu, Amar yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 hari ini berkongsi khabar gembira di laman YouTube dan Instagram mengenai kehamilan kedua isterinya. Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi.
Elak lukakan hati suami
NAMA Amyra Rosli, 27, tinggalkan bekas mendalam terhadap peminat menerusi lakonannya dalam drama Nur. Lakonannya dalam drama itu membawa tuah yang bukan sedikit buatnya apabila diangkat sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).
Melangkah ke 2019, Amyra bakal kembali ke lokasi penggambaran musim kedua Nur bulan ini. Namun, ketika ini nama Amyra menonjol dengan drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu bergandingan dengan Fendy Bakry yang kini ditayangkan.
Amyra berkata, dia berpuas hati dengan lakonannya sebagai Alma Hakim yang berkahwin senyap-senyap dengan Raiyan (Fendi) ketika sama-sama belajar di luar negara. Amyra berkata, dia perlu berhati-hati untuk berlakon kerana bimbang boleh melukakan hati suami tercinta yang juga pelakon Amar Baharin selain menjaga status sebagai isteri dan ibu.
“Saya masih melakonkan watak baik dalam cerita itu tapi dalam konteks yang berbeza. Ikutkan drama itu sebenarnya menggambarkan kehidupan suami isteri. “Kalau kami tak ketengahkan suasana intm, lain pula jadinya. Untuk itu, awal-awal lagi saya minta kebenaran Amar untuk berlakon.
“Apabila di lokasi penggambaran, saya bercakap dengan pengarah Yusry Abdul Halim tak boleh buat apa-apa yang keterlaluan,” katanya. Ibu kepada Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun berkata, Yusry akur dengan permintaannya tetapi memintanya melakukan watak yang dikira ringan.
“Abang Yusry minta saya melakukan babak memeluk Fendy bagi menampakkan kami sebagai suami isteri. “Saya kena buat tapi bukanlah peluk erat-erat dan sekadar pegang bahu. Saya dah bagi apa yang boleh. Lagipun, saya tak nak pasangan pelakon saya rasa bosan manakala pengarah pula rasa susah bekerja dengan saya,” katanya.
Menurut Amyra, dia masih memberi apa yang diminta tetapi dalam caranya yang tersendiri. “Dalam drama itu pun ada babak yang memerlukan saya menari salsa dengan Fendy. Kami kena berinteraksi. Saya minta kebenaran Amar dan dia faham. Mungkin sebelum ini orang nampak saya dalam drama Nur dan dalam Kan Kukejar Cinta Kamu lain pula.
“Saya nak menjayakan dengan had tertentu. Ikutkan cerita sebenar drama ini memang ‘daring’ tapi dengan keizinan suami saya boleh buat watak itu dengan baik,” katanya. Menurut Amyra, dia beruntung kerana peminat tidak mengkritiknya dan jika itu berlaku, dia tidak mahu mempedulikannya.
“Mereka nampak saya baik dalam Nur tapi tak nak mereka nampak lakonan saya sama saja setiap masa. “Sekali-sekala saya nak juga bawa watak lain atau antgnis. Mungkin orang tak tahu situasi sebenar pembikinan sesebuah drama.
“Kita ada teknik kamera yang menampakkan babak itu seakan-akan realistik. Ada babak dalam bilik air yang nak tunjukkan tangan saya sedang mandi tapi sebenarnya dijayakan kru lelaki. Begitu juga babak kaki dalam selimut yang dilakonkan oleh kru,” katanya.
Bercakap mengenai Nur musim kedua, Amyra yang baru habis bercuti menyambut tahun baru di London mengakui belum mempunyai gambaran sebenar mengenai wataknya. “Persiapan dari segi lakonan memang saya buat sendiri. Untuk skrip pula, saya hanya baru dapat lima episod awal.
“Apa yang boleh dikatakan, Nur kali ini ada perbezaannya dan menarik untuk diikuti oleh penonton. Saya teruja dengan penampilan watak baru bertujuan menguatkan lagi cerita ini,” katanya. Seperti artis lain, Amyra turut mengambil peluang daripada populariti yang diraih dengan menceburi bidang perniagaan apabila melancarkan produk minuman kesihatan yang diberi nama Juzfit.
“Saya buat apa yang saya amalkan dan tujuannya untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain. “Perniagaan ini juga sebagai satu jaminan untuk masa depan. Tak selamanya saya akan berada di atas dan perlu bersedia awal. “Sekiranya terjadi apa-apa, sekurang-kurangnya saya masih bekerja mencari rezeki untuk anak,” katanya.
Tak sabar lihat anugerah terindah
Kurang dua bulan dari sekarang, pelakon jelita Amyra Rosli bakal melalui fasa baru dalam hidupnya apabila bakal melahirkan anak sulung hasil perkongsian hidup dengan pelakon Amar Baharin. Amyra yang terkenal menerusi drama bersiri Isteri Tuan Ihsan itu berkata, usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan dan dijangka bersalin hujung Oktober ini.
Setiap hari dia berdebar dan teruja menanti detik paling membahagiakan bagi seorang wanita apabila bakal bergelar ibu. “Peringkat awal kehamilan pastinya cabaran paling besar buat pasangan suami isteri. “Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa mengambil berat dan memastikan kandungan ini berada dalam keadaan sihat.
“Memang saya berdebar menantikan kehadiran cahaya mata sulung tatkala tarikh bersalin semakin hampir. Melihat keadaaan perut yang semakin besar dan pergerakan bayi dalam kandungan semakin kuat membuatkan saya tidak sabar melihat anugerah paling berharga ini.
“Ia adalah satu anugerah yang tidak terhingga dan pelengkap kepada kehidupan kami,” katanya. Biarpun tidak sabar menanti kelahiran anak pertama, sehingga kini pasangan itu belum mengumumkan jantina bayi dalam kandungan. Menurut Amyra, sebenarnya dia dan suami sudah mengetahui jantina anak namun belum bersedia mengumumkannya.
“Insya-Allah saya akan mengumumkan jantina anak pada majlis ‘baby shower’ yang bakal diadakan pada 9 September ini. “Ini kerana sebelum majlis terbabit saya akan melakukan pemeriksaan terakhir dengan doktor bagi mengetahui jantina sebenar anak,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan menyambut kelahiran anak sulungnya, Amyra berkata, Amar antara yang paling sibuk dan teruja menyediakan persiapan bayi itu. “Kalau diikutkan, segala kelengkapan barangan bayi yang lain semuanya sudah dibeli dan kini saya cuma menghitung hari untuk bersalin.
“Sebenarnya segala barangan Amar sudah sediakan senarainya. Jadi, saya tidak perlu risau kerana dia yang paling teruja setiap kali kami mengunjungi kedai barangan bayi,” katanya. Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016 dalam satu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kredit -
إرسال تعليق