Lama menyepi tiba tiba Rafidah Ibrahim dedahkan dia sempat nikah sebelum pkp 3.0. Rafidah Ibrahim dedahkan wajah suami buat warganet terkedu.
loading...

Pelakon Rafidah Ibrahim memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan Shahzemir Shahzulkarib sebelum perlaksanaan PKP di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Lama menyepi tiba tiba Rafidah Ibrahim dedahkan dia sempat nikah sebelum pkp 3.0. Rafidah Ibrahim dedahkan wajah suami buat warganet terkedu.

 


Majlis ringkas yang berlangsung pada 5 Mei (semalam) itu hanya dihadiri adik-beradik dan keluarganya sahaja. “Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang dah bayar untuk berbuka puasa di retoren Chef Wan sekali tiba tiba pkp pulak. Terkejut apa yang Chef Wan buat memang ramai yang tak sangka.
loading...


“Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan. “Hanya dihadiri adik beradik & keluarga terdekat sahaja. “Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yang sangat terhad,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.


Menerusi hantaran sama, Rafidah, 35, yang menyarung persalinan busana nikah kuning lembut turut berkongsi foto suaminya yang dirakamkan di sekitar kediaman mereka. Tambah Rafidah, dia meminta doa orang ramai agar jodoh mereka berpanjangan. “Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.

“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis akad nikah kami. “Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung,” tambahnya. Rafidah sebelum ini pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan dan merancang untuk berkahwin sebelum kedatangan Ramadan tahun ini.

Malah, mereka juga merupakan kenalan lama dan sudah mengenali satu sama lain sejak 10 tahun lalu. Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.


Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Saling Mengenali Lebih Daripada 10 Tahun. Fida Ibrahim Dedah Bakal Nikah Pada Mei Dan Kongsi Cerita Tentang Bakal Suami

Sebelum ini, pernah dikhabarkan bahawa Fida Ibrahim bakal bernikah pada awal bulan Mei ini. Fida Ibrahim,35 atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim berkata dia dan bakal pasangannya juga seorang ahli perniagaan dijangka bakal bernikah pada awal Ramdhan dan diharap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang oleh mereka.Jelasnya,

” Perancangan awal kami untuk majlis pernikahan, memang nak dibuat sebelum Ramadan tapi tak sangka tarikh diputuskan itu jatuh dalam bulan puasa. Jadi, kami akur dengan keputusan keluarga..” Syukur alhamdulillah, apa yang diharapkan semoga perancangan kami melangkah ke fasa berumah tangga, insha-Allah akan termakbul tidak lama lagi. Malah, majlisnya pun kami buat sederhana.” Sekarang pun masih lagi pandemik, jadi segala aspek penganjuran majlis termasuk perkahwinan kena mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan kami ikut mana yang terbaik,” jelasnya

Terang Fida, dia dan bakal suami juga pada mulanya nak adakan majlis nikah je, tapi semua ahli keluarga nak buat resepsi memandangkan dia anak bongsu.” Apapun, masih banyak urusan yang perlu kami berdua selesaikan dahulu dan bila difikir-fikir, pemilihan Mei itu adalah tepat. Biarlah semuanya lancar.” Persediaan dan persiapan pun saya buat biasa-biasa saja, tapi jika ada ahli keluarga dan sahabat yang mahu menambah apa-apa dirasa perlu, terpulang pada mereka,”

Sebelum ini, pada Januari lalu Fida mendedahkan dia sendiri yang memberanikan diri melayang pertanyaan lamaran kepada lelaki pilihannya kerana mereka sudah kenal lama.Masih merahsiakan identiti bakal pasangannya yang disebut-sebut ‘bekas pengurus’ sendiri, Fida berkata mereka saling mengenali lebih 10 tahun lalu.Ujarnya, bakal suami seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantu, termasuk Allahyrhm ibunya juga amat menyayangi lelaki berkenaan.

Kata Fida yang pernah membintangi drama Cinta Tikar Sejadah dan Setulus Janji, arwah ibunya juga merestui hubungan mereka sebelum meninggal dunia pada Mei 2017.Pernah membintangi filem Adik Manja Returns, Fida juga adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd dan dia pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.Lahir pada 4 Jun 1986, Rafidah juga merupakan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 dan sepupu kepada penyanyi wanita Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak bongsu daripada 12 beradik.Pada 2009, beliau membuat penampilan drama pertamanya menerusi drama seram komedi E-Toyol.com yang mana beliau memegang watak sebagai Ustazah Sarah dan seterusnya bergandingan bersama Farid Kamil menerusi drama Epilog Syurga Cinta.Fida pernah menjalin hubungan cinta dengan pelawak, Mamat Sepah namun hbungan mereka tidak kekal.

Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Fida Ibrahim Dedah Tarikh Pernikahan Yang Akan Berlangsung Tidak Lama Lagi

Dikhabarkan pelakon dan usahawan iaitu Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida akan bernikah pada awal bulan Mei tahun ini. Fida menjelaskan yang bakal pasangannya yang juga seorang ahi perniagaan dijangka bernikah dalam bulan Ramadhan dan diharap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Jelasnya lagi,”Perancangan awal kami untuk majlis pernikahan, memang nak dibuat sebelum Ramadan tapi tak sangka tarikh diputuskan itu jatuh dalam bulan puasa. Jadi, kami akur dengan keputusan keluarga.

Terangnya lagi, “Syukur alhamdulillah, apa yang diharapkan semoga perancangan kami melangkah ke fasa berumah tangga, insha-Allah akan termakbul tidak lama lagi. Malah, majlisnya pun kami buat sederhana.”Sekarang pun masih lagi pandemik, jadi segala aspek penganjuran majlis termasuk perkahwinan kena mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan kami ikut mana yang terbaik,”

Kata Fida, dia dan bakal suami juga pada mulanya mahu mengadakan majlis nikah sahaja, tapi semua ahli keluarga ingin mereka membuat resepsi memandangkan dia anak bongsu.”Apapun, masih banyak urusan yang perlu kami berdua selesaikan dahulu dan bila difikir-fikir, pemilihan Mei itu adalah tepat. Biarlah semuanya lancar.”Persediaan dan persiapan pun saya buat biasa-biasa saja, tapi jika ada ahli keluarga dan sahabat yang mahu menambah apa-apa dirasa perlu, terpulang pada mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada Januari lalu Fida mendedahkan dia sendiri yang memberanikan diri melayang pertanyaan lamaran kepada lelaki pilihannya kerana mereka sudah kenal lama.Masih merahsiakan identiti bakal pasangannya yang disebut-sebut ‘bekas pengurus’ sendiri, Fida berkata mereka saling mengenali lebih 10 tahun lalu.Tambahnya lagi, bakal suami seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantu, termasuk Allahyarham ibunya juga amat menyayangi lelaki berkenaan.

Kata Fida yang pernah membintangi drama Cinta Tikar Sejadah dan Setulus Janji, ibunya juga merestui hubungan mereka sebelum pergi buat selamanya pada Mei 2017.Pernah membintangi filem Adik Manja Returns, Fida juga adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd dan dia pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Ada Individu Yang Mengajak Berkahwin Serta Tawarkan Jumlah Wang Yang Agak Besar. Sekali Ini Respon Jujur Dari Fida Ibrahim

Lumrah lah bakal pengantin akan melaluipelbagai dugaan sebelum masuk ke alam perkahwinan. Jelas usahawan dan pelakon,Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida,35 telah mendedahkan perancangan perkahwinannya tidak lama lagi.

Menerusi perkongsiannya di IG,dia memaklumkan seorang lelaki ini menghantar mesej peribadi kepadanya untuk mengajak berkahwin serta tawarkan jumlah wang yang agak besar.Menolak dengan cara baik, Fida memohon maaf kepada lelaki itu dengan mengakui dia sudah bertemu pilihan hati sendiri dan tidak memerlukan tawaran berkenaan.

“Maaf, saya dah ada imam pilihan saya sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih di atas niat suci awak itu. Saya dah ada pilihan hati saya, Insya-Allah.”Sebelum salah faham, biar saya jelaskan sudah beberapa kali jadi macam ini, sampai ada yang nak cari famili. Bila dah ‘accept’ di DM, rupanya jadi panjang lebar,” katanya.

Jelas Fida, dengan perkongsuan dibuat itu dia kini berharap takkan ada lagi mesej sebegitu yang akan diterimanya di media sosial.”Tak lama lagi sahaja majlis saya akan berlangsung. Insya Allah, doakan yang terbaik,” katanya.Mengikut perancangan, Fida dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan dijangka akan mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.

Ketika aktif berlakon dulu, Fida pernah membintangi drama antaranya Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu dan Setulus Janji, termasuk filem seperti Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns.

Lepas Tular Tentang Gosip Dengan Mamat Sepah Kali Ni Fida Dedah Dia Ditawarkan Duit Puluhan Ribu Oleh Individu Ini Kalau Fida Nak Jadi Isteri Dia. Sekali Ini Respon Fida Buat Warganet Terkedu.

Agaknya sudah lama tidak melihat pelakon manis Rafidah Ibrahim muncul di kaca televisyen. Pelakon drama Epilog Syurga Cinta ini pernah dikatakan mempunyai gosip menjalin hubungan cinta dengan pelawak Mamat Sepah dan baru-baru ini juga mereka saling bertanyakan khabar.

Terbaru, Rafidah menerusi postingnya di laman Instagram berkongsikan dia menerima mesej dari orang yang tidak dikenalinya. Mesej tersebut seolah menawarkan pelakon ini dijadikan sebagai isteri dan dikatakan menawarkan sejumlah wang kepadanya.


Rafidah memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya melalui DM Instagram. Tangkap layar tersebut menawarkan wang ringgit yang banyak sekiranya Rafidah sudi menjadi isteri mereka. Tambah pengirim tidak dikenalinya itu, dia berasa jatuh cinta apabila melihat gambar telatah Rafidah.



loading...


Terdahulu Rafidah berterima kasih kepada individu berkenaan sekiranya niat dia benar untuk memperisterikan pelakon ini. Namun bagaimanapun, Rafidah memaklumkan dia sudah mempunyai pilihan pasangannya dan majlis akan berlangsung tidak lama lagi.

Alhamdulillah. Terima kasih atas niat suci awak tu. Saya dah ada pilihan hati saya, InsyaAllah. Sebelum salah faham, biar Fida jelaskan. Dah beberapa kali jadi macam ni sampai ada yang nak cari family. Bila dah accept di DM, rupanya jadi panjang lebar. Harap dah tak ada lagi lepas ni ok. Tak lama je lagi majlis Fida akan berlangsung, InsyaAllah. Doakan yang terbaik.

Sumber: Rafidah Ibrahim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: OHBULAN

Pernah Bercinta Tapi Tiada Jodoh. Lama Menyepi Tiba Tiba Fida Tampil Bersuara Dedahkan Kisah Silam Dengan Mamat Sepah Siap Kongsi Perbualan Wassap Lagi.

Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, berkongsi bingkisan perbualannya di WhatsApp bersama kenalan lama yang juga pelawak, Mamat Sepah. Menurut Fida, perkongsian dibuatnya di Instagram itu menunjukkan bahawa dia dan Mamat profesional serta menghormati di antara satu sama lain sebagai kenalan lama yang pernah rapat dahulu.

“Saya dan Mamat, kami tidak pernah bermusuh pun selama ini. Cuma, kami selesa membawa haluan masing-masing kerana menghormati perasaan pasangan dan pandangan masyarakat. Cuma, baru-baru ini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami ada berhubung di WhatsApp bagi bertanya khabar. Selain, Mamat juga mendoakan hari bahagia saya nanti.

“Pada majlis pernikahan Mamat dan isteri, Nordiana tahun lalu, saya tak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan. Tapi, sebagai rakan artis dan saling kenal, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Fida lagi, tiada salah juga untuk mereka bertanya khabar sesama rakan artis. Malah, ujarnya semoga silaturahim kita sentiasa terjaga dan dipelihara oleh Allah SWT. Terdahulu, pada awal Januari lalu, Fida turut berkongsi khabar gembira yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tidak lama lagi.

Menurut Fida,  dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini. Ujarnya lagi, mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Malah, Fida menyifatkan calon suaminya seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Walaupun Pernah Hancurkan Nama Dia Dulu. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Mamat Tampil Bersuara Bongkarkan Cerita Pasal Kumpulan Sepah. Tergamam Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Antara Mereka.

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib lebih kurang 10 tahun yang lalu. Menurut Mamat, dia mengakui kehilangan sahabat baik amat perit baginya namun tetap akur dengan segala yang terjadi.

“Dalam dunia ni, ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan marah iaitu Jep. “Pada pandangan orang luar ye memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kitaorang bertahun keluar tv non-stop. “Tapi bila kita brbalah pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.

“Bila saya kehilangan kawan saya tu, saya dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam diorang ni. Mereka terlampau baik dalam hidup saya,” katanya. Kisah tersebut dikongsikan oleh Mamat menerusi program bual bicara, Rumah No 107 yang disiarkan di saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengakui dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sepahtu meski dia pernah menganggotai kumpulan lain sebelum ini. “Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengapi-apikan tapi saya tidaklah mahu menyalahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah bertengkar atau bertumbk. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya. “Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka.

“Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” jelasnya lagi. Pada masa sama, Mamat turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah berdendm atau menyimpan perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu.

“Bagi saya mereka tiada dosa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka pergi menghadap illahi mereka bagi tahu isteri mereka ada dosa dengan Mamat. Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda dosa dengan aku. “Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hancurkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang pergi menghadap illahi nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.

“Sebab kita pernah janji kita nak pergi sanma-sama. Kau pergi aku duduk sebelah kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya jujur. Mamat, Jep dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepah ketika menyertai program Raja Lawak musim ke-3.

Bagaimanapun, Mamat telah disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 2012 atas sebab-sebab tertentu. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkahwin dengan anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu pada 1 Mac lalu.

Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018. Sepah (kumpulan pelawak) Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi

rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin), Shuib (Shahmira Muhammad) dan Mamat (Mohd Noor Murad). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Jep pula berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada 2017

Sejarah Awal. Jep dan Mamat terlebih dahulu berkawan semasa sama-sama masih bersekolah di SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya, Johor. Jep dan Shuib pula berkenalan sewaktu bertemu di ujibakat AF 4 tetapi tidak terpilih.

Persahabatan mereka berlanjutan hingga sama-sama bekerja sebagai Ramp Agent untuk Air Asia bersama-sama Shuib. Disebabkan ingin melengkapkan kumpulan mereka, Jep mencadangkan rakan lamanya Mamat yang seorang kaki lnggr.

Shuib sebelum bertemu Jep, dia berkenalan dengan Mawi sebelum juara AF 3 itu menjadi selebriti semasa dia masih bekerja sebagai dj di restoran dimana Shuib sering berkaraoke. Asalnya masing-masing minat menyanyi dan mahu

menjadi penyanyi tetapi disebabkan mendapat nasihat yang syarikat rakaman mahukan rupa paras yang menarik, mereka pun mengubah hala tuju dengan memilih platform Raja Lawak untuk memasarkan bakat mereka dan percubaan itu akhirnya menjadi apabila mereka ditabalkan Raja Lawak musim ke 3 dan kumpulan pertama menjuarai pertandingan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

Mamat Dan Isteri Macam Langit Dan Bumi. Mamat Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Rumahtangganya. Terkedu Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Dalam kalangan dunia hiburan lawak tempatan, Mamat Sepah adalah antara pelopor kepada kumpulan lawak yang mula mendapat tempat di hati masyarakat. Bersama Shuib dan Jep, Mamat mula menempa nama menerusi kumpulan lawak Sepah sehingga beberapa kali memenangi pertandingan sebelum mereka akhirnya berpecah.

Di antara ketiga mereka, Mamat yang paling lambat berkahwin. Bertarikh 2 Mac lalu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Muradakhirnya menamatkan zaman bujang apabila sah bergelar suami kepada Nordiana Ibrahim.

Menariknya, isteri Mamat adalah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dikenali sebagai Diana Ibrahim. Dalam perkongsian di Instagram baru-baru ini, Mamat berkongsi bagaimana karektor berbeza antara mereka dengan mengusik isterinya dapat menerima lelaki ‘rock’ sepertinya.

” Macam langit dan bumi.. di sudut hati isteri saya mesti mikirkan nape la laki dia macam ni. ” Mesti dia tak penah terpikir akan berkawin dengan lelaki rambut panjang macam saya.. yela sekeliling kat tempat kerja dia sume orang yang smart dan berdisplin,

” Balik je umah jumpa laki rambut mcm orang kat pagar besi, kadang yang kat pagar besi tu lagi smart dari laki dia.. ” Dia kna terima hakikat kahwin dengan rockers sejati.. Sape sruh awk terima pinangan saya dlu?? ” Padan muka ko dapat laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan apa-apa.. yang penting? Tolong sambung..” akhiri Mamat

Mamat suka simpan rambut panjang sejak remaja. Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak apabila pernah bergandingan bersama Shuib dan Jep sebagai satu kumpulan lawak Sepah, namun kecintaan Mamat terhadap muzik rock tidak dapat dinafikan.

Penampilannya kini yang selesa berambut panjang sebenarnya bermula sejak zaman muda remaja lagi. Mamat turut pernah berkongsi gambar sekitar tahun 2005 ketika dia bersama rakan termasuk Jep Sepahtu pergi menonton konsert kumpulan rock terkenal, Search di Melaka.

” Ni zaman kami budak2 kulai dan senai keje kilang surat kabo NSTP.. Zaman ni dlm kepala asik pikir camne nk populer cam kumpulan search..apa yg ptot kite buat supaya nmpak lain dri lain.. ” Masa ni umur saya dgn jep 20 tahun..gambo di amik masa tahun 2005 bru balik dri konsert search kt melaka.. Hari2 mengelamun klu la satu hari nanti dpt jmpe kumpulan search lepas tu perfome dgn dorg atas pentas msti gempak beb..

” Time ni hari2 saya selalu ckp kt mmber2 satu hri nanti wa jd artis…hari2 gak kna gelak kan dgn mmber2 sbb dorg kata aku x btol …tahun 2008 aku hentikan gelak ketawa dorg..dorg harus bergelak tgk kami di kaca tv.. ” Dari dlu aku mmg slalu set kt kepala IMPIAN BIAR LA SEPERTI MELASTIK SAMPAI KE BINTANG KEJORA..” tulis Mamat

Jodoh Lewat Tetap Bersyukur

BERTEMU jodoh pada usia 35 tahun dirasakan sudah lewat bagi pelawak Mamat Sepah. Bukan tidak bersyukur dapat bergelar suami tetapi memikirkan umur yang meningkat. Apatah lagi, melihat kebanyakan rakannya sudah memiliki anak terutama dua anggota Sepah iaitu Jep dan Shuib yang masing-masing kini bergelar bapa.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad melangsungkan pernikahan Ahad lalu dengan wanita pilihan, Nordiana Ibrahim, 34. Bertemu jodoh dengan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Mamat berkata, dia memilih wanita kelahiran Lahad Datu, Sabah itu sebagai teman hidup.

Masih aktif dalam kerjaya sebagai pelawak sepenuh masa, Mamat berkata, dia juga belum terfikir untuk menceburi perniagaan secara serius. “Berniaga kecil-kecil itu adalah, tetapi untuk fokus lebih jauh seperti dilakukan kebanyakan rakan selebriti saya yang lain, rasanya belum benar-benar berminat.

“Namun, Alhamdulillah setakat ini rezeki saya masih ada dalam bidang lawak. Jika tiada aral, untuk tahun ini saya akan terbabit dengan beberapa program lawak di TV,” katanya. Ditanya mengapa dia dilihat seakan menyepi, Mamat berkata, untuk program TV dia memang jarang muncul sebelum ini tetapi, kini cabang platform sudah pelbagai.

“Walaupun untuk program TV, saya tidak selalu muncul tetapi untuk platform digital memang banyak aktiviti. ANGGOTA polis menjadi pilihan Mamat. ANGGOTA polis menjadi pilihan Mamat. Jadi, selama ini saya tak pernah sepi.

“Ditambah, dengan nama Sepah itu sehingga kini ramai yang kenal saya. Selalu saja saya ditegur di mana saja berada. Itu bermakna jenama Sepah sangat kuat,” katanya. Mengulas hubungan persahabatan dengan Jep dan Shuib, anak jati Kulai, Johor itu berkata, mereka masih lagi rapat dan baik seperti dulu.

“Tak ada yang berubah pun dalam persahabatan kami. Selalu saja saya, Jep dan Shuib bertanya khabar termasuk berjumpa jika kami ada kelapangan masa. “Kami datang dari negeri sama iaitu Johor. Malah, saya dan Jep berasal dari kampung yang sama. Buat apalah kami nak brbalah atau masam muka.

“Masing-masing pun, sekarang sudah ada keluarga. Jadi, saya yakin kami bertiga semakin matang dalam pemikiran kerana umur pun dah banyak,” katanya. Berbicara perkembangan kerjaya seninya, Mamat berkata, dia akan sibuk dengan aktiviti rakaman program lawak disertainya.

Ditanya mengenai perancangan bulan madu dan cahaya mata, Mamat berkata, dia dan isteri belum berfikir untuk destinasi percutian mereka. Begitu juga soal anak. Menurut Mamat, anak adalah rezeki kepada pasangan suami isteri. Justeru, untuk dia dan isteri, semua itu diserah pada ketentuan Allah SWT. Pada majlis perkahwinannya baru-baru ini, Mamat memilih untuk mengikut cara dan adat kampung sebagai memenuhi permintaan bapa, Murad Ayob, 75, dan ibunya, Masinah Ahmad, 68.



Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post