Permohonan maaf yang dibuat penyanyi Iman Troye semalam, telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad. Hantaran yang dibuat Iman telah mendapat lebih 127 ribu tanda suka dengan 6,578 komen termasuk beberapa daripada golongan selebriti.
Namun yang paling menarik perhatian ialah teguran dan nasihat daripada Sharnaaz yang berpesan agar Iman tidak mengulangi perbuatannya.
ARTIKEL MENARIK:Warganet asyik cari salah orang rumah dia je kena. Tak boleh berdiam akhirnya Pu Riz bongkarkan kisah sebenar pasal kes naik kereta sampai 4 orang.
“Orang Malaysia ni mudah, mintak maaf kemudian dimaafkan, mohon sedekahkan al- Fatihah buat yang telah gugur dalam Covid ni..“Jangan buat lagi sudahlah… Muda lagi… Suara sedap. Teruskan nyanyi, nak duet roger, abang boleh rap tau, jangan gelak nanti abang marah!“ Tunjuk bakat kita, jangan tunjuk shempoi…ok selesai sekarang ni kita beralih semula kepada abang Din,” tulisnya.
Terdahulu Iman dikritik teruk kerana dianggap tidak sensitif apabila memuat naik ciapan sindiran mengenai angka kes positif yang semakin tinggi di Twitter miliknya, Ahad lalu. Bagaimanapun Iman telah memohon maaf dan menyedari kesilapan tersebut dan mengakui dirinya tidak sensitif. Menerusi permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram (IG) semalam Iman turut memberitahu dia tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.
“Saya ingin mohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya mula sedar kesilapan ini selepas memuat naiknya. Ciapan itu sangat mengelirukan dan saya mengakui perkara itu. “Apa yang saya lakukan tidak sensitif. Saya sepatutnya lebih peka berkaitan hal ini. Saya tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak,” katanya. Iman turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegurnya dan akan belajar daripada kesilapan.
“Saya tidak terdetik untuk melukakan sesiapa terutama kepada petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan kerana Covid-19. “Saya ingin mohon maaf. Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan ini. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. “Terima kasih kepada semua yang menegur. Saya akan cuba jadi lebih baik, Insha-Allah,” katanya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Rasa Gembira Bila Kes Harian Cecah Angka 7k. Teruk Iman Troye Dikritik Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Sound Iman Troye. Memang Win Betul Ayat Dia.
Nama penyanyi baru Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin kembali menjadi sebutan selepas ciapannya di Twitter berkenaan dengan jumlah kes positif pandemik mendapat maklum balas negatif warganet. Hal ini kerana selebriti yang popular dengan lagu Teman itu meluahkan rasa ‘gembira’ apabila kes harian mencecah angka 7,000 kelmarin.
Nama trending teruk kena kritik
Disebabkan keterlanjurannya menulis ciapan tersebut di laman sosial, dia telah teruk dikritik warganet kerana dianggap tidak sensitif lebih-lebih lagi mereka yang telah kehilangan orang tersayang disebabkan wabak covid 19 ini. Nama Iman Troye juga trending di Twitter dan dia juga telah memadam ciapan tersebut dan menyahaktifkan akaun peribadinya.
“Tolong jangan bagi aku jumpa dia”
Susulan daripada itu, seorang pelakon popular, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik kembali status yang dibuat oleh Iman Troye itu dengan memberi ‘nasihat’ kepada artis baru berkenaan. Dia yang menyuarakan rasa bengang dengan tweet Iman itu memaklumkan di IG story bahawa disebabkan tindakan kurang bijak seperti itu, habis semua artis termasuklah selebriti senior teruk dikritik warganet di media sosial.
Jadi, dia berharap agar tidak bertemu dengan penyanyi itu buat masa ini kerana kerana berasa geram melihat tindakan kurang bijak seperti itu. Pada 23 Mei 2021, kes harian positif Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu dengan 6,976 kes. Hal ini pastinya membuatkan banyak pihak berasa gerun dengan gelombang peningkatan yang hampir mencecah 7,000 kes.
Jadi, Iman Troye antara individu yang meluahkan rasa bimbang di media sosialnya namun dia tersilap langkah kerana ciapan sekaan sarkastik dibuatnya menyentuh sensitiviti ramai pihak. Setakat ini, penyanyi tersebut belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjernihkan keadaan.
Sumber: Twitter, Sharnaaz Ahmad
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Tular Foto Sharnaaz Ahmad Dengan Azira Shafinaz. Ramai Yang Mengatakan Sharnaaz Ahmad Dah Jumpa Pengganti.
Meskipun bekas isterinya selamat melangsungkan perkahwinan bulan lalu, aktor Sharnaaz Ahmad tenang dan bahagia menjalani kehidupan bersama anak mereka Jebat Jayden. Terbaru, timbul pula dkwaan mengatakan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad telah bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hati.
Menerusi laman sembang Cari, sebuah paparan skrin InstaStory milik Sharnaaz dikongsi memaparkan aktor drama Cinta Bukan Kristal itu bergambar m3sra bersama aktres Azira Shafinaz. Berdasarkan gambar di InstaStory tersebut, Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Azira yang juga ahli kumpulan DeFam, disertakan emoji ‘k!ss’ kerana memberikan hadiah pelitvp muka.
Sebelum ini, aktor berusia 36 tahun itu juga pernah memuat naik sebuah posting sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September lalu.Selain itu, ada juga beberapa pengguna laman Twitter berharap agar pasangan pelakon yang pernah bergandingan dalam drama Isteri Mister! itu akan bertemu jodoh satu hari nanti.
Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun mengambil kepvtusan untuk berpisah pada Julai tahun lalu. Malah pada tahun lalu, media tempatan turut melaporkan bahawa Azira sedang bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan. Bagaimanapun, tdak diketahui status terkini tentang hubungan mereka.
Namun sehingga artikel ini ditulis, tiada pengesahan lanjut daripada Sharnaaz dan Azira mengenai spekulasi berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : trendingkini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Lepas Tular Tentang Khabar Angin Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah. Dalam Diam Rupanya Sampai Macam Ni Luahan Sharnaz Ahmad.
KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.
“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin). “Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.
“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa. Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.
“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia. “Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya. Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah. Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Tular Tentang Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah Esok. Tak Boleh Berdiam Sekali Tuan Badan Sendiri Tampil Bersuara Komen Pasal Isu Ini. Sampai Macam Ni Sekali Respon Noor Nabila.
Kontroversi hubungan Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular, Neelofa semakin panas apabila ada yang mengatakan dia bakal dinikahkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin esok.Wow, adakah ini benar? Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia. Hubungan Nabila menjadi rapat dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.
“Minta maaf, saya tidak boleh komen..” Demikian jawapan ringkas kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor mengulas desas-desus dipercayai diperkatakan warganet mendakwanya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal diijabkabulkan, esok.
“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. “Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.
Mereka juga dikatakan keluar bersama apabila Engku Emran sendiri berkongsi gambar yang menunjukkan bayangan wajah Nabila di dalam kereta bersamanya. Well, tiada kata putus daripada kedua pihak, sama-sama kita nantikan! Apa pun moga yang terbaik buat kedua mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: Bharian
Ramai Yang Terkejut Bila Engku Emran Muat Naik Foto Dalam Kereta Dan Nampak Noor Nabila Ada Sekali. Warganet Nak Komen Tapi Ini Yang Enku Emran Buat.
Khabar angin tentang hubungan cinta antara kakak selebriti terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran bertiup semakin kencang. Ia berikutan akhbar Harian Metro pada 11 Mac 2021 melaporkan bahawa Nabila belum bersedia membuka mulut tentang kisah itu, namun tidak pula menafikannya.
Malah pada 12 Mac 2021, Engku Emran melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran. Foto yang dikongsikan itu menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan. Namun menariknya, pantulan daripadan skrin tersebut menunjukkan kelibat Nabila berada di dalam kereta berkenaan.
Engku Emran sekadar menulis ringkas di ruangan caption:- “Choppy until you came along” Bagaimanapun ruangan komen untuk perkongsian tersebut telah ditutup. Hmm, nampaknya memang ada ‘sesuatu’ antara mereka. Kami di Hot FM mendoakan semoga berita baik akan disampaikan oleh kedua-dua mereka ini.
Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun perkahwinan itu berakhir pada Julai 2020. Engku Emran pula pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama selebriti terkenal Erra Fazira, dan juga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Bagaimanapun, kedua-dua ikatan perkahwinan berkenaan berakhir dengan perpisahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : hotfm
Hangat Diperkatakan Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Bertunang. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Noor Nabila Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu.
Hangat diperkatakan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran, kakak kepada selebriti iaitu Noor Nabila akhirnya tampil membuka mulut meminta agar diberikan ruang. Nabila berkata dia akan berkongsikan lebih lanjut apabila tiba masanya nanti dan berharap permintaannya itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.
“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.
Kata Nabila lagi, dia belum bersedia bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya kepada umum kerana ketika ini anak tunggalnya, Jebat Jayden adalah fokus utamanya. “Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.
Kredit: Harian Metro
Gosip Tentang Cinta Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Tersebar Hingga Ke Indonesia. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Kata Kata Noor Nabila Kepada Semua Yang Tertanya Tanya.
Belum cukup sehari, kisah cinta antara Noor Nabila, 37, dan Engku Emran, 46, mula mendapat perhatian warganet di negara seberang, Indonesia. Sejak semalam, spekulasi hubungan Noor Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami Laudya Cynthia Bella itu tular dalam pelbagai platform media sosial terutama aplikasi TikTok.
Malah, ada juga pengguna TikTok yang membuat kenyataan mendkwa Noor Nabila dan Engku Emran sudah bertunang. Tangkap layar salah satu akaun TikTok yang memuat naik gosip Noor Nabila dam Engku Emran. “Engku Emran iaiatu mantan(bekas) suami Laudya dikhabarkan sudah bertunang,” tulis salah seorang pengguna TikTok @adnan_ri.
Tuan badan masih mengunci mulut
“Buat masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen,” demikian kata Noor Nabila mengenai dakwaan dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan mengesahkan berita itu yang tulr di media sosial sejak hari ini.
Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir. Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan warganet apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.
Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram. Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun berpisah Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemlut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Terdahulu, hasil perkahwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.
Meskipun khabar angin tentang hubungan mereka sudah tersebar luas, kedua-duanya masih belum membuka mulut untuk mengesahkan mahupun menafikan spekvlasi tersebut. Kosmo! semalam melaporkan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu mengundang teka-teki apabila did4kwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.
Khabar angin tersebut tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila baru-baru ini. Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.
Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun disahkan berpisah pada pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.
Sementara, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.
Kemudian pada 8 September 2017 dia mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian berpisah sekitar bulan Jun 2020. Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:http://trendingsangat.pw/
Tular Tentang Sharnaz Baru Selesai Operasi Semalam Tiba Tiba Noor Nabila Tampil Bersuara Bagi Komen Macam Ni. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Komen Noor Nabila.
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani operasi sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani operasi itu.
“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat operasi. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah cairan merah sikit. “Saya tak boleh cakap lama, cairan merah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakt,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir. “@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.
“@acheykintangkintung: Selamattt matttt. “@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan cairan merah tu, nanti cepat cairan merah tu berhenti. “@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada cairan merah hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu. “@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin,” antara komen-komen yang ditulis.
Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar. “Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin,” kongsinya di Instagram Stories. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : -CARI via
إرسال تعليق