FOTO SEKADAR HIASAN Fot0 sekadar hiasan. Nama aku Nelisa. Ini bukan nama sebenar. Catatan aku kali ini hanya ingin berkongsi kehidupan aku sebagai seorang wanita.
Kalau sesiapa triggered, aku mohon maaf dahulu kepada kalian. Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak dahulu memang aku tidak rapat dengan keluarga aku. Aku pelajari kesilapan dari pengalaman aku sendiri. Tiada siapa mengendah apatah lagi menasihati.
ARTIKEL MENARIK:Wanita ni makan hati gara gara suami lebih suka berbuka puasa di luar dengan kawan dan tinggal kan anak dan isteri dirumah. Terkejut alasan yang suami bagi memang tak masuk akal.
Sifat aku yang polos dan lurus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan. Setelah aku peroleh Ijazah, aku terus ditawarkan pekerjaan di salah sebuah Bank terkemuka di Kuala Lumpur. Menjadi seorang eksekutif muda, aku banyak pelajari sendiri kehidupan. Aku pindah keluar dari rumah keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dengan talam dua muka keluarga sendiri.
Tembelang suami pecah lepas nikah
Sehingga aku bertemu dengan seorang lelaki, dari perwatakan memang cukup solat dan baik. Aku yang memang tiada rasa kasih sayang dari keluarga, terus menerimanya dengan hati yang terbuka. Tapi malangnya selepas berkahwin, selepas sahaja akad nikah, perangai tembelangnya pecah. Rupanya sikapnya selama ini adalah penipuan semata-mata, dia marah kepada aku kerana tidak menyediakan hantaran telefon bimbit seperti yang dia mahukan.
Hanya kerana tiada hantaran henfon
Dia juga membandingkan aku dengan kakak iparnya, waktu abangnya berkahwin, kakak iparku menyediakan hantaran yang mewah. Aku mengatakan, aku memang bukan seorang yang kaya. Dan dia juga bukan dari keluarga yang senang, sebab itulah aku tidak meletakkan sebarang hantaran kerana ingin memulakan hidup bersamanya.
Tiada malam pertama, lari ke rumah kawan
Tapi aku tidak menyangka kerana tiada hantaran mewah, aku diperli dimarah oleh keluarga mertua aku. Aku hairan dengan manusia ni. Mereka pun hidup di PPRT sahaja. Tetapi demand melebihi orang kaya. Setelah kecewa dengan tingkah lakunya, aku tidak menuruti dia pulang ke rumahnya. Ya! hari pertama perkahwinan dan masih tidak sempat disentuh olehnya, aku melarikan diri ke rumah kawanku.
Dihalau kerana ‘memalukan’ keluarga
Keluarga aku hanya bertepuk tangan dan menghalau aku keluar kerana memalukan keluarga. Tapi bagi aku tidak mengapa. Dari aku hidup dengan lelaki sebegitu. Aku terus failkan perpisahan. Sehingga staff disitu hairan apabila melihat tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu.
Suami tidak mahu datang ke mahkamah walaupun sudah dihantar surat saman sebanyak tiga kali. Dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku ingat perkataan hinaan dia kepada aku, aku kuatkan semangat. Aku offerkan RM5000 sebagai ganjaran untuknya untuk melepaskan aku. Dah nama gold digger, pasti akan menerima walaupun hanya RM5000.
Janda berhias , ditalak satu
Tertalaklah satu sebagai janda berhias. Aku terus meminta ditukarkan ke cawangan Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru. Rupanya, masih tidak cukup dugaan aku alami. Kerana berstatus Janda, aku kerap diganggu. Boss aku sendiri kerap menghantar mesej tak senonoh, dan aku adukan kepada HR, tetapi tiada tindakan. Isterinya datang ke cawangan dan memarahi aku. Subhanallah, patutlah ramai wanita sanggup jadi punching bag dari jadi Janda, sebab dugaan sebagai golongan J ini amatlah besar. Aku terus berhenti kerja dan membawa diri ke negeri lain.
Travma dengan perkahwinan
Sehingga sekarang aku menyendiri. Trauma dengan lelaki cukup tinggi. sehingga sekiranya kawan aku ingin berkahwin, aku akan jadi sinis. Aku terlalu berasa negatif kearah perkahwinan dan selalu menasihatkan wanita lain supaya tidak berkahwin. Aku selalu mengikut confession di IIUMC. Rupanya ramai yang senasib dengan aku. Dan ada yang begitu kuat untuk tidak berkahwin kerana takut dengan lelaki zaman sekarang. Ya, Aku faham perasaan mereka.
Hidup aku sekarang, masih tiada hala tuju. Umur sudah masuk 30 an, ibarat yatim piatu tiada keluarga. Aku nasihatkan yang mana ingin berkahwin, kenallah dulu pasangan dan keluarganya sebaik mungkin. Jangan percaya kononnya cinta lepas kawin baru nak kenal.
Tak! zaman sekarang kita kena lebih berhati-hati. Aku taktahu apa jadi dengan masa depan aku, tetapi aku berharap para pembaca dapat doakan aku semoga aku menjadi terus kuat tanpa menoleh kebelakang lagi. Sekian coretan dari aku.
Reaksi warganet
Perkongsian Nelisa ternyata mendapat reaksi terkejut dari pembaca. Siapa sangka, pernikahannya berakhir hanya kerana tiada hantaran telefon bimbit. Lihat apa kata mereka. Maizura Madzalan –Wow!! Hebat sangat lari from day 1! Tahniah!! Aku doakan confessor dimurahkan rezeki kasih sayang yang melimpah ruah dan bersangka baik dengan perancangan Allah. Amin!!
Ainiey Ariffin –Jenis jantan tak tahu malu. Padahal dok kat PPRT je pon..Demand macam2. Nak beli sendiri la.. Dasar tak sedar diri. Geram pulak aku. Aien Shien –Acahnye etak hang tu nak demand hantaran mahal.. Weyhh sedaq diri sikit weyh dia tu pon miskin. Eh aku pulak panas hati… Takpa hang sabaq. One day nanti hang jumpa lah someone yang terbaik untuk hang. Naseb laa hang tinggai dia. Kalau tak entah apa lagi yang dia nak kikis dari hang.
Rose Mimie –Awak seorang ekskutif bank. Cari lelaki budiman memang susah. Jika takdir hidup awak tanpa zuriat, saya cadangkan awak buat wakaf. Tak semesti nya ada bangunan dan tanah kita boleh wakaf untuk bina masjid. Boleh juga sejumlah wang disertakan dengan sayaarat tujuan dibina masjid/ tahfiz kerana Allah. Yang berkahwin ada zuriat di doakan anak soleh. InsayaaAllah, awak juga boleh memperolehi pahala berterusan lebih lagi.
Rinn Hanis –Dahsyat lelaki tu, dia pulak minta hantaran mewah2 kt pompuan. Baik laki camtu jadi pndan ja. Dasar lalaki tak guna bet0i. Tapi memang betul apa confessor bagitau, zaman sekarang tak de ye istilah bercinta lepas kahwin. Kalau ada lelaki datang melamar, jangan smeberono terima nak kahwin terus, bagi peluang diri kita taaruf dulu.
Kenal dulu sifat dia, karakter dia camna. Klau depan kita tunjuk baik, tak salah untuk siasat tanya kawan2 ka atau kenalan rapat tentang diri calon yang akan kita kahwini tu. Kepada confessor, ye anda travma tapi jangan sesekali pandang sinis kat orang yang nak kahwin dan jangan sesekali nasihat orang lain supaya jangan kahwin .
Tu ujian anda, tak semestinya sama dengan orang lain. Sama2 doakan yang baik2 untuk satu sama lain. Semoga confessor dipermudah urusan dan jumpa jodoh yang terbaik. Tapi hidup dibuang keluarga tu memang sakit jugak nak telan tu… Huhu
Qistina Eiyka Teh – Tak betul puny jantan. Ingat kita ni kerja cop duit ke walaupun keje bank. Sendiri pun makan pagi kais pagi, makan petang kais petang lagi mau demand! Jantan macam tu elok humban dalam t0ng sampah je.
Jangan risau awak, jadi janda ni tak semestinya akan janda selamanya. Awak just enjoy je dengan life awak sekarang ni. In shaAllah satu ari nanti Allah akan hadirkan seseorang untuk temani awak hingga ke hari tua. Jangan hidup bertemankan tksik dalam kehidupan, kelak kita yang merana.
Better being single first. Kenal diri abis2 dlu. Beside awak pun ada kerje yang kukuh, jadi jangan risau. Kenal seseorang tu biar habis-habisan. Jumpa mak bapak kenal betul2. Jangan disebabkan awak rasa awak kurang kasih sayaang then awak terima je sapa2 yang hadir dalam hidup awak. Semua tu tak menjaminkan kebahagiaan. Bahagiakn diri sndiri dulu. Ada msalah mengadulah pada Allah. Dan last, saya doakn awak temui insan yang akan mmberikan kebahagian hingga ke syurga buat awak. In sha Allah.. aamiin..
Sumber – Nelisa (Bukan nama sebenar) via iiumc
Terkejut jugak kami membaca luahan Nelisa ni. Hanya kerana hantaran perkahwinan, segalanya terbongkar. Sungguh berani, awal2 lagi sudah buat keputusan yang besar dalam hidupnya. Kami doakan semoga urusan Nelisa dipermudahkan dan moga berjumpa jodoh yang terbaik di kemudian hari. Yang buruk kita jadikan sempadan. Yang baik itu jadikan teladan. Apa pula kata anda?. Kongsikan, moga bermanfaat.
Artikel Lain: Gadis Ni Nekad Untuk Letak Hantaran Rm700 Gara Gara Bakal Suami Gaji Rendah. Masa Nak Akad Nikah Dengar Mas Kahwin Yang Suami Lafazkan Buat Wanita Ini Terkedu.
Foto sekadar hiasan.
Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.
Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.
Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.
Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu. Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.
Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.
Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.
Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.
Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya.
Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.
Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu. Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut. 1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.
2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur. 3. Membantu kawan yang susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.
Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.
4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.
Reaksi warganet
Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.
Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye.
Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun. Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.
Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.
Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.
Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.
Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.
Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!
Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC
إرسال تعليق