Biar rugi kerana tidak dapat berniaga daripada merisikokan nywa orang ramai – kata cef selebriti Redzuawan Ismail apabila ramai pelanggan restorannya gusar ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula esok.
Kebimbangan itu timbul ekoran mereka sudah membuat tempahan dan membayar caj yang dikenakan untuk berbuka puasa di restorannya.
ARTIKEL MENARIK:Tak habis lagi isu Neelofa ni. Kali ni pekerja kedai tampil bongkarkan berapa banyak Neelofa dan suami belanjakan untuk beli karpet dekat Nilai 3.
Justeru Redzuawan atau lebih mesra disapa Chef Wan itu berkata, orang ramai tidak perlu gusar dengan hal itu. Katanya walaupun sama seperti pengusaha restoran lain yang turut terjejas akibat PKP, dia tiada masalah untuk memulangkan semula kesemua wang pelanggannya. “Jangan risau, saya tak nak ‘mencekik’ duit hrm, ambil tapi tak pulang balik.
“Tak ada masalah besar pun. Tapi jika orang kesayangan kita pergi esok, ya itu adalah masalah besar,” katanya. Malah secara berseloroh, Chef Wan meminta pelanggannya yang sudah menempah slot berbuka puasa itu untuk tidak terus berasa susah hati. “Mana-mana yang susah hati sebab dah bayar tempahan buffet di restoran saya tapi tinggal di kawasan PKP jangan la susah hati. Ya Allah…. saya baca komen kamu gelak sungguh la.
“Adakah kamu semua tak betul? Saya CW (Chef Wan) di mana nak sorok muka saya ni (jika tak pulangkan wang kembali)? Tak jadi masalah. Wang tu semua masalah kecil. “Nyawa lebih penting atau duit?” soalnya. Terdahulu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam daerah di Selangor diletakkan di bawah PKP bermula 6 Mei hingga 17 Mei depan.
Dalam pengumumannya semalam, Ismail Sabri turut memaklumkan pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di enam daerah tersebut. Pun begitu, naib presiden Umno itu berkata pengecualian rentas daerah dan negeri di kawasan PKP ini dibenarkan untuk kes kecemasan seperti berlaku pemergian.
Pada masa sama, Chef Wan tidak menafikan situasi yang berlaku memang memberi kesan terutama kepada pengusaha restoran seperti dia yang menggaji pekerja dan pada masa sama perlu membayar kos utiliti. Namun katanya hal itu tidak bermaksud rakyat perlu terus mengeluh memandangkan ia membabitkan isu keselamatan awam. “Memang boleh rugi sampai beratus ribu sebulan. Tiada siapa menyukai apa yang berlaku.
“Tapi apabila bercakap mengenai keselamatan awam dan negara, semua orang kena patuh, cuba fahami dan bertimbang rasa serta kurangkan membawang,” katanya. Bagaimanapun, Chef Wan berkata, cuma salah satu restorannya saja setakat ini yang terjejas akibat PKP. “Yang tutup will be cawangan di Bangi saja. Ala bertenang, ia cuma makanan. Tak dapat melantak kali ni tahun depan boleh cuba lagi. Jangan la drama sangat,” katanya.
Sumber : Malaysia Kini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Buka Puasa Hanya Makan Tiga Cucur Udang Dan Satay Ayam. Terkejut Bila Chef Wan Dedahkan Rupanya Ini Sebab Dia Berhenti Makan Nasi Dan Roti Pada Bulan Ramadhan.
Tukang masak terkenal tanah air, Cef Wan tidak mengamalkan minuman dan makanan manis untuk kekal sihat. Menerusi hantaran terbaharu diakaun Instagramnya, Cef Wan berkongsi amalan pemakanan yang diamalkan. Menurut Cef Wan, berst badannya turun selepas berhenti mengambil nasi dan juga roti.
Malah dia juga berkongsi tidak memerlukan banyak hidangan berbuka, sebaliknya cukuplah hanya dengan satu lauk sahaja. “Saya buka puasa dengan tiga cucur udang dan tiga cucuk satay ayam dari De.Wan. Dengan dua gelas air tiba-tiba rasa kenyang pula. Jadi saya simpan untuk sahur pagi ini.
“Setiap tahun bila Ramadan memang saya tidak boleh makan banyak pun. Bila rasa kenyang saya berhenti. Tambahan dah berumur ini selera makan saya pun mula menurun. Saya sedar perkara itu. “Terlebih makan pun tidak elok untuk Ramadan.
Setengah orang boleh satu meja pelbagai juadah. Saya tengok pun rasa takut. Boleh ke mereka habis semua itu? “Bila kita tak biasa hidup mewah dah tiba-tiba boleh bermewah mewah menjamu, I stopped that habit and attitude thinking “makan la sampai terasa kenyang dan berhenti.
“Pilihan makan saya tak suka manis-manis. Dalam sebulan berpuasa itu kemungkinan saya buat bubur pulut hitam sekali dan itu lah satu-satunya pencuci mulut saya. “Kuih muih yang manis-manis jangan harap di meja rumah saya. Jika makan nasi cuma satu lauk dan sayur sahaja serta buah-buahan,” kongsinya.
Selain itu, Cef Wan juga bersyukur kerana dia tidak mempunyai sebarang penyakit yang sering dihidapi oleh golongan berusia seperti kencng manis dan bp tinggi. “Itu sebab saya tak ada kencing manis, bp t1nggi and Dr kata jantung, kolestrol dan asid urik saya juga bagus.
“Cara kita makan harian dan jenis-jenis makanan itu memang boleh memberikan kesan kepada berat badan kita pun. “Apabila saya berhenti mengambil nasi dan roti selama lebih kurang 2.5 bulan dan jika makan pun cuma beberapa sudu sahaja, saya dapati berat badan saya turun sebanyak 5kg sekarang!
“Tambahan bibik dah balik tiga bulan dan saya tidak mahu mengambil yang baru. Mengemas juga merupakan satu senaman yang bagus. Itu juga membantu saya membkar kalori. Alhamdulilah,” coretnya
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Isu Serina Makin Hangat Diperkatakan. Terkejut Ini Keadaan Terkini Chef Wan Bila Fikirkan Isu Serina Sampai Kena Jumpa Doktor. Rupanya Ini Yang Terjadi.
Kontroversi perkahwinan Serina Redzuawan dan seorang anggota polis telah membuatkan bapanya yang juga chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kecewa. Beliau banyak kali memuat naik luahan kekesalannya terhadap perkahwinan Serina memandangkan mereka bernikah tanpa pengetahuan chef tersebut.
Chef Wan meluah lagi
Paling mengejutkan sudah tentu pendedahan daripada bekas isteri kepada suami Serina, Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin yang mendakwa pasangan tersebut sudah bernikah ketika dia masih isteri kepada Aidid. Perkara berkenaan membuatkan Chef Wan ‘sakit jantung’ dan kembali menulis luahannya di media sosial selepas memohon maaf kerana mendedahkan cerita keluarga sehingga mengaibkan anaknya sendiri.
Terpaksa jumpa doktor
Menurut Chef Wan, beliau sudah dua malam mengalami masalah jantung berdegup lebih kencang kerana masalah-masalah tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ada warganet yang tidak tahu hal sebenar menyrngnya dengan kata-kata menyakitkan hati.
Kali ini, beliau terpaksa bertemu doktor selepas pendedahan tersebut
dan mengakui boleh terkena srangan jantung jika kontroversi melibatkan
anaknya terus-terusan menjadi perbualan. “Dia lebih pentingkan hati dia,
suami & mertua”
Dalam pada itu, beliau juga seakan berasa sangat kecewa dan mulai pasrah setelah cerita perkahwinan mereka terbongkar.
Di akhir penulisannnya, Chef Wan memaklumkan yang kondisi kesihatannya kurang baik dan perlu menghadiri perjumpa bersama doktor. “Lets do a thorough check up Dr why i felt my heart suddenly lacked of air and feeling tight breathing. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan in law.” tulisnya.
Sedih baca luahan Datuk
Sehubungan dengan perkongsian Chef selebriti itu, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meminta beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini. Mereka juga mendoakan agar kesihatan Chef Wan kembali sihat dan berharap agar beliau tidak terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapi disebabkan kontroversi anak perempuannya.
Ketua Polis Perak mula bersuara
IPOH: Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dalam kontroversi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan tidak bertugas di Kontinjen Perak. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan S.iasatan (JSJ).
“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019. “Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan S.iasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.
Menurut beliau, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua daripada pasukan. Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata, difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
“Bergantung kepada siasatan (bentuk hkman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya. Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terbabit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.
Dkwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu sebelum dia pula dilepaskan pada 9 Mac lalu. Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu kerana mendkwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.
Sumber: Chef Wan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Perkahwinan Semakin Panas. Lepas Chef Wan Kali Ni Giliran Bekas Isteri Inspektor Pula Bongkarkan Cerita Sebenar Buat Mereka Terkedu.
EPISOD kontroversi pernikahan Serina Redzuawan dengan lelaki bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin nampaknya semakin rumit apabila ia didakwa berlangsung tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama. Tampil menjelaskan situasi sebenar, wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Malah Hamizah juga menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah secara senyap di Perlis. “Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menpu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” kata Hamizah kepada mStar. Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun menurut Hamizah dia dilepaskan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan p0lis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat p0lis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.
“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syk mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari. “Pada 9 Mac lalu, saya dilepaskan dengan talak satu. Cukup sebulan kami berpisah, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya.
Bagi mengukuhkan lagi dakwaan, Hamizah turut berkongsi salinan aduannya kepada mStar yang dibuat terhadap Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak pada 2 Mac lalu. Menerusi aduannya, Hamizah berkata pada 18 Februari lalu dia dimaklumkan oleh Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina.
Hamizah turut menyatakan di dalam aduannya bahawa perkahwinan itu berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama. Untuk rekod JIPS PDRM berfungsi bagi memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Hamizah memberitahu dia juga cuba menghubungi bapa Serina iaitu cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bagi menjelaskan perkara sebenar namun usahanya tidak berjaya. “Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.
“Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini… saya harap warganet pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” ujarnya. Sebelum ini Chef Wan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa Serina sudah menikah di negara jiran tanpa pengetahuannya.
Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram pada Jumaat lalu. Serina bagaimanapun tampil memberitahu bahawa kenyataan bapanya itu adalah tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan Aidid diadakan di Malaysia.
Aktres berusia 38 tahun itu juga berkata tindakan bapanya memuat naik status kecewa itu dilakukan selepas dihasut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga. Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan berpisah talak satu di m4hk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar
Dikatakan Memburukkan Ahli Keluarga Sendiri. Chef Wan Tampil Mohon Maaf Dan Dedah Perkara Sebenar Yang Terjadi
Datuk Redzuwan yang merupakan cef selebriti terkenal atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan telah meminta maaf sekiranya belai dianggap seperti mahu mengaibkan ahli keluarga sendiri selepas membongkarkan pelbagai isu berkaitan pernikahan anaknya iaitu Serina. Jelas Chef Wan, dia bertindak sedemikian selepas Serian sendiri umumkan pernikahnnya tanpa pengetahuannya dan ia sebagai penjelasan kepada semua sebagai bapa kepada Serina.
“Ucapan terima kasih tidak terhingga to all my fans for all their encouraging words asking me to be strong.“My apology juga to those who think saya aibkan anak sendiri.“For me as her nikah was already announced on the IG naturally I had to explain the truth,” ujarnya. Difahamkan Chef Wan membuat permohonan maaf itu di akaun Instagram miliknya.Tambahnya apa proses pernikahan sekalipun, Chef Wan agak kecewa apabila mendakwa Serina dan suaminya pegawai polis, Meor Mohammad Aidid cuba berbohong atau menyembunyikan sesuatu.“Nikah sempadan tak berdaftar ke nikah di Siam ke the honest truth is already done probaby months ago while he is still married to the first wife.
“Depan saya dua-dua bohong saya hidup-hidup berlakon minta restu konon. Dah Nikah tu mengaku aja lah kan.“Tuduh orang fitnah nak rosak keluarga dan sebagainya to cover their asses for what? Bangkai gajah tu lama-lama pun bau busuk.“As a celebrity my life is like an open book these days. Buat perkara itu semua hanya malu kan saya,” jelasnya lagi.Tegas Chef Wan lagi, urusan pernikahan itu sepatutnya tidak membelakangkan ibu bapa.“Jangan membelakangkan emak bapak dengan urusan nikah dan kahwin ini.
Nasihatnya lagi, Banyak betul cerita yang kita dengar di akhirnya hidup mereka tak selamat.“Be respectful of Ibu dan bapa kita,” Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand. Ini kerana susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Serina turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.
Serina turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.Bagaimanapun, mereka berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.
Serina terangkan situasi sebenar
Melalui satu lagi perkongsian daripada Serina, katanya dia tidak bernikah di Siam seperti diperkatakan ramai. Mereka bernikah di dalam negara secara tertutup.
Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta warganet jangan mudah nak hkm orang lain dengan menambah fitnh kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah “TIDAK BENAR” KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.
*Jadi berhentilah buat tudhan serta fitnh , besar dsa nya nak menjawab di akhrat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentm org lain. Secara jujur papa dah tau kami nikah i dah maklum kan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.
Also i nak jelaskan Suami i bukan suami orang duda , sebelum kenal i pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menudh Suami i yang tak benar. I pun terkejvt papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak,
Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengmpat, ftnah dan mki hamn org lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis. Memang I akui ramai yg hasut papa dan cucuk papa macam macam suka tengok keluarga kami hancur.
I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni. Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam. Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat.
Apa pun i maafkan org yang ftnah dan cuba hncurkan keluarga kami moga Allah beri org ini hidayah. Tolong hormat juga keluarga belah mertua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata Doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat.
Moga ada jalan penyelesaian di antara Serina dan ayahnya. Apa pun, tahniah diucapkan buat Serina dan suami atas pernikahan ya! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: KOOLFM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Serina Nak Nikah Lepas Sambutan Aidilfitri Dekat Rumah Chef Wan. Sekali Ini Jawapan Chef Wan
Terbaru, Datuk Redzuwan yang merupakan cef selebriti terkenal dan lebih dikenali dengan panggilan Cef Wan telah memaklumkan bahwa anak perempuannya iaitu, Serina mahu bernikah selepas sambutan Aidilfitri ini. Tambah Chef Wan lagi, anaknya mahu mengadakan majlis pernikahan di ruamhnya tetapi Chef Wan tak menyambut cadangan anaknya dengan baik.“Baru last week Rina told me, “Pa kita buat lepas Raya boleh? Buat rumah Papa kahwin simple saja”.I said to her. “Insyallah sabar”.
“Di dalam hati saya berfikir… Sudah la Rina nikah di masjid pergi jemput siapa you nak jemput meraikan wedding ini and make it official sudah!“No need nak menyemakkan rumah Papa ni with all this wedding celebration as I am alone, your nenek need some privacy and I have my 3 stodges and restaurant business,” katanya.Chef Wan meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.Menerusi entri tersebut beliau memuat naik foto Serina bersama dua orang anaknya.
Jelas Chef Wan lagi, dia lebih bersetuju jika anak perempuannya itu mengadakan majlis nikah ringkas di masjid.“Bersepah orang nikah di masjid dan makan at De.Wan 1958 lepas tu.“Time covid ini bukan boleh ramai-ramai. Jemput yang adik beradik rapat both parties sudah!,” pendapatnya.Tegas Chef Wan, beliau sudah serik untuk menaja pernikahan anaknya dan meminta bakal suami Serina untuk membiayai majlis tersebut nanti.
“Remember to ask your future laki to pay for the function as i am not going to sponsor macam kau kahwin dulu 100%.“Dia gatal nak kawin biar la dia yang bertanggung jawab menanggungnya.“To be honest I just had enough of sponsoring my children wedding 100% termasuk my son sampai 2 kali.“In the end you see what I had to suffer and endured. Enough is enough,” tegasnya. Chef Wan berkata, apa yang penting adalah ikatan pernikahan dan lebih baik salurkan wang untuk mendirikan pelamin dan segala urusan perkahwinan untuk kebajikan masjid.
Sebelum ini, Chef Wan pernah memuat naik hantaran di IG yang mendakwa Serina telah berjumpa dengan belahan jiwa baharu. Begitupun, menurut Chef Wan, dia masih trauma dengan kegagalan perkahwinan pertama anaknya.Untuk rekod, Serina mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010. Namun, perkahwinan mereka tidak kekal lama dan keduanya berPISAH pada 1 Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, Serina dan Gavin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10
Selepas Lima Tahun Akhirnya Jalani Hubungan Dengan Seseorang Istimewa. Serina Redzuawan Akhirnya Dedah Perkembangan Statusnya Terkini
Tidak dinafikan terlalu banyak dugaan dalam hidup dan setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaiannya. Terbaru,ini khabar terbaru Serina Redzuawan,39 yang diberikan nikmat lain. Kira kira lima tahun lalu,dia berpisah dengan bekas suaminya. Dan sekarang hatinya kini dimiliki dan sedang menjalani hubungan dengan seseorang insan istimewa.
Setelah sekian lama, anak kepada Chef Wan itu mula membuka pintu hatinya menerima cinta lelaki lain.Ternyata ramai terkejut apabila Serina menukar status ‘In a relationship’ dalam Facebook (FB) sejak pertengahan Januari lalu. Namun, siapakah jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu masih dirahsiakan.
Menurut ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya, tidak salah dirinya ingin merasai nikmat dicintai dan mencintai seseorang, biarpun pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga.”Secara jujurnya, saya sedang mengenali hati budi seseorang. Saya akui, hati sudah ditawan dan dimiliki seseorang. Kami baru sahaja berkenalan sejak beberapa bulan lalu.
“Cuma, saya belum bersedia berkongsi siapa gerangan jejaka yang berjaya membuka pintu hati yang pernah terkunci ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik.”Sebagai wanita dan ibu, saya juga mengimpikan memiliki mahligai rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Mungkin saya pernah melalui pengalaman perkahwinan yang hancur, tetapi Allah lebih mengetahuinya. Saya juga mahu bahagia dan rasa dicintai lelaki.
“Insya-Allah, saya akan berkongsi berita baik sekiranya apa yang diharapkan menjadi kenyataan. Cuma, buat masa ini, berilah saya ruang untuk mengenalinya terlebih dahulu,” katanya kepada BH Online.Serina berkata, anak-anaknya tidak kisah dengan siapa bercinta, malah mereka menerima seadanya.
Jelasnya,”Mereka masih kecil untuk tahu situasi yang saya lalui. Ada perkara tertentu mereka faham. Contohnya, saya dan bekas suami sudah berpisah. Saya pun sudah lama bergelar ibu tunggal, jadi sampai bila saya mahu menutup pintu hati?”Bagaimanapun, setakat ini, Papa belum tahu lagi. Tetapi, apa sahaja dilakukan restu Papa paling utama. Hubungan kami baik-baik sahaja. Papa terlalu sibuk menguruskan restorannya. Saya ada juga membantunya termasuk melakukan promosi dalam media sosial. Papa juga menyokong perniagaan yang saya usahakan,”
Mengulas dikaitkan dengan lelaki ‘scammer’ yang ditahan, baru-baru ini, Serina berkata, pelbagai ftnah mengaitkan dirinya dengan lelaki berkenaan.”Hidup ini memang tak lepas ujian dan pelbagai fitnah. Saya difitnah dan dikaitkan dengan lelaki ‘scmmer’ berkenaan. Bagaimanapun, saya sudah membuat laporan polis.
Ceritanya lagi “Saya mengenali lelaki berkenaan selepas menunjukkan minat melabur dalam perniagaan yang saya usahakan. Jujurnya, saya tidak tahu lelaki ini terbabit dengan kerja tidak betul. Apabila lelaki ini ditngkap, timbul macam-macam ftnah mengaitkan saya. Kenapa pula nak mengaitkan saya, sedangkan saya baru kenal lelaki ini.
Tambahnya,”Saya sudah berhijrah, kenapa saya nak buat kerja gila? Sudahlah saya ibu tunggal, berniaga dan mencari rezeki, setiap hari. Saya kecewa apabila nama saya terpalit buruk hanya kerana mengenali lelaki ini. Kami hanya berurusan soal bisnes, tetapi dia belum pun sempat membuat pelaburan,” katanya.Katanya, biarpun diuji dengan pandemik COVID-19, bisnesnya berkembang dengan baik.”Sekarang saya fokus dengan perniagaan telekung, Serina Inspire serta bisnes makanan dan minuman, Serina Food Empire.”Niat saya mahu membantu ibu tunggal dan orang buta berniaga Industri Kecil dan Sederhana yang membekalkan makanan kepada saya,” katanya.
Kredit -
إرسال تعليق