Ramai yang tak senang duduk bila tengok Eina Azman ambik vaksin sampai ke Ipoh. Sampai ada individu yang cakap dia potong barisan.
loading...

Tiada angin tiada ribut, kcoh perkongsian seorang individu di media sosial mengenai pelakon Datin Eina Azman yang dikatakan memotong barisan untuk mendapatkan vksin Pfize. 

Ramai yang tak senang duduk bila tengok Eina Azman ambik vaksin sampai ke Ipoh. Sampai ada individu yang cakap dia potong barisan.

 


Malah, individu itu turut mendkwa Eina mendapatkan vksin di Ipoh sedangkan pelakon itu menetap di Kuala Lumpur. Difahamkan, Eina juga ada memuat fotonya selepas menerima vaksin.

ARTIKEL MENARIK:Lepas je Iman Troye buat permohonan maaf sekali lagi Sharnaaz Ahmad tampil bersuara. Selamba je Sharnaaz Ahmad boleh reply macam ni,
loading...



Menurut individu itu lagi, untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara berkenaan hasil tinjauan mendapati ada beberapa warganet turut mempersoalkan perkara sama di ruangan komen perkongsian pelakon itu.Tidak kurang juga, ada warganet berpendapat tidak adil jika benar pelakon itu memotong barisan untuk mendapatkan vaksin Pfizer.


Kata individu lagi, tidak lama kemudian Eina bertindak memadam perkongsiannya itu. Dakwanya lagi, perkongsian Eina di Insta Story memaparkan perjalanannya ke Ipoh juga turut dipadam. Dalam pada itu, individu itu berkata dia mahu penjelasan Eina berhubung perkara berkenaan kerana merasakan tidak adil jika benar dakwaan tersebut memandangkan ramai golongan yang lebih memerlukan suntikan Pfizer.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Pernah Bagi Hadiah Tapi Kali Pertama Putus. Eina Azman Raih Perhatian Lepas Bagi Satu Hadiah Lumayan Ni Buat Pembantu Rumah

Baru baru ini, pelakon wanita ini iaitu Datin Paduka Eina Azman telah menghadiahkan sekalung rantai kepada pembantu rumahnya yang menyambut ulang tahun kelahirannya. Jelas Eina, ini kali kedua dia menghadiahkan aksesori itu kepada pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Megawati. Seterusnya, difahamkan ia sambutan hari jadi terakhir buat Megawati kerana pembantu rumahnya bakal pulang ke kampung halamannya.

Di ruangan kapsyen, tertulis“Happy Birthday to my orang kuat Megawati.“Terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja saya di rumah. Saya hargai sangat.“Kamu nak rantai barukan? Ini saya hadiahkan untuk kamu buat kali kedua sebab yang pertama tu dia gans sangat sampai terputus.“Saya harap kamu happy untuk sambut birthday kamu yang terakhir bersama saya tahun ni. Kami semua sayang kamu Mega,” jelasnya.

Eina Azman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut, Eina memuat naik rakaman video ketika sambutan hari jadi berkenaan.Entri berkenaan telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara layanan Eina terhadap pembantu rumahnya dan meminta untuk diambil kerja oleh pelakon tersebut.“Baiknya Datin,buat pekerja macam saudara sendiri,” puji salah seorang warganet.

“Kalau macam ni layanan Datin, aku pun nak wehh jadi maid dia,” kata salah seorang warganet.“Ada nak pakai orang gaji lagi tak Datin? Saya nak apply,” tanya salah seorang pengikutnya.Eina yang mempunyai lebih dari satu pembantu rumah itu berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmet dan dikurniakan sepasang anak kembar, Karl dan Aubrey.

Hanya Makan Nasi Sebanyak Dua Kali Dalam Tempoh Sebulan. Eina Azman Kongsi Cara Untuk Mengekalkan Berat Badan Serta Saiz Pinggang Idaman.

Terbaru, Datin Eina Azman membuat pendedahan dia hanya makan nasi sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan. Ainur Syakina Azman atau lebih gemar disapa Eina menjelaskan ini adalah caranya untuk mengekalkan berat badan serta saiz pinggang idaman.

Katanya, “Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya.”Setiap kali makan nasi ja badan akan terus naik berkilo-kilo. Jadi sekarang ni saya akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekal kan berat dan pinggang idaman saya,” tulisnya.

Kelihatan Eina menjawab pertanyaan peminat di ruangan Ask Me A Question yang bertanya sama ada dirinya seorang yang mudah untuk naik berat badan. “Jenis senang naik badan ka? Sebab nampak diet sangat. Cemburu sebab tak sekuat tu tahan nfsu makan,” tanya individu yang tidak diketahui identiti.


Oleh itu, EIna menjawab dia lebih memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nasi bagi tidak berasa kelaparan.”Kalau tak makan nasi, akan makan apa untuk tak lapar? Cuba untuk menurunkan berat badan tapi asyik gagal,” tanya seorang pengguna.”Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran. Insya-Allah okey dan kenyang,” balas Eina.

Buat pengetahuan, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah berkahwin pada 31 Ogos 2014. Mereka dikurniakan sepasang kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia lima tahun.Jangan lupa saksikan Eina dalam The Maid, setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.



loading...


Telatah Anak Kembar Eina Azman Raih Perhatian Warganet. Eina Azman Kongsi Telatah Kembar Tersebut Yang Hebat Berkongsi Resepi Pancake Dan Jeli Laici

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang sering berkongsi aktiviti hariannya di sosial media. Dia juga kerap berkongsikan resipi dan video masakannya buat pengikut-pengikut setia di Instagram.Bukan hanya Eina Azman, rupanya anak kembarnya iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga handal di dapur. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, betul tak?

Anak pasangan kembar Eina Azman pernah juga berkongsikan resipi buat pancake. Comel betul lihat telatah comel kedua-dua orang anak Eina Azman ini.Bukan setakat buat pancake saja, Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga berkongsikan cara-cara buat jeli laici buat semua.


Rata-rata pengikut terhibur dengan telatah kedua-dua orang anak Eina Azman ini dan menganggap aksi pasangan kembar ini comel.Bukan sahaja berkongsikan video masakan yang ringkas, tetapi Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga buat Homemade Play Dough yang selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Memang comel tengok telatah dua adik-beradik ini.Jangan risau, segala bahan-bahan masakan yang ditunjukkan itu sudah tentunya disediakan oleh Eina Azman sendiri dan dalam pengawasan ibu mereka.

Sengaja Imbas Semula Kenangan Mula Mula Masak Dan Tak Sangka Dia Jadi Duta Sebuah Jenama Makanan Terkenal. Eina Azman Bongkatkan Perniagaan Barunya Ini Dan Ternyata Meraih Perhatian Warganet

Pelakon Datin Eina Azman terkenang kembali waktu pertama kalinya dia menceburkan diri dalam bidang masakan hingga kini dilantik menjadi duta sebuah jenama makanan terkenal. Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik sekeping foto bersama makanan pek miliknya untuk tatapan umum.

“Ingat lagi beberapa tahun lalu masa mula nak start, kongsi video masak dekat Instagram, Eina tak berapa yakin. Lepas tu keluarga sokong untuk kongsi. Bila dapat sambutan dari kalian, serius Eina happy sangat dan rasa lagi semangat nak kongsi.“Dan tak pernah bayangkan dari tagline video akhirnya jadi bisnes @itsdonebyeinaazman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangam Eina dan pasukan,” tulis Eina menerusi ruangan kapsyen. 


Bukan sahaja mengenang masa lalu, Eina turut memberi inspirasi kepada semua wanita untuk berani mengejar cita-cita. “Anda tidak akan tahu apa yang menanti pada masa depan. Sebab tu kita wanita kena berani. Kena berani mencuba sesuatu yang baru. Ha Eina dah kongsi kisah Eina, korang kongsi la kisah korang, Eina nak dengar,” katanya lagi. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya memuji usaha Eina yang bermula daripada suka-suka sehingga memiliki perniagaan sendiri. “Alhamdulillah, rezeki dari Allah kepada you yang selalu senyum dan bantu orang yang memerlukan. Doakan yang terbaik untuk apa juga yang you lakukan,” ujar seorang wargamaya.

“Sangat memberikan inspirasi. Semoga terus berjaya dan dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya.“Yang penting you lawa sis,” komen seorang wargamaya.“Laksa awak sangat sedap! Teruskan buat,” kata seorang wargamaya.“Orang rajin, tak putus asa, memang akan berjaya. Bangga dengan awak supermom,” tulis seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, foto Eina tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.-instagram

Bahagian Dada Pelik Sikit Datin” – Ini Jawapan Eina Azman

Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon Datin Paduka Eina Azman di Instagram miliknya menjadi perbincangan hangat segelintir warga maya apabila bahagian dadanya didkwa kelihatan lebih besar daripada biasa. Eina yang gemar berkongsi pelbagai resepi di Instagramnya dan terkenal dengan tagline ‘it’s done’ itu berkongsi sekeping gambarnya bersama suami tercinta.” Maaf kenapa kat bahagian dada pelik sikit Datin,” tanya nazura_zura82.

“Tu laaa macam tetiba tek Datin nampak besar,” komen rayyanrayyani.”Breast filler tak,” balas shxln_ pula.Soalan dan komen mereka dijawap kembali oleh Eina Azman.”Eh eh, suka ya dapat free dosa. Dah banyak pahala sangat ke tu? Kesian hidup asyik nak fikir negative dan cakap ftnh.

“Itu camera angle dan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa. Faham?!” balas Eina Azman.Namun begitu, ramai warga maya yang turut mempertahankan baju yang dipakai oleh Eina Azman.”Kenapalah pelik-pelik komennya. Tak ada benda lain ke yang nak tengok. Kalau betul sekalipun benda tu dibesarkan ke apa ke biarlah. Tu hak dia. 

“Aku pun pernah kena, pakai baju nampak segalanya besar. Tapi kenyataannya biasa je, dan nampak gemuk pada gambar sebab angle,” komen puan_fatihah.”Tak nampak pun yang pelik, Datin cantik je. Warganet ni semua benda dari atas sampai bawah nak kritik” balas zuliani_asylia.Untuk rekod, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, dan mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.-gmpk

Bertuahnya Eina Azman, dapat telefon bimbit sama harga sebuah kereta

Video yang dimuatnaik di akaun media sosial Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menyifatkan pelakon Ratu The Movie itu sangat beruntung.PELAKON Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih popular dengan panggilan Eina Azman berkongsi detik bahagia dihadiahkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebuah telefon pintar jenis Vertu.

Namun, jenama telefon pintar antarabangsa itu sebenarnya bukan calang-calang kerana harga sebuah telefon pintar Vertu mencecah RM30,000!“Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni yang? So nice. Oh my god! Thank you sayang,” kata Eina ketika perlahan-lahan membuka hadiah itu menerusi rakaman sebuah video

Video yang dimuatnaik di akaun media sosial Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menyifatkan pelakon Ratu The Movie itu sangat beruntung.”Sukalah kami kalau laki kita buat surprise macam ini. Tak bagi barang mahal pun tak apa, janji kejutan,” tulis @arshadanirah di ruang komen.

Bagi yang tidak tahu, harga telefon pintar jenis Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) itu berharga AS$7,900 (RM33511.80) hampir menyamai harga sebuah kereta jenama tempatan.Vertu merupakan sebuah jenama telefon pintar buatan England dan dibaluti dengan kulit burung unta.Sebenarnya, model Aster dikeluarkan dengan rangkaian harga paling murah daripada kebiasaan jenama itu. Paling tidak pun ia mencecah harga AS$10,800 (RM45,813).-awani

Pakai baju ‘turtle neck’ pun kena tegur! Eina Azman elak kulit jadi hitam – “Langkawi panas sebab itu pakai macam tu”

Pakaian Eina dikatakan tidak sesuai dengan lokasi percutian. PENAMPILAN pelakon Datin Eina Azman menjadi perhatian sekali lagi apabila perkongsian fotonya ketika bercuti di Pulau Langkawi, kedah menerima teguran warganet. Seorang pengguna laman Instagram menganggap pakaian Eina yang menutup bahagian leher atau dikenali sebagai turtle neck itu tidak bersesuaian dengan lokasi percutian tersebut.

“Pakaian yang bodoh datin tak sesuai panas terik macam itu pakai turtle neck,” tulis individu tersebut. Eina membalas komen warganet. Bagaimanapun, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 25 enggan melatah dan membalas komen tersebut dengan ayat sindiran.

Menurut isteri kepada ahli perniagaan Datuk Kaiser Gurmeet Harden itu, dia memilih pakaian itu kerana keadaan cuaca yang panas dan tidak mahu kulitnya menjadi gelap seperti hati individu tersebut. Malah, Eina berkata, individu tersebut akan menjadi salah seorang warganet yang akan menulis kata-kata negetif jika dia memakai bikini.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post