KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.
“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta. “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat tersebut, hari ini.ARTIKEL MENARIK:Ramai yang nakkan kerajaan buat lockdown penuh. Sekali Ismail Sabri dedahkan sebab tak buat lockdown penuh buat ramai yang sayu.
Sementara itu, pegawai khas Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika dihubungi Astro AWANI turut mengesahkan surat berkenaan. Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020. Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.
Surat yang tular,
Terdahulu, Petisyen mendesak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini ditandatangani lebih 61,000 orang setakat jam 1 petang ini. Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan 18 jam lalu susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif Ahli Parlimen Pasir Salak dari Umno itu dalam nahas membabitkan pertmbngan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) kelmarin.
Menurut petisyen itu, Tajuddin sama sekali tidak layak menduduki jawatan itu kerana bersikap angkuh dan bongkak seperti yang berlaku pada sidang media semalam. Wakil rakyat yang sebelum ini memang dikenali suka menggunakan perkataan skss dan kesat ketika perbahasan di Dewan Rakyat itu juga dilihat memalukan negara ketika menjawab soalan pemberita asing dari agensi Phoenix TV China.
“Selain itu, beliau (Tajuddin) juga telah tidak patuh SOP berikutan tidak memakai pelitup muka, sebaliknya hanya memakai pelindung muka sahaja. “PDRM dan KKM perlu ambil tindakan tegas ke atas Tajudin,” dipetik dari Change.org. Dalam masa, tanda pagar #LetakJawatanTajuddin dan #TajuddinLetakJawatan menjadi sohor kini di Twitter.
Sejak semalam, Tajuddin dikritik teruk sejurus ditanya pemberita ketika nhs paling teruk dialami LRT sejak lebih 20 tahun beroperasi itu telah menyebabkan 47 penumpang teruk manakala 166 luka ringan. “Normal… only the two cars together. They kiss each other,” jawab bekas pesakit C.ovid-19 itu selamba sambil ketawa. Dia juga dilihat membuat lawak bdoh, “ventilation atau ventilator” selain memberi alasan ketidakhadirannya di lokasi pada malam itu kerana kononnya baru balik dari kerja dengan keesokannya perlu mendapatkan suntikan vaksin.
Sumber Utusan/Awani
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Movie Baru Je Nak Mula Sekelip Mata Jadi Benda Lain. Inidividu Terlibat Lrt Di Klcc Bongkarkan Cerita Sebenar Tentang Kejadian Tu.
SEKELIP mata! Itulah yang digambarkan oleh seorang yang terlibat dengan kejadian dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran stesen KLCC, Isnin malam. Berkongsi detik cemas itu, Eizzuan Haiqal Roshaizam Helmy berkata, dia baru saja menaiki tren di stesen KLCC selepas selesai bekerja.
Sewaktu kejadian, pemuda berusia 20 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Alam Megah di Shah Alam, Selangor, sambil menambah tren berkenaan berhenti kira-kira lima dan 10 minit sebelum bergerak semula seperti biasa.
“Bila tren baru bergerak, saya nak tengok movie menerusi telefon bimbit. Tapi movie baru nak bermula, tiba-tiba bunyi dntman yang sangat kuat macam bunyi benda meletup. “Sekelip mata saya dah tercampak ke depan, jatuh ke lantai. Dengan penumpang yang duduk di sebelah saya pun tak nampak, tak tahu terpelanting ke mana… selepas dah reda baru nampak dia luka di bahagian muka dan telinga,” katanya kepada mStar.
Eizzuan yang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat dekat KLCC berkata, dia menyaksikan ramai penumpang tercampak dan terpelanting dalam gerabak. “Ramai yang terpelanting semasa tren brek mengejut begitu kuat. Saya nampak beberapa penumpang lain luka.
“Semuanya berlaku hanya beberapa saat. Saya tak sangka tren yang saya naik itu terlibat dalam kemalangan,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam. Dia yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.
“Saya terseliuh di bahagian bahu dan kepala terhentak sikit. Tapi tak ada pendarahan. Mujur saya berpakaian tebal, Alhamdulillah. “Tapi saya bersimpati dengan sebahagian penumpang yang cedera terutama mereka yang teruk dan mengalami luka akibat trcmpk dan terplntng. Impaknya sangat kuat,” katanya.
Sementara itu, seorang ibu kepada salah seorang yang terlibat turut berkongsi luahannya di laman sosial selepas menyedari anak perempuannya di dalam foto mengenai kejadian yang tular. “Aduhai bergegar jantung berdebar rasa berjurai air mata dengar tren (yang dinaiki) anak terlibat dengan kejadian tadi.
“Anak perempuan saya memakai baju coklat di dalam gambar terakhir. Syukur ada gambar, jadi kami tahu dia dalam keadaan baik. Tapi dia trauma dan tidak stabil,” tulis seorang pengguna Twitter, ZzifFizz. Dalam kejadian pada Isnin malam, sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa seramai 213 penumpang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang yang cdra, manakala 166 penumpang cdr ringan. “Kejadian berlaku antara antara dua stesen Kampung Baru dan stesen KLCC di laluan yang sama.
“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu,” katanya pada sidang media, Isnin malam. Mohamad Zainal berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan
kejadian disifatkan sebagai kmlngn. Kita mendapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi. Ini adalah kita masih menyiasat sekiranya ia merupakan kecuaian kerana melibatkan awam, termasuk ramai yang luka teruk, ” katanya. Beliau berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan beberapa hospital lain.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut meninjau situasi di stesen LRT terlibat memaklumkan Pasukan Tindakan Khas akan ditubuhkan dan siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. “Esok (Selasa) saya akan meneliti laporan awal ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini mengenainya.
“Bagaimanapun, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan semua penumpang yang cedera mendapat rawatan supaya dapat segera sembuh,” katanya pada sidang media di Stesen LRT Avenue K di ibu negara. Beliau juga memaklumkan tren yang rosak dipandu uji dengan kadar kelajuan 20km/j manakala tren dengan penumpang pula bergerak pada tahap 40km/j, sekali gus menjadikan impak ketika pelanggaran adalah 60km/j.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kerajaan Hanya Bagi Pampasan Rm1000 Je. Tapi Ramai Yang Pertikaikan Pelitup Muka Yang YB Tajudin Pakai. Harga Dia Bukan Biasa Biasa.
Sekitar dua hari lalu, Malaysia dikjutkan dengan kejadian dua tren LRT yang menyebabkan ratusan penumpang luka teruk. Kejadian yang tidak dijangka mampu berlaku itu dilaporkan berikutan kecuaian pemandu yang membawa tren pada arah yang salah.
Berikutan kejadian yang berlaku, YB Tajudin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tampil ke lokasi kejadian dalam melihat kejadian yang berlaku serta tampil memberi keterangan menerusi sidang media. Di samping memberi keterangan serta sedia memberikan pampasan RM1,000 kepada penumpang yang terlibat, pelitup muka yang dipakai YB Tajudin nampaknya berjaya menjadi perhatian para warganet.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajudin produk di bawah rangkaian LG PuriCare yang hadir dengan harga RM1,699. Apa yang membuatkan pelitup muka unik serta hadir dengan harga yang premium adalah penawaran teknologi pembersihan udara sekaligus memastikan pengguna menerima udara yang bersih.
Turut dilengkapi sistem penapisan udara. Meskipun tampil ke sidang media dengan pelitup muka yang premium, YB Tajudin Abdul Rahman dilaporkan sedia disiasat berikutan terdapat rakaman video yang memaparkan beliau tidak memakai pelitup muka dalam sebuah sidang media baru-baru ini.
Beliau dilaporkan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat. Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keggalan memakai pelitup muka merupakan satu keslahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.thevocket.com/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment