Nampaknya perbahasan “kumpul pahala berganda-ganda’ tidak habis lagi. Jika semalam Prof Dr Ridhuan Tee ada menegor selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkaitan kenyataanya selepas dikecam netizen, kali ini giliran penyanyi nasyid k0ntroversi pula mengeluarkan ‘hujah’.
Sokong Siti Nurhaliza
ARTIKEL MENARIK:Orang lain boleh la cakap suruh sabar. Sampai satu tahap rasa nak sound je. Sebak Nora Ariffin mula luah perasaan lepas kehilangan suami.
Menerusi Instagram Suhaimi Saad yang menggunakan nama mosusoficial, dia telah bertindak mempertahankan kenyataan penyanyi tersebut dan meminta agar Dr Ridhuan tidak campur tangan dalam hal tersebut.
Sound Dr Ridhuan ke tu?
Menerusi kenyataan tersebut, Suhaimi memberitahu ada betulnya apa yang Siti Nurhaliza katakan dan bukannya mana-mana ustaz yang mengatakan hal berkenaan pahala, tetapi nabi sendiri yang menjelaskan perkara itu.
Menurutnya, apabila orang mengumpat dan mengeji kita lebih-lebih lagi bulan puasa, pahala orang-orang yang bersabar akan diberikan oleh Allah S.W.T.
“bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap,memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan.
bila orang kata,vmpat,albkan dan fltnah kita,kalau kita sabar,memang Allah akan bagi pahala yang besar.
Takkan benda basic macam tu pun tak tau.kata ustad,” tulis Suhaimi.
Minta henti burvkkan keadaan
Justeru itu, penyanyi nasyid tersebut meminta agar Prof Dr Ridhuan tidak memp0litikkan hal terbabit kerana tindakkannya seoalah-olah menyebelahkan netizen dan membuatkan Siti Nurhaliza terus dikcam di media sosial.
“tak payah nak burvkkan keadaan la ustad.makin lama makin bvruk dan hilang hormat orang pada ustad. nak tlbai siti, pastu nak bela netizen2 langau ni ke apa?”
patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.
Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la p0litikkan semua benda.malu dekat Allah.” tambahnya.
Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di IG story miliknya dengan menulis bahawa sedang mengumpul pahala diatas dugaan yang sedang dihadapi olehnya.
Namun, perkara itu telah mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang menegur berkenaan penggunaan nama ustaz bagi menutupi kesilapan dan perkara berkenaan amatlah dikesali.
Sumber : https://ohmymedia.cc/bidas-kenyataan-dr-ridhuan-tee-suhaimi-saat-laungkan-sokongan-buat-tokti/
Artikel Sebelum itu
“Kumpul pahala berganda2”, Ridhuan Tee tanya artis rujuk ustaz mana?
Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan seorang artis ternama mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan sedang mengumpul pahala berikutan teruk dikecam kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu melangsungkan majlis bertahnik anaknya.
Kenyataan yang dibuat di IG story milik selebriti itu telah membuatkan netizen mulai berbalah di media sosial dan tidak bersetuju dengan apa yang ditulis olehnya.
Bidas kenyataan selebriti
Menurut ustaz yag dirujuk beliau, ketika ini merupakan waktunya mengumpul pahala kerana berhadapan dengan ujian. Hal ini berikutan sedang dikecam hebat oleh netizen sejak majlis tersebut berlangsung.
Namun, seorang pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas kenyataan tersebut dengan memaklumkan hujah tersebut tidak tepat.
Menurut Dr. Ridhuan, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala ini harus dihentikan.
Tindakan memetik nama agamawan untuk melindungi diri diatas kesalahan sendiri amatlah tidak elok jika dilakukan.
Tambanya lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan melihat dari situasi kalut sekarang.
Namun, individu tersebut tetap melangsungkan majlis terbabit walaupun hukumnya sunat.
Pendakwah itu juga mengulas sedikit berkenaan kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana boleh jadi ia bakal memudaratkan andai dilakukan pada waktu-waktu berisiko.
Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua pihak supaya menghentikan budaya mencari publisiti dengan memberitahu semua perkara kepada khalayak sehingga meninggalkan pelbagai masalah.
Di akhir coretannya, Dr Ridhuan Tee masih lagi mempersoalkan ‘ustaz’ yang dirujuk oleh selebriti berkenaan sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Terdahulu, satu majlis bertahnik telah berlangsung di sebuah kediaman seorang selebriti ternama negara sehingga ‘kecoh’ di media sosial.
Tetamunya juga bukan calang-calang apabila membariskan pendakwah-pendakwah terkenal serta menteri dalam kabinet bagi menyempurnakan majlis tahnik anaknya.
Namun, menerusi beberapa kenyataan susulan, pihak mereka telah memohon maaf dan bersedia untuk memberi kerjasama apabila dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan serta telah menjelaskan keadaan sebenar di media sosial.
Sumber: Dr Ridhuan Tee Abdullah via Trending Kini
Via https://ohmymedia.cc/kumpul-pahala-berganda2-ridhuan-tee-tanya-artis-rujuk-ustaz-mana/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR0nUXmSlarM-9RtcNIDLxUdgSvA3HNa1mMg0wK6XraGfs8_bO9Q9cfXpCQ.
إرسال تعليق