Kehilangan bapa tersayang secara mengejut sememangnya satu perkara yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Hal ini diakui sendiri oleh suami kepada aktres terkenal, Mira Filzah, Wan Emir Astar apabila memuat naik gambar bapanya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang pergi menghadap illahi 5 tahun lalu dalam kejadian helikopter trhmpas.
Wan Emir mengakui begitu sedih pada hari ini kerana genap 5 tahun bapanya pergi tinggalkan mereka semua pada 5 Mei 2016. Dia juga memaklumkan tersentuh melihat foto bapanya serta foto dirinya sewaktu kecil ketika baru bangun dari tidur dan meniru gaya arwh.
ARTIKEL MENARIK:Dikatakan berpoligami lepas tular gambar pegang tangan isteri orang. Tak boleh berdiam akhirnya Saiful Apek tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar buat warganet terkedu.
“Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..” tulis Emir.
“Papa, he’s a loving, wonderful father..” saya berkata kepada @mfmirafilzah isteri tersayang, sambil dia mendakap dan memujuk saya dari terus bersedih. Tak mampu untuk mengelak, mengenangkan kasih dan rindu kepada Papa, lebih-lebih lagi pada malam sebelum 5 Mei. Ketagihan peluk erat Papa, kemanisan senyumannya, kemurnian akhlaknya.
Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..
5 tahun sudah pemergian Papa. Di sebalik senyuman kami sekeluarga, ada rindu dan kesedihan yang tak dapat diubati, kerana kesan kasihnya kepada kami terlalu besar. Syukur diberikan nikmat Islam dan Iman, kerana itulah kami berpegang kepada doa dan amalan sebagai hadiah/pengganti untuk Papa. Dan kami selamanya bersyukur kepada-Nya atas Papa sebagai pinjaman yang sempurna ini kepada kami. Allahumagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu. Jaga dia untuk kami, Ya Rabb. Emir Sayang Papa.. tak terkata.16 Jan 1960 – 5 Mei 2016
Isteri peluk pujuk jangan sedih
Anak sulung kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Yazid ini juga memaklumkan kepada isteri tercinta bahawa bapanya merupakan seorang yang sangat penyayang. Melihat suami dalam keadaan hiba, Mira segera mendakap dan memeluk bagi menenangkan Emir agar tidak terus terbawa dengan perasaan sedih.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai telah tinggalkan komen dengan mengakui bahawa rindu terhadap orang yang telah pergi sangat menyakitkan. Mereka juga telah menitipkan salam takziah dan mendoakan agar -bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Wan Emir Astar
Elizabeth Tan Muat Naik Foto Bersama Mira Filzah Buat Warganet Teruja. Tapi Tiba Tiba Benda Lain Yang Warganet Perasan Dalam Gambar Tu.
Seorang lagi wajahnya menenangkan, seorang lagi pula wajahnya penuh sopan santun, patut lah setiap yang memandang sampaikan keliru tak tahu nak pilih mana satu. Penyanyi yang terkenal dengan suara serak-serak basahnya, Elizabeth Tan nampaknya berasa teruja apabila dapat mengambil gambar bersama dengan pelakon yang pernah menjadi keglaan ramai jejaka, iaitu Mira Filzah.
Foto yang dimuat naik oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa dengan panggilan Lizzy itu telah membuatkan ramai berasa keliru untuk ‘memilih yang mana satu’. Kalau nak pilih Mira memang tak boleh lah sebab Mira milik suaminya, Wan Emir tapi Lizzy rasanya boleh lagi kot!
Rata-rata yang tinggalkan komen turut berasa teruja melihat Lizzy dan Mira bergambar bersama serta turut sempat memuji kecantikan yang dimiliki oleh kedua-duanya. Namun jika menjengah ke rungan komen foto tersebut di laman Facebook milik Lizzy, lain pula komen yang ditinggalkan oleh warganet. Ramai yang lebih teruja untuk menegur aurat Lizzy walaupun hakikatnya Lizzy bukan lah wanita Muslim.
Tak salah nak tegur tapi jangan lah sampai menyentuh sensitiviti seseorang ya, kita semua manusia yang sering membuat kesilapan! Apa pun, harapnya di masa akan datang Lizzy dapat berlakon bersama dengan Mira! Mesti best kalau ada drama yang menampilkan mereka berdua kan?
Sumber foto: Instagram Elizabeth Tan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: https://www.hotfm.com.my/
Rasa Tak Berapa Nak Selesa Lepas Naik Dua Jam. Elizabeth Tan Dedah Perasaan Dia Dan Pengalaman Dia Sepanjang Menjalani Penggambaran
Elizabeth Tan akui pengalaman membawa motosikal berkuasa tinggi mencabar semasa penggambaran filem 10 Tips Tpu Bini. AKSI menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam filem ini merupakan pengalaman paling mencabar buat penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan.Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy memberitahu dia bukanlah seorang peminat sukan permotoran, justeru itu tawaran tersebut merupakan peluang keemasan untuk dia mempelbagaikan karakter dalam dunia lakonan.
“Sejujurnya cerita ini sangat lawak, cabaran berlakon dalam filem ini tak banyak tapi takut-takut juga nak naik motor besar tu… bayangkan hampir dua jam atas motor rasa tak berapa nak selesa, lebih-lebih lagi naik motor besar, memang agak mencabar.”Apa-apa pun pengalaman ini sangat menarik… antara yang saya tak boleh lupa menjalani penggambaran di jambatan Pulau Pinang bersama kumpulan motosikal Harley Davidson. Kita tunggang motosikal ramai-ramai rasa macam riders pula, pengalaman yang sangat menarik.
“Sepanjang penggambaran tak susah berlakon dengan pelawak, memang satu set asyik gelak… terpaksa shoot semula tapi seronok berkerja dengan mereka kerana semuanya happy sahaja!” katanya kepada mStar.Elizabeth Tan seronok berlakon bersama pelawak dalam filem 10 Tips Tpu Bini.
Lizzy ditemui ketika majlis pelancaran filem 10 Tips Tpu Bini yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.Selain Lizzy, filem komedi arahan Azizi Chunk Adnan itu dibintangi oleh Datuk Awie, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Jehan Miskin, Vicha dan Nasir Bilal Khan.
Filem pertama terbitan produksi milik Awie iaitu Rumah Produksi Merah
mengisahkan tiga sahabat baik yang takut dengan isteri masing-masing
itu boleh ditonton di Astro First bermula Khamis ini.Bercakap mengenai
karier seni, penyanyi lagu Semua Sudah ini berkata dia lebih memberi keutamaan terhadap bidang lakonan berbanding nyanyian.
Barisan pelakon filem 10 Tips Tipu Bini.Katanya
pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal 2020 tidak
menghalangnya menerima pelbagai tawaran lakonan yang akan memulakan
penggambaran pada tahun ini.”2021 baru sahaja bermula tapi dah banyak
tawaran yang mengisi jadual antaranya membintangi drama bersiri. Single
baharu saya berjudul Beku juga akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Sekarang ini saya lebih utamakan pada lakonan… kebiasaannya berlakon ini mengambil masa lama, kalau ada waktu terluang barulah kita keluarkan satu dua lagu.”Tahun 2020 lalu memang tak ada langsung lagu baharu sebab pandemik Covid-19, rasa tak syok nak buat lagu baharu dan saya rasa bukan waktu sesuai,” ujarnya
Wanita cemburu siap nak smbah asid ke muka Elizabeth Tan… “What? tak masuk akal!”
GARA-GARA cemburu dengan perbuatan teman lelaki ‘hidung belang’ yang kerap tinggalkan komen di Instagram Elizabeth Tan, penyanyi itu diugut akan dicederakan seorang wanita tidak dikenali.Dakwa Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, wanita berkenaan mendesaknya segera menyekat akaun teman lelakinya dan jika ingkar wajahnya akan dilukakan dengan asid.
“Ada seorang peminat selalu komen di Instagram… itu normal! Masalahnya teman wanita dia tak betul. Dia mesej peribadi (DM) Thira (pengurus) dan cakap you ada skandal dengan boyfriend I ke? Tolong block boyfriend I, jadi Thira pun sekat akaun lelaki itu.”Lepas itu dia tanya lagi, kalau dah block kenapa boyfriend dia masih boleh komen dekat Instagram Lizzy? What? Tak masuk akal!
Lizzy berkongsi pengalaman menakutkan itu di Instagram.“Tu tak apa lagi, dia cakap dekat Thira lagi, tolong minta bos you iaitu saya untuk sekat kekasihnya. Kalau tak, dia akan simbah asid dekat muka Lizzy,” katanya.Penyanyi lagu Semua Sudah ini berkongsi mengenai kenyataan tersebut menerusi satu rakaman video pendek di Instagram.
Gara-gara kenyataan itu, Lizzy berkata keselamatannya dalam bahaya dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.”Saya akan buat laporan polis untuk keselamatan,” ujarnya.Lizzy melayan semua peminat dengan baik.Rata-rata pengikutnya di Instagram turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan wanita tersebut dan meminta Elizabeth lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.
“Untuk kes ini… pertamanya awak mesti buat laporan polis demi keselamatan, keduanya awak mesti ada suami untuk jaga awak.”Jaga diri dan lebih berhati-hati ya! Orang sekarang ni ada masalah otak. Buat laporan polis!”Seriuslah ada nak smbah asd dekat muka akak? Perempuan tu dah tak betul agaknya cemburu tak bertempat… alahai sampai nak simbah asid pula,” komen pengikut.
Elizabeth Tan silap jual baju jenama sendiri tanpa label, terpaksa ‘refund’ duit pelanggan – “Saya betul-betul kecewa, modal bukan sikit”
PENYANYI Elizabeth Tan meluahkan rasa terkilan dengan kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya kerana gagal melakukan semakan kualiti sebelum menghantar kepada pembeli.Menurut Elizabeth, ketiadaan label jenamanya adalah kecuaian besar memandangkan dia mengeluarkan modal yang tinggi dalam memastikan pakaian jenamanya memenuhi standard.
“Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama kat bawah baju. Ia sepatutnya ada tag.Elizabeth kecewa pihak pengeluar tidak melakukan kerja dengan betul.“Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak… modal saya bukan sikit,” katanya.
Elizabeth menerusi video yang dimuat naik di laman sosial miliknya tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika berkongsi perkara itu.Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi pujukan daripada warganet yang berharap penyanyi lagu Knock Knock itu bersabar dengan apa yang terjadi.
Malah, ada juga segelintir warganet yang meminta penyanyi berusia 30 tahun itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut.Dalam pada itu Elizabeth memberitahu pembeli yang mahu wang mereka dikembalikan boleh memohon kepada pihak pihak laman e-dagang yang menjual bajunya.
Elizabeth turut memohon maaf kepada pembeli atas kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan dengan betul disebabkan terlalu mempercayai pihak lain.Elizabeth memohon maaf atas kesilapannya.“Saya tak nak menangis… saya nak beritahu yang sesiapa mahukan refund, anda boleh mohon dan mereka akan memulangkannya bersama baucar tambahan.
“Saya minta maaf sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Saya nak yang terbaik untuk anda tapi rupa-rupanya saya tersalah mempercayai orang lain.”Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya,” ujarnya.
Elizabeth Tan tak percaya benda mistik selagi tak alaminya sendiri!
PELAKON dan penyanyi Elizabeth Tan memberitahu dia bukan seorang yang mempercayai kisah atau perkara mistik melainkan ia berlaku kepada dirinya sendiri.Menurut Elizabeth, 26, kru produksi Misteri Delaila ada bercerita kepadanya mengenai aktiviti paranormal yang berlaku ketika penggambaran filem itu namun ketika dia tiada di tempat kejadian.
Cerita Elizabeth, dia diberitahu mikrofon di set secara tiba-tiba terpasang sendiri sebelum terdengar suara wanita berbisik sedangkan ketika itu tidak ada sesiapa yang berada di lokasi.”Saya tidak percaya sangat ‘benda-benda’ mistik macam sebab tak pernah mengalaminya sendiri. Ada la kru produksi cerita masa penggambaran saya tak terlibat, ada sesuatu yang berlaku.
Elizabeth hanya takut sekiranya melihat secara visual.“Mereka beritahu yang mikrofon di set tiba-tiba terpasang sendiri dan terdengar suara wanita seakan berbisik sedangkan waktu itu tiada orang pun di sana.”Pelik juga sebab bila dah tak ada orang di set baru perkara itu terjadi sebab itu saya tak berapa percaya sangat,” katanya kepada mStar Online.
Elizabeth berkongsi kisah itu ketika ditemui di malam gala filem Misteri Delaila di MM Cineplex, E@Curve, Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.Dalam pada itu, penyanyi lagu Semua Sudah ini memberitahu dia bukanlah seorang yang terlalu berani namun hanya akan berasa takut sekiranya melihat perkara mistik itu secara visual.
Elizabeth Tan memegang watak sebagai Delaila menerusi filem Misteri Delaila.“Kadang-kadang saja berani, tetapi kalau Misteri Dilaila saya tak berani tengok. Sebab senang ingat visual.”Melainkan, kalau sekadar dengar bunyi saya tak adalah takut sangat,” ujarnya.Selain Elizabeth, filem arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi Zul Ariffin dan Sasqia Dahuri dan sudah ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari.
Kredit -
إرسال تعليق