Melihat kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan pelbagai kluster aktif semakin menular, ramai yang mengeluh dan gusar dengan kes yang makin meningkat saban hari.
Terbaru aktor berbakat Shukri Yahaya juga berkongsi hantaran di Instagram Stories miliknya, yang memaparkan laporan aduan mengikut jabatan yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah kluster tempat kerja.
ARTIKEL MENARIK:Lucinta Luna Akui Menipu Kehamilannya, Ramai Sakit Hati Dengar Alasannya!
Kes Tinggi Tinggi, Nak Bekerja Pun Takut – Shukri Yahaya
Berdasarkan perkongsian Shukri Yahaya di Instagram Stories-nya, aktor ini juga sudah berasa bosan duduk di rumah tetapi dalam masa yang sama berasa risau dan takut untuk keluar bekerja dalam keadaan kes jangkitan yang makin hari makin meningkat.
Foto – Instagram Shukri Yahaya @shukriyahaya
“Aku dah benak duduk rumah ini, sampai bila entah. Kes tinggi lagi, nak bekerja pun takut dah.” Tulisnya
Selain itu, aktor ini juga menulis jika terdapat majikan yang melanggar SOP harus membuat laporan mengikut jabatan yang telah disenaraikan dalam laporan aduan yang dikeluarkan.
“Apa lagi lapor! (report!) Bersama-sama kita duduk rumah. Jangan lapor (report) salah jabatan/kementerian takut tak jalan.” Tulisnya lagi
Reaksi aktor ini sama dengan apa yang dialami oleh rakyat Malaysia yang lain, namun apakan daya demi keselamatan diri dan keluarga semua orang harus akur dan mengikuti panduan yang telah ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19.
Terbaru pecahan kes jangkitan Covid-19 setakat satu jam lalu hari ini adalah 4,743. Sama-samalah kita mencegah penularan Covid-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Kredit -
إرسال تعليق