Al-Fatihah! Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio M.Nasir
loading...

Awal pagi ini, industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan mengenai bekas ahli kumpulan terkenal Spider, Tony Iskandar yang dilaporkan meninggal dunia.

Al-Fatihah! Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio M.Nasir

 




ARTIKEL MENARIK:Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi – Siti Elizad
loading...


Meninggal Dunia Pukul 2.30 Pagi

Berita itu dikongsi oleh sahabatnya yang juga pemain gitar kumpulan Exists, Along menerusi laman Instagramnya. Menurut Along, Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik komposer dan penyanyi lagenda terkenal Datuk M. Nasir.


Ketika hantaran tersebut dimuat naik, Along berkesempatan untuk menziarahi jenazah Allahyarham di studio tersebut sebelum pihak hospital tiba bagi urusan pengendalian jenazah. Malah

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah SWT tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin” tulis Along



loading...


Allahyarham Sedang Berehat 

Bagi punca Allahyarham meninggal dunia, Along tidak menolak disebabkan penyakit diabetes yang dihidapi pemain bass itu. Malah, Allahyarham Tony menghembuskan nafas terakhir ketika sedang berehat di sebuah bilik dalam studio tersebut.

“Dia dah lama ada diabetes. Meninggal dekat bilik sedang berehat” komen Along ketika ditanya oleh seorang pengikutnya mengenai punca kematian Tony


Via Instagram Along Exists

Sebagai info, Tony merupakan anggota asal kumpulan Spider bersama Tam dan Nafie sebelum posisinya digantikan oleh Is.


Meskipun begitu, hubungan Tony dan kumpulan Spider masih tetap utuh sehingga nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah, salam takziah dari kami di Murai.my buat keluarga Tony dan anggota kumpulan Spider.



Kredit - 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم