Bapa tidak tahan sebak apabila sampai sahaja di rumahnya. Rupanya ini yang berlaku pada keluarga mereka.
loading...

Bapa Siti Raudhah, Hj Md Yatim tidak mampu menahan sebak sebaik sahaja tiba di rumahnya selepas tamat menjalani kuarantin, kerana terlalu sedih mengenangkan kehilangan isteri. 

Bapa tidak tahan sebak apabila sampai sahaja di rumahnya. Rupanya ini yang berlaku pada keluarga mereka.

 


Tanggal 28 Mei pasti tidak akan dilupakan oleh wanita ini sehingga akhir hayatnya. Pada tarikh itulah, ibunya, Hajah Saby Musa, 63, menghembuskan nafas terakhir selepas seminggu dirawat kerana dijangkiti virus Covid-19. Menurut Siti Raudhah Md Yatim, 39, segala-galanya bermula pada 2 Syawal (14 Mei) lalu apabila bapanya mula mengalami demam, disusuli oleh adik dan ibunya dua hari kemudian.

ARTIKEL MENARIK:Anak tunggal sebak atas kehilangan bapanya akibat Covid. Sekali ini permintaan anaknya pada orang ramai.
loading...



Arwah ibu dan bapa Siti Raudhah sering diberi julukan pasangan romantis oleh saudara mara mereka.

“Mak, abah dan adik lelaki tinggal serumah di Sungai Buloh, Selangor. Disebabkan mereka tiga-tiga demam, salah seorang kakak saya datang ke sana untuk tolong bawa ke klinik tapi masa itu belum buat ujian calitan. Keesokannya, mak mula mengalami simptom-simptom yang biasa dialami oleh pesakit Covid-19. Pada 18 Mei, tersebar khabar bahawa ada jemaah masjid dekat rumah mak dan abah positif Covid-19. Sesiapa yang ada hadir ke masjid dalam tempoh 10 hingga 14 Mei diminta membuat ujian calitan. Mak, abah, adik lelaki, kakak dan abang ipar buat ujian dan keputusan yang keluar pada 21 Mei menunjukkan kelima-lima mereka positif Covid-19,” ceritanya. Wanita ini berkata berita itu nyata satu perkhabaran duka buat keluarga mereka lebih-lebih lagi mengenangkan ibu bapa yang sudah berusia dan mempunyai sejarah penyakit.


Siti Raudhah tidak menyangka Aidilfitri baru-baru ini adalah yang terakhir bersama ibunya.

“Pada 22 Mei, mak, abah dan adik lelaki dibawa ke pusat kuarantin. Tapi keesokannya, mak dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur memandangkan SpO2 (kandungan oksigen dalam darh) tak cantik. Lagi pula mak ada sejarah darh tinggi, kencing manis dan juga minor str0k. Maka berpisahlah mak dengan ayah buat sementara waktu. Bayangkan mak di HKL, adik dan abah di pusat kuarantin, kakak dan suaminya kuarantin di rumah. Hanya panggilan telefon saja menghubungkan kami,” ujarnya yang juga pekerja sektor awam ini. Beberapa hari kemudian, Siti Raudhah berkata doktor di HKL meminta waris untuk datang ke hospital untuk membincangkan keadaan kesihatan ibunya.



loading...


“Doktor berterus terang dan beritahu keadaan mak 50-50. Mak masih sedar namun dia perlukan bantuan oksigen. Doktor kata jika ada kes yang lebih muda daripada mak, mereka terpaksa memilih pesakit muda kerana peluang untuk ‘survive’ tinggi. Saya reda dan cuba positif, berserah segala-galanya pada Allah. Rezeki saya, saya dibenarkan masuk jumpa mak. Dengan berbaju PPE, saya masuk jumpa mak. Mak sedar dan boleh bercakap cuma mengah. Saya sempat bacakan surah Yasin, sikat rambut mak, pakaikan tudung, dan minta maaf atas segala salah silap. Saya cuba untuk tak menangis di depannya walaupun terlalu sebak,” ujarnya.

Allah…. mudahnya cara mak pergi. Dalam tidur dan pagi Jumaat pula.

Pada 28 Mei, Siti Raudhah berkata ibunya sempat membuat panggilan telefon dengan bapanya dan mereka saling bermaaf-maafan. “Pagi tu lepas subuh, kakak pun sempat buat video call dengan mak dan beritahu wajahnya berseri. Mungkin kesihatannya ada kemajuan. Dalam lingkungan pukul 7.50 pagi, kami dapat panggilan yang memang tak disangka-sangka daripada doktor yang memaklumkan mak menghembuskan nafas terakhir dalam tidur. Allah…. mudahnya cara mak pergi. Dalam tidur dan pagi Jumaat pula,” ceritanya dalam nada suara sebak.


Kenangan ketika keluarga Siti Raudhah meraikan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa mereka yang ke-48, tahun lalu.

Menurut Siti Raudhah, sungguhpun dirinya teramat sedih dengan kehilangan ibu kesayangan, namun bapanya adalah insan yang paling terkesan memandangkan kehilangan teman hidup yang bersama-samanya ketika susah senang sejak 49 tahun lalu.

“Abah dibenarkan pulang pada 30 Mei, dua hari selepas ibu ‘pergi’. Masa sampai di luar rumah, abah terlalu sebak dan tak mampu nak masuk dalam rumah sebab mak dah tak ada. Luluh hati kami tengok abah… abah dan mak memang selalu buat segala benda bersama, memasak, berkebun dan apa sajalah. Pakaian pun masih nak sedondon. Betapa romantiknya mereka. Jadi memang tak dapat bayangkan perasaan abah yang hilang teman hidup.


Keluarga Siti Raudhah sering meraikan hari istimewa bersama ibu bapa mereka dengan ‘tema’ tertentu.

“Lama juga nak pujuk dan tenangkan abah sebelum dia masuk rumah. Sekarang ni saya temani abah buat sementara waktu. Saya sediakan lauk yang mak biasa masak, dan pastikan dia tak keseorangan,” ujarnya. Tambah Siti Raudhah, keadaan bapanya kini semakin baik dan sudah mampu menjamah makanan.

“Bagi saya yang sudah rasa pedihnya kehilangan ahli keluarga kerana Covid-19, memang ia rindu yang takkan terluah. Namun kami menerimanya dengan reda. Jadi bagi mereka di luar sana, harap kita semua ada kesedaran untuk sama-sama lawan Covid-19. Memang semua rindu keluarga tapi buat sementara ni, video call dulu. Kalau ada yang ‘pergi’, dah tak boleh nak tengok muka dan bercakap macam biasa dah,” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post