Personaliti media sosial dan pelakon Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl kini tampil dengan imej tidak bertudung.
Menerusi laman sosial Instagram, Kak Girl berkongsi beberapa keping foto terkininya untuk tatapan umum.
ARTIKEL MENARIK:“Kau Tahu Tak Aku Struggle… Su.sah Payah Nak Dapatkan Anak” Elizad Buat Laporan P0lis Gara-gara Tindakan
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah salah satu foto tidak
bertudung itu turut disertakan dengan kapsyen berbentuk luahan perasaan.
Ada yang kita rasa kita boleh handltapi sebenarnya tak. Ada certain
things yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak. Kadang-kadang kita
terlalu menjaga hati orang tanpa fikir diri sendiri. Kadang-kadang kita
terpaksa ikut kehendak orang, walau kita ada kehendak.
“Bertahun lamanya cuba jadi yang terbaik. The best version of me
orang kata. Ya, saya ikut. Ya, saya okay. Ya, saya boleh. Ya, saya
dengar. Dok dengar je apa yang orang nak kita buat. Tapi still takde
yang benar-benar menghargai. Saya tak salahkan sesiapa selain diri
sendiri.
Maaf mungkin ramai kurang selesa tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. The real me. The one who lost for lots of years, mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. I didn’t make myself as a priority before, and now its killing me
“Tak kira apa orang kata,i need space for myself, really and I don’t owe anybody an explanations. Saya berada dalam keadaan yang saya rasa i had enough biarlah saya rawat kecewa ini sendiri,” tulis Kak Girl di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru.
Pasangan itu kemudiannya bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.
Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/beri-saya-ruang-kak-girl-tampil-imej-baru-tak-mahu-kongsi-kisah-peribadi-51318.
إرسال تعليق