Nampaknya hari ini ada berita yang kurang sedap didengar sedikit buat bakal-bakal pengantin di negeri Selangor. Menerusi perkongsian Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
pihak mereka memaklumkan bahawa upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah ditangguhkan mulai hari ini sehingga 30 Jun.
ARTIKEL MENARIK:Maybank Akan Beroperasi Secara Janji Temu Sahaja, Ini Cara Nak Buat Janji Temu Yang Perlu Korang Ikut
Menurut JAIS, perkara tersebut juga telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mana ia dilakukan demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak. Jabatan Agam Islam Selangor membuat ketetapan bahawa perlaksaan upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah DITANGGUHKAN mulai 1 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.”
Dalam pada itu, rata-rata bakal pengantin yang menerima berita tersebut tenyata amat sedih dan berharap majlis perkahwinan mereka tidak ditangguhkan lagi selepas bulan Jun ini. Semoga urusan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kanak Kanak Umur 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Rumah Sepanjang Tempoh 14 Hari Ni. Kecuali Hanya 4 Sebab Ni Je Dibenarkan Keluar.
Macam yang korang tahu, hari ini (1 Jun) bermulalah total lockdown di seluruh negara yang dianggarkan tamat pada 14 Jun nanti. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negera, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah kini dilarang untuk keluar rumah kecuali atas sebab-sebab tertentu sepanjang tempoh ini lapor Malay Mail.
Kanak-kanak tak dibenarkan untuk ada di mana-mana tempat atau kemudahan awam kecuali bagi tujuan yang disenaraikan di bawah ini: Kecemasan, Rawatan perubatan, Pendidikan dan Bersenam.
Ini ekoran laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 melibatkan bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk jadi lebih bertanggungjawab bagi melindungi kumpulan ini dari terkena jangkitan.
Tak cukup dengan itu, Dr Adham turut memberi amaran kepada ibu bapa yang masih degil, walaupun dalam Akta 342 tiada peraturan yang boleh kompaun diberikan kepada ibu bapa yang bawa anak ke tempat sesak, pihak berkuasa masih boleh membuka kertas siasatan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
إرسال تعليق