Perbalahan antara bekas suami isteri, Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar nampaknya masih belum bertemu titik penghujung apabila keduanya masih bertikam lidah mengenai perkara lalu.
Selepas dilempar pelbagai tuduhan oleh Zarina yang mendakwa dirinya seorang kaki ugut, Eilyas tampil mempertahankan diri.
ARTIKEL MENARIK:Rody Kristal disahkan positif Covid 19 selepas jadi kontak rapat adik ipar. Sekali ini yang dia lalui sebelum disahkan positif.
Eilyas yang terkejut dengan tuduhan tersebut mengatakan bahawa dia adalah individu yang sedaya upaya untuk menutup aurat dan maruah bekas isterinya ketika masih bersama.
“Saya tak pernah membuat ugutan seperti yang didakwa Zarina. Selepas kami bercerai, memang saya ambil keputusan untuk berdiam diri sebab dah move on..tak pernah terfikir nak post fasal dia lagi. Dekat mana saya aib dan burukkan dia? Sedangkan bila dia buat IG live ternampak lutut dan peha sikit pun, saya akan tutupkan aurat demi jaga maruah dia sebagai isteri ketika itu.”
Terdahulu, Zarina Anjoulie dilaporkan telah membuat sebuah laporan polis yang kedua terhadap Eilyas di mana dia mendakwa bahawa telah diugut bekas suaminya itu.
Laporan polis kali pertama dibuat Zarina terhadap Eilyas pada bulan lalu di mana dia mendakwa lelaki itu cuba menceroboh rumahnya untuk merakam foto aib.
Ujar Eilyas lagi, memang benar dia melafazkan talak pada Zarina menerusi Instagram selepas diprovok oleh isterinya itu berkali-kali.
“Memang benar saya ceraikan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya. Sebenarnya saya belum lafaz cerai masa dia post dekat IG umum sudah bercerai kali kedua. Kenapa muat naik hanya paparan skrin mesej pendek saya minta transfer duit untuk lafaz cerai? Kenapa tak buat screen record dari awal perbualan kami di mana dia provok saya untuk lafaz cerai?”
Katanya lagi, dia mempunyai banyak bukti tapi memikirkan aib serta air muka ahli keluarganya, Eilyas memilih untuk berdiam diri namun akan bertindak jika kes tersebut melalui proses mahkamah.
Sekadar info, Zarina mengesahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas untuk kali kedua pada awal bulan Mei yang lalu selepas belum hampir setahun mendirikan rumah tangga.
إرسال تعليق