Gara gara tekanan perasaan sebab tak ada kerja masa pkp. Suami kurung anak dan isteri dalam rumah sampaikan terpaksa panggil anggota bomba.
loading...

Gara-gara tekanan perasaan, seorang lelaki membuat keputusan mengurung isteri dan anaknya dalam rumah, disebabkan itu, sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak memotong kunci mangga dan mengumpil pintu rumah mereka.

Gara gara tekanan perasaan sebab tak ada kerja masa pkp. Suami kurung anak dan isteri dalam rumah sampaikan terpaksa panggil anggota bomba.

 


Kata Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip, pihak bomba menerima aduan kira-kira jam 8.15 malam semalam dan tiba di lokasi kejadia dekat Taman Nusa Intan, Seremban lepas 9 minit.

ARTIKEL MENARIK:Wawa ‘Wahid Enterprise’ Direm4n, Pakaian Dir4mpas
loading...


“Pihak bomba mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam setelah tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).” Zainurin Sarip berkata, pihak bomba pada mulanya ada cuba memujuk lelaki tersebut tetapi tidak mahu beralah, lapor Kosmo! Online.

“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut.”

 

loading...


Tambahnya lagi, dimaklumkan bahawa isteri kepada lelaki tersebut ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan perasaan lebih teruk sehinggakan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau untuk pujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi.” Biarpun begitu, dilaporkan bahawa tiada sebarang kecederaan berlaku dan lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post