Hanya tinggal memori. Keadaan terkini feri di Pulau Pinang hampir tenggelam buat ramai yang sedih.
loading...

Sebut sahaja Pulau Pinang mesti kita akan terbayang syurga makanan dan tempat pelancongan yang menarik. Selain itu, sistem pengangkutan air yang unik dan ikonik menjadikan perkhidmatan feri Pulau Pinang salah satu simbol negeri tersebut

Hanya tinggal memori. Keadaan terkini feri di Pulau Pinang hampir tenggelam buat ramai yang sedih.

 


Namun, selepas diumumkan tiada lagi perkhidmatan feri pada hujung tahun lepas, kenderaan ikonik negeri itu kini terbiar dan hampir tenggelam. Menerusi satu hantaran Facebook Penang Press, kita dapat lihat keadaan salah satu feri yang terbiar. Sedih min tengok feri tu jadi macam tu.

ARTIKEL MENARIK:Video tular individu keluar lepas 6 petang ditahan palsu - Polis
loading...



Tinggal memori je.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih selepas melihat keadaan feri yang pernah menjadi ikon Pulau Pinang itu. Begitulah pengakhiran feri ini selepas sekian lama berkhidmat kepada penduduk dan pelancong yang datang ke Pulau Pinang.



loading...


Betul, min sebagai orang Penang pun excited setiap kali naik feri. Tapi semua tu tinggal kenangan je lah kan. Min kalau ada tetamu datang rumah ke saudara mara dari jauh ke, memang min ajak naik feri lepas pusing satu pulau sambil food hunting. Memang jadi tarikan pelacong dari dulu lagi. 

Tengok dari jauh dah sayu hati, tak tahu lah apa perasaan orang yang tengok dekat-dekat kan. Berkur macam tu je memori dorang.  Begitulah riwayat feri Pulau Pinang. Kalau buat karangan autobiografi macam zaman sekolah dulu mesti sedih weh. 

Cadangan sebelum pelupusan

Ada juga wsaragent yang mencadangkan feri yang tidak lagi berkhidmat menjadi pengangkutan awam ini untuk dikomersialkan. Sebagai contoh, sebuah feri telah dibeli oleh syarikat swasta dan ditempatkan diperairan antara Pulau Jerjak dan Queensbay Mall untuk tujuan bergambar. Mungkin usaha sebegini boleh diikuti pihak yang ingin menjaga warisan negara ini.

Ramai yang memberi cadangan untuk dijadikan restoran atau cafe terapung. Harap ada pihak yang ada dana untuk beli dan ubahsuai feri ni.  Macam menarik idea ni. Min pun teringin nak buat kenduri atas feri. Cruise mahal sangat, feri pun jadi lah. Memang rare habis kalau buat photoshoot wedding atas feri kan. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post