Isu Pukul Anak : Usahawan Kosmetik Dibenarkan Dijamin RM9 Ribu Kerana Hamil 5 Bulan
loading...

Susulan daripada seorang usahawan kosmetik, Nurul Atikah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Ika Ekora dan suami, Mohd Hairie Razali yang didakwa memukul anak perempuannya berusia 16 tahun baru-baru ini,

Isu Pukul Anak : Usahawan Kosmetik Dibenarkan Dijamin RM9 Ribu Kerana Hamil 5 Bulan

 


Mahkamah Majistret membenarkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM9,000 seorang masing-masing dengan seorang penjamin.

ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Kau Tanya Aku Siapa? Aku Wawa” - Wanita mengamok sakan kerana disaman cukai jalan dan insuran kereta tamat tempoh
loading...


Mengaku Tidak Bersalah

Sebelum itu, Ika dan suami didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya pada Isnin lalu. Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.


Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Ika Hamil 5 Bulan



loading...


Memetik laporan Harian Metro, pada mulanya Ika dan Hairie tidak ditawarkan sebarang jaminan namun peguam mereka, Muhammad Hasif Hassan memohon supaya mereka diberi jaminan dengan kadar minimum kerana Eka sedang hamil lima bulan.


Selepas dibenarkan dijamin, mereka juga perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan majistret menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Murai.my melaporkan seorang remaja perempuan dipukul oleh ibu dan bapa tirinya selepas dia memuatnaik status mengenai isu harta di Whatsapp. Berang dengan tindakan tersebut, usahawan itu dan suami bertindak memukul remaja tersebut selain mengugut suami mangsa untuk tidak membawanya keluar dari rumah mereka.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post