Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim telah mencetuskan tanda tanya netizen apabila akaun Instagram nya telah ditetapkan sebagai ‘private’ malah semua hantaran terbaharu termasuklah yang dimuatnaik pada tahun 2021 telah pun dipadam.
ARTIKEL MENARIK:“Pergi jahan4m..” Rizalman Ded4h Ada Selebriti Suka Meng4ta Dia, Sekali Zarina Zainuddin Masuk Komen
Padam Semua ‘Posting’ 2021
Menerusi carian Murai.my, hantaran terakhir yang kelihatan pada akaun Instagram Rizalman adalah pada 28 Oktober 2020 manakala info serta gambar profil nya turut ditukar.
Kecil Hati Dengan Netizen?
Di ruangan laman sembang, segelintir pengguna mendakwa pereka fesyen itu berasa kecil hati dengan netizen berikutan isu dikecam hebat oleh mereka di laman sosial apabila dia dikatakan tidak menghargai pemberian ikan salmon oleh peminatnya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya sebelum ini, Rizalman memberitahu, dia tidak menggemari ikan salmon dan hanya memberikan ikan tersebut kepada kucingnya.
“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni. Tak payah. Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon.
“Tak reti nak makan. Ikan curut (sardin) cheq (saya) tahu. Tak apalah, mungkin Faizul dan Umar suka kot,” katanya.
Rata-rata netizen mengecam pereka fesyen tersebut yang seolah-olah tidak menghargai pemberian peminat. Malah dia turut mengemaskini di bahagian ‘bio’ akaun Instagram memberitahu makanan apa yang tidak dimakannya.
Kredit -Hangat.com
إرسال تعليق